28 July 2015

Polis Mesir Tembak Mati Suspek Bom Kedutaan Itali


Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 9:58 AM
Kedutaan Itali yang rosak akibat dibom oleh kumpulan militan di Kaherah.

KAHERAH: Polis Mesir didakwa berjaya menembak mati dua pengganas yang dipercayai mengebom kedutaan Itali dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada Isnin.
Pengganas itu ditembak mati ketika mereka berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya.
"Dua pengganas itu yang berkaitan dengan Ajnad Misr didapati terlibat dengan kejadian pengeboman kedutaan Itali dan membunuh anggota polis," kata seorang pegawai.
Kumpulan pengganas Negara Islam (IS) mengakui melakukan serangan pada 11 Julai lalu terhadap Kedutaan Itali sebagai kempen menentang pihak berkuasa tentera.
Seorang orang awam dilaporkan maut manakala semblan lagi cedera dalam kejadian berkenaan.

24 July 2015

Empat tentera Mesir maut bom meletup dekat Rafah

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 10:56 PM

 KAHERAH: Seorang pegawai tentera Mesir dan tiga lagi anggota antara yang terbunuh hari ini apabila bom disyaki ditanam militan Negara Islam (IS) meletup berhampiran Rafah, sebuah bandar di sempadan dengan Semenanjung Gaza, kata tentera dalam satu kenyataan. Dalam kejadian terbabit, tiada kumpulan tampil bertanggungjawab dalam letupan berkenaan, tetapi sekutu IS di Mesir di Wilayah Sinai dilaporkan melancarkan serangan sama sebelum ini. Pihak berkuasa Mesir menentang pemberontakan yang berlaku di Semenanjung Sinai yang mengorbankan beratus pegawai polis dan tentera sejak tentera menggulingkan Presiden Islam, Mohamed Mursi pada tahun 2013 selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya. Sementara itu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi berkata kumpulan militan IS menimbulkan ancaman sedia ada ke atas Mesir iaitu negara Arab yang mempunyai ramai penduduk. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69693

21 July 2015

Mursi gesa teruskan ‘revolusi’

Kaherah: Bekas presiden, Mohammed Mursi yang dipenjara sejak digulingkan pada Julai 2013 menggesa penyokongnya meneruskan ‘revolusi,’
Gesaan itu terkandung dalam mesej Aidilfitri di Facebooknya.
Dalam mesej disiarkan pada hari terakhir Ramadan, Kamis lalu, Mohammed berkata: “Revolusi kita masih melalui liku-liku biasa satu perjuangan.
“Kita akan terus menggalas beban ini. Revolusi ini akan berjaya. Kita akan merealisasikan cita-cita dan sasaran revolusi ini. Kita akan menyelamatkan Mesir daripada pemerintahan diktator.”
Mesej itu ditandatanganinya sebagai ‘Presiden Republik Arab Mesir.’
Mohammed - presiden pertama Mesir dilantik melalui proses demokrasi - digulingkan ketua tentera ketika itu, Abdel Fattah Al-Sisi pada 3 Julai 2013.
Abdel Fattah kemudian dilantik presiden pada Mei tahun lalu.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu dihukum mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan berkaitan dengan risikan dan terbabit melarikan diri beramai-ramai dari penjara pada 2011 ketika demonstrasi yang mengakibatkan pemimpin sebelumnya, Hosni Mubarak digulingkan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:43 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64877#sthash.kdYWg9U4.dpuf

16 July 2015

Mesir semak semula undang-undang antikeganasan media : MENA

KHAMIS, 16 JULAI 2015 @ 11:20 AM



 MESIR semalam bersetuju menyemak semula artikel kontroversi yang di sebut sebagai undang-undang anti-keganasan, mengancam pengamal media untuk dipenjarakan jika melapor berita berkaitan keganasan yang bertentangan dengan kenyataan rasmi," menurut media kerajaan negara itu.

KAHERAH: Mesir semalam bersetuju menyemak semula artikel kontroversi yang disebut sebagai undang-undang antikeganasan, mengancam pengamal media untuk dipenjarakan jika melaporkan berita berkaitan keganasan yang bertentangan dengan kenyataan rasmi. Undang-undang berkenaan diluluskan 1 Julai lalu, mencetuskan tindak balas pengamal media Mesir selepas hukuman sekurang-kurangnya dua tahun penjara akan dikenakan jika menyiarkan maklumat palsu mengenai serangan pengganas yang bercanggah dengan kenyataan rasmi. Kabinet Mesir pada Rabu bersetuju untuk menghapuskan ancaman penjara di bawah Perkara 33, tetapi menggantikannya dengan denda yang lebih berat, agensi berita MENA melaporkan. "Kabinet bersetuju untuk menghapuskan hukuman penjara di bawah Perkara 33 dan menggantikannya dengan denda, bermula 200,000 kepada 500,000 pound Mesir," menurut MENA, memetik jurucakap kerajaan, Hossam al -Qawish. Tetapi seorang wartawan Mesir, Khaled al-Balchi, berkata semakan itu hanya mengundang 'lebih banyak hukuman penjara' berikutan denda yang jelas di luar kemampuan wartawan. Beliau juga mengecam bahawa undang-undang itu digubal bertujuan menutup mulut suara pembangkang di negara ini. Menteri Keadilan Mesir, Ahmed Al-zina berkata, artikel itu mula-mula diguna pakai susulan liputan media mengenai gelombang serangan jihad berdarah terhadap tentera di Semenanjung Sinai pada 1 Julai. Pihak tentera berkata, 21 anggota tentera terbunuh dalam keganasan, tetapi agensi media melaporkan jumlah lebih tinggi dengan memetik sumber keselamatan yang tidak dinamakan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68372

Doa: Mesir larang Sheikh Jibril jadi imam, beri ceramah


HARAKAHDAILY | .

Menteri Wakaf Mesir memutuskan melarang Sheikh Mohammed Jibril dari kegiatan apapun di dalam masjid seperti menjadi imam solat ataupun memberikan ceramah, pasca mendoakan pemimpin zalim Mesir dalam kebinasaan pada solat tarawih di Masjid Amr bin Ash pada Isnin (13 Julai).
Dalam kenyataan Menteri Wakaf Dr Mohamed Mokhtar Juma menyatakan bahawa Sheikh Mohammed Jibril dilarang datang kembali ke Masjid Amr bin Ash, dan melakukan kegiatan apapun di masjid manapun sama ada menjadi imam, berceramah ataupun memberikan pelajaran agama, lapor laman Eramuslim.com.
Dr Mohamed Mokhtar Juma menambah, barang siapa yang membantu Sheikh Mohammed Jibril untuk menjadi imam atupun berceramah, maka pihak berkuasa Mesir akan bertindak tegas terhadap orang tersebut.
Tidak hanya sampai di situ, Dr Mohamed Mokhtar Juma menyatakan hukuman juga berlaku pada setiap ceramah Sheikh Mohammed Jibril di radio dan stesen melalui televisyen di Mesir, serta akan meminta secara rasmi kepada seluruh stesen televisyen di Timur Tengah untuk tidak mengundang beliau.
Perlu diketahui bahawa larangan ini bermula apabila Sheikh Mohammed Jibril melakukan doa qunut yang meminta pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala dari penindasan para tentera dan Firaun di Mesir, pada malam 27 Ramadhan lalu.

14 July 2015

Dihukum pada Aidilfitri?

Kaherah: Sejak kematian ketua pendakwa raya Mesir, Hisham Barakat dalam serangan bom pada 29 Jun lalu, beberapa pemerhati meramalkan kerajaan bakal mengambil beberapa tindakan drastik termasuk melaksanakan hukuman mati terhadap bekas presiden Mohamed Mursi.
Seorang wartawan, Khaled Abd al-Jaber memberitahu, satu sumber yang rapat dengan Menteri Keadilan, Ahmed al-Zind mendedahkan maklumat mengenai rancangan untuk memuktamadkan hukuman mati terhadap Mohamed dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Adakah ini masanya untuk melaksanakan hukuman mati terhadap Mohamed dan pengikutnya?” kata Khaled dalam laman Twitternya.
Ketika pengebumian Hisham, Presiden Abdel Fattah al-Sisi berjanji untuk melakukan perubahan bagi membolehkan hukuman mati dilaksanakan secepat mungkin.
Abdel Fattah tidak mendedahkan perubahan itu, tetapi ramai pihak berpendapat dia mungkin meminda proses rayuan.
Ketika ini, hukuman mati perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir dan sekiranya diluluskan pesalah masih mempunyai proses rayuan yang mengambil masa yang lama.
Pemimpin parti pembangkang Mesir, Ayman Nour dalam satu wawancara dengan portal berita Arabi21, memberi amaran kepada Abdel Fattah supaya tidak menghukum mati Mohamed.
“Langkah ini bakal memberi kesan yang akan menjejaskan karier politik Abdel Fattah.
“Tiada siapa di Mesir atau rantau ini dan juga seluruh dunia yang dapat menerima cara dia membalas dendam terhadap Mohamed seperti itu,” katanya.
Dia juga menjangkakan Mohamed akan menerima nasib yang sama seperti bekas presiden Iraq, Saddam Hussein yang dihukum mati pada pagi Hari Raya 2006.
Seorang wartawan Palestin, Abdel Bari Atwan berkata, dia tidak terkejut apabila bangun pada pagi hari raya nanti dan mendengar berita Mohamed dan para pemimpin pembangkang lain telah dihukum mati.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:05 AM


Mohamed Mursi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64169#sthash.TeYdOhiJ.dpuf

12 July 2015

Ehud Elam; Fir’aun Baru Di Mesir Adalah Sahabat Kami

Dicatat oleh ustazcyber di 10:01:00 PTG

Pengkaji dan juga penganalis kenamaan Zionis Israel, Ehud Elam, menyebut Presiden Abdel Fattah Sisi sebagai Fir’aun baru Mesir, dan merupakan sahabat bagi bangsa Yahudi. Pujian ini dilontarkan Ehud Elam menanggapi operasi militer tentara Mesir di wilayah Semenanjung Sinai utara. Dalam pujiannya, Ehud Elam mengatakan, “Apa yang dilakukan Sisi memerangi kelompok jihadis di wilayah Semenanjung Sinai adalah sebuah keuntungan besar bagi Zionis Israel. Kerana hal ini dapat mencegah kelompok bersenjata Mesir memasuki wilayah Gurun Negev.” “Sisi adalah Fir’aun baru yang menjadi sahabat kami. Dan Zionis Israel selalu mendukung orang nombor satu di Mesir tersebut untuk memerangi kelompok-kelompok Islam yang memusuhi kami,” ujar Ehud Elam. Perlu diketahui bahwa sejumlah pengamat Timur Tengah menyatakan bahwa pemerintah Mesir tidak akan pernah membuka perlintasan Rafah menuju Jalur Gaza tanpa adanya restu dari Zionis Israel. (Rassd/Ram/EM)


Mesir: Sebanyak 464 hukuman mati di tahun pertama pemerintahan Sisi


Ameera Ahad, 25 Ramadhan 1436 H / 12 Juli 2015 15:00
Mesir: Sebanyak 464 hukuman mati di tahun pertama pemerintahan Sisi

Mesir: Sebanyak 464 hukuman mati di tahun pertama pemerintahan Sisi
Polisi Mesir (file foto: MEMO).



KAIRO (Arrahmah.com) – Observatorium Mesir untuk Hak dan Kebebasan telah melaporkan bahwa pengadilan militer dan sipil Mesir telah menjatuhkan sebanyak 92.420 hukuman terhadap warga Mesir selama tahun pertama pemerintahan Abdul–Fatah Al–Sisi, termasuk diantaranya 464 hukuman mati, sebagaimana dilansir oleh MEMO, Sabtu (11/7/2015).

Dalam sebuah laporan mengenai pelanggaran proses pengadilan di Mesir, Observatorium itu mengatakan bahwa pengadilan sipil Mesir mengeluarkan putusan sebanyak 570 kasus dan pengadilan militer mengeluarkan putusan sebanyak 17 kasus.

Menurut laporan itu, 92.420 orang Mesir telah dijatuhi hukuman di hadapan pengadilan militer dan sipil. Dari 464 warga yang dijatuhi hukuman mati, tujuh telah dieksekusi. Laporan tersebut juga menyatakan bahwa sebanyak 4.800 orang lainnya dijatuhi hukuman penjara hingga 39 tahun, sementara 772 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Menurut laporan itu, pengadilan Mesir telah membebaskan 3.457 orang Mesir. Yang lainnya dibebaskan dari hukuman dan 214 orang dihukum kembali.

(ameera/arrahmah.com)

- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/07/12/mesir-sebanyak-464-hukuman-mati-di-tahun-pertama-pemerintahan-sisi.html#sthash.BbFleGu0.dpuf

Bom kereta gegar konsulat Itali

12 Julai 2015
KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam letupan bom kereta di luar pekarangan pejabat konsulat Itali di Kaherah, semalam.
Menurut agensi berita MENA, letupan itu merosakkan sebahagian bangunan berkenaan.

Pegawai perubatan berkata, mereka yang cedera dalam insiden tersebut ialah dua anggota polis dan tiga pejalan kaki.

Bom kereta gegar konsulat Itali
Unit forensik memeriksa serpihan bangkai kereta selepas letupan berhampiran pejabat konsulat Itali di Kaherah, semalam.
"Kita mengesahkan seorang terbunuh dan identiti mangsa belum dikenal pasti," kata jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir," Hossam Abdel Ghaffar lapor al Jazeera.

Sehingga semalam, tiada pihak tampil mengaku melancarkan serangan.

Beratus-ratus anggota tentera dan polis terbunuh sejak tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohammed Mursi selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya, dua tahun lalu.

IS mengaku lancar serangan bom di Kaherah

KAHERAH: Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom kereta terhadap Konsulat Itali di Kaherah yang meragut nyawa seorang rakyat Mesir pagi semalam.
"Dengan izin Allah, askar IS berupaya meletupkan kereta yang mengandungi bahan letupan seberat 450kg di ibu pejabat Konsulat Itali di tengah Kaherah," menurut kumpulan itu menerusi akaun Twitter.
"Kami menasihatkan orang Islam menjauhi kawasan keselamatan sedemikian kerana ia adalah sasaran yang sah untuk pejuang mujahidin." - Reuters



Orang awam melihat kerosakan teruk pada bangunan Konsulat Itali di Kaherah yang menjadi sasaran serangan bom kereta pagi semalam. Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang meragut nyawa seorang rakyat Mesir. - Foto Reuters

IS mengaku lancar serangan bom di Kaherah


"Dengan izin Allah, askar IS berupaya meletupkan kereta yang mengandungi bahan letupan seberat 450kg di ibu pejabat Konsulat Itali di tengah Kaherah," menurut kumpulan itu menerusi akaun Twitter.
"Kami menasihatkan orang Islam menjauhi kawasan keselamatan sedemikian kerana ia adalah sasaran yang sah untuk pejuang mujahidin." - Reuters



Orang awam melihat kerosakan teruk pada bangunan Konsulat Itali di Kaherah yang menjadi sasaran serangan bom kereta pagi semalam. Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang meragut nyawa seorang rakyat Mesir. - Foto Reuters

5 July 2015

Tentera tembak penyokong Mursi

Tentera tembak penyokong Mursi
Penunjuk perasaan yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans.
5 Julai 2015
KAHERAH - MESIR. Dua orang terbunuh di Mesir selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan semasa ulang tahun kedua penyingkiran bekas presiden, Mohammed Mursi.
Perhimpunan itu dianjurkan penunjuk perasaan pro-Mursi di ibu negara, kelmarin.

Mangsa pertama dikenali sebagai Ahmad Mahmoud, 23, terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di daerah Maadi.

Sementara mangsa kedua dikenali pasti sebagai Anas Ramadan.

Pemuda berusia 20 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya semasa menyertai tunjuk perasaan di daerah Monoufiya.

"Pasukan keselamatan bertindak ganas. Mereka turut menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan perhimpunan," kata seorang penunjuk perasaan.

Beberapa siri keganasan tercetus di Mesir selepas Mursi digulingkan oleh tentera sejak 2013.

Difahamkan, lebih 1,400 orang terbunuh manakala 22,000 lagi dipenjarakan.

Manakala seramai 200 anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin termasuk Mursi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Mesir. - Press TV

4 July 2015

Mesir lulus undang-undang antikeganasan

Mesir lulus undangundang antikeganasan
Al-Sisi (tengah) berikrar mengambil langkah sewajarnya untuk mengetatkan undang-undang di Mesir.
3 Julai 2015
KAHERAH - MESIR. Kerajaan Mesir, kelmarin menerima pakai undang-undang antikeganasan selepas Presiden Abdel Fattah al-Sisi berikrar untuk mengetatkan undang-undang di negara itu susulan insiden pembunuhan pendakwa raya, Hisham Barakat, Isnin lalu.

Menurut laporan AFP, Menteri Peralihan Keadilan, Ibrahim Henaidy berkata, undang-undang baharu tersebut akan menetapkan hukuman lebih berat ke atas mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas dan melakukan tindakan keganasan.

"Selain itu, ia juga akan meluaskan kuasa kumpulan penyiasat dan memudahkan prosedur siasatan termasuk kemudahan untuk memeriksa akaun bank suspek," jelasnya lagi.

Difahamkan, draf undang-undang tersebut juga bertujuan untuk menyekat sumber dana kewangan kumpulan militan yang beroperasi di negara terbabit.

Insiden serangan menyasarkan anggota keselamatan di Semenanjung Sinai dilaporkan semakin meningkat selepas bekas Presiden, Mohammed Mursi digulingkan oleh rampasan kuasa pada 2013.

Sembilan anggota Ikhwanul Muslimin terbunuh

Sembilan anggota Ikhwanul Muslimin terbunuh di Kaherah
Antara mangsa yang terbunuh dalam serbuan di sebuah apartmen di Kaherah, kelmarin.
WARTAWAN SINAR HARIAN
KAHERAH - MESIR. Polis Mesir berkata pihaknya telah menyerbu sebuah apartmen di Kaherah kelmarin, bagi memburu anggota Ikhwanul Muslimin.

Dalam serbuan tersebut, sembilan anggota pergerakan itu terbunuh termasuk pemimpin kanan, Nasser al-Hafi.

Pegawai keselamatan berkata, kesemua yang terbunuh dilabel pengganas dan diburu kerana terlibat dalam vandalisme dan keganasan.

"Berlaku insiden berbalas tembakan sebaik polis tiba di tempat kejadian. Akibatnya, kesemua suspek yang berada di apartmen itu terbunuh," kata jurucakap polis.

Serangan terhadap anggota Ikhwan Muslimin itu menyusul hanya beberapa jam selepas lebih 60 askar rejim terbunuh dalam serangan militan di utara Semenanjung Sinai pada hari sama.

Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin dalam satu kenyataan di Twitter menafikan mangsa bersenjata ketika serbuan dilakukan.

Menurut pergerakan itu, semasa serbuan mangsa mengadakan pertemuan bagi membincangkan gerak kerja bagi membantu ahli keluarga mangsa kekejaman tentera Mesir dan tahanan politik.

Kenyataan itu memberitahu, kesemua mangsa telah dikepung beberapa jam sebelum dibunuh.

Surat mati yang dikeluarkan oleh pihak hospital pula menjelaskan pada tubuh mangsa terdapat kesan seksaan dan patah tulang.

Sejak penyingkiran Mohammed Mursi, pihak berkuasa Mesir menjalankan tindakan keras tanpa henti terhadap penyokong bekas presiden itu yang telah mengakibatkan ribuan terbunuh dan ratusan lagi ditangkap, malah Mursi sendiri dijatuhkan hukuman mati . - AFP

3 July 2015

Tentera Mesir bunuh 35 militan di Sinai

JUMAAT, 3 JULAI 2015 @ 10:56 AM

PESAWAT pejuang tentera Mesir berada di ruang udara Utara Sinai selepas melancarkan serangan udara ke atas militan IS. - Foto Reuters ISMAILIA, Mesir: Tentera Mesir membunuh 35 militan di utara Sinai semalam, menurut sumber keselamatan, sehari selepas pertempuran terburuk di wilayah itu sejak beberapa tahun lalu. Sumber itu berkata, militan yang terbunuh adalah mereka yang terbabit dalam pertempuran kelmarin yang mana pihak tentera menyatakan 100 militan dan 17 askar terbunuh. Mereka yang terbunuh termasuk pemerintah militan. Kumpulan militan yang juga sekutu IS itu meningkatkan serangan terhadap askar dan polis sejak Presiden Mohamed Mursi digulingkan dua tahun lalu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65358

50 askar Mesir maut

El-Arish (Mesir): Kumpulan militan semalam melancarkan serangan serentak termasuk bom kereta di beberapa sekatan jalan raya di Sinai, mengakibatkan 50 tentera dan anggota keselamatan lain terbunuh.
Serangan yang dilakukan serentak pagi semalam berlaku sehari selepas presiden negara itu berjanji meningkatkan serangan terhadap kumpulan yang didakwa militan Islam.
Ia juga berlaku dua hari selepas peguam negara Mesir terbunuh dalam serangan di Kaherah.
Serangan itu turut mencetuskan pertempuran sengit antara tentera dan militan yang berterusan sehingga petang semalam, yang dianggap paling sengit sejak berdekad lalu di semenanjung itu.
Keganasan yang berlaku menunjukkan perancangan teliti militan berkenaan yang sejak sekian lama memerangi pasukan keselamatan Mesir di Sinai sebelum meluaskan pemberontakan mereka dua tahun lalu.
Sekutu Negara Islam (IS) di Mesir mengakui bertanggungjawab terhdap serangan semalam dan berkata, pejuangnya menyasarkan 15 lokasi tentera serta polis selain melancarkan tiga serangan berani mati.
Dua serangan berkenaan menyasarkan sekatan jalan raya manakala yang ketiga dilakukan terhadap kelab pegawai tentera di el-Arish.
Kesahihan dakwaan itu tidak dapat disahkan, namun ia dimuat naik ke laman Facebook yang dikaitkan dengan kumpulan terbabit.
Selain serangan di kelab pegawai tentera berkenaan, pertempuran juga berlaku di bandar Sheikh Zuweid yang menyasarkan sekurang-kurangnya enam sekatan jalan raya, kata pihak berkuasa.
Kumpulan terbabit turut menawan beberapa askar dan merampas senjata serta kenderaan berperisai.
Sekurang-kurangnya 55 askar cedera, kata pegawai tentera.
Sebuah kenderaan berperisai dimusnahkan ketika dirampas militan terbabit.
Jurucakap tentera Mesir, Brigadier Jeneral Mohammed Samir berkata, pertempuran berterusan sehingga petang semalam.
Kenyataannya yang dimuat naik ke Facebooknya berkata, kira-kira 70 militan menyerang lima sekatan jalan raya di utara Sinai dan 22 dibunuh tentera Mesir.
Tiga kenderaan bersenjata juga dimusnahkan.
Lewat semalam, dia berkata tentera Mesir termasuk tentera udara menyasarkan dua lokasi militan di utara Sinai dan memusnahkan kawasan terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 6:42 AM


GAMBAR yang didakwa menunjukkan serangan di Sinai, semalam, dimuat naik ke media sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61465#sthash.9XJ0Hi1h.dpuf

100 militan IS terbunuh di Sinai


AFP - GAMBAR yang dikeluarkan tentera Mesir menunjukkan mayat militan IS yang memakai seragam penyamaran di sebuah padang terbuka di Semenanjung Sinai kelmarin.


ISMAILIA, Mesir – Lebih 100 militan dan 17 anggota tentera terbunuh selepas serangan serentak di pusat pemeriksaan ketentera­an di Sinai Utara dalam satu pertempuran di wilayah bergolak itu, kata jurucakap tentera Mesir kelmarin.
Selepas seharian bertempur yang turut melibatkan jet pejuang F-16 dan helikopter Apache, pasukan tentera berkata, mereka tidak akan menghentikan operasi tersebut sehinggalah kawasan itu bebas daripada cengkaman pengganas.
Sehingga lewat kelmarin, seorang jurucakap tentera memberitahu, situa­si di Sinai Utara sudah berada dalam kawalan mereka sepenuhnya.
Sumber keselamatan dan saksi kemudian berkata, serangan udara terhadap militan yang disa­sarkan telah disambung semula.
“Pertempuran tertumpu di bandar-bandar Sheikh Zuweid dan Rafah, manakala militan menggunakan bom kereta dan pelbagai senjata api.
“Daripada 17 anggota tentera yang terbunuh, empat merupakan pegawai kanan dan selebihnya ialah anggota biasa yang cedera parah,” kata kenya­taan itu.
Kumpulan militan Islamic State (IS) Mesir di Wilayah Sinai mendakwa bertanggungjawab de­ngan mengatakan mereka telah menyerang lebih daripada 15 pusat kese­lamatan dan melakukan tiga pengeboman berani mati.
Ia merupakan serangan kedua berprofil tinggi di Mesir minggu ini selepas serangan pada Isnin lalu me­ngorbankan pendakwa raya agung di Kaherah. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3em6qfw2r 
Hakcipta terpelihara 

2 July 2015

Berpuluh Maut Dalam Pertempuran Tentera Mesir Dengan IS


Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 11:25 AM

KAHERAH: Berpuluh-puluh orang dipercayai terbunuh selepas berlaku pertempuran mengejut antara kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan tentera Mesir di Sinai pada Rabu.
Pentempuran itu dipercayai berlaku apabila kumpulan militan IS menyerang pusat pemeriksaan tentera di utara Sinai sebagai usaha memerangi pentadbiran Presiden Fattah al-Sisi.
Akibat serangan tersebut, tentera Mesir mengatur serangan balas termasuk menggunakan pesawat tempur F-16 bagi menyerang kumpulan IS.
Kumpulan perubatan dan keselamatan berkata, sekurang-kurangnya 70 orang yang sebahagiannya terdiri daripada tentera terbunuh dalam pertempuran selama beberapa jam itu.
Tentera pula memberitrahu, seramai 17 anggotanya telah maut manakala 100 pejuang IS turut terkorban dalam pertempuran berkenaan.
Keganasan itu dikatakan berlaku selepas Pendakwaraya, Hisham Barakat dibunuh menggunakan bom kereta dua hari lalu.
Di ibu negara Mesir pula, pihak berkuasa dikatakan telah membunuh pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dan lapan yang lain ketika menyerbu sebuah pangsapuri kerana mendakwa mereka melakukan pemberontakan.

15 askar Mesir maut serangan bom kereta di Sinai Utara


AP - BEBERAPA anggota polis berkawal di lokasi serangan bom yang mengorbankan pendakwa raya kanan Mesir, Hisham Barakat di Kaherah pada Isnin lalu.


KAHERAH – Sekurang-kurangnya 15 askar Mesir maut dalam serangan bom kereta di Sinai Utara semalam, lapor seorang pegawai keselamatan.
Pengeboman itu merupakan antara beberapa serangan ke atas tentera Mesir yang dilancarkan pada hari sama di rantau bergolak itu.
Pasukan tentera sering menjadi sasaran di Sinai selepas pemberontak yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Islamic State (IS) melancarkan pemberontakan berdarah.
“Lebih daripada 70 elemen pengganas melakukan serangan secara serentak di lima pos pemeriksaan keselamatan di Sinai Utara,” kata seorang jurucakap tentera dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Serangan itu berlaku dua hari selepas kematian pendakwa raya negeri, Hisham Barakat yang terbunuh dalam serangan bom yang disasarkan ke atas konvoinya di Kaherah.
Hisham merupakan pegawai tertinggi kerajaan yang terbunuh sejak kumpulan militan melancarkan pemberontakan susulan tindakan tentera menggulingkan pemerintahan Presiden Mesir, Mohammed Morsi pada 2013.
Kerajaan Mesir melabel penyokong Morsi sebagai pengganas pada Disember 2013 dan mengambil tindakan keras ke atas mereka dengan beratus-ratus penyokongnya dikenakan hukuman mati, manakala ribuan lagi dipenjara. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3egExTWVW 
Hakcipta terpelihara 

70 askar Mesir maut di Sinai

02 Julai 2015 12:50 AM

Seorang anggota pasukan keselamatan, berkawal di sebuah menara tinjau di Sinai Utara, yang bersempad
Seorang anggota pasukan keselamatan, berkawal di sebuah menara tinjau di Sinai Utara, yang bersempadan dengan Israel, semalam. – REUTERS
SINAI 1 JULAI – Seramai 70 askar Mesir terkorban dalam serangan yang dipercayai dilancarkan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di Sinai Utara, semalam.
Sumber keselamatan berkata, seramai 15 orang terbunuh apabila sebutir bom kereta meletup di pusat pemeriksaan tentera di utara Sinai.
Seorang saksi berkata, dia mendengar letupan di Sheikh Zuweid dan Rafah, menyebabkan ramai penduduk tempatan melarikan diri dan meninggalkan rumah masing-masing.
Portal Al Jazeera melaporkan, seramai 70 orang anggota militan IS terlibat dalam sera­ngan tersebut, manakala seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, kumpulan militan juga menjadikan tentera kerajaan sebagai tawanan dan merampas beberapa buah kereta kebal.
Beratus-ratus anggota tentera dan polis terbunuh sejak tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohammed Mursi selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya, dua tahun lalu.
Awal minggu ini, seorang pegawai pendakwa dibunuh dalam serangan sebuah bom kereta ketika beliau dalam perjalanan ke Kahe­rah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemam­puan kerajaan membendung penentang kerajaan.
Serangan terbaharu itu berlaku selepas Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berikrar untuk menuntut keadilan terhadap pembunuhan pendakwa dan kemungkinan cubaan membunuh pemimpin Ikhwanul Muslimin.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/70-askar-mesir-maut-di-sinai-1.109512#sthash.u8DeaTL9.dpuf

1 July 2015

30 Dilaporkan Terkorban Dalam Serangan Di Semenanjung Sinai


Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 8:57 PM

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan terbunuh apabila kumpulan bersenjata melancarkan serangan ke atas beberapa pusat pemeriksaan keselamatan di utara Semenanjung Sinai pada Rabu.
Bentuk serangan itu memperlihatkan bahawa ia adalah suatu tindakan yang dirancang.
Ia juga adalah serangan berprofil tinggi yang kedua berlaku di Mesir minggu ini.
Hanya pada Isnin lalu seorang pendakwaraya kanan terbunuh apabila kereta yang dinaikinya diserang di sini.
Dua insiden ini mencetuskan kebimbangan ke atas kemampuan kerajaan menangani serangan militan.
Menurut laporan agensi berita Reuters, dalam insiden terbaru, lima pusat pemeriksaan keselamatan telah diserang oleh 70 militan yang datang menggunakan kenderaan yang menggunakan senjata anti-pesawat.
Salah satu pusat pemeriksaan keselamatan yang diserang ialah di pekan Sheikh Zuweid yang menyaksikan pihak militan memasang jerangkap samar mengelilingi sebuah balai polis.
Sekurang-kurangnya 10 kakitangan keselamatan telah terkorban dalam kesemua serangan tersebut manakala 40 lagi dilaporkan tercedera.
Sementara 22 orang dari kumpulan militan itu turut terkorban.
Semenanjung Sinai memang dikenali sebagai kawasan yang paling tidak stabil di Mesir dengan pelbagai gerakan bawah tanah melancarkan serangan ke atas kerajaan sedia ada.

Peguam Negara maut

Kaherah: Peguam Negara Mesir Hisham Barakat maut semalam dalam serangan bom dahsyat yang menyasarkan konvoi membawanya ke tempat kerja.
Menteri Kehakiman Ahmed al-Zind mengesahkan perkara itu di hospital di mana Hisham, 64, dibawa untuk rawatan.
“Dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurut doktor, Hisham maut akibat kegagalan organ disebabkan kecederaan teruk dialaminya.
Dia pegawai kanan tertinggi Mesir terbunuh sejak presiden Mohammed Mursi digulingkan, dua tahun lalu.
Kematiannnya dilihat satu pukulan kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi.
Serangan berlaku dalam pada pasukan keselamatan Mesir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada ambang ulang tahun kedua demonstrasi besar-besaran yang membawa kepada kejatuhan presiden Mohammed Mursi.
Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab bagi serangan yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan termasuk polis dan orang awam cedera.
Pengawal peribadinya berkata: “Tiba-tiba kedengaran letupan kuat. Kaca berterbangan, keadaan tidak ubah seperti gempa bumi.”
Saksi Shaama Abdel Fattah berkata: “Saya terdengar letupan kuat dan terus berlari ke arahnya. Saya nampak kereta Hisham terbakar.”
Ketua skuad bom Jeneral Mohamed Gamal berkat, penyerang sama ada menggunakan bom kereta atau melekatkan letupan di bawah kenderaan.
Baru-barua ini sekutu Negara Islam (IS) di Mesir - Ansar Beit al-Maqdis - menggesa serangan terhadap badan kehakiman berikutan hukuman gantung terhadap enam lelaki didakwa anggota militan.
Mei lalu, dua hakim dan seorang pendakwa ditembak mati di Sinai.
Hisham mengarahkan pendakwaan ribuan orang sejak Mohammed digulingkan pada 2013 dan ratusan lagi dihukum bunuh. Ini termasuk kes terhadap Mohammed sendiri yang kini merayu hukuman mati terhadapnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 7:24 AM


ANGGOTA keselamatan memeriksa lokasi pengeboman yang mengakibatkan kematian Peguam Negara Mesir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61019#sthash.5Qib3ZrI.dpuf