26 January 2016

Penduduk Mesir teruskan tunjuk perasaan

Polis Mesir meningkatkan kawalan keselamatan di Kaherah menjelang

26 Januari 2016 12:22 AM

Polis Mesir meningkatkan kawalan keselamatan di Kaherah menjelang ulang tahun peristiwa kebangkitan rakyat pada 2011. REUTERS

 KAHERAH 25 Jan. – Penunjuk perasaan antikerajaan Mesir tidak mengendahkan amaran tindakan tegas kerajaan dengan berhimpun di jalan raya bagi meraikan ulang tahun kelima kebangkitan rakyat pada 2011, yang menyaksikan Pre­siden paling lama negara itu, Hosni Mubarak digulingkan.
Portal Al-Jazeera melaporkan, penunjuk perasaan mula berhimpun di Dataran Al-Qaed Ibrahim di Iskandariah malam tadi, yang me­rupakan satu daripada lokasi utama tunjuk perasaan pada 2011 terma­suk berkumpul di Nasr City dan daerah Shobra di Kaherah.
Penduduk melaporkan, pasukan keselamatan Mesir mula meningkatkan kawalan keselamatan bagi mencegah tunjuk perasaan sempena sambutan ulang tahun memperingati kebangkitan rakyat itu dengan menahan aktivis dan me­lancarkan serbuan dari rumah ke rumah sesuka hati.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen semalam, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menegaskan bahawa kerajaan meneruskan aspirasi daripada peristiwa kebangkitan rakyat 2011, di sebalik perlanggaran hak asasi manusia yang direkodkan semasa pemerintahan bekas jeneral tentera itu serta keadaan ekonomi yang semakin buruk.
Ucapan Presiden itu dibuat sehari selepas Abdel Fattah, memuji pasukan polis dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang unsur yang boleh menggugat kestabilan negara.
Kebenaran yang diberikan Abdel Fattah terhadap keganasan polis sehingga menimbulkan aduan daripada aktivis hak asasi manusia hanya mengembalikan ‘kekejaman’ pihak berkuasa Mesir semasa pentadbiran Mubarak seperti penyeksaan, penahanan secara rambang dan individu hilang.
Abdel Fattah berkata, kebangkitan rakyat pada 2011 melencong daripada matlamat asal dan dibuat bagi ‘kepentingan individu’ dalam usahanya mewajarkan penggulingan Presiden Mohammed Mursi yang dipilih secara demokrasi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-mesir-teruskan-tunjuk-perasaan-1.183535#sthash.Z20DHJIj.dpuf

23 January 2016

IS dalangi serangan di Kaherah

IS dalangi serangan di Kaherah
 Letupan bom itu turut menyebabkan kemusnahan yang besar di laluan menuju ke piramid di Giza.
23 JANUARI 2016


KAHERAH - MESIR . Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab mendalangi pengeboman di pinggir ibu negara Mesir, semalam yang turut meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi akaun media sosial kumpulan tersebut yang mengesahkan anggota mereka melancarkan serangan itu yang turut menyebabkan enam anggota polis terbunuh.
Difahamkan, pihak berkuasa Mesir kini sedang meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara menjelang ulang tahun ke-5 revolusi kebangkitan rakyat yang menggulingkan pemerintahan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada Isnin ini.
Sebelum ini, kerajaan Presiden Abdel Fattah al-Sisi menolak dakwaan bahawa tindakan pasukan keselamatan melakukan pencabulan hak asasi manusia secara berleluasa telah mewujudkan lebih banyak kumpulan radikal di negara itu. - Reuter
s

Tuntut cerai kerana suami bunuh kucing


23 JANUARI 2016

KAHERAH - MESIR . Seorang wanita menuntut cerai dari suaminya selepas lelaki itu meracuni kesemua kucing milik wanita itu.
Sara Shaker memberitahu hakim mahkamah di Kaherah, dia mengahwini Fathi Yusri sejak setahun yang lalu berkata, suaminya itu mengetahui bahawa dia adalah salah seorang daripada ahli kumpulan perlindungan haiwan.
"Sepanjang perkahwinan, saya mengetahui bahawa suaminya mendera binatang dan meracuni semua kucing yang dipeliharanya," kata wanita itu dipetik Emrates 24/7.
Dalam pada itu, Sara berkata, suaminya sering berkata, kehidupan bersamanya menjijikkan walaupun saya sering memberi sokongan serta membantunya yang mempunyai masalah kewangan.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, mahkamah menangguhkan keputusan perbicaraan ke suatu tarikh akan datang.

Somalia, Mesir digegar bom


29 terbunuh insiden berkaitan keganasan
23 Januari 2016 12:31 AM




MOGADISHU 22 Jan. - Sekurang-kurangnya 29 terkorban dalam dua serangan keganasan berasingan melibatkan letupan bom di Somalia dan Mesir semalam.
Dalam kejadian pertama di Somalia, kumpulan militan al-Shebab membunuh 19 orang apabila lima lelaki bersenjata meletupkan bom sebelum menyerbu sebuah restoran terkenal di pantai Lido di ibu negara, semalam.
Menurut pegawai polis, Moha­med Abdirahman, mereka yang terkorban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dan menyifatkan serangan itu sangat kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah.
Pantai Lido di Mogadishu merupakan kawasan yang dipenuhi de­ngan restoran-restoran termasuk pusat perniagaan mewah.
Seorang saksi, Abdirahman Halene berkata, lelaki bersenjata itu menyerbu masuk Restoran Maka­nan Laut Lido dari pintu belakang ketika pengunjung lain menikmati makanan malam.
“Penyerang mula melepaskan tembakan disusuli bunyi letupan kuat di pintu masuk restoran ketika orang ramai cuba melarikan diri,” ujar Abdirahman.
Al-Shebab yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Menteri Keselamatan Somalia, Abirazak Omar Mohamed memberitahu, empat daripada lima lelaki bersenjata berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan, manakala seorang lagi ditahan polis.
Sementara itu, di Giza, pinggir Kaherah, sebanyak sembilan orang termasuk enam anggota polis terbunuh apabila sebutir bom meletup di sebuah pangsapuri ketika polis membuat persediaan untuk melakukan serbuan di kawasan persembunyian kumpulan militan.
Kementerian Dalam Negeri da­lam satu kenyataan memaklumkan, ketika kejadian, pasukan polis sedang cuba mematikan alat letupan yang aktif di dalam pangsapuri tersebut.
Sebanyak 10 yang lain turut ce­dera dalam insiden berkenaan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/somalia-mesir-digegar-bom-1.182392#sthash.BIgWfmHa.dpuf

Sembilan terbunuh dalam kejadian bom meletup di Mesir


KAHERAH 22 Jan. - Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk enam anggota polis Mesir terbunuh di pinggir Kaherah apabila sebutir bom meletup ketika anggota polis bersedia untuk mengadakan serbuan di lokasi persembunyian kumpulan militan Negara Islam (IS), semalam.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahan letupan itu meletup ketika pasukan keselamatan cuba mematikan fius bom tersebut sejurus tiba untuk mengadakan serbuan di sebuah pangsapuri.
Militan IS telah mempertingkatkan serangan ke atas tentera Mesir dan polis sejak tentera mengguling bekas presiden, Mohammed Mursi pada tahun 2013 selepas berlaku bantahan besar-besaran dan mengorbankan ramai orang awam. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sembilan-terbunuh-dalam-kejadian-bom-meletup-di-mesir-1.182165#sthash.FE1rIxxw.dpuf

22 January 2016

9 termasuk 6 polis maut letupan bom di Mesir

DUNIA JUMAAT, 22 JANUARI 2016 @ 9:29 AM






 KAWASAN letupan bom menyebabkan sembilan orang terbunuh di Giza, Kaherah. - Foto EPA


KAHERAH: Sembilan orang termasuk enam anggota terbunuh dekat kawasan piramid apabila bom buatan sendiri meletup di sini pada Khamis ketika polis membuat persiapan menyerbu tempat persembunyian militan, kata sumber keselamatan. Menteri Dalam Negeri berkata, pasukan keselamatan tiba dengan kenderaan untuk menyerbu sebuah pangsapuri dan menemui jerangkap samar dalam bangunan itu. Katanya, bom berkenaan meletup ketika mereka cuba untuk mematikannya. Sumber berkata, seramai 10 orang pula cedera. Militan Islam melancarkan serangan ke atas tentera Mesir dan polis sejak tentera menggulingkan Presiden Mohammed Mursi dari Ikhwanul Muslimin pada 2013 selepas tunjuk perasaan beramai-ramai terhadap pemerintahannya. Orang awam turut terkorban. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116884

10 January 2016

Parlimen Mesir bersidang kali pertama dalam 3 tahun

DUNIA AHAD, 10 JANUARI 2016 @ 8:44 PM

BADAN perundangan pertama Mesir dengan 596 kerusi Parlimen mengadakan sesi sulungnya hari ini, memberi isyarat selesainya pelan induk politik yang diumumkan pada 2013. -Foto Reuters


KAHERAH: Badan perundangan pertama Mesir dengan 596 kerusi Parlimen mengadakan sesi sulungnya hari ini, memberi isyarat selesainya pelan induk politik yang diumumkan pada 2013. Parlimen yang dipenuhi dengan penyokong Presiden Abdel Fattah el-Sissi pada pemilihan November dan Disember lalu, adalah yang pertama bersidang sejak pemimpin yang juga ketua tentera mengetuai penyingkiran Presiden Mohammed Morsi pada 2013, selepas bantahan besar-besaran ke atas pemimpin Islam itu dan kepemimpinan Ikhwanul Muslimin. Parlimen baharu itu menggantikan badan yang dikuasai puak Islam dan dibubarkan dalam satu keputusan mahkamah pada Jun 2012. Tugas pertama Parlimen berkenaan adalah untuk meratifikasikan kira-kira 300 dekri (perintah) dikeluarkan el-Sissi sejak mengambil alih kuasa pada Jun 2014 dan Presiden sementara, Adly Mansour sebelum itu. Mengikut perlembagaan, dekri itu perlu diratifikasi dalam tempoh 15 hari bermula tarikh sesi pembukaan Parlimen dan sekiranya gagal berbuat demikian mengakibatkan pemansuhan automatik undang-undang berkenaan. Dekri itu termasuk satu undang-undang dengan keras mengehadkan demonstrasi jalanan dan undang-undang keganasan yang mengekang kebebasan media selain memberi polis kuasa lebih besar. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112964