4 October 2016

Tokoh Mesir dalam Al-Qaeda maut dalam serangan dron

SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 7:48 AM

Sheikh Abu al Faraj al Masri. - Foto www.longwarjournal.org

AMMAN, Jordan: Seorang tokoh terkemuka Mesir dalam Al-Qaeda yang menjadi anggota cabang Barisan Nusra Syria terbunuh dalam serangan dron di wilayah dikawal pemberontak di Idlib, Syria, kata dua sumber militan semalam.

Mereka berkata, Sheikh Abu al Faraj al Masri, yang menghabiskan tempoh bertahun dalam penjara Mesir atas tuduhan berkomplot dengan kumpulan fundamental Islam dan kemudian melarikan diri ke Afghanistan, terbunuh apabila serangan dron mengenai kenderaan dinaikinya berhampiran Jisr al Shuquor di Idlib.

 Sejak pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi di Syria menentang militan Daesh, serangan udara turut menyasarkan individu Barisan Nusra, menyebabkan sejumlah besar mereka sudah terkorban hingga kini. Hanya bulan lalu, Abu Hajer al Homsi, seorang komander atasan Jabhat Fateh al Sham, nama terkini Barisan Nusra, terbunuh dalam serangan udara di wilayah terpencil Aleppo.

 Nama lain Homsi adalah Abu Omar Saraqeb. Masri, 60, ulama dengan nama sebenarnya Sheikh Ahmad Salamah Mabrouk, adalah antara sahabat utama pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Sawahri ketika kehadirannya di Afghanistan lewat 1980-an, menurut sumber pemberontak. -Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198674

No comments:

Post a Comment