4 September 2015

22 dipenjara seumur hidup


Kaherah: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 22 orang berhubung tuduhan merusuh dan membakar gereja berikutan tindakan tentera menumpaskan tunjuk perasaan pada 2013.

Mahkamah di Sohag, wilayah di selatan Mesir itu juga mengarahkan 37 tertuduh lain dipenjarakan selama 15 tahun dan lapan lagi, 10 tahun.

Ia turut menghukum penjara 51 defendan yang dibicarakan tanpa kehadiran mereka serta menyatakan kesediaan untuk membicarakan mereka semula jika mereka menyerah diri.

Semua defendan itu didapati bersalah kerana merusuh dan membakar tiga gereja selepas polis membunuh ratusan penyokong kumpulan Islam dalam satu operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah pada Ogos 2013.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Mohamed Mursi, presiden yang digulingkan oleh tentera, dilantik semula. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 6:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75128#sthash.LXXe1qII.dpuf

No comments:

Post a Comment