21 July 2015

Mursi gesa teruskan ‘revolusi’

Kaherah: Bekas presiden, Mohammed Mursi yang dipenjara sejak digulingkan pada Julai 2013 menggesa penyokongnya meneruskan ‘revolusi,’
Gesaan itu terkandung dalam mesej Aidilfitri di Facebooknya.
Dalam mesej disiarkan pada hari terakhir Ramadan, Kamis lalu, Mohammed berkata: “Revolusi kita masih melalui liku-liku biasa satu perjuangan.
“Kita akan terus menggalas beban ini. Revolusi ini akan berjaya. Kita akan merealisasikan cita-cita dan sasaran revolusi ini. Kita akan menyelamatkan Mesir daripada pemerintahan diktator.”
Mesej itu ditandatanganinya sebagai ‘Presiden Republik Arab Mesir.’
Mohammed - presiden pertama Mesir dilantik melalui proses demokrasi - digulingkan ketua tentera ketika itu, Abdel Fattah Al-Sisi pada 3 Julai 2013.
Abdel Fattah kemudian dilantik presiden pada Mei tahun lalu.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu dihukum mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan berkaitan dengan risikan dan terbabit melarikan diri beramai-ramai dari penjara pada 2011 ketika demonstrasi yang mengakibatkan pemimpin sebelumnya, Hosni Mubarak digulingkan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:43 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64877#sthash.kdYWg9U4.dpuf

No comments:

Post a Comment