20 April 2016

Polis tembak lelaki kerana harga secawan teh


KAHERAH – Seorang anggota polis Mesir menembak dua orang, membunuh seorang daripada mereka dalam satu pertengkaran di tepi jalan di Kaherah semalam, kata sumber keselamatan.
Insiden terbaru itu dikaitkan dengan kekejaman polis itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Beberapa saksi berkata, per­tengkaran itu berkaitan harga secawan teh. Satu klip video yang dirakam oleh seorang individu di lokasi kejadian menunjukkan seorang lelaki terbaring di kaki lima jalan dan dikelilingi orang ramai.Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa telah meninggal dunia.
Seorang lelaki lain di lokasi kejadian memegang kelongsong peluru dan menuduh polis membunuh orang miskin Mesir. Sekumpulan orang awam kemudian merosakkan sebuah kenderaan polis.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber keselamatan menyatakan, seorang lelaki maut dan seorang lagi parah dalam insiden itu di Rehab, pinggir Kaherah. Lelaki yang cedera itu dibawa ke hospital.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz46LnLr1Hw 
Hakcipta terpelihara 

Polis Mesir lepas tembakan rambang, seorang maut


KAHERAH 19 April - Satu kekecohan tercetus di pinggir bandar Kaherah apabila seorang anggota polis melepaskan tembakan rambang terhadap tiga orang yang terlibat dalam pertengkaran mengenai harga secawan teh.
Menurut saksi kejadian dan kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalaman Mesir, salah seorang daripada mangsa tembakan tersebut bagaimanapun terbunuh.
Kemarahan orang ramai terhadap keganasan polis di Mesir semakin memuncak sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan beberapa pertempuran dan tunjuk perasaan berlaku di sana. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-mesir-lepas-tembakan-rambang-seorang-maut-1.277664#sthash.VwXRKnob.dpuf

1 April 2016

Mesir pertahan langkah keselamatan


KEHERAH 30 Mac – Pihak berkuasa Mesir mempertahankan langkah-langkah keselamatan yang diambil petang kelmarin ketika penumpang pesawat EgyptAir pulang ke Mesir selepas pesawat itu dilencongkan ke Cyprus oleh seorang perampas yang memakai seutas tali pinggang letupan palsu.
Seif Eldin Mustafa (dua dari kiri) digari polis ketika dibawa
Seif Eldin Mustafa
Kementerian Dalam Negeri Mesir mengeluarkan video rakaman perampas yang dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa, 57, melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab sebelum menaiki penerbangan ke Kaherah, pagi semalam.
Kementerian itu berkata, Seif dan bagasi yang dibawanya telah melalui pemeriksaan keselamatan penuh, namun dia kemudian memasang bom palsu daripada barangan peribadi yang dibawa di dalam begnya.
Seif membebaskan kebanyakan penumpang dan anak kapal sejurus pesawat mendarat, namun menahan tujuh penumpang lain sebagai tebusan sebelum menyerah diri beberapa jam kemudian.
Lelaki itu pada mulanya menuntut pembebasan beberapa aktivis pembangkang wanita Mesir dan menuntut dia diberi suaka politik di Eropah.
Stesen televisyen melaporkan suspek berkenaan meminta untuk bercakap dengan bekas isterinya di Cyprus, di dalam sehelai surat yang digugurkan dari tingkap pesawat yang dirampasnya, yang mana telah diterjemah oleh polis Cyprus daripada bahasa Arab.
Sementara itu, Seif muncul di mahkamah hari ini, yang menyaksikan dia ditahan reman selama lapan hari.
Seif, 58, yang berasal dari Mesir dan bekas isterinya dari Cyprus tidak diminta untuk bercakap di mahkamah.
Dia tidak akan menghadapi sebarang dakwaan rasmi sehingga pendengaran semula kemudian, dan ketika itu dia boleh mengemukakan rayuan.
Pihak berkuasa Cyprus menggambarkan Seif mempunyai masalah psikologi tidak stabil dan berkata, kes itu tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. – dpa/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-pertahan-langkah-keselamatan-1.206839#sthash.xcR03LUJ.dpuf