30 May 2015

50 Ulama Desak Masyarakat Internasional Tarik Dukungan untuk Pemerintahan Al-Sisi

https://www.islampos.com/50-ulama-desak-masyarakat-internasional-tarik-dukungan-untuk-pemerintahan-al-sisi-186638/

Sabtu 11 Syaaban 1436 / 30 Mei 2015 17:00
sisi
SEKIRA 50 ulama, aktivis dan kelompok advokasi telah mendesak masyarakat internasional untuk menarik dukungan bagi pemerintahan Abdul Fatah Al-Sisi. Desakan ini datang di tengah tindakan keras yang sedang berlangsung pada pendukung Mursi. Anadolu Agency melaporkan pada hari Sabtu (30/5/2015).
Mereka mengajukan petisi menyerukan organisasi-organisasi internasional seperti PBB dan Uni Eropa serta negara-negara seperti AS untuk membela hak asasi manusia di Mesir. Petisi ini muncul 10 hari setelah pengadilan Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada presiden pertama yang dipilih secara bebas Muhamad Mursi.
“Pengakuan dan dukungan diplomatik terhadap pemerintah Mesir saat ini merupakan tindakan masyarakat internasional yang diam-diam memfasilitasi berbagai pelanggaran hak asasi manusia,” demikian isi dokumen.
“Komitmen masyarakat internasional untuk penegakan hukum dan ketaatan HAM dipertanyakan oleh bangsa-bangsa Timur Tengah di mana HAM telah memiliki standar ganda,” katanya.
Sebuah pengadilan Kairo menjatuhkan hukuman mati kepada Mursi dan lebih dari 100 orang lainnya atas tuduhan jailbreak pada tangga 16 Mei lalu. Mursi digulingkan oleh kudeta yang dipimpin oleh Presiden Abdel Fattah Sisi Juli 2013. [ds/islampos]

Mesir Kembali Tutup Rafah Setelah Pembukaan Tiga Hari

https://www.islampos.com/mesir-kembali-tutup-rafah-setelah-pembukaan-tiga-hari-186676/

Sabtu 11 Syaaban 1436 / 30 Mei 2015 17:20
desz
MESIR menutup perbatasan dengan Gaza setelah periode pembukaan tiga hari yang membuat setidaknya 1.413 warga Palestina menyeberang rumah mereka di Gaza.
Penyeberangan Rafah, yang ditutup sejak Maret, awalnya dijadwalkan dibuka selama dua hari. Namun, pemerintah Mesir memperpanjang pembukaan satu hari lagi untuk memungkinkan lewatnya warga Palestina yang terdampar ke Gaza.
Juga selama tiga hari, 3.367 ton bahan konstruksi serta 100 kursi untuk penyandang cacat masuk ke Gaza, sumber keamanan di Rafah mengatakan kepada kantor berita Mesir MENA.
Persimpangan, yang merupakan satu-satunya bagian wilayah Palestina yang tidak dikontrol oleh Israel, hanya beroperasi satu arah, untuk lalu lintas keluar saja.
Pemerintah Mesir menutup perbatasan sejak penggulingan presiden Islamis Muhammad Mursi pada 2013, atas alasan kekhawatiran keamanan di Semenanjung Sinai.[fq/islampos]

27 May 2015

Mesir musnahkan 521 terowong di sempadan Gaza

Mesir musnahkan 521 terowong di sempadan Gaza
Penduduk Gaza menggunakan laluan rahsia ini untuk menyeludup pelbagai barangan ke Gaza.

ANKARA - TURKI . Tentera Mesir memusnahkan kira-kira 521 laluan masuk ke terowong rahsia di sempadan, menurut laporan media tempatan, kelmarin.
 
Agensi berita Anadolu melaporkan operasi perobohan itu telah dilakukan sejak enam bulan lalu.
 
"Beberapa laluan rahsia tersebut turut dilengkapi trek kereta api dan bilik komunikasi," menurut laporan itu lagi.
 
Pada bulan lalu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan dekri yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup ke atas mana-mana individu yang terus ingkar untuk menggali atau menggunakan terowong rahsia tersebut.
 
Di bawah dekri sama, mana-mana pihak yang bersubahat atau menyembunyikan maklumat mengenai kewujudan laluan rahsia itu juga bakal berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.
 
Susulan daripada itu, operasi untuk memusnahkan terowong rahsia tersebut telah dipergiatkan. - Press TV

26 May 2015

Al-Azhar seru penduduk dunia halang militan IS

Kumpulan militan IS mengibarkan bendera hitam selepas menawan

Kumpulan militan IS mengibarkan bendera hitam selepas menawan bandar purba Palmyra pada 14 Mei lalu. AGENSI

KAHERAH 25 Mei – Pusat pengajian tinggi Islam terkemuka di dunia, Al-Azhar berkata, dunia perlu bersatu dalam ‘perang seluruh umat manusia’ bagi menghalang kumpulan militan Negara Islam (IS) daripada memusnahkan bandar purba Palmyra di Syria.
Rayuan itu dibuat sehari selepas Pengarah Jabatan Antikuiti Syria menyatakan militan IS telah menceroboh muzium di bandar Palmyra dan mengibarkan bendera hitam mereka di atas kubu purba yang menghadap tapak sejarah.
“Melindungi tapak arkeologi daripada kemusnahan dan rampasan adalah menjadi perang bagi semua umat manusia,’’ kata institusi itu yang berpangkalan di Kaherah dalam satu kenyataan.
“Kita perlu bersatu untuk melindungi sebuah daripada bandar purba paling penting di Asia Barat daripada dimusnahkan oleh Daesh (merujuk kepada militan IS),” katanya.
Al-Azhar berkata, masyarakat dunia perlu mengambil tindakan segera untuk menghalang militan IS daripada memusnahkan kebudayaan dan tapak arkeologi di bandar itu, seperti yang mereka lakukan di Iraq dan di bahagian-bahagian lain di Syria.
Kumpulan militan IS menawan Palmyra pada Khamis lalu, membangkitkan kebimbangan masyarakat dunia terhadap keselamatan tapak-tapak bersejarah berusia 2,000 tahun di bandar itu yang diisytiharkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kumpulan militan IS pada tahun ini memusnahkan bandar purba Assyria kerajaan Nimrud dan memusnahkan artifak-artifak di Muzium Mosul, kedua-duanya di Iraq.
Menurut Al-Azhar, Islam menghalang perbuatan memusnahkan warisan dunia dan artifak-artifak bersejarah.
Sementara itu, kumpulan militan IS telah membunuh sekurang-kurangnya 217 orang, termasuk orang awam, di dalam dan sekitar bandar purba Palmyra dalam tempoh sembilan hari lalu.
Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mereka telah merekodkan pembunuhan 67 orang awam, termasuk 14 kanak-kanak, 12 wanita di Sukhnah dan Al-Amiriyah di Palmyra serta 150 askar Syria di beberapa tempat di wilayah Homs sejak 16 Mei lalu.
“Kebanyakan mereka yang mati di Palmyra adalah akibat ditembak, ditikam atau dipenggal kepala,’’ katanya.
Berita tentang jumlah korban itu diterima beberapa jam selepas media rasmi kerajaan Syria melaporkan kumpulan militan IS sedang melaksanakan pembunuhan beramai-ramai di Palmyra, dengan membunuh kira-kira 400 orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Kumpulan militan IS menawan bandar strategik Sukhnah pada 13 Mei, dan menawan Palmyra kira-kira 24 jam kemudian.
Badan pemerhati itu berkata, sebanyak 600 orang lagi dijadikan tawanan oleh kumpulan militan IS kerana didakwa menjadi tali barut kerajaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/al-azhar-seru-penduduk-dunia-halang-militan-is-1.95725#sthash.hB9R9O8X.dpuf

25 May 2015

Warga Palestin kecam hukuman mati Mursi

Warga Palestin kecam hukuman mati Mursi
Penduduk Palestin membawa sepanduk mengutuk keputusan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

TEBING BARAT - PALESTIN. Kira-kira 5,000 penduduk Palestin berkumpul di Kafr Kanna kelmarin bagi mengutuk keputusan mati ke atas bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan mengecam pemerintahan Abdel Fattah al-Sisi.

Pada 16 Mei lalu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas Mursi dan 105 ahli Ikhwanul Muslimin selepas disabit bersalah melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan pada 2011.

Menurut Press TV, keputusan itu turut mendapat kecaman antarabangsa termasuk badan hak asasi manusia, Amnesty International dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Keputusan akhir akan diumumkan 2 Jun depan selepas keputusan itu dirujuk kepada Mufti Besar untuk disemak semula.

24 May 2015

Arab Israel Protes Hukuman Mati Morsi


Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 2:25 PM
Warga Arab Israel berarak bagi memprotes hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Mesir terhadap Morsi dan lebih 100 penyokongnya.

KUFR KANA: Ribuan warga Arab Israel berarak di utara negara itu pada Sabtu untuk memprotes hukuman mati terhadap Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi.
Penganjur memberitahu, lebih 5,000 mengambil bahagian dalam demonstrasi yang diketuai Sheikh Raed Salah, ulama yang menerajui gerakan Islam radikal di utara negara itu.
Peserta perhimpunan itu berarak dari perkampungan Galilee ke sini sambil membawa sepanduk mendesak supaya hukuman mati itu tidak dilaksanakan.
Morsi digulingkan pada Julai 2013 oleh pihak tentera yang yang ketika ini menjadi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.
Beliau bersama lebih 100 defendan dijatuhi hukuman mati pada 16 Mei lalu kerana didakwa bertanggungjawab menyebabkan kejadian rusuhan di penjara pada 2011.

23 May 2015

Kes Mursi: Malaysia perlu nyata pendirian

Kes Mursi: Malaysia perlu nyata pendirian
Sebahagian ahli dan penyokong Pas mengadakan himpunan aman, semalam.

ALOR SETAR - MALAYSIA. Kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas berhubung hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Ahmad Hamadah Mohamad Shauki berkata, pendirian itu sekurangnya dapat memberi keadilan kepada Mohammed Mursi dan sahabatnya.

“Pemuda Pas Kedah mendesak kerajaan menyatakan pendirian terhadap kezaliman hukuman gantung kepada Mursi.

“Apakah mereka setuju dengan kezaliman itu ataupun mereka juga menegaskan akan bersama dengan Mursi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai himpunan aman yang dihadiri kira-kira 100 ahli dan penyokong Pas bagi membantah kezaliman hukuman gantung ke atas Mohammed Mursi di dataran hadapan Masjid Zahir, semalam.

Ahmad Hamadah berkata, pendirian Kerajaan Malaysia amat penting dalam perkara itu sebagai suara sebahagian daripada negara Islam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kawasan Pendang, Saiful Syazwan Shafie juga mengharapkan satu ketetapan dibuat kerajaan secepat mungkin.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan, nescaya akan berlaku kezaliman terhadap pemimpin Islam berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pemuda Pas Kawasan Kuala Kedah, Rodhi Abu Bakar menyatakan tiga permohonan bagi membantu menyelamatkan Mohammed Mursi.

“Saya mohon suara bantahan ini sampai kepada Kerajaan Mesir. Saya juga mohon seluruh negara Islam dapat menyatakan pendirian masing-masing terhadap hukuman mati yang dikenakan kepada Mursi.

“Mohon juga kepada semua rakyat Malaysia supaya menyatakan ya bagi keadilan dan tidak kepada kezaliman,” katanya.

21 May 2015

Mesir: Kami berhak

mohammed morsi

KAHERAH - MESIR. Kementerian Kehakiman Mesir menempelak pihak luar yang mengkritik hukuman mati ke atas bekas presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi serta lebih 100 ahli Ikhwanul Muslimin.

Menurut kementerian itu, tindakan berkenaan melanggar dan menggugat kedaulatan negara.

"Pihak asing mengecam keputusan itu telah melanggar semua perjanjian antarabangsa yang menetapkan bahawa sesebuah negara perlu menghormati kedaulatan negara lain dan tidak mencampuri urusan dalamannya. Kami menolak semua kenyataan yang dibuat merujuk kepada keputusan hukuman mati yang dikeluarkan baru-baru ini.

"Kerajaan Mesir dan institusinya juga sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan," kata kementerian itu lapor Middle East Eye.

Sabtu lalu, Mursi bersama 105 anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati selepas disabit bersalah kerana melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.

Hukuman itu bagaimanapun perlu dirujuk kepada Mufti Besar untuk disemak semula dan keputusan akhir akan diumumkan pada 2 Jun depan.

Sebelum ini Kesatuan Eropah (EU), Amnesty International dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keputusan hukuman mati tersebut.

20 May 2015

Mursi: Negara Islam, demokrasi kenapa senyap?

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi

SHAH ALAM - Keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dan ulama terkenal, Yusuf al-Qaradawi perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara Islam dan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Penganalisis politik dari Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman mengakui berasa pelik apabila semua negara Islam dan demokrasi seolah-olah menutup mata serta memekakkan telinga.

"Sepatutnya, gergasi-gergasi demokrasi bangun membantu Dr Mursi tetapi ini tidak berlaku. Saya pun pelik juga. Dari segi aspek negara-negara Islam juga tidak membantu Dr Mursi.

"Setakat ini, yang bersuara dan berani menegur hanyalah Turki sahaja. Maknanya, hanya Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sahaja sekarang ini yang mengutuk keputusan hukuman mati terhadap Dr Mursi," katanya kepada Sinar Online.

Beberapa gerakan Islam lain seperti Jamaat Islami‎ dari Pakistan, Hamas dari Palestin dan terbaharu Pas turut mengeluarkan kenyataan mengutuk keputusan mahkamah tersebut.

Tegasnya tekanan yang secara serius perlu dibuat negara-negara yang mengamalkan demokrasi sebagai tanda menentang keputusan mahkamah itu.

Menyentuh soal peranan Malaysia yang sepatutnya telah ke depan menyuarakan pendirian, Dr Fuad akui Malaysia terlalu banyak berdiam dalam banyak hal tidak seperti sewaktu era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

"Negara-negara demokrasi harus memberi pandangan yang lebih serius, menentang keputusan tersebut supaya apa yang berlaku di Mesir ini boleh diselesaikan dengan aman. Hukuman mati ke atas Mursi ini diluar dugaan, tidak sepatutnya berlaku. Pertuduhan yang dikenakan ke atasnya juga tidak.

"Malaysia bukan hanya isu ini sahaja... Banyak isu lain yang kita senyap. Malaysia sepatutnya lebih peka sebab Malaysia antara negara yang berpengaruh dalam OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam). Kalau lihat pada zaman Tun Mahathir lagi, kita banyak bersuara dalam membela negara-negara yang kecil.

"Jadi, selaras dengan kedudukan kita yang tinggi dalam OIC, sepatutnya kita juga suarakan pandangan atau bantahan terhadap perkara ini.‎ Kerajaan kenalah keluarkan sedikit kenyataan bagaimana melihat isu ini. Adakah hanya melihat isu ini semata-mata isu dalaman atau ada‎ kena mengena dengan konsep-konsep kesejagatan, demokrasi, hak asasi dan sebagainya?," katanya.

Meskipun tidak pasti keberkesanan tekanan-tekanan itu terhadap keputusan hukuman mati itu, ‎namun setidaknya ia memberi kesan walaupun sedikit.

"Kalau negara-negara bagi tekanan, bantahan bahawa ini (hukuman mati) adalah pertuduhan politik, bukan pertuduhan jenayah pun sebenarnya.

"Jadi, mungkin ia boleh memberi sedikit kesan dan memberi peluang kepada pihak Dr Mursi. Tapi kalau semua orang senyap, tidak memberi sebarang kenyataan, maka sukarlah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menganggap pertuduhan ke atas ulama dunia yang terkenal Yusuf al-Qaradawi‎ pelik dan tidak masuk akal.

19 May 2015

EU kecam hukuman ke atas Mursi

EU kecam hukuman ke atas Mursi
Mursyidul Am Ikhwanul, Mohamed Badie (tengah) menunjukkan simbol Rabaa yang melambangkan sokongan kepada gerakan itu ketika perbicaraan, Sabtu lalu.

BRUSSELS - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) mengecam hukuman mati yang dikenakan ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi.

Kelmarin, Ketua Dasar Luarnya, Federica Mogherini berkata, keputusan mahkamah itu dibuat tergesa-gesa dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

"Ia sememangnya hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. EU membantah sekeras-kerasnya hukuman itu dalam apa jua keadaan sekalipun," tegasnya.

Menurutnya, Mesir perlu menjamin hak defendan untuk mendapat perbicaraan adil dan siasatan bebas.

"Kesemua 28 negara anggota EU yakin hukuman ke atas pemimpin tersebut akan dikaji semula selepas rayuan dibuat," katanya.

Difahamkan, hukuman itu perlu dirujuk kepada Mufti Besar untuk disemak semula dan keputusan akhir akan diumumkan pada 2 Jun depan.

Sabtu lalu, Mursi bersama 105 anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati selepas disabit bersalah kerana melarikan diri dari penjara dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011. - Press TV

18 May 2015

Enam militan digantung


Kaherah: Mesir melaksanakan hukuman mati ke atas enam anggota kumpulan militan Sinai yang ada hubungan dengan Negara Islam (IS) kerana menyerang tentera berhampiran bandar raya ini pada 2014.
Kumpulan Wilayah Sinai berkenaan membunuh ratusan anggota polis dan askar sejak tentera menggulingkan kerajaan Presiden Mohamed Mursi pada 2013.
Kes itu adalah yang pertama membabitkan anggota Wilayah Sinai yang sebelum ini berikrar taat setia kepada IS, kumpulan yang menawan sebahagian besar Iraq dan Syria.
Kumpulan Wilayah Sinai itu dulunya menamakan diri mereka Ansar Bayt al-Maqdis.
Keenam-enam lelaki yang dihukum gantung semalam didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan yang menyebabkan dua pegawai tentera terbunuh. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51661#sthash.g4aOg9VN.dpuf

Qardhawi kecam hukuman bunuh Morsi


Morsi


KAHERAH – Ulama Islam terkenal, Sheikh Yusuf al-Qardhawi mengutuk hukuman mati yang dijatuhkan ke atas dirinya, bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 105 penyokong kumpulan Ikhwanul Muslimin kerana melarikan diri dari penjara sewaktu kebangkitan rakyat Mesir pada 2011.
Dalam satu kenyataan video yang dimuat naik Qardhawi di laman Twitternya semalam, ulama yang menetap di Qatar itu berkata, pemerintah Mesir telah mencabuli undang-undang Islam.
“Undang-undang pemerintah Mesir tiada nilai dan tidak boleh digunapakai kerana mereka melanggar peraturan Allah, menyalahi undang-undang kemanusiaan. Tiada sesiapa akan menerimanya,” kata Qardhawi dalam wawancara bersama saluran Al Jazeera.
Berdasarkan hukuman mati di Mesir, keputusan perbicaraan ke­lmarin itu akan dirujuk kepada Mufti Besar Mesir, Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam untuk mendapat pandangannya.
Selepas menimbang pandangan Shawki, mahkamah dijangka mengumumkan keputusan akhir pada 2 Jun depan.
QARDHAWI


Hukuman itu adalah berkaitan dengan tindakan Morsi melarikan diri bersama pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain dari sebuah penjara di utara Kaherah ketika berlakunya kebangkitan penduduk Arab pada 2011.
Bagaimanapun, Qardhawi menafikan penglibatannya dalam perkara itu dan menyatakan beliau berada di Qatar pada waktu kejadian.
Diiktiraf sebagai salah seorang ulama terkemuka dunia Islam, rancangan keagamaan Qardhawi di Al Jazeera ditonton oleh jutaan penonton.
Kritikannya terhadap Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, bekas ketua tentera menyebabkan ke­tegangan antara Qatar dan beberapa negara Arab meningkat.
Arab Saudi menganggap Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah pertubuhan pengganas dan telah membiayai banyak dana untuk membantu Abdel Fattah meme­rangi mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, khutbah Jumaat oleh Qardhawi yang sepatutnya disiarkan Al-Jazeera pada Jumaat lalu telah dibatalkan ekoran kritikannya terhadap peme­rintah baharu Mesir itu.
“Adalah menjadi hak rakyat untuk memberontak menentang rasuah dan ketidakadilan. Saya masih menyeru rakyat (Mesir) untuk memberontak,” tegasnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3aR1j9qRN 
Hakcipta terpelihara 

Hukuman mati terhadap Mursi dapat kecaman


Gambar fail bertarikh 29 Jun 2012, menunjukkan Muhammad Mursi

Gambar fail bertarikh 29 Jun 2012, menunjukkan Muhammad Mursi (tengah) melambai ke arah penyokongnya sambil dikawal pengawal ketika memegang jawatan Presiden di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir. REUTERS
KAHERAH 17 Mei – Hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi dikecam banyak pihak yang menyifatkannya sebagai bermotifkan politik.
Mendahului kecaman adalah jurucakap pergerakan Islam, Ikhwanul Muslimin, Amr Darrag yang menyatakan bahawa keputusan berkenaan adalah satu jenayah pembunuhan yang ‘dibenarkan’.
“Keputusan mahkamah itu bermotifkan politik dan perlu dihentikan masyarakat antarabangsa. Parti pemerintah sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk menghapuskan semua pemimpin kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik Mesir dan sekutu-sekutu Baratnya sebagai ‘hipokrit’ berhubung hukuman mati terhadap Mursi.
“Ketika Barat memansuhkan hukuman mati, sekutu Barat Mesir pula hanya melihat keputusan itu dilaksanakan di negara ini. Mereka tidak pula berbuat apa-apa,” katanya seperti yang dipetik agensi berita Anatolia.
Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menerusi jurucakapnya, Said Boumedouha berkata, keputusan tersebut memperlihatkan tindakan tidak mengendahkan hak kemanusiaan.
“Mursi telah menjalani proses perbicaraan yang tidak adil. Beliau ditahan berbulan-bulan tanpa sebarang akses guaman dan tidak diwakili peguam. Ini menunjukkan keputusan itu tidak sah,” katanya.
Said menambah, Mursi dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin sepatutnya dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah awam.
Amnesty International menyifatkan, hukuman mati telah menjadi ‘alat paling digemari’ oleh kerajaan Mesir yang kini dipimpin Presiden, Abdel Fattah al-Sisi sejak menggulingkan Mursi pada 2013. – AGENSI/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hukuman-mati-terhadap-mursi-dapat-kecaman-1.93096#sthash.VtjMKoAM.dpuf

17 May 2015

Bekas Presiden Morsi Dijatuhi Hukuman Mati


Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 7:27 PM

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi dan lebih 100 tertuduh lain kerana rusuhan di penjara pada 2011.

Morsi berada di kandang tertuduh apabila hakim membacakan keputusan itu.

Sebahagian besar daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran, termasuk ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.

Kes seperti ini kebiasaannya akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Mesir iaitu pejabat Mufti, bagi mengemukakan pendapat sebelum apa-apa hukuman dilakukan.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

Morsi terlepas hukuman mati satu daripada dua perbicaraan yang berakhir pada Khamis, di mana mahkamah dinasihatkan agar menjatuhkan hukuman mati diberi kepada 16 tertuduh lain di atas pertuduhan pengintipan.

Mereka telah didakwa bersekongkol dengan kuasa asing, Hamas (Palestin) dan Iran untuk menjejaskan kestabilan Mesir.

Mohamed Morsi dihukum mati


Mohamed Morsi mengangkat tangan ketika hakim menjatuhkan hukuman mati ke atasnya di Kaherah semalam.


KAHERAH – Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan lebih 100 tahanan kerana melarikan diri dari sebuah penjara ketika kebangkitan rakyat pada tahun 2011.
Morsi, 64, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana menghasut keganasan duduk di kandang tertuduh sambil mengangkat kedua-dua ta­ngannya ketika hakim membacakan keputusan itu.
Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah, Shaaban Al-Shami turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badei dan timbalannya, Khairat al-Shater.
Morsi memegang jawatan Presiden pada 2012 sebagai calon Ikhwanul Muslimin menggantikan Khairat dan memerintah Mesir selama setahun sebelum rakyat melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran sehingga mendorong pihak tentera mengu­lingkannya pada Julai 2013 menerusi rampasan kuasa.
Rakyat me­lancarkan tunjuk perasaan besar-besaran selepas dia mengisytiharkan setiap keputusan yang dibuatnya tidak boleh dicabar oleh badan kehakiman sehingga menyebabkan pihak tentera campur tangan dengan me­lakukan rampasan kuasa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3aLG7XtXr 
Hakcipta terpelihara 

Mursi, Qaradawi dijatuhi hukuman mati

KAHERAH 16 Mei – Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohammed Mursi dan ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden, Hosni Mubarak.
Agensi berita BBC memetik kenyataan Hakim Shaaban el-Shami sebagai berkata, Mursi merupakan salah seorang daripada 100 anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah.
Mursi mendengar keputusan itu di kandang pesalah, manakala sebahagian besar tertuduh yang lain tidak hadir, termasuk Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.
Bagaimanapun, hukuman itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat pengesahan daripada Mufti Besar Mesir, pihak berkuasa agama paling tinggi di Mesir.
Keputusan akhir hukuman akan diumumkan pada 2 Jun ini.
Sebelum ini Mursi dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun oleh mahkamah atas kesalahan mengeluarkan arahan supaya menahan penunjuk perasaan di Istana Presiden pada 2012.
Penyokong Mursi mendakwa kes melibatkan pemimpin mereka itu bermotifkan politik dan mahu menutup kes penggulingan beliau oleh pihak tentera.
Dalam perkembangan lain, tiga hakim mahkamah Mesir dilaporkan ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata, beberapa jam selepas bekas Presiden, Mohammed Mursi dijatuhi hukuman mati.
Polis berkata, ketika kejadian ketiga-tiga hakim berkenaan berada di dalam bas di bandar al-Arish, Semenanjung Sinai, sebelum mereka diserang oleh kumpulan bersenjata.
“Dua orang hakim lain turut cedera dalam serangan tersebut,” jelas anggota polis.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mursi-qaradawi-dijatuhi-hukuman-mati-1.92588#sthash.vhzj9W5X.dpuf

16 May 2015

Mohammed Morsi dihukum mati

 Mohammed Morsi
Mohammed Morsi

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas presiden, Mohammed Morsi selepas didapati bersalah melarikan diri dari penjara Wadi al-Natrun dan membunuh anggota keselamatan ketika kebangkitan revolusi rakyat pada 2011.

Selain beliau, seramai 105 ahli Ikhwanul Muslimin lagi turut dijatuhi hukuman mati atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, hukuman tersebut perlu dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.

Mahkamah akan mengumumkan keputusan muktamad pada 2 Jun ini.

15 May 2015

Pemimpin Ikhwanul meninggal di penjara

Farid Ismail
Farid Ismail

KAHERAH - MESIR. Seorang pemimpin kanan gerakan Ikhwanul Muslimin dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani hukuman penjara, menurut Kementerian Dalam Negeri, kelmarin.
Menurut laporan Press TV, Farid Ismail yang merupakan bekas Ahli Parlimen di bawah pemerintahan kerajaan bekas Presiden, Mohammed Mursi menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 58 tahun di sebuah hospital di Kaherah akibat kegagalan hati.
Media tempatan melaporkan Farid yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh mahkamah pada tahun lalu telah dipindahkan ke Hospital Penjara Aqrab di Tora, selatan ibu negara selepas beliau berada dalam keadaan koma sejak beberapa hari lalu.

Dalam satu kenyataan, anak beliau, Mohamed mendakwa bapanya tidak mendapat rawatan dan penjagaan yang rapi walaupun pihak berkuasa penjara tahu beliau mengalami masalah sirosis hati dan hepatitis C.

Isnin lalu, Mohamed mendedahkan rayuan anggota Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) itu untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya termasuk dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ditolak oleh pentadbiran penjara. - Press TV

13 May 2015

Majikan punca masuk jel 400 hari

Kaherah: Wartawan rangkaian televisyen Al Jazeera yang sedang menghadapi perbicaraan di Mesir memfailkan saman di mahkamah di Kanada menuntut pampasan AS$100 juta (RM361 juta) kerana mendakwa majikannya cuai sehingga menyebabkan dia ditahan penjara.
Mohamed Fahmy yang kini warga Kanada meringkuk lebih 400 hari di penjara Kaherah atas tuduhan menyalurkan bantuan kepada pertubuhan pengganas mendakwa penahanannya akibat tindakan yang disarankan Al Jazeera.
Mohamed dan rakan sekerjanya Baher Mohamed dihukum penjara tujuh hingga 10 tahun atas beberapa tuduhan termasuk menyebarkan penipuan untuk membantu pertubuhan yang disahkan sebagai pengganas di Mesir iaitu Ikhwanul Muslimin.
Ikhwanul diharamkan kerana menyokong bekas presiden Mohamed Mursi yang digulingkan tentera. Selepas diharamkan di negara itu, Qatar - lokasi ibu pejabat Al Jazeera - secara terbuka menyatakan sokongan terhadap kumpulan itu.
Seorang lagi rakan sekerja warga Australia Peter Greste turut dipenjara bersama Mohamed dan Baher, sebelum dibebaskan serta dihantar pulang ke negaranya awal tahun ini.
Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan dan Januari lalu, mahkamah mengarahkan perbicaraan semula atas dasar kesilapan prosedur.
Pada sidang media di Kaherah, peguam Mohamed, Joanna Gialason berkata, saman berkenaan menuntut mahkamah mengisytiharkan Al Jazeera cuai terhadap anak guamnya seterusnya wajar membayar pampasan sebanyak RM361 juta kerana mengakibatkannya disabit dan dipenjarakan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:12 AM


Mohamed
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50526#sthash.nTvMQ47h.dpuf

Bahana mulut celupar

Kaherah: Menteri Kehakiman Mahfouz Saber melepaskan jawatannya semalam selepas mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mengeluarkan kenyataan panas mendakwa pekerjaan hakim terlalu mulia hingga tidak layak untuk anak tukang cuci.
Perdana Menteri Ibrahim Mahlab berkata, dia menerima peletakan jawatan itu, dua hari selepas kenyataan kontroversi berkenaan dibuat dalam wawancara di televisyen.
Kenyataan kontroversi Mahfouz itu berbunyi: “Hakim orang yang mulia serta bertaraf tinggi dan perlu datang daripada keluarga berdarjat. Sekiranya anak tukang cuci bekerja sebagai hakim, dia akan tertekan dan tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.”
Agensi berita kebangsaan MENA memetik Ibrahim sebagai berkata: “Kerajaan menghormati semua sektor masyarakat, terutama buruh dan pengkarya yang turut menyumbang dalam membina masa depan negara.”
Menurut Ibrahim yang ditemui ketika melakukan lawatannya ke Paris, menteri kehakiman itu membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya bagi menghormati pendapat awam dan menyesal kerana mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan itu.
Pengkritik yang tidak berpuas hati menggunakan media sosial, Twitter sebagai platform untuk menyelar pendapat Mahfouz dan meminta dia dipecat selepas wawancara itu disiarkan.
Menurut seorang pengguna: “Anak tukang cuci tidak layak bekerja dalam bidang kehakiman, tetapi dia sanggup mati di Sinai untuk mempertahankan anda.”
Kata-kata itu merujuk kepada kempen tentera terhadap militan di semenanjung Arab.
Sehubungan itu, bekas naib presiden Mohamed El Baradei mengingatkan mengenai hak piagam antarabangsa ke atas semua pekerja yang mereka mempunyai hak untuk memilih dalam pekerjaan.
“Apabila tiada keadilan dalam negara, maka tiada apa lagi yang tinggal,” tulisnya dalam Twitter.
Kenyataan Mahfouz bukan yang pertama kali mencetuskan kontroversi dalam negara dengan sekurang-kurang 26 peratus daripada penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan.
Tahun lalu, 138 permohonan perkhidmatan sebagai pendakwa ditolak kerana bapa calon tidak mempunyai kelulusan universiti walaupun perlembagaan Mesir melarang diskriminasi berdasarkan kelas mahupun jantina.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:12 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50530#sthash.BfuW6d9g.dpuf

12 May 2015

Polis dituduh bunuh penunjuk perasaan

Polis dituduh bunuh penunjuk perasaan
El-Sabbagh ditembak pada jarak dekat pada demonstrasi Januari lalu.
KAHERAH - MESIR. Hakim Mesir mengarahkan penahanan seorang anggota polis berhubung kematian penunjuk perasaan wanita Januari lalu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi aman di pusat bandar Kaherah.

Yassin Hatem Salahedeen, 24, dituduh membunuh Shaimaa el-Sabbagh, 32, yang mempunyai seorang anak lelaki.

Difahamkan, anggota polis berpangkat leftenan itu telah dibebaskan dengan ikat jamin, namun Hakim Mustafa Hassan Abdullah mengarahkan penahanan semula di pembukaan pendengaran perbicaraan kes tersebut.

Sebelum ini, sebuah video menunjukkan el-Sabbagh berlumuran darah di bahagian kepala, dada dan belakang badan tersebar luas di media sosial selepas seorang anggota polis bertopeng menembak wanita itu dari jarak dekat.

Peguam hak asasi dan saksi turut mendakwa pihak polis menghalang usaha menyelamatkan nyawa mangsa dengan menghalang ambulans melalui tempat kejadian. - Al Jazeera

10 May 2015

Hosni Mubarak Dijatuhkan Hukuman Tiga Tahun Penjara


Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 11:56 PM

CAIRO: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum tiga tahun penjara atas tuduhan rasuah selepas perbicaraan semula di ibu negara, Kaherah.
Mubarak dijatuhi hukuman tersebut kerana didapati menyeleweng dana awam dengan tujuan asal untuk pembaik pulih istana, namun disalah guna untuk pengubah suai kediaman peribadinya di Kaherah dan di pantai Laut Merah, serta sebuah ladang keluarga.
Kedua anaknya iaitu Alaa dan Gamal tela dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun atas kes serupa.
Bekas pemimpin berusia 87 tahun dan anak-anaknya hadir di mahkamah di akademi polis di pinggir Kaherah.

Beberapa penyokongnya memakai kemeja-T dengan wajah Mubarak dan melambai kearah pemimpin itu, seperti dilapor Associated Press.

Buat masa ini masih belum jelas sama ada perkhidmatan bekas pemimpin tersbeut akan diambil kira atau dia akan dihantar ke penjara sekali lagi.

"Hasil keputusan pengadilan adalah tiga tahun penjara tanpa pembebasan bersyarat untuk Mohamed Hosni Mubarak, Gamal Mohamed Hosni Mubarak, dan Alaa Mohamed Hosni Mubarak," kata hakim Hassan Hassanein mengumumkan, seperti dikutip Reuters.
Mubarak digulingkan ketika pemberontakan di Arab pada 2011 lalu dengan harapan dapat memulihkan demokrasi di wilayah tersebut.

6 May 2015

Semua angkara IS

AP
Kaherah: Negara Islam (IS) semalam mengaku bertanggungjawab menyerang sebuah pameran yang menganjurkan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad SAW di Dallas, Texas, dua hari lalu.
Dalam kenyataan audio disiarkan stesen radio kumpulan pelampau itu, Al Bayan yang berpangkalan di Raqqa, Syria, IS berkata ‘dua askar kerajaan khalifah’ melaksanakan serangan itu selain berjanji akan melakukan lebih banyak serangan pada masa akan datang.
“Kami memberi amaran kepada Amerika Syarikat, apa yang bakal dilaksanakan askar kami akan lebih memeritkan,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak mendedahkan butiran lanjut dan setakat ini belum jelas sama ada kumpulan itu sekadar mengambil kesempatan mengakui bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Jika benar, ini kali pertama IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Amerika Syarikat.
Dua lelaki ditembak mati di Garland, Dallas, itu selepas melepaskan tembakan terhadap pengawal keselamatan di luar pusat pameran berkenaan.
Setakat ini masih belum jelas sama ada IS memang memainkan peranan langsung dalam kejadian itu, atau dua lelaki terbabit memilih sendiri untuk melakukannya atas dasar menunjukkan sokongan kepada kumpulan pelampau berkenaan.
Suspek dikenal pasti sebagai Elton Simpson dan Nadir Soofi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 8:15 AM


ANGGOTA keselamatan mengangkat mayat dua lelaki bersenjata yang ditembak mati selepas mereka menyerang sebuah pusat di pinggir Dallas, tempat pertandingan melukis untuk menghina Nabi Muhammad SAW, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/48816#sthash.ZanCMjb2.dpuf