31 October 2016

22 maut, 72 cedera banjir di Mesir sejak Khamis

DUNIA ISNIN, 31 OKTOBER 2016 @ 12:37 AM

BANJIR di Ras Gharib, Mesir. - Foto AFP


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 72 lagi cedera dalam kejadian banjir akibat hujan lebat di Mesir, kata pihak berkuasa hari ini, mengemaskini angka kematian awal seramai 18 kematian. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed berkata, mangsa maut mungkin meningkat oleh kerana ada keluarga tidak melaporkan kehilangan saudara mara yang sudah pun dikebumikan sejak banjir bermula Khamis lalu. Semalam, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.6 juta (RM23.53 juta) untuk kawasan dilanda banjir termasuk wilayah selatan Sohaq, Sinai Selatan dan sepanjang pantai Laut Merah. Akhbar Al-Masry Al-Youm dan Al-Watan berkata, penduduk di Ras Ghaib berang dengan tindakan kerajaan sehingga menghalang konvoi membawa Perdana Menteri Sharif Ismail. Ras Gharib yang terletak di Teluk Suez adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan sembilan orang maut. Namun pihak berkuasa kesihatan di wilayah Laut Merah di Ras Gharib berkata, angka kematian meningkat kepada 10 orang dengan 32 cedera. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207830

No comments:

Post a Comment