KAHERAH - MESIR. Rumah hakim perbicaraan kes Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi, diserang bom awal pagi semalam.

Penyerang yang tidak dikenali melemparkan bom ke rumah hakim, Khaled Mahgoup yang terletak di pinggir bandar Kaherah sebelum dilihat melarikan diri.

Memetik laporan Ahram Online, serangan menyebabkan tingkap dan sebahagian daripada dinding rumah beliau runtuh.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. Khaled ialah hakim perbicaraan Mursi bersama 130 individu lain.

Serangan bom ke atas rumah pihak berkuasa sudah menjadi perkara biasa di Mesir sejak kejatuhan pemimpin itu.