3 October 2016

Mesir bakal guna sistem imbasan retina di lapangan terbang

DUNIA AHAD, 2 OKTOBER 2016 @ 11:06 PM

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir akan mengumumkan tender bagi sistem keselamatan baharu kakitangan lapangan terbang di sini membabitkan imbasan retina (lapisan mata peka cahaya), bagi memenuhi syarat Russia meneruskan penerbangan ke Mesir.

Mereka berkata, Mesir sudah memenuhi kebanyakan cadangan keselamatan Russia di lapangan terbang di mana kira-kira 20,000 orang bekerja.

Ia memerlukan tempoh beberapa bulan lagi sebelum sistem imbasan retina dikuat kuasa.

Kunjungan Menteri Pengangkutan Russia minggu lalu meningkatkan harapan Moscow akan meneruskan penerbangan ke Mesir, digantung tahun lalu selepas sebuah pesawat Russia terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir, mengorbankan 224 penumpang di dalamnya.

Pergantungan itu menjejaskan dengan teruk sektor pelancongan penting Mesir. -AP

 PIHAK berkuasa Mesir akan mengumumkan tender bagi sistem keselamatan baharu kakitangan lapangan terbang di sini membabitkan imbasan retina. - Foto Google

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198317

No comments:

Post a Comment