26 March 2015

Mesir sahkan sertai serangan ke atas Yaman

KHAMIS, 26 MAC 2015 @ 2:15 PM

 
KAHERAH: Mesir hari ini mengesahkan akan menyertai tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi untuk mempertahankan kerajaan Yaman pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi bagi menentang pemberontak Huthi.

"Koordinasi sedang dilakukan dengan Arab Saudi dan negara Telik lain untuk disertai bersama oleh tentera udara, tentera laut dan tentera darat Mesir sekiranya keadaan memerlukan sebagai sebahagian tindakan tentera pakatan," kata Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan. - AFP


20 March 2015

Mesir masih belum puas hati


Kaherah: Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhi hukuman mati ke atas 22 penyokong Presiden Mohamed Mursi kerana didakwa menyerang sebuah balai polis dan membunuh seorang anggotanya.
Kejadian di bandar Kerdasa di pinggir Kaherah itu berlaku pada 3 Julai 2013 iaitu hari sama Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penyingkiran pemimpin gerakan Islam itu daripada jawatan ketua kerajaan.
Sejak insiden kudeta oleh tentera, kerajaan Abdel Fattah menjalakan kempen intensif memburu anggota gerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Mohamed Mursi.
Keganasan pasukan keselamatan menyebabkan sekurang-kurangnya 1,400 anggota atau penyokong gerakan Islam itu maut.
Beratus-ratus yang lain dijatuhi hukuman mati, selain ribuan lagi di penjara selepas melalui perbicaraan pantas.
Hukuman mati di Mesir tertakluk kepada kelulusan mufti.
Keputusan terbaru yang diumumkan semalam akan disahkan atau ditentukan pada 20 April depan.
Tertuduh pula mungkin membuat rayuan.
Pada Februari lalu sebuah mahkamah mengekalkan hukuman mati terhadap 183 lelaki yang didakwa membunuh 13 anggota polis dalam serangan di bandar sama pada Ogos 2013.
Kejadian itu berlaku serentak pada hari polis menjalankan keganasan terhadap penunjuk perasaan di beberapa kem di Kaherah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38094#sthash.5hxAYUg4.dpuf

19 March 2015

1,020 rumah dirobohkan


1,020 rumah dirobohkan
Kira-kira 800 rumah penduduk telah dirobohkan ketika fasa pertama pada November lalu.
KAHERAH - MESIR . Tentera Mesir merobohkan sekurang-kurangnya 1,020 kediaman di Rafah berhampiran selatan Genting Gaza untuk mewujudkan zon penampan di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan sebanyak 200 lagi rumah akan dirobohkan di kawasan terbabit bagi melebarkan zon tersebut pada jarak 500 meter dari sempadan.

Tindakan itu adalah di bawah rancangan perobohan fasa kedua diumumkan Kaherah susulan daripada serangan dilancarkan kumpulan lelaki bersenjata di pusat pemeriksaan Semenanjung Sinai yang turut mengorbankan puluhan tentera pada Oktober lalu.

Difahamkan, kira-kira 800 kediaman telah dirobohkan ketika fasa pertama di bawah projek zon penampan tersebut.

Pada November lalu, Amnesty International juga mengecam projek itu dan menggesa kerajaan Mesir supaya menghentikan 'pengusiran haram' tersebut. - Press TV

18 March 2015

Pemimpin Ikhwanul Muslimin dihukum mati


18 Mac 2015


KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 13 yang lain, menurut sumber kehakiman.

Kesemua mereka didapati bersalah mencetuskan kekacauan dan merancang serangan ke atas institusi polis dan tentera.

Hukuman tersebut dirujuk dan perlu mendapat kelulusan mufti besar Mesir sejajar dengan undang-undang negara itu.

Badie sebelum ini menghadapi sejumlah tuduhan dan telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi ia diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Beliau ditangkap pada Ogos 2013, sebulan selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Mohammed Mursi.

Mesir telah mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas. - BBC

16 March 2015

Tukang Sapu Maut Dalam Letupan Bom


Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 10:25 AM

KAHERAH: Seorang tukang sapu maut apabila sebutir bom meletup di sebatang jalan di tengah ibu negara ini pada Sabtu, lapor seorang pegawai keselamatan.
Letupan itu dilaporkan berlaku berhampiran landasan tren di kawasan kejiranan di Mattariya yang merupakan kubu kuat penyokong yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Disebabkan penggulingan Morsi oleh tentera pada 2013, rakyat yang memberontak sering melakukan serangan bom di Kaherah dan sasaran utama mereka adalah polis dan tentera.
Serangan terbaru itu dilakukan ketika persidangan pelaburan sedang berlangsung di Resort Laut Merah Sharm el-Sheikh, kira-kira 400 kilometer ke tenggara Kaherah dan ia telah menarik perhatian para pemimpin dan ahli perniagaan global.
Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan sepanjang persidangan tersebut.
Letupan itu adalah peringatan untuk Presiden Abdel Fattah al-Sisi disebabkan pergolakan yang berlarutan sejak beliau mengambil alih pentadbiran Mesir.
Beliau menggulingkan Morsi pada 2013 dan sejurus itu memenangi pilihan raya presiden yang menyebabkan kemarahan penyokong Morsi. 

Mesir bina bandar raya baru

Abdel Fattah (kanan) memberi penerangan kepada Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu yang juga pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum (tengah) mengenai model baru yang hendak dibina kerajaan Mesir.
Kaherah: Mesir merancang membina ibu pusat pentadbiran dan perniagaan baru di timur bandar raya ini yang boleh membuatkan lima juta penduduk dan taman tema yang empat kali lebih besar daripada Disneyland.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan Mustafa Kamel Madbuli pada satu sidang pelaburan global.
Menurutnya, bandar raya baru itu yang akan dibina di kawasan antara Kaherah dengan Suze akan membantu mengurangkan kesesakan di Kaherah yang sejak sekian lama terlalu sesak dengan populasi 18 juta dijangka bertambah dua kali ganda dalam masa beberapa dekad akan datang.
“Idea membina bandar baru itu berpunca daripada kesedaran kami bahawa populasi Kaherah ketika ini akan meningkat dua kali ganda dalam masa 40 tahun,” kata Madbuli.
Menurutnya, bandar baru itu akan mempunyai kawasan hijau yang besar dan menyediakan suasana kehidupan lebih baik.
“Ia juga akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa, taman tema yang empat kali lebih besar daripada Disneyland di California, ladang solar seluas 90 kilometer persegi, kereta api elektrik yang menghubungkannya dengan Kaherah,” kata menteri itu.
Parlimen, istana presiden, pejabat kementerian dan kedutaan asing akan berpindah ke bandar baru berkenaan.
Menurutnya, projek itu akan dilaksanakan dalam masa lima hingga tujuh tahun lagi dengan kos AS$45 bilion (RM167 bilion).
Bagaimanapun, kos keseluruhan bandar raya baru itu tidak didedahkan, begitu juga dengan butir mengenai cara ia akan dibiayai.
Rancangan itu dibentangkan pada sidang pelabur tiga hari yang diharapkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi akan membantu merancakkan ekonomi negara itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:15 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37231#sthash.mp1OJIl8.dpuf

Mesir pecat 41 hakim sokong Morsi


KAHERAH – Sebuah mahkamah disiplin Mesir mengarahkan seramai 41 hakim supaya bersara wajib kelmarin kerana menyokong kumpulan Ikhwanulmuslimin, menurut sumber kehakiman.
Pemerintah bertindak keras ke atas kumpulan Islam dan seteru politik lain sejak Julai 2013 apabila ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menumbangkan Presiden Mohammed Morsi susulan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.
Majlis Disiplin yang diketuai Hakim Nabil Zaki tidak mendedahkan punca tindakan tersebut dilaksanakan tetapi sumber kehakiman memberitahu, seramai 31 hakim diperintahkan bersara kerana menandatangani satu kenyataan yang mengecam penggulingan Morsi.
"Sebanyak 10 hakim lagi diarah bersara kerana menyertai kumpulan Hakim Untuk Mesir yang menyokong Ikhwanulmuslimin sejak sebelum Morsi ditumbangkan," kata sumber berkenaan.
Undang-undang Mesir melarang hakim daripada mencampuri politik tetapi kumpulan-kumpulan hak asasi manusia berkata, mahkamah disiplin itu menutup sebelah mata jika hakim secara terbuka menyokong Sisi.
Beliau dilantik sebagai Presiden Mesir pada tahun lalu.
"Keputusan ini mengejutkan dan ibarat pembunuhan beramai-ramai terhadap hakim," kata seorang hakim yang dikenakan hukuman tersebut, Ahmed El-Khatib.
Dalam kejadian berasingan, pasukan keselamatan menangkap 63 pemimpin Ikhwanulmuslimin peringkat pertengahan kerana didakwa menyerang beberapa ibu pejabat polis dan menghasut orang ramai supaya melakukan keganasan.
"Seramai 13 penyokong Ikwanulmuslimin turut ditangkap kerana disyaki memiliki senjata api dan peluru," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan kelmarin.
– REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3UVFpDLV2 
Hakcipta terpelihara 

Mahkamah pecat 41 orang hakim Mesir

Gambar bertarikh 14 Disember lalu, memaparkan Mursyidul Am Ikhwanul
Gambar bertarikh 14 Disember lalu, memaparkan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie (kiri) dibicarakan di Mahkamah Mesir di Kaherah. – AGENSI
KAHERAH 15 Mac – Mahkamah Disiplin Mesir semalam bertindak memecat sebanyak 41 orang hakim kerana menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin, tindakan terbaharu kerajaan dalam menghapuskan perbezaan politik di negara ini.
Mahkamah berkenaan yang diketuai oleh Hakim Nabil Zaki bagaimanapun tidak memberi keterangan lanjut berhubung keputusan itu, namun sumber perundangan berkata, sebanyak 31 orang hakim dipecat kerana menandatangani memorandum mengutuk pemecatan bekas Presiden, Mohammed Mursi.
Tambah sumber itu lagi, 10 lagi hakim dipecat kerana menyertai kumpulan Hakim Untuk Mesir yang menyatakan sokongan terhadap Mursi sebelum beliau digulingkan lagi.
“Keputusan yang dibuat begitu mengejutkan. Tindakan itu sama sekali seperti mahu membunuh kami para hakim,” kata seorang hakim yang dipecat, Ahmed El-Khatib.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas pertanyaan sama ada menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin atau tidak.
Mengikut undang-undang, semua hakim berkenaan mempunyai hak untuk membuat rayuan berhubung keputusan pemecatan mereka.
Undang-undang Mesir mela­rang mana-mana hakim daripada terlibat dalam dunia politik sehingga mengundang kritikan ramai pihak yang beranggapan Mahkamah Disiplin sengaja membutakan mata apabila terdapat hakim secara terang menyokong Presiden baharu, Abdel Fattah al-Sisi.
Kerajaan Mesir dengan tegas menolak segala kritikan yang diberi dengan berkata, makhamah merupakan sebuah institusi bebas yang tidak boleh diganggu proses perjalanannya oleh mana-mana pihak. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahkamah-pecat-41-orang-hakim-mesir-1.69727#sthash.0O0703ES.dpuf

15 March 2015

Seorang maut dalam letupan bom di Kaherah


KAHERAH: Letupan sebutir bom kecil membunuh seorang pekerja pembersihan di ibu negara Mesir lewat malam tadi, menurut pegawai keselamatan.
Letupan itu berlaku berhampiran landasan trem di Mattariya, kejiranan penyokong kuat bekas Presiden Mohamed Morsi.
Sejak penggulingan Morsi pada 2013, militan sudah beberapa kali meletupkan bom di Kaherah, kebanyakannya menyasarkan anggota polis dan tentera. - AFP

9 March 2015

Pelancong rakam video lucah di piramid


Mesir marah rakam lucah di piramid
Sedutan video yang dimuatnaik ke Youtube
KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir sedang menyiasat dakwaan sebuah filem lucah dirakam di tapak bersejarah piramid.

Menurut Dailymail, filem lucah berkenaan melibatkan beberapa lokasi di Giza dan Kaherah.

Selain itu, terdapat rakaman pelakon filem lucah berkenaan, Aurita menayang buah dada ketika berada di kawasan piramid berkenaan.

Menteri, Mamdouh al-Damati mengesahkan  perkara tersebut.

"Beberapa adegan lucah telah dirakam oleh pelancong asing," kata Mamdouh.

4 March 2015

Pilihan raya Mesir ditangguh


Kaherah: Sebuah mahkamah di Mesir semalam menangguhkan pilihan raya Parlimen negara itu selepas Mahkamah Agung Perlembagaan memutuskan undang-undang pilihan raya bercanggah dengan perlembagaan.
Keputusan Hakim Mahkamah Pentadbiran, Yahia Dakrouri sudah dijangka susulan keputusan mahkamah tertinggi itu minggu lalu.
Mahkamah Agung Perlembagaan mengisytiharkan undang-undang yang membahagikan daerah pengundian bercanggah dengan perlembagaan Mesir.
Selepas keputusan itu suruhanjaya pilihan raya Mesir memberitahu bahawa, pihaknya menetapkan tarikh baru untuk pilihan raya berkenaan.
Kerajaan Mesir juga berusaha membuat draf undang-undang baru pilihan raya itu.
Berapa lama pindaan undang-undang berkenaan akan diluluskan masih belum dapat dipastikan lagi, tetapi pilihan raya berkenaan dijangka ditangguhkan selama beberapa minggu.
Pilihan raya Parlimen Mesir sebelum ini dijadualkan diadakan secara berperingkat bermula 22 Mac ini.
Proses demokrasi berkenaan adalah fasa peralihan terbaru yang dirangka susulan tindakan tentera menumbangkan pemerintahan Presiden Mohammed Mursi pada 2013.
Mesir tidak memilih ahli Parlimen sejak 2012 selepas Mahkamah Agung Perlembagaan memutuskan Dewan Rendah Parlimen negara itu dilantik secara tidak sah.
Beratus-ratus pengikut Mursi mengepung mahkamah selepas hakim dijangka memutuskan keputusan serupa terhadap Dewan Tinggi.
Dua fasa peralihan pertama bermula dengan pungutan suara bagi merangka perlembagaan baru pada 2014 diikuti pilihan raya presiden yang dimenangi ketua angkatan tentera, Abdel-Fattah el-Sisi.
Mursi mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin dilantik sebagai presiden selepas memenangi pilihan raya parlimen pada 2011.
Pilihan raya parlimen itu yang pertama sejak diktator Hosni Mubarak ditumbangkan kebangkitan rakyat.
Ikhwanul Muslimin diisytiharkan sebagai organisasi pengganas dan beribu-ribu pengikut termasuk pemimpin kumpulan itu kini dihukum penjara. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34511#sthash.lPHKhAch.dpuf

3 March 2015

Dua maut dalam serangan bom di luar mahkamah Mesir

Keadaan kenderaan yang rosak serta beberapa kesan tompokan darah ditemui di lokasi letupan bom berdekatan bangunan mahkamah agung Mesir. - Foto Reuters

KAHERAH: Dua orang terbunuh manakala sembilan lagi, termasuk tujuh anggota polis, cedera dalam letupan bom di luar mahkamah agung Mesir di sini, menurut Kementerian Kesihatan.
Jurucakap kementerian itu, Hossam Abdel Ghaffar, berkata seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada tulang belakang manakala seorang lelaki berusia 24 tahun mati akibat kecederaan di kepala dan pendarahan dalaman.
Abdel Ghaffar berkata, sembilan orang termasuk tujuh anggota polis cedera dalam serangan itu.
Serangan bom itu kelihatan disasarkan terhadap pos kawalan polis.
Serangan terbaharu itu berlaku sehari selepas dua orang awam terbunuh dalam serangan bom di luar sebuah balai polis di selatan Mesir. - AFP

2 March 2015

271 anggota Ikhwanul Muslimin ke mahkamah


1 Mac 2015

KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 271 anggota Ikhwanul Muslimin bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyerang bangunan kerajaan di tengah pusat bandar Mesir, dua tahun lalu.

Kesemua defendan didakwa membakar dan menggeledah sebuah bangunan mahkamah dan pejabat pendakwa raya di kota Malawi di wilayah Minya pada Ogos 2013.

Menurut laporan, tiada tarikh rasmi ditetapkan untuk perbicaraan.

Sumber perundangan mengatakan, pendakwa raya dibenarkan untuk merujuk kes berkenaan ke mahkamah tentera kerana ia melibatkan tuduhan merosakkan harta benda awam.

Awal bulan ini, mahkamah rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap 183 penyokong Ikhwanul Muslimin kerana didakwa terbabit dalam pembunuhan 13 anggota polis dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis pada pertengahan Ogos 2013.

Keputusan itu mendapat kecaman Amnesty International serta beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. - Press TV

Pemimpin Mesir, Turki bertembung melawat Arab Saudi


AFP - ABDEL FATTAH (kiri) bertemu pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz di Riyadh semalam.


RIYADH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi tiba di Arab Saudi semalam dalam pertembungan sesi lawatan kerja antara beliau dan rakan sejawatnya dari Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan yang dituduh menyokong pertubuhan Ikhwanul Muslimin.
Erdogan yang tiba lebih awal kelmarin melawat kota suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Namun, tiada maklumat yang menunjukkan kedua-dua pe­mimpin itu akan mengadakan pertemuan semasa mereka berada di sini.
Dalam satu temu ramah bersama saluran berita Arab Saudi, Al-Arabiya sebelum sesi lawatan tersebut, Abdel Fattah menjelaskan pertembungan sesi lawatan itu cuma satu kebetulan.
Bagaimanapun, beliau mengulangi seruan agar Turki berhenti mencampuri urusan dalaman Mesir dalam program temu bual tersebut. Hubungan antara dua pemimpin itu tegang selepas Abdel Fattah menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 2013.

AFP - ERDOGAN (kiri) bertemu dengan Gabenor Jeddah, Putera Misha’al Majed di Jeddah semalam dalam lawatan kerjanya ke Arab Saudi.


Turki dan Qatar pernah dituduh menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dianggotai Morsi. Pertubuhan itu te­lah diharamkan kerajaan baharu Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Lawatan Abdel Fattah itu juga dibuat selepas sebuah stesen televisyen satelit bulan lalu, mendedahkan rakaman audio yang menggambarkan beliau menuduh kerabat diraja di negara-negara Teluk mempunyai terlalu banyak duit dan sepatutnya disaluran sedikit kepada Mesir.
Presiden Mesir itu segera menghubungi sekutu-sekutunya selepas pendedahan tersebut bagi memberi penjelasan dan pemimpin negara-negara teluk termasuk di Arab Saudi bagi menjamin hubungan mereka kekal erat dan ‘strategik’.
Arab Saudi, UAE dan Kuwait merupakan penyokong kewangan terbesar kerajaan Abdel Fattah, menjanjikan bantuan sekitar AS$12 bilion (RM43.39 bilion) sejak beliau memegang kuasa.
Dalam temu ramah dengan Al-Arabiya itu, Abdel Fattah turut menegaskan hubungan dua hala antara Kaherah dan Riyadh kukuh dan tidak pernah ‘keruh’. –AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3TB6ZQmIn 
Hakcipta terpelihara 

1 March 2015

Mahkamah Mesir senarai Hamas sebagai pengganas


KAHERAH 28 Feb. – Sebuah mah­kamah Mesir hari ini menyenaraikan pergerakan Palestin, Hamas sebagai pertubuhan pengganas, lapor stesen televisyen tempatan negara ini.
Menurut laporan, keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Hal Ehwal Penting di Kaherah selepas Hamas di­dakwa terlibat dalam beberapa serangan di Mesir termasuk di Sinai sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, merupakan cabang kepada pergerakan Islam di Mesir, Ikhwanul Muslimin yang turut disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.
Pihak berkuasa Mesir memburu setiap ahli kumpulan Ikhwanul Muslimin sejak tentera menggulingkan seorang daripada pemimpinnya, Mohammed Mursi yang juga Presiden negara ini pada Julai 2013.
Mengulas keputusan mahkamah itu, Hamas dalam kenyataannya memberitahu, tindakan mahkamah Mesir menyenaraikan pergerakan Palestin itu sebagai pertubuhan pengganas adalah mengejutkan.
“Keputusan berkenaan dilihat menyasarkan perjuangan rakyat Palestin dan pergerakan Hamas.
“Keputusan itu juga tidak akan mempengaruhi pergerakan Hamas kerana kami menerima penghormatan daripada rakyat dan pemimpin Palestin,” jelas kenyataan itu. – REUTERS/DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahkamah-mesir-senarai-hamas-sebagai-pengganas-1.64791#sthash.PXJz1wbF.dpuf