27 January 2015

Dua anak lelaki Hosni Mubarak dibebaskan

Kaherah: Dua anak lelaki Hosni Mubarak dibebaskan dari penjara semalam, hampir empat tahun selepas mereka ditahan bersama bekas pemimpin kuku besi Mesir itu.
Sumber keselamatan berkata, Gamal Mubarak dan Alaa Mubarak meninggalkan Penjara Torah di selatan Kaherah sejurus selepas pagi.
Katanya, adik-beradik itu menuju ke rumah masing-masing di kawasan mewah Heliopolis.
Alaa dan Gamal - serta Hosni - masih berdepan perbicaraan atas tuduhan salah guna kuasa.
Hosni, 86, kini uzur selepas disingkirkan dari kekuasannya melalui kebangkitan rakyat pada 2011.
Mereka ditahan pada April tahun itu dan setakat ini Hosni masih berada di penjara tentera walaupun dia tidak lagi terikat dengan arahan penahanan.
Pembebasan Alaa dan Gamal memang dijangka selepas mahkamah mengarahkan mereka dilepaskan dengan jaminan pada Khamis lalu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26550#sthash.UWNHZapo.dpuf

No comments:

Post a Comment