Lebih 80 cedera pertempuran penunjuk perasaan dengan anggota keselamatan pada Ahad. - Foto Reuters
Lebih 80 cedera pertempuran penunjuk perasaan dengan anggota keselamatan pada Ahad. - Foto Reuters
KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 18 maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan ketika sambutan ulang tahun penggulingan Presiden Hosni Mubarak pada Ahad.

Menurut seorang pegawai kerajaan, tiga anggota keselamatan antara yang terbunuh manakala berbelas penunjuk perasaan yang lain cedera di Kaherah dan Alexandria.

Memetik laporan BBC, pertempuran tercetus ekoran ketidakpuasan hati selepas seorang aktivis Shaimaa al-Sabbagh,32, ditembak mati semasa perhimpunan Parti Perikatan Popular Sosialis (SPAP)  di tengah bandar Kaherah Sabtu lalu.

Keselamatan di bandar-bandar utama sekitar Kaherah telah diperketatkan menjelang ulang tahun tersebut dan beberapa lokasi-lokasi utama turut disekat.

Dalam pada itu, menurut anggota keselamatan, dua militan  terbunuh selepas cubaan menanam bahan letupan di Nile Delta gagal manakala lebih 400 penunjuk perasaan ditahan.