25 September 2016

Bot pelarian karam: Mesir tahan dua suspek


24 September 2016 10:21 PM
ORANG ramai membanjiri kawasan jeti di Mesir ketika menunggu bot


ORANG ramai membanjiri kawasan jeti di Mesir ketika menunggu bot penyelamat yang membawa mayat pelarian mangsa lemas dalam kejadian bom karam tiba.-AGENSI
KAHERAH 24 Sept. - Pihak berkuasa Mesir hari ini menahan dua orang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian bot pelarian karam hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 162 nyawa Rabu lalu.
Agensi berita tempatan melaporkan, suspek yang juga merupakan seorang nelayan ditahan bersama ibunya di Beheira, dalam wilayah Delta iaitu lokasi bot tersebut dilaporkan karam.
Agensi berita itu yang memetik kenyataan pegawai pendakwa raya berkata, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.
Sementara itu, portal berita online dari Mesir, al-Youm al-Sabaa pula melaporkan, lelaki itu dan ibunya ditahan selepas didakwa menggunakan bot mereka sebagai feri untuk mengangkut kumpulan pelarian itu ke pantai sebelum kejadian itu berlaku. - DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bot-pelarian-karam-mesir-tahan-dua-suspek-1.386767#sthash.ytIaC9jU.dpuf

8 September 2016

27 terbunuh nahas bas, kereta api di Mesir

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 9:27 AM

 PENDUDUK setempat memeriksa bangkai kereta api selepas ia tergelincir berhampiran perkampungan Al-Ayyat di Giza di pinggir selatan ibu negara Kaherah. - Foto AFP

KAHERAH: Dua puluh tujuh maut dalam dua kemalangan berasingan di selatan ibu negara Mesir pada Rabu ketika musim percutian sibuk.

Sekurang-kurangnya 22 terbunuh apabila bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak di wilayah Wedi El-Gedid, kata Kementerian Kesihatan Mesir.

Bilangan penumpang bas tidak dapat dipastikan. Sementara itu, lima terbunuh apabila kereta api tergelincir.

Kemalangan jalan raya menjadi perkara biasa di Mesir, yang menyaksikan banyak jalan di negara itu tidak diselenggara dengan baik dan peraturan tidak dikuat kuasakan, Kereta api yang membawa 60 penumpang, tergelincir selepas meninggalkan Kaherah menuju ke Aswan di selatan, kata polis dan pasukan perubatan.

Konduktor menekan brek selepas mengesan masalah dengan landasan, menyebabkan tiga gerabak terbalik berhampiran kampung Al-Ayyat.

Dua puluh penumpang lagi juga cedera, daripada sekadar melecet sehingga patah tulang. Jalan raya dan perkhidmatan kereta api di Mesir lebih sibuk sebelum cuti umum seperti perayaan Aidiladha minggu depan, dengan penduduk yang bekerja di Kaherah dan bandar raya lain mula pulang ke kampung masing-masing. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190803