2 December 2014

Pemimpin kanan Ikhwan dijel 3 tahun


Kaherah: Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin bersama 25 anggota gerakan Islam itu dihukum penjara tiga tahun kononnya atas kesalahan menghina mahkamah.

Keputusan itu dibuat sehari selepas mahkamah menggugurkan semua tuduhan ke atas bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang sebelum ini dikaitkan dengan jenayah membunuh penunjuk perasaan.

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie adalah seorang daripada ratusan anggota pertubuhan diharamkan Mesir itu untuk menjalani hukuman mati serta penjara yang panjang.

Hakim Shaaban al-Shamy memutuskan untuk menghukum defendan selepas ada antara mereka melaungkan perkataan “Tidak sah! Tidak sah!” sebagai reaksi kepada beberapa kenyataannya.

Ikhwanul Muslimin tidak mengiktiraf kerajaan Mesir ketika ini selepas tentera pimpinan Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Mohamed pada Jun 2013.

Mohamed Mursi dilantik ke jawatan presiden melalui proses pilihan raya yang sah.

Dalam perbicaraan sama, Shaaban turut mengenakan denda 10,000 pound Mesir (RM4,800) ke atas setiap defendan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Disember 2014 @ 7:08 AM

REAKSI orang ramai selepas mendapat tahu mahkamah kelmarin menggugurkan semua tuduhan salah laku Hosni ketika dia menghadapi kebangkitan rakyat pada 2011.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13404#sthash.8g5idVuh.dpuf

No comments:

Post a Comment