23 September 2015

Tentera Mesir bunuh 10 militan

RABU, 23 SEPTEMBER 2015 @ 12:35 AM

 KAHERAH: Tentera Mesir mendakwa membunuh sekurang-kurangnya 10 militan berhampiran Oasis Bahriyah di padang pasir barat negara ini, lokasi yang sama tentera tersilap serang kumpulan pelancong Mexico hingga mengorbankan 12 orang.
Brigadier Jeneral Mohammed Samir dalam ulasan menerusi laman sosial Facebook berkata, operasi itu dilakukan pada Isnin lalu membabitkan tentera udara dan pasukan khas anti-keganasan.
PACUAN empat roda musnah dalam serangan berhampiran Oasis Bahriyah. - Foto AP
Katanya, kumpulan militan yang cedera turut ditangkap dan beberapa kenderaan pacuan empat roda musnah dalam operasi terbabit.
Samir berkata, pasukan itu bertindak selepas menerima maklumat pengganas bersedia untuk menyusup masuk ke beberapa wilayah ketika musim percutian Hari Raya Aidiladha dengan mensasarkan beberapa institusi penting yang mempunyai hubungan kait dengan negara luar.
Sehubungan itu, Mesir sudah menjalankan siasatan serangan ke atas kumpulan pelancong yang mengorbankan lapan orang warga Mexico. - AFP

21 September 2015

Banjirkan terowong kekang kegiatan ‘pengganas’


Sinai: Tentera Mesir membanjirkan terowong yang didakwa digunakan untuk menyeludup di sempadan Gaza-Mesir di Rafah kelmarin.

Ia didakwa sebahagian usaha pihak berkuasa negara itu untuk mengekang kegiatan ‘pengganas.’


Kerajaan Mesir berkata, terowong itu, dari Sinai ke Semenanjung Gaza digunakan oleh kumpulan militan untuk menyeludup senjata antara wilayah Palestin yang terkepung itu.

Tentera mengepam air dari Laut Mediterranean ke dalam paip bawah tanah terowong merentas sempadan itu dalam usaha menghalang penggunaannya sama sekali.

Mesir mula mengumumkan rancangan membanjirkan kawasan itu sebulan lalu dan kini merancang mengubahnya menjadi 18 kolam ternakan ikan di sepanjang sempadan 13 kilometer dengan Gaza itu.

Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas dikepung oleh Mesir dan Israel sejak 2007, kononnya untuk menghalang kumpulan militan di Semenanjung Sinai mengimport senjata.

Semenanjung Sinai ialah kubu kumpulan militan yang ada hubungan dengan Negara Islam (IS).

Bagaimanapun, penduduk Sinai berkata, mereka bergantung kepada perdagangan secara menyeludup menerusi terowong itu untuk hidup kerana tidak dipedulikan kerajaan Mesir sejak sekian lama.

Kerajaan Mesir kini dilapor menguatkuasakan undang-undang menghukum penjara seumur hidup ke atas mereka yang didapati bersalah kerana menyeludup. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:36 AM

AIR bertakung selepas terowong dibanjirkan.

4 September 2015

25 penyokong Morsi dipenjara seumur hidup


morsih
KAHERAH, Jumaat – Mahkamah Jenayah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 25 orang atas dakwaan merusuh dan membakar gereja pada 2013 berikutan protes besar-besaran dengan pihak berkuasa selepas Muhammad Morsi digulingkan.
Mahkamah di wilayah selatan Sohag itu juga menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada 37 terduduh dan 10 tahun terhadap lapan yang lain.
Dalam pada itu, 51 defenden turut dijatuhi hukuman penjara tanpa kehadiran mereka dalam perbicaraan dan mahkamah akan menjalankan perbicaraan semula jika mereka menyerah diri.
Mereka semua telah disabitkan kesalahan merusuh dan membakar tiga buah gereja selepas pihak polis membunuh ratusan penyokong kumpulan Islam ketika operasi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah pada Ogos 2013.
Protes diadakan bagi menuntut semula bekas Presiden Mesir Muhammad Morsi, dikembali jawatan setelah digulingkan dalam satu operasi tentera. – Agensi

22 dipenjara seumur hidup


Kaherah: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 22 orang berhubung tuduhan merusuh dan membakar gereja berikutan tindakan tentera menumpaskan tunjuk perasaan pada 2013.

Mahkamah di Sohag, wilayah di selatan Mesir itu juga mengarahkan 37 tertuduh lain dipenjarakan selama 15 tahun dan lapan lagi, 10 tahun.

Ia turut menghukum penjara 51 defendan yang dibicarakan tanpa kehadiran mereka serta menyatakan kesediaan untuk membicarakan mereka semula jika mereka menyerah diri.

Semua defendan itu didapati bersalah kerana merusuh dan membakar tiga gereja selepas polis membunuh ratusan penyokong kumpulan Islam dalam satu operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah pada Ogos 2013.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Mohamed Mursi, presiden yang digulingkan oleh tentera, dilantik semula. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 6:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75128#sthash.LXXe1qII.dpuf

2 September 2015

Mesir lancar kempen baharu

Mesir lancar kempen baharu

Projek baharu tersebut bertujuan untuk menghentikan kegiatan penyeludupan melalui terowong rahsia di sempadan Genting Gaza.

KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir dilaporkan telah melancarkan kempen baharu yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada Hamas dan kegiatan penyeludupan melalui terowong rahsia di sempadan.
Jurucakap tentera memaklumkan kawasan di sepanjang sempadan akan 'ditenggelami air' kononnya sebagai usaha untuk menyekat kegiatan penyeludupan yang semakin berleluasa.
"Kami telah mula menggali pada minggu lalu untuk membuat kolam ikan di kawasan sepanjang 14 kilometer di sempadan Genting Gaza. Paip keluli juga sudah dipasang di tapak projek 'kolam ikan' tersebut," katanya.
Ahad lalu, jentolak dan pengorek dikatakan telah mula beroperasi di beberapa lokasi lapor al-Arabiya.
Difahamkan, rancangan asal untuk membina terusan kecil terpaksa dibatalkan selepas kajian mendapati projek itu berkemungkinan boleh membanjiri sempadan jika ia terus dilaksanakan.
Dalam satu kenyataan, pegawai Hamas, Mushir al-Masri turut mengecam projek tersebut yang disifatkan sebagai langkah untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas Genting Gaza.
"Mesir sepatutnya menolak dasar pengepungan yang diamalkan Israel sejak 2007 kerana ia memberi kesan kepada penduduk Palestin," jelasnya.