20 June 2016

Mursi dihukum penjara seumur hidup


20 JUN 2016
Mursi dihukum penjara seumur hidup

Mursi dihukum penjara seumur hidup Mursi berada di kandang saksi ketika perbicaraan, kelmarin. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden digulingkan, Mohammed Mursi selepas disabit bersalah melakukan pengintipan manakala enam lagi tertuduh dalam perbicaraan sama dihukum mati.

Peguam Abdel Moneim Abdel Maksoud memaklumkan Mursi juga dikenakan hukuman penjara 15 tahun berasingan selepas didapati bersalah kerana mencuri dokumen berkaitan keselamatan negara.

Menurutnya lagi, mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan ke atas Mursi yang sebelum ini didakwa menyerahkan dokumen rahsia kepada Qatar.  

Difahamkan, enam defendan terbabit termasuk tiga wartawan, Ibrahim Mohamed Hilal, Omar Mohamed Sablan dari al-Jazeera dan Asmaa Mohamed al-Khatib dari rangkaian berita pro-Ikhwanul Muslimin, Rassd berdepan hukuman mati selepas disabit bersalah bersubahat menyerahkan dokumen rahsia kepada Doha. - al-Arabiya

No comments:

Post a Comment