31 January 2015

26 maut keganasan di Sinai Utara



GAMBAR fail pada 21 Mei 2013 menunjukkan sebuah kereta perisai tentera Mesir meronda dengan bantuan helikopter di kampung Sheikh Zuweyid, utara Sinai.


SINAI, Mesir – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh, kebanyakannya anggota tentera dan 62 lagi cedera di beberapa bandar di wilayah Sinai Utara akibat serangan roket dan letupan bom kereta kelmarin.
Sebuah kumpulan serpihan Islamic State (IS) yang menakluki sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Tentera Mesir menyatakan, serangan tertumpu di ibu negeri wilayah Sinai Utara, El-Arish yang menempatkan sebuah pangkalan tentera, ibu pejabat polis, kompleks kediaman pasukan keselamatan dan beberapa pos pemeriksaan.
“Ini merupakan serangan secara serentak terbesar sejak Oktober tahun lalu. Anasir pengganas telah menyerang kemudahan polis dan tentera menggunakan roket dan kenderaan yang dipasang bahan letupan,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
“Serangan terbaru ini bertujuan untuk membalas dendam kejayaan operasi tentera memerangi kumpulan militan di Sinai,” tambah kenyataan itu.
Kenyataan sama turut mengesahkan serangan serupa berlaku di bandar Suez, pelabuhan Said dan Rafah.
Sekutu IS di Mesir, Ansar Beit al-Maqids mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sebagai tindak balas terhadap kekerasan pemerintah dalam membanteras para penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Pejuang Jihad kerap menyerang pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai sejak Morsi digulingkan oleh tentera Mesir pada Julai 2013. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3QLqX7unG 
Hakcipta terpelihara 

IS Mesir mengaku lancar beberapa serangan di Mesir


Beberapa orang anggota tentera Mesir menaiki kereta kebal menjalankan
Beberapa orang anggota tentera Mesir menaiki kereta kebal menjalankan rondaan di Kampung Sheikh Zuweyid, utara Sinai, baru-baru ini, selepas militan IS mengaku melakukan beberapa serangan di utara Sinai dan wilayah Suez. – AGENSI
ISMAILIA 30 Jan. – Sayap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Mesir mengaku melakukan beberapa siri serangan di negara ini hari ini, yang mengorbankan kira-kira 27 orang anggota keselamatan yang disifatkan keganasan paling buruk bulan ini, selepas majlis memperingati ulang tahun pemberontakan 2011 bertukar menjadi keganasan berdarah pada minggu lalu.
Satu siri tweet kumpulan militan itu daripada akaun Twitter wilayah Sinai mengaku mereka bertanggungjawab ke atas serangan yang berlaku setiap empat jam di utara Sinai dan wilayah Suez sejak semalam.
Kumpulan militan paling aktif di Mesir, Ansar Bayt al-Maqdis menukar nama kumpulan tersebut kepada Wilayah Sinai pada tahun lalu selepas mengangkat sumpah setia de­ngan kumpulan militan IS.
Serangan pertama semalam menyasarkan ibu pejabat tentera, pangkalan tentera dan hotel di ibu negara wilayah utara Sinai, mengorbankan 25 orang dan mengakibatkan 58 yang lain cedera termasuk sembilan orang awam.
Akhbar kerajaan, al-Ahram melaporkan pejabatnya di bandar Al-Arish yang terletak berhadapan bangunan tentera ‘musnah’, walaupun tidak jelas sama ada bangunan tersebut turut dijadikan sasaran.
Suspek militan kemudian membunuh pegawai tentera dan mencederakan enam yang lain di pusat pemeriksaan di Rafah, diikuti serangan bom jalanan di bandar Suez yang mengorbankan seorang pegawai polis, dan menyerang pusat pemeriksaan di selatan Al-Arish yang mengorbankan empat anggota tentera, kata sumber keselamatan.
Selepas militan Wilayah Sinai membuat pengakuan bertanggungjawab melakukan serangan tersebut, sumber keselamatan berkata, seorang suspek militan berjaya dibunuh ketika dia cuba menanam bom di sebuah janakuasa di Pela­buhan Said.
“Amerika Syarikat (AS) akan terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan Mesir untuk memerangi ancaman keganasan di Mesir sebagai sebahagian usaha dan komitmen berterusan serta perkongsian strategik antara kedua-dua negara,” ujar Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan mengutuk serangan tersebut. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/is-mesir-mengaku-lancar-beberapa-serangan-di-mesir-1.54453#sthash.Z5KHs9Pw.dpuf

29 January 2015

Polis Mesir dikecam atas kematian penunjuk perasaan wanita

KAHERAH: Polis Mesir berdepan kritikan teruk apabila saksi berkata pegawai bukan saja menembak mati seorang ibu muda ketika bantahan aman hujung minggu lalu tetapi melambatkan usaha menyelamatkan nyawanya dengan tidak mengendahkan rayuan supaya membenarkan ambulans membawa beliau untuk mendapatkan rawatan.
Menurut saksi dan peguam hak asasi yang bercakap dengan The Associated Press kelmarin, polis melarang sesiapa pun daripada membantu Shaimaa el-Sabbagh, 32, selepas beliau ditembak.
El-Sabbagh, ibu kepada seorang anak lelaki, meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala ketika perhimpunan kecil 40 penunjuk perasaan parti politik berhaluan kiri di Kaherah, kata saksi.
Mereka sekadar mahu meletakkan kalungan bunga di Dataran Tahrir, yang menjadi pusat kebangkitan Mesir pada 2011 yang menumbangkan pemerintah kuku besi, Hosni Mubarak.
Ketika perhimpunan dibuat, Talaat Fahmy dari parti Popular Alliance yang berhaluan kiri mendekati pegawai untuk menjelaskan rancangan mereka, kata saksi dan peguam.
Dalam masa beberapa minit, tanpa amaran, tembakan dan gas pemedih mata dilepaskan.
"Komander membuat panggilan telefon, kemudian menangkap Talaat Fahmy dan memberi arahan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata.
"Kami tidak menjerit ke arah polis atau rejim dan tidak berhasrat atau mampu melakukan keganasan," kata pegaai kanan parti yang turut serta dalam perhimpunan itu, Zohdy al-Shamy.
Pendakwa Mesir mengarahkan siasatan dibuat berikutan kematian el-Sabbagh tetapi aktivis berkata kenyataan oleh pegawai menuduh penunjuk perasaan melawan dan menyerang anggota polis.
Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim, berjanji secara peribadi memastikan pegawai polis yang mendalangi pembunuhan itu dibicarakan tetapi menegaskan pasukannya cuma menggunakan gas pemedih mata ketika berdepan dengan penunjuk perasaan yang tidak bersenjata. -AP

28 January 2015

516 penyokong Ikhwanul Muslimin ditahan di Kaherah


Seorang penyokong Ikhwanul Muslimin (tengah), dipukul penunjuk
Seorang penyokong Ikhwanul Muslimin (tengah), dipukul penunjuk perasaan prokerajaan di Dataran Talaat Harb di Kaherah, Mesir pada 25 Januari lalu. – REUTERS
KAHERAH 27 Jan. – Polis Mesir menahan lebih 500 penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang disenarai hitam di negara ini selepas pertempuran meletus antara kedua-dua pihak, di sini, kelmarin.
Pertempuran itu berlaku selepas pergerakan-pergerakan Islam Mesir meminta supaya diadakan demonstrasi menentang kerajaan Pre­siden, Abdel Fattah al-Sisi semasa ulang tahun keempat penggulingan bekas Presiden, Hosni Mubarak.
Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia seringkali mengutuk penggunaan ‘tindakan kekerasan’ oleh pihak berkuasa dalam meleraikan tunjuk perasaan dan mendakwa polis melakukan tangkapan secara rambang.
“Pasukan keselamatan menahan sebanyak 516 penyokong Ikhwanul Muslimin yang terlibat melepaskan tembakan, menanam bahan letupan dan mengebom beberapa kemudahan awam,’’ kata Menteri Dalam Negeri Mesir, Mohamed Ibrahim dalam sidang media, semalam.
Penyokong kepada Mohammed Mursi, bekas Presiden yang menggantikan Mubarak kerap kali bertempur dengan pasukan kesela­matan sejak beliau digulingkan oleh Abdel Fattah pada Julai 2013.
Ibrahim menjelaskan, sebanyak 20 orang termasuk dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran kelmarin dengan kematian tertinggi berlaku di Matareya, di utara Kahe­rah yang menyaksikan pertempuran berlarutan sehingga lebih 12 jam.
Jurucakap kementerian kesihatan dalam pada itu berkata, seorang penunjuk perasaan maut dalam pertempuran sama di Iskandariah, manakala tiga orang militan maut semasa cuba menanam bahan le­tupan di daerah Delta Nil, utara Kaherah.
Sementara itu, Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW) mendakwa polis menggunakan kekerasan berlebihan terhadap penunjuk perasaan, kelmarin.
“Empat tahun selepas revolusi Mesir, polis masih membunuh penunjuk perasaan,’’ kata Pengarah HRW bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Sarah Leah Whitson.
Kumpulan yang beribu pejabat di New York itu pada masa sama menggesa satu siasatan bebas dilaksanakan terhadap penggunaan kekerasan berlebihan oleh pihak berkuasa untuk meleraikan de­monstrasi yang dilihat berlangsung dengan aman. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/516-penyokong-ikhwanul-muslimin-ditahan-di-kaherah-1.53297#sthash.PuPFXlsj.dpuf

27 January 2015

18 maut pertempuran di Mesir


Lebih 80 cedera pertempuran penunjuk perasaan dengan anggota keselamatan pada Ahad. - Foto Reuters
Lebih 80 cedera pertempuran penunjuk perasaan dengan anggota keselamatan pada Ahad. - Foto Reuters
KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 18 maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan ketika sambutan ulang tahun penggulingan Presiden Hosni Mubarak pada Ahad.

Menurut seorang pegawai kerajaan, tiga anggota keselamatan antara yang terbunuh manakala berbelas penunjuk perasaan yang lain cedera di Kaherah dan Alexandria.

Memetik laporan BBC, pertempuran tercetus ekoran ketidakpuasan hati selepas seorang aktivis Shaimaa al-Sabbagh,32, ditembak mati semasa perhimpunan Parti Perikatan Popular Sosialis (SPAP)  di tengah bandar Kaherah Sabtu lalu.

Keselamatan di bandar-bandar utama sekitar Kaherah telah diperketatkan menjelang ulang tahun tersebut dan beberapa lokasi-lokasi utama turut disekat.

Dalam pada itu, menurut anggota keselamatan, dua militan  terbunuh selepas cubaan menanam bahan letupan di Nile Delta gagal manakala lebih 400 penunjuk perasaan ditahan.

15 maut pertempuran sambut ulang tahun revolusi Mesir



PENUNJUK perasaan anti-kerajaan membantu rakan mereka yang mengalami kecederaan selepas bertempur dengan penunjuk perasaan yang menyokong kerajaan di Kaherah hari ini. - Foto Reuters
KAHERAH: Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam sambutan ulang tahun Revolusi Mesir 2011 sempena penggulingan Hosni Mubarak.
Ini susulan tindakan pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di Kaherah dan beberapa bandar lain selepas penganut Islam melancarkan tunjuk perasaan terhadap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi, bekas ketua tentera yang menyingkirkan bekas Presiden, Mohamed Morsi pada 2013.
Penunjuk perasaan yang majoritinya beragama Islam yang menyokong Morsi, bertempur dengan anggota polis, menyebabkan 13 penunjuk perasaan maut di Kaherah dan Alexandria.
Seorang pegawai kerajaan berkata, seorang penunjuk perasaan ini di Alexandria ditembak mati oleh polis selepas mangsa melepaskan tembakan ke arah mereka.
Beratus penunjuk perasaan bertempur dengan polis di tengah Bandaraya Kaherah.
Kementerian Dalam Negeri berkata, penunjuk perasaan ditembak mati selepas bertempur di dua kawasa kejiranan di utara Kaherah, kawasan yang dikuasai penunjuk perasaan beragama Islam.
Di tengah Kaherah pula, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara dan menyembur gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir yang menjadi kawasan utama ketika revolusi menggulingkan Mubarak pada 2011.
Kenderaan perisai tentera juga dikerah berjaga-jaga di sekitar Dataran Tahrir. - AP

Dua anak Hosni Mubarak dibebaskan

KAHERAH: Dua anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibebaskan dari penjara hari ini, hampir empat tahun selepas mereka ditahan bersama bapa mereka, menurut pihak berkuasa.
Pegawai keselamatan berkata, Alaa, seorang ahli perniagaan, dan Gamal, anak didik bapanya, dibebaskan dari Penjara Torah Prison di selatan Kaherah sejurus selepas fajar dan menuju ke kediaman masing-masing di kawasan mewah di pinggir Kaherah.
Dua beradik itu serta bapa mereka masih berhadapan perbicaraan semula berhubung pertuduhan rasuah. Mereka juga dilepaskan daripada beberapa pertuduhan.
Mubarak, 86, meletakkan jawatan pada Februari 2011 selepas desakan rakyat. Beliau dan dua anak lelakinya itu ditahan pada April tahun itu. Mubarak kekal di hospital tentera di pinggiran Kaherah.
Pembebasan kedua-dua beradik itu sudah dijangkakan sejak beberapa hari lalu. - AP

Dua anak lelaki Hosni Mubarak dibebaskan

Kaherah: Dua anak lelaki Hosni Mubarak dibebaskan dari penjara semalam, hampir empat tahun selepas mereka ditahan bersama bekas pemimpin kuku besi Mesir itu.
Sumber keselamatan berkata, Gamal Mubarak dan Alaa Mubarak meninggalkan Penjara Torah di selatan Kaherah sejurus selepas pagi.
Katanya, adik-beradik itu menuju ke rumah masing-masing di kawasan mewah Heliopolis.
Alaa dan Gamal - serta Hosni - masih berdepan perbicaraan atas tuduhan salah guna kuasa.
Hosni, 86, kini uzur selepas disingkirkan dari kekuasannya melalui kebangkitan rakyat pada 2011.
Mereka ditahan pada April tahun itu dan setakat ini Hosni masih berada di penjara tentera walaupun dia tidak lagi terikat dengan arahan penahanan.
Pembebasan Alaa dan Gamal memang dijangka selepas mahkamah mengarahkan mereka dilepaskan dengan jaminan pada Khamis lalu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26550#sthash.UWNHZapo.dpuf

17 penunjuk perasaan maut di Mesir


PENYOKONG Abdel Fattah bertempur dengan kumpulan antikerajaan dalam satu tunjuk perasaan yang berlaku di Kaherah kelmarin.


KAHERAH – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di Mesir kelmarin selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun kerana meraikan ulang tahun kebangkitan rakyat menggulingkan diktator Hosni Mubarak pada 2011.
Protes berkenaan adalah yang paling berdarah sejak Abdel Fatah al-Sisi dipilih sebagai Presiden Mesir.
Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, bunyi tembakan dan siren kedengaran sepanjang malam di sini selepas polis sekali lagi bertindak membunuh penunjuk perasaan.
“Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam protes tersebut di seluruh negara,” katanya.
Ulang tahun tersebut merupakan ujian sama ada golongan Islam dan aktivis liberal masih berupaya mencabar kerajaan yang sebelum ini mematahkan semua penentangan yang tercetus sejak Abdel Fattah mengusir Presiden daripada golongan Islam, Mohammed Morsi.
Morsi turut digulingkan selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya pada Julai 2013.
“Beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah pos kawalan berhampiran kawasan piramid di sini dengan menyebabkan dua anggota polis maut dan dua lagi cedera,” kata sumber keselamatan.
Menurut Kementerian Kesihatan, angka kematian tertinggi berlaku di penempatan Matariya, dekat sini yang merupakan kubu kuat pergerakan Islam, Ikhwanulmuslimin.
“Unit tindakan khas melepaskan tembakan menggunakan pistol dan raifal terhadap penunjuk perasaan,” kata seorang saksi.
“Lapan orang terbunuh termasuk seorang anggota polis,” kata Kementerian Kesihatan pula.
Di pusat bandar raya ini, polis pencegah rusuhan bersenjatakan pistol dilihat mengejar penunjuk perasaan di jalan-jalan raya.
Sebanyak enam orang terbunuh dalam protes berasingan di bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah, Giza dan Baheira, kata sumber keselamatan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3PyNqna5J 
Hakcipta terpelihara 

Mesir berdarah lagi



18 terkorban pertempuran baharu di Kaherah

Seorang penunjuk perasaan, dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya
Seorang penunjuk perasaan, dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya selepas cedera dalam satu pertempuran di Kaherah, kelmarin. – REUTERS
KAHERAH 26 Jan. - Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dalam beberapa pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang tercetus di sini semalam, yang terbesar sejak Presiden, Abdel Fattah al-sisi menerajui kerajaan.
Demonstrasi oleh penunjuk perasaan pergerakan Islam yang memperingati ulang tahun keempat penggulingan bekas Presiden, Hosni Mubarak itu, menyaksikan bunyi tembakan dan siren kedengaran di ibu negara ini selain kereta kebal turut meronda berada di jalan-jalan.
Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah kematian tersebut yang berlaku di beberapa lokasi berasingan.
Menurut sumber kesela­matan, kematian paling banyak dicatatkan di Matareya, kawasan kuat pergerakan Ikhwanul Muslimin apabila lapan orang termasuk seorang anggota polis maut ditembak oleh pasukan keselamatan.
Saksi berkata, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan selepas beberapa orang daripada mereka melontar bom petrol terhadap polis.
Di Iskandariah pula, sebanyak enam orang terkorban, manakala di Delta Nil, dua anggota militan turut terbunuh selepas mereka cuba menanam bahan letupan.
Sebanyak 400 individu lain turut ditahan di seluruh negara.
Terdahulu, seorang aktivis parti pembangkang, Shaimaa ­Sabbagh, 32, ditembak mati dalam satu perarakan yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Perikatan Popular di pusat bandar Kaherah.
Parti itu menyalahkan polis kerana kematiannya dan acara pengebumian mangsa di Iskandariah, dihadiri ratusan orang.
Pihak pendakwa raya telah melancarkan siasatan berhubung kematiannya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-berdarah-lagi-1.52905#sthash.tzKM0wgD.dpuf

26 January 2015

Peserta perhimpunan terbunuh ditembak polis?


Shaimaa al-Sabbagh diberikan bantuan selepas ditembak.
Shaimaa al-Sabbagh diberikan bantuan selepas ditembak.
CAIRO - MESIR. Seorang wanita yang dalam perjalanan untuk meletakkan bunga dalam satu perhimpunan, maut ditembak polis, semalam.

Shaimaa al-Sabbagh, salah seorang peserta Socialist Popular Alliance Party parah selepas terkena peluru penabur dari jarak dekat.

Shaimaa disahkan mati dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Times, kumpulan berkenaan hanya berniat berkumpul dan meletakkan bunga di lokasi bersejarah dalam ulang tahun ke-empat Revolusi Egypt.

Beberapa orang awam lain juga dilaporkan cedera.

Wakil rasmi kerajaan menafikan bahawa tembakan tersebut dilepaskan polis, namun ia hanya membangkitkan lagi kemarahan orang ramai.

Dataran Tahrir berdarah lagi


Kaherah: Seorang wanita mati ditembak di tengah Kaherah semalam, kata sumber keselamatan Mesir, menjelang genap empat tahun kebangkitan rakyat menggulingkan diktator Hosni Mubarak.

Menurut sumber itu, mangsa terkena peluru penabur ketika dia berada di Dataran Tahrir yang menjadi ikon kepada perjuangan rakyat menyingkirkan Hosni selepas 30 tahun berkuasa.

Gambar dari Twitter menunjukkan beberapa anggota keselamatan bertopeng hitam berdiri berhampiran kawasan itu ketika aktivis Shaimaa Sabbagh ditembak.

Pakatan Popular Sosialis berkata, ada saksi mendakwa Shaimaa ditembak pasukan keselamatan Mesir sendiri.

“Beliau sedang membawa jambangan bunga ke Dataran Tahrir ketika kejadian berlaku,” kata pertubuhan itu di akaun Facebook mereka semalam.

Walaupun bantahan jalanan dapat dipatahkan selepas tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Mursi Isa al-Ayyat pada 2013, beberapa protes lebih kecil diadakan di beberapa bandar Kaherah dan Iskandariah.

Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb dalam kenyataanya semalam berjanji menyiasat insiden itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:06 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26296#sthash.ZPlYHu9f.dpuf

Wanita Mesir mati ditembak


Shaimaa SABBAGH menerima bantuan sejurus terkena tembakan sebelum
Shaimaa Sabbagh menerima bantuan sejurus terkena tembakan sebelum disahkan meninggal dunia dalam satu tunjuk perasaan di Kaherah, Mesir, kelmarin. – REUTERS
KAHERAH 25 Jan. – Seorang penunjuk perasaan wanita, maut terkena tembakan rambang di sini semalam, sehari sebelum ulang tahun keempat kebangkitan rakyat yang menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada 2011.
Menurut sumber keselamatan Mesir, penunjuk perasaan itu terkena tembakan berhampiran Dataran Tahrir yang menjadi kawasan simbolik kebangkitan rakyat tersebut yang menamatkan pemerintahan 30 tahun Hosni.
Gambar-gambar yang disiarkan di Twitter menunjukkan, pasukan keselamatan Mesir bertopeng hitam berada tidak jauh dari lokasi aktivis liberal, Shaimaa Sabbagh, ditembak.
Parti Perikatan Popular Sosialis (SPAP) dalam laman Facebooknya mendakwa, Shaimaa, 34, mati dibunuh oleh pasukan keselamatan.
Menurut seorang saksi, penunjuk perasaan pada ketika itu sedang membawa bunga ke Dataran Tahrir, lokasi tembakan itu berlaku.
Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb dalam satu kenyataan berkata, siasatan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti pembunuh Shaimaa.
Dalam satu kejadian berasingan, dua orang penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis di Matareya, sementara satu letupan berlaku di ibu negara ini, mencederakan seorang anggota polis.
Beberapa insiden bantahan berlaku di Kaherah dan Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir sepanjang minggu lalu.
Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memuji kemahuan untuk berubah yang membawa rakyat negara itu ke jalanan empat tahun lalu, namun mendakwa hasrat itu memerlukan kesabaran bagi mencapai kesemua ‘matlamat revolusi’.
Mursi bagaimanapun tidak menyentuh tentang insiden tembakan itu. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-mesir-mati-ditembak-1.52404#sthash.VgSrVRFE.dpuf

25 January 2015

Haniyah Sampaikan Belasungkawa Atas Wafatnya Wakil Pemimpin Ikhwan


Ahad 4 Rabiulakhir 1436 / 25 Januari 2015 08:10
haniyeh
PEMIMPIN senior Hamas Ismail Haniyah menyampaikan belasungkawa kepada Ikhwanul Muslimin Mesir atas kematian wakil pemimpin kelompok itu Jumaa Amin yang meninggal dunia pada hari Sabtu kemarin (24/1/2015), lapor Worldbulletin.
Dalam sebuah pernyataan, Haniyah memuji dukungan Amin untuk Jalur Gaza dan kunjungannya ke wilayah Gaza yang diblokade menyusul serangan Israel pada tahun 2012 lalu.
Amin, wakil Mursyid ‘Aam Ikhwanul Muslimin meninggal dunia di ibukota Inggris London Sabtu kemarin pada usia 81 tahun.
Amin telah meninggalkan Kairo menuju London dua bulan sebelum militer Mesir menggulingkan Presiden terpilih Muhammad Mursi pada pertengahan 2013 menyusul aksi protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.
Pemerintah Mesir telah meluncurkan tindakan keras terhadap pendukung Mursi dan kelompok Ikhwanul Muslimin dengan menahan ribuan dan serta membunuh ratusan anggotanya.
Pada bulan Desember 2013, penguasa militer yang didukung menyatakan Ikhwan sebagai kelompok teroris menyusul serentetan serangan terhadap fasilitas keamanan.
Pihak berwenang menuduh Ikhwan membolehkan aksi kekerasan, namun tuduhan itu dibantah dengan mengatakan Ikhwan berkomitmen untuk aktifitas damai.[fq/islampos]

Pengikut Ikhwanul Muslimin dibicara semula


KAHERAH 25 Jan. – Mahkamah Mesir hari ini mengarahkan supaya perbicaraan diadakan semula bagi 37 pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman mati dan 115 orang lagi yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tahun lalu.
Sebelum ini, seramai 152 pengikut pergerakan berkenaan sudah dijatuhi hukuman pada Mac lalu dalam satu perbicaraan yang melibatkan lebih daripada 500 defenden.
Kesemua mereka dibicarakan selepas didakwa terlibat dalam pertempuran yang berlaku di selatan wilayah Minya pada 14 Ogos 2013, sehingga mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pengikut-ikhwanul-muslimin-dibicara-semula-1.52034#sthash.gps1TfxG.dpuf

24 January 2015

Anak lelaki Mubarak dibebaskan


24 Januari 2015


KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir memerintahkan dua anak lelaki bekas presiden Hosni Mubarak dibebaskan walaupun perbicaraan semula ke atas mereka susulan kes rasuah belum selesai.

Peguam Farid al-Deeb berkata, Alaa dan Gamal bebas untuk meninggalkan penjara selepas mendapat perintah mahkamah kerana mereka telah menjalani tempoh tahanan pra perbicaraan yang maksimum.

Difahamkan, sebuah penjara di ibu negara yang menempatkan mereka telah menerima notis perintah pelepasan tersebut.

Mei tahun lalu, Mubarak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, manakala kedua anak lelakinya masing-masing di penjara empat tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah. - AFP

23 January 2015

Rumah hakim perbicaraan Morsi diserang

Pakar letupan memeriksa bom yang dipercayai bahan letupan. - Foto Reuters
Pakar letupan memeriksa bom yang dipercayai bahan letupan. - Foto Reuters
KAHERAH - MESIR. Rumah hakim perbicaraan kes Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi, diserang bom awal pagi semalam.

Penyerang yang tidak dikenali melemparkan bom ke rumah hakim, Khaled Mahgoup yang terletak di pinggir bandar Kaherah sebelum dilihat melarikan diri.

Memetik laporan Ahram Online, serangan menyebabkan tingkap dan sebahagian daripada dinding rumah beliau runtuh.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. Khaled ialah hakim perbicaraan Mursi bersama 130 individu lain.

Serangan bom ke atas rumah pihak berkuasa sudah menjadi perkara biasa di Mesir sejak kejatuhan pemimpin itu.

22 January 2015

Mesir bekukan aset 901 anggota Ikhwanul Muslimin


Kamis, 1 Rabiul Akhir 1436 H / 22 Januari 2015 12:30

Mesir bekukan aset 901 anggota Ikhwanul Muslimin
Egypt court
MESIR (Arrahmah.com) – Sebuah panel yang ditetapkan pemerintah junta Mesir telah membekukan aset 901 anggota Ikhwanul Muslimin dan 1.096 badan amal yang berafilisi dengan Ikhwanul Muslimin, lapor WB.
“Dana dari 901 pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin telah dibekukan,” kata kepala panel Ezzat Khamis dalam sebuah konferensi pers pada Rabu (21/1/2015).
Dia mengatakan panel telah menyita 522 kantor Partai Keadilan dan Kebebasan, lengan politik Ikhwanul Muslimin yang telah dibubarkan, dan 54 properti milik Ikhwanul Muslimin.
“Sekitar 360 kendaraan dan 328 feddans tanah milik anggota Ikhwanul Muslimin juga telah disita,” katanya.
Khamis mengatakan bahwa panel juga telah menyita 532 perusahaan yang berafiliasi dengan Ikhwanul Muslimin serta 28 rumah sakit dan pusat kesehatan.
“Sekitar 1.096 LSM yang berafiliasi dengan Ikhwanul Muslimin dan 82 sekolah juga telah disita,” katanya.
Pada September 2013, pengadilan Mesir melarang aktivitas Ikhwanul Muslimin, organisasi yang telah berdiri puluhan tahun dan merupakan organisasi dari mana Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan berasal.
Pengadilan juga telah memerintahkan pembubaran kelompok itu dan penyitaan kantor serta asetnya.
Setelah keputusan itu, pemerintah junta membentuk sebuah komite yang bertugas mengelola aset kelompok Ikhwanul Muslimin.
Pada bulan Desember 2013, pemerintah junta Mesir menyatakan Ikhwanul Muslimin sebagai kelompok “teroris” dan menyalahkannya atas serangkaian serangan mematikan terhadap petugas keamanan.
Sementara itu, Ikhwanul Muslimin telah berulang kali menolak tuduhan-tuduhan tersebut dan menyatakannya sebagai tuduhan bermotif politik.
(banan/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2015/01/22/mesir-bekukan-aset-901-anggota-ikhwanul-muslimin.html#sthash.UU7bWFkA.dpuf