Menurut laporan, keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Hal Ehwal Penting di Kaherah selepas Hamas di­dakwa terlibat dalam beberapa serangan di Mesir termasuk di Sinai sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, merupakan cabang kepada pergerakan Islam di Mesir, Ikhwanul Muslimin yang turut disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.
Pihak berkuasa Mesir memburu setiap ahli kumpulan Ikhwanul Muslimin sejak tentera menggulingkan seorang daripada pemimpinnya, Mohammed Mursi yang juga Presiden negara ini pada Julai 2013.
Mengulas keputusan mahkamah itu, Hamas dalam kenyataannya memberitahu, tindakan mahkamah Mesir menyenaraikan pergerakan Palestin itu sebagai pertubuhan pengganas adalah mengejutkan.
“Keputusan berkenaan dilihat menyasarkan perjuangan rakyat Palestin dan pergerakan Hamas.
“Keputusan itu juga tidak akan mempengaruhi pergerakan Hamas kerana kami menerima penghormatan daripada rakyat dan pemimpin Palestin,” jelas kenyataan itu. – REUTERS/DPA