2 March 2015

271 anggota Ikhwanul Muslimin ke mahkamah


1 Mac 2015

KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 271 anggota Ikhwanul Muslimin bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyerang bangunan kerajaan di tengah pusat bandar Mesir, dua tahun lalu.

Kesemua defendan didakwa membakar dan menggeledah sebuah bangunan mahkamah dan pejabat pendakwa raya di kota Malawi di wilayah Minya pada Ogos 2013.

Menurut laporan, tiada tarikh rasmi ditetapkan untuk perbicaraan.

Sumber perundangan mengatakan, pendakwa raya dibenarkan untuk merujuk kes berkenaan ke mahkamah tentera kerana ia melibatkan tuduhan merosakkan harta benda awam.

Awal bulan ini, mahkamah rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap 183 penyokong Ikhwanul Muslimin kerana didakwa terbabit dalam pembunuhan 13 anggota polis dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis pada pertengahan Ogos 2013.

Keputusan itu mendapat kecaman Amnesty International serta beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. - Press TV

No comments:

Post a Comment