20 June 2016

Mursi dihukum penjara seumur hidup


20 JUN 2016
Mursi dihukum penjara seumur hidup

Mursi dihukum penjara seumur hidup Mursi berada di kandang saksi ketika perbicaraan, kelmarin. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden digulingkan, Mohammed Mursi selepas disabit bersalah melakukan pengintipan manakala enam lagi tertuduh dalam perbicaraan sama dihukum mati.

Peguam Abdel Moneim Abdel Maksoud memaklumkan Mursi juga dikenakan hukuman penjara 15 tahun berasingan selepas didapati bersalah kerana mencuri dokumen berkaitan keselamatan negara.

Menurutnya lagi, mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan ke atas Mursi yang sebelum ini didakwa menyerahkan dokumen rahsia kepada Qatar.  

Difahamkan, enam defendan terbabit termasuk tiga wartawan, Ibrahim Mohamed Hilal, Omar Mohamed Sablan dari al-Jazeera dan Asmaa Mohamed al-Khatib dari rangkaian berita pro-Ikhwanul Muslimin, Rassd berdepan hukuman mati selepas disabit bersalah bersubahat menyerahkan dokumen rahsia kepada Doha. - al-Arabiya

1 June 2016

Dihukum penjara seumur hidup



1 JUN 2016

Image result for MOHAMED BADIE
MOHAMED BADIE
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin Ikhwanul Muslimin dan 35 anggota gerakan itu atas penglibatan mereka dalam protes di bandar Ismailia yang turut meragut tiga nyawa, Julai 2013.
Kelmarin, jurucakap kehakiman memaklumkan Mursyidul Am Ikhwanul, Mohamed Badie bersama 35 defendan telah disabit bersalah oleh mahkamah.
"Seramai 48 individu juga dihukum penjara antara tiga dan 15 tahun manakala 20 yang terlibat dalam kes itu dibebaskan," jelasnya.
Sebelum ini, Mohamed Badie turut berdepan hukuman mati dalam perbicaraan berasingan. - AFP