17 May 2015

Bekas Presiden Morsi Dijatuhi Hukuman Mati


Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 7:27 PM

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi dan lebih 100 tertuduh lain kerana rusuhan di penjara pada 2011.

Morsi berada di kandang tertuduh apabila hakim membacakan keputusan itu.

Sebahagian besar daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran, termasuk ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.

Kes seperti ini kebiasaannya akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Mesir iaitu pejabat Mufti, bagi mengemukakan pendapat sebelum apa-apa hukuman dilakukan.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

Morsi terlepas hukuman mati satu daripada dua perbicaraan yang berakhir pada Khamis, di mana mahkamah dinasihatkan agar menjatuhkan hukuman mati diberi kepada 16 tertuduh lain di atas pertuduhan pengintipan.

Mereka telah didakwa bersekongkol dengan kuasa asing, Hamas (Palestin) dan Iran untuk menjejaskan kestabilan Mesir.

No comments:

Post a Comment