2 September 2015

Mesir lancar kempen baharu

Mesir lancar kempen baharu

Projek baharu tersebut bertujuan untuk menghentikan kegiatan penyeludupan melalui terowong rahsia di sempadan Genting Gaza.

KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir dilaporkan telah melancarkan kempen baharu yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada Hamas dan kegiatan penyeludupan melalui terowong rahsia di sempadan.
Jurucakap tentera memaklumkan kawasan di sepanjang sempadan akan 'ditenggelami air' kononnya sebagai usaha untuk menyekat kegiatan penyeludupan yang semakin berleluasa.
"Kami telah mula menggali pada minggu lalu untuk membuat kolam ikan di kawasan sepanjang 14 kilometer di sempadan Genting Gaza. Paip keluli juga sudah dipasang di tapak projek 'kolam ikan' tersebut," katanya.
Ahad lalu, jentolak dan pengorek dikatakan telah mula beroperasi di beberapa lokasi lapor al-Arabiya.
Difahamkan, rancangan asal untuk membina terusan kecil terpaksa dibatalkan selepas kajian mendapati projek itu berkemungkinan boleh membanjiri sempadan jika ia terus dilaksanakan.
Dalam satu kenyataan, pegawai Hamas, Mushir al-Masri turut mengecam projek tersebut yang disifatkan sebagai langkah untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas Genting Gaza.
"Mesir sepatutnya menolak dasar pengepungan yang diamalkan Israel sejak 2007 kerana ia memberi kesan kepada penduduk Palestin," jelasnya. 

No comments:

Post a Comment