27 June 2015

Al-Azhar kecam siaran kartun Nabi Muhammad




KAHERAH – Universiti al-Azhar di Mesir kelmarin mengecam keras penyiaran kartun Nabi Muhammad oleh seorang ahli politik Belanda di sebuah stesen televisyen tempatan sebagai ‘imaginasi gila.’
Satu kenyataan universiti berkenaan turut menggesa umat Islam supaya “tidak mengendahkan perbuatan keganasan yang meloyakan ini,” sehari selepas sekitar 10 kartun biadab itu disiarkan oleh ahli politik anti-Islam, Geert Wilders semasa slot televisyen untuk parti-parti politik Belanda.
“Kedudukan Nabi adalah lebih tinggi dan lebih mulia untuk dicemari kartun seperti ini yang tiada moral dan standard peradaban,” katanya.
Dalam pada itu, Wilders berkata, dia membuat siaran biadab itu dengan alasan untuk mempertahankan kebebasan bersuara selepas dua pejuang melancarkan serangan ke atas satu pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad di Texas sebelum mereka ditembak mati oleh polis.
Terdahulu, al-Azhar memberitahu bahawa matlamat Wilders adalah untuk mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Namun, ia turut memberi amaran bahawa tindakan ahli politik tersebut hanya memanfaatkan kumpulan-kumpulan militan yang akan menggunakan insiden itu untuk menyebar keganasan dan menggugat keamanan serta kestabilan di seluruh dunia. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3eDV8uIwa 
Hakcipta terpelihara 

26 June 2015

Mesir mahu bakar semua buku tulisan ulama Ikhwanul Muslimin


Kaherah: Ketua Jabatan Agama Kementerian Waqaf Mesir Mohamed Abdel Razek
berkata, kementerian itu akan membakar semua buku karangan ulama Ikhwanul
Muslimin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya kelmarin, Abdel Razek berkata, kementerian dan
pihak berkuasa Mesir menganggap buku itu berbahaya.
“Kementerian akan membakar ‘buku beracun’ yang ditulis Sheikh Hassan Al­Banna,
Sayyid Qutb, Yusuf Al­Qaradawi dan pemimpin Ikhwan lain. Buku yang ditulis kumpulan
Islam lain juga akan dibakar,” kata Abdel Razek.
Sabtu lalu, Setiausaha Rendah kementerian Gaber Tayee berkata, pegawai diarah
memeriksa semua buku di perpustakaan setiap masjid di negara itu bagi memastikan ia
‘sesuai dengan toleransi dalam Islam.’
“Semua buku dikarang pelampau atau anggota Ikhwanul Muslimin dan Jemaah Islamiya
akan dikeluarkan dari perpustakaan,” katanya.
Mesir berdepan kekacauan sejak bekas Presiden Mohamed Mursi digulingkan dalam
rampasan kuasa tentera pada 2013.
Sejak menggulingkannya, pihak berkuasa Mesir diketuai Presiden Abdel Fattah al­Sisi
tidak putus­putus menyasarkan penyokong Mursi yang juga bekas pemimpin Ikhwan.
1 0 0 Google + 0
6/26/2015 Mesir mahu bakar semua buku tulisan ulama Ikhwanul Muslimin | Harian Metro
data:text/html;charset=utf­8,%3Carticle%20id%3D%22node­60036%22%20class%3D%22two­column­L%20node%20node­article%20node­page%20node­arti… 2/2
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:34 AM

23 June 2015

Mesir lantik duta ke Israel

Mesir lantik duta ke Israel
Hazem

KAHERAH - MESIR. Kerajaan Mesir, kelmarin melantik duta ke Israel untuk pertama kali selepas tiga tahun yang dilihat sebagai langkah untuk memulihkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tersebut.
Agensi berita MENA melaporkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan dekri berhubung pelantikan diplomat baharu termasuk Duta Besar, Hazem Khairat.
Reuters difahamkan, al-Sisi dan Tel Aviv berkongsi pendirian yang sama kerana menganggap Hamas dan Ikhwanul Muslimin sebagai ancaman di rantau terbabit.
Sebelum ini, mahkamah di Mesir juga telah mengisytiharkan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam dan Ikhwanul sebagai pertubuhan pengganas walaupun Hamas telah dikeluarkan dari senarai tersebut.
Pada November 2012, bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi memanggil pulang dutanya dari Tel Aviv selepas rejim Zionis melancarkan serangan hingga meragut nyawa seorang komander gerakan Hamas. 

22 June 2015

Polis Jerman tahan wartawan Al-Jazeera

AHAD, 21 JUN 2015 @ 8:59 AM



WARTAWAN Al-Jazeera, Ahmad Mansour.

 BERLIN: Polis Jerman menahan wartawan Al-Jazeera, Ahmad Mansour, 52, di Lapangan Terbang Tegel, di sini malam tadi. Mansour menerusi Twitter berkata, pihak berkuasa negara itu menahannya berdasarkan waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan kerajaan Mesir. "Saya masih ditahan di lapangan terbang Berlin, menunggu dibawa untuk soal siasat," katanya. Polis Jerman mengesahkan penahanan wartawan itu yang dalam perjalanan ke Doha. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62594

Senyuman Ibu Yang Bangga Kerana 5 Anaknya Dihukum Gantung oleh el-Sisi




Mereka yang memuja sisi
القناة الاحتياطية لقناة مصر الآن على يوتيوب
Ibu yang berbangga anak dan cucunya dihukum gantung oleh firaun sisi, malah menganggap ianya satu perayaan.
 

Terus terang dan dengan tegas ibu yang mulia inii menanggap Abdel Fattah el-Sisi sebagai anjing.

*sumber peribadirasulullah.wordpress.com

19 June 2015

Qatar desak bebas Morsi

RABU, 17 JUN 2015 @ 10:00 PM

 BEKAS Presiden Mesir, Mohamed Morsi berdiri di dalam penjara semasa perbicaraannya di Kaherah, semalam. - Foto AFP

DOHA: Qatar mendesak hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, dibatalkan dan Morsi dikeluarkan dari negara terbabit. Mahkamah Mesir mengekalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap Morsi atas tuduhan merancang komplot melarikan diri dari penjara dan serangan ke atas polis ketika pemberontakan pada tahun 2011 di negara itu. "Hukuman mati terhadap kumpulan pembangkang politik di Mesir mengancam keselamatan dan kestabilan. Ia turut menutup pintu perdamaian dan keharmonian," kata kenyataan rasmi kerajaan Qatar. Hukuman penjara turut dikenakan ke atas Morsi kerana dituduh menjadi pengintip Iran dan kumpulan militan, termasuk gerakan Islam Palestin, Hamas dan bagi pihak pemimpin yang berpangkalan di Qatar. Hukuman mati turut dikekalkan terhadap 100 defendan yang lain, termasuk ulama yang berpangkalan di Qatar, Yusuf Qaradawi, yang dibicarakan tanpa kehadirannya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61889

18 June 2015

Hukuman mati Mursi dikecam

Hukuman mati Mursi dikecam
Kumpulan penunjuk perasaan mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Mesir di Ankara sebagai membantah hukuman mati ke atas Mursi.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Mesir berdepan kecaman antarabangsa selepas mengekalkan hukuman mati ke atas bekas presiden digulingkan, Mohammed Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin yang didakwa melarikan diri dari penjara serta menyerang anggota keselamatan pada 2011.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menegaskan agensi antarabangsa tersebut menolak hukuman mati dalam apa jua keadaan.

"Keputusan selepas perbicaraan secara beramai-ramai itu dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap prospek kestabilan untuk jangka masa panjang di Mesir," katanya.

Sementara itu menurut laporan al-Jazeera, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hukuman mati ke atas sekutu rapatnya dan beberapa pemimpin Ikhwanul termasuk Mursyidul Am, Mohamed Badie adalah 'pembunuhan' beramai-ramai ke atas undang-undang asas hak asasi manusia.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak kerajaan Mesir untuk menarik balik keputusan tersebut. Tindakan seperti ini hanya akan meletakkan situasi keamanan di negara itu," tegasnya.

Kelmarin, mahkamah mengumumkan bahawa hukuman mati ke atas Mursi bersama lebih 90 anggota Ikhwanul dikekalkan selepas berunding dengan Mufti Besar Mesir.

17 June 2015

Hukuman Mursi kekal

Muhammed Mursi
Muhammed Mursi

KAHERAH - MESIR . Sebuah mahkamah Mesir mengekalkan hukuman mati ke atas bekas presiden yang digulingkan, Muhammed Mursi.
 
Mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Mursi atas tuduhan mengintip untuk pergerakan Hamas di Palestin dan Hezbollah di Iran.
 
Pada 16 Mei lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin itu dan 105 ahli Ikhwanul Muslimin selepas disabit bersalah melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan pada 2011.
 
Keputusan akhir itu diumumkan semalam selepas mendapat lampu hijau daripada Mufti Besar, pihak berkuasa agama paling tinggi di Mesir.
 
Dalam pada itu, dua ahli Ikhwanul Muslimin iaitu Khairat El-Shater dan Mohammed El-Beltagy bersama 14 difenden lain turut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan
menghantar dokumen rahsia ke luar negara antara tahun 2005 dan 2013. - Press TV

Mesir kekal hukuman mati terhadap Morsi



AFP - REAKSI Morsi ketika mahkamah Mesir mengekalkan hukuman mati ke atasnya di Kaherah semalam.


KAHERAH – Sebuah mahkamah Mesir semalam mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas bekas presiden Mohamed Morsi kerana merancang melakukan rusuhan penjara dan serangan terhadap polis pada 2011.
Pada bulan lepas, Morsi dan lebih 100 defendan kes sama telah dijatuhi hukuman mati.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah berkenaan berunding dengan Mufti Mesir yang memainkan peranan sebagai penasihat kepada kerajaan.
Bagaimanapun, keputusan tersebut masih boleh dirayu. Sebelum ini, Morsi dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas dakwaan mencetus kekacauan.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang dahulunya merupakan ketua tentera Mesir menggulingkan Morsi pada 3 Julai 2013 dan sejak itu, para penyokongnya daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin sering diambil tindakan keras.
Beratus-ratus anggota pertubuhan itu dibunuh mankala ribuan lagi dipenjara.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan keputusan perbicaraan Morsi sebagai belum pernah terjadi dalam sejarah.
Dalam perbicaraan itu juga, ulama kelahiran Mesir, Yusuf al-Qaradawi turut dijatuhkan hukuman mati.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3dGoMdBSh 
Hakcipta terpelihara 

Mohamed Mursi dipenjara 
25 tahun


KAHERAH 16 Jun – Mahkamah Mesir hari ini menjatuhi hukuman penjara selama 25 tahun ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi (gambar)berhubung kes bersubahat dan mengintip untuk pertubuhan asing termasuk pergerakan Hamas, Hezbollah dan Iran.
(FILES) - A file picture taken on March 20, 2013 shows then Egyptian
Mursyidul Am Ihkwanul Muslimin, Mohamed Badie turut dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun berhubung kes sama.
Sebanyak 17 defendan lain kes tersebut pula dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Mahkamah turut mengenakan hukuman mati ke atas 16 defendan lain termasuk seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Khairat el-Shater berhubung dakwaan menyerahkan dokumen rahsia kepada pihak asing pada 2005 dan 2013.
Laman web al-Jazeera melaporkan, sebanyak 13 defendan tersebut dijatuhi hukuman tersebut tanpa kehadiran mereka di mahkamah.
Pihak pembelaan dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Dalam pada itu, mahkamah masih belum memutuskan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas Mursi dan 100 lagi defendan dalam perbicaraan berbeza. – AFP/Reuters/Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mohamed-mursi-dipenjara-8232-25-tahun-1.103809#sthash.nxg3M8dN.dpuf

14 June 2015

Sempadan Rafah dibuka

Sempadan Rafah dibuka
Warga Palestin berkumpul di pintu sempadan Rafah bagi menanti kebenaran memasuki Mesir.

GAZA CITY - PALESTIN. Kerajaan Mesir semalam membuka semula sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza untuk tempoh tiga hari.

Menurut laporan Reuters, laluan di pintu Rafah adalah satu-satunya akses ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.

Pengarah Urusan Sempadan pergerakan Hamas, Maher Abu Sabha berkata, laluan itu mula dibuka awal pagi semalam bagi membolehkan kira-kira 15,000 orang yang terkandas untuk masuk atau keluar dari wilayah Palestin.

"Mereka yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan serta kes-kes kecemasan akan diberi keutamaan menggunakan laluan itu,” katanya.

Sebelum ini, beribu-ribu rakyat Palestin, termasuk pelajar dan pesakit yang menunggu rawatan, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Mesir selepas Kaherah menutup laluan sempadan Rafah dan turut menyebabkan beratus-ratus orang tidak dapat memasuki wilayah berkenaan. 

12 June 2015

Cadang tangkap al-Sisi


JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Sebuah persatuan di Afrika Selatan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menangkap Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi atas tindakan kekerasan yang dikenakan ke atas kumpulan penunjuk perasaan dan penentang kerajaan sejak rampasan kuasa pada Julai 2013.

Wakil Persatuan Peguam Islam Afrika Selatan (MLA), Yousha Tayoub berkata, mereka percaya al-Sisi telah melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan selepas tentera merampas kuasa daripada bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi.

"Pihak berkuasa boleh merebut peluang untuk menahan, menyoal siasat dan mendakwa pemimpin terbabit selepas beliau tiba di negara ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika kali ke-25 di Johannesburg pada hari ini," katanya.

Menurutnya lagi, dakwaan itu boleh dikenakan ke atasnya kerana bukti menunjukkan pembunuhan dan penindasan ke atas anggota gerakan Ikhwanul Muslimin banyak berlaku di bawah pemerintahan al-Sisi.

Dalam satu kenyataan lain, sebuah kumpulan sokongan di Afrika Selatan, Media Review Network (MRN) turut menyokong keputusan MLA tersebut.

Jurucakapnya, Ibrahim Vawda menegaskan mereka mengutuk sekeras-kerasnya sebarang jenayah yang melanggar hak asasi manusia. - Press TV

9 June 2015

Al-Sisi mohon maaf

Al-Sisi mohon maaf
Penunjuk perasaan memegang poster Demokrasi diktator Mesir dan 41,000 tahanan politik di Mesir sebelum ketibaan al-Sisi untuk pertemuan dengan Presiden Jerman di Berlin. - Foto AFP

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi memohon maaf kepada seluruh negara di atas penyalahgunaan hak asasi manusia yang dilakukan pihak polis, setahun selepas mengambil alih jawatan.

"Saya bertanggungjawab untuk apa sahaja yang berlaku kepada penduduk di negara ini," menurutnya.

Menurut laporan al-Jazeera, permohonan maaf itu dibuat selepas seorang pegawai polis memukul peguam dengan kasut minggu lalu, sekali gus mencetuskan mogok umum selama sehari oleh peguam negara.

Menurut aktivis, kuasa pihak polis berkurangan selepas bekas presiden Hosni Mubarak digulingkan, dan kini mereka kembali bertindak sewenang-wenangnya.

Mahkamah Mesir juga-juga baru-baru ini mengemukakan beberapa kes melibatkan polis yang dituduh membunuh orang awam, termasuk seorang peguam yang didakwa diseksa hingga mati di balai polis.

7 June 2015

Mesir batal label Hamas pengganas


KAHERAH 6 Jun – Sebuah mahkamah di Mesir hari ini membatalkan keputusan mengisytiharkan pergerakan Hamas sebagai sebuah kumpulan pengganas pada Februari lalu.
Seorang pegawai mahkamah berkata, keputusan itu dicapai selepas hakim memutuskan mahkamah sebelum ini tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan perkara berkenaan.
Keputusan mahkamah pada Februari itu dibuatkan selepas seorang peguam mengemukakan petisyen mengkategorikan Hamas sebagai kumpulan pengganas berdasarkan tuduhan pergerakan tersebut menggunakan terowong bawah tanah untuk menyeludup senjata ke Mesir.
Bagaimanapun, kerajaan Mesir kemudian mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan yang memburukkan hubungan antara Kaherah dan Hamas. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-batal-label-hamas-pengganas-1.99860#sthash.X5UDmuSa.dpuf

5 June 2015

Mahkamah Mesir akan bicara semula Mubarak


AP - BEBERAPA penyokong bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak menangis dan memegang potretnya selepas perbicaraan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.


KAHERAH – Sebuah mahkamah rayuan akan membicarakan semula mantan presiden Mesir, Hosni Mubarak berkaitan kematian beratus-ratus penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011 selepas mengetepikan keputusan menggugurkan dakwaan membunuh terhadapnya.
Mahkamah berkenaan semalam menerima rayuan pihak pendakwa raya supaya membatalkan keputusan sebuah mahkamah lebih rendah yang menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Mubarak.
“Mahkamah menerima rayuan pendakwa raya dan menetapkan 5 November depan bagi mene­litinya,” kata Hakum Anwar El-Gabry.
Menurut pasukan pembelaan Mubarak, tidak dapat dipastikan sama ada mahkamah berkenaan akan membuat penghakiman baharu atau membicarakan semula Mubarak pada tarikh tersebut.
Pada 2012, Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah menyebabkan kematian beratus-ratus penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada tahun sebe­lumnya.
Sebuah mahkamah rayuan kemudian membatalkan keputusan itu dan mengarahkan perbi­caraan semula.
Pada November 2014, sebuah mahkamah menggugurkan dakwaan membunuh terhadap Mubarak yang memerintah Mesir selama tiga dekad sehingga ditumbangkan dalam gelombang demokrasi di Asia Barat pada 2011.
Mubarak, 87 kini ditahan di sebuah hospital tentera di Kaherah. Beliau mempunyai dua anak lelaki, Alaa dan Gamal yang dihukum penjara tiga tahun pada bulan lalu kerana kesalahan ra­suah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3c8JcZCqM 
Hakcipta terpelihara 

Dua polis Mesir maut ditembak di piramid Giza


KAHERAH 4 Jun – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati dua anggota polis Mesir dekat piramid Giza, awal hari ini, serangan pertama dilakukan berhampiran kawasan pelancongan utama di negara ini.
Menurut kenyataan polis, serangan tersebut berlaku di kawasan gurun yang terletak hampir lima kilometer dari kawasan piramid yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Jelas kenyataan berkenaan, kedua-dua anggota polis terbabit ditugaskan untuk berkawal di kawasan tumpuan pelancong dan diserang lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.
“Seorang daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir di hospital,” tambah kenyataan itu.
Pihak polis masih menyiasat kumpulan yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-polis-mesir-maut-ditembak-di-piramid-giza-1.98978#sthash.hIaRxkXP.dpuf

4 June 2015

Mahkamah Mesir tangguh hukuman Mursi

Mahkamah Mesir tangguh hukuman Mursi
Mursi mengangkat tangan kepada penyokongnya ketika dihadapkan ke mahkamah, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir menangguhkan keputusan akhir ke atas bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi yang dijatuhi hukuman mati bersama lebih 100 defendan berhubung tuduhan melarikan diri dari penjara pada 2011.

Menurut Press TV, Hakim Shaaban el-Shamy memaklumkan keputusan tersebut akan diumumkan pada 16 Jun depan.

"Perkara tersebut perlu dirujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum ia dapat diputuskan dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.

Pada 16 Mei lalu, Mursi bersama lebih 100 defendan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah kerana melarikan diri dari penjara dan menyerang anggota keselamatan ketika revolusi kebangkitan rakyat tercetus pada 2011.

1 June 2015

AS ‘selamatkan’ Mohamed Soltan dari penjara

Mohamed Soltan
Mohamed Soltan

KAHERAH - MESIR. Aktivis Mohamed Soltan seorang warga Amerika Syarikat (AS) - Mesir yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup April lalu kerana melancarkan mogok lapar telah dihantar pulang ke AS.

Perkara itu diumumkan oleh keluarganya, hari ini menurut laporan portal Egyptian Street.

Menurut portal itu, Mohamed yang melancarkan mogok lapar selama 489 hari, didakwa menyokong kumpulan pengganas serta menyebarkan berita palsu.

Bapanya ialah Salah Soltan antara 11 yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Mesir.

Melalui satu kenyataan, keluarganya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu dalam usaha untuk membebaskan Mohamed.

“...individu yang tidak terhitung jumlahnya telah berusaha tanpa mengenal penat di belakang tabir untuk membebaskan Mohamed. Menyaksikan anda semua tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik, jantina, umur bersatu adalah bayangan hebat tentang kuasa semangat manusia dan kami kaguminya.

“Setelah usaha berterusan, kerajaan AS telah berjaya menyelamatkan Mohamed dan bawa pulang ke AS,” kenyataan itu dipetik.

Menurut keluarganya juga, Mohamed akan menerima rawatan kesihatan sebaik tiba di AS.

Berikutan pemenjaraan Mohamed itu, White House telah mengeluarkan kenyataan mengutuk keputusan mahkamah itu dan menggesa Mohamed dibebaskan segera dari penjara.

Mohamed ditangkap pada 25 Ogos 2013 dalam satu serbuan yang bertujuan untuk menahan bapanya yang juga pemimpin Ikhwanul Muslimin.