18 March 2015

Pemimpin Ikhwanul Muslimin dihukum mati


18 Mac 2015


KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 13 yang lain, menurut sumber kehakiman.

Kesemua mereka didapati bersalah mencetuskan kekacauan dan merancang serangan ke atas institusi polis dan tentera.

Hukuman tersebut dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.

Badie sebelum ini menghadapi sejumlah tuduhan dan telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi ia diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Beliau ditangkap pada Ogos 2013, sebulan selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Mohammed Mursi.

Mesir telah mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas. - BBC

No comments:

Post a Comment