5 October 2016

Imam diserang dengan kasut




Imam kontroversi Mostafa Rashid dan gambar kanan, petikan Mostafa dipukul dengan kasut. - Foto Daily Mail

Daily Mail
Kaherah: Seorang imam dari Australia yang pernah mencetus kontroversi kerana menyatakan Islam tidak melarang umatnya minum arak sebelum ini, diserang dengan kasut ketika siaran langsung satu rancangan temu bual televisyen Mesir.

Mostafa Rashid, yang berasal dari, berhijrah ke Sydney pada 2013 dan menjadi imam sebuah masjid di sana, diserang peguam Nabih al-Washh ketika perbincangan mengenai kewajiban wanita Islam menutup rambut.

Kejadian berlaku ketika Mostafa yang berfahaman liberal, membincangkan sama ada wanita Islam perlu menutup rambut atau tidak, mencetuskan kemarahan Nabih yang menanggalkan kasut lalu memukul kepala Mostafa berulang kali.

Rancangan itu yang disiarkan secara langsung minggu lalu, menunjukkan kedua-dua lelaki itu berdiri dan bertekak sebelum Nabih menanggalkan kasut dan memukul kepala Mostafa.

Mostafa cuba mempertahankan diri manakala Mohammed al-Ghaiti dan beberapa kru penerbitan cuba meleraikan mereka. Kedua-dua lelaki itu kemudian meninggalkan studio sebelum Mohammed meminta maaf kepada penonton.

Pada 2014, beliau menyatakan Islam tidak diwajibkan menutup rambut dan al-Quran tidak memaksa mereka berbuat demikian sebelum dan setahun kemudian, profesor undang-undang Syariah itu sekali lagi dikecam apabila berkata arak tidak diharamkan dalam al-Quran selagi tidak mabuk.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 10:13 PM

No comments:

Post a Comment