Penunjuk perasaan Mesir melaungkan slogan anti kerajaan semasa protes terhadap keputusan mahkamah membebaskan Hosni Mubarak.
Penunjuk perasaan Mesir melaungkan slogan anti kerajaan semasa protes terhadap keputusan mahkamah membebaskan Hosni Mubarak.
KAHERAH - MESIR. Pendakwa raya Mesir merayu keputusan mahkamah untuk menjatuhkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden Hosni Mubarak berhubung kematian penunjuk perasaan semasa pemberontakan di negara itu tiga tahun lalu.

Rayuan dibuat selepas Mahkamah Mesir menggugurkan tuduhan membunuh dan rasuah terhadap Mubarak pada Sabtu lalu, selepas beliau memerintah negara selama 30 tahun.

Menurut pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan, rayuan telah diputuskan dan keputusan mahkamah telah dicemari dengan kelemahan undang-undang.

"Keputusan rayuan tidak dipengaruhi pertikaian di antara kumpulan politik,"menurut kenyataan itu kepada AP.

Tujuh daripada komander keselamatan Mubarak termasuk menteri dalam negeri Habib al-Adly telah dibebaskan dan terlepas tuduhan membunuh kira-kira 800 penunjuk perasaan pada 2011. Susulan rayuan tersebut, mahkamah tertinggi Mesir kini boleh mempertimbangkan untuk

mengesahkan keputusan berkenaan atau membatalkannya.