30 December 2014

15 kes dipindah ke mahkamah tentera


30 Disember 2014
Kumpulan pelajar yang menyertai protes di Mesir tidak terkecuali dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Kumpulan pelajar yang menyertai protes di Mesir tidak terkecuali dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Kumpulan pelajar yang menyertai protes di Mesir tidak terkecuali dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.



KAHERAH - MESIR . Sebanyak 15 kes anggota gerakan Ikhwanul Muslimin telah dipindahkan ke mahkamah tentera di Mesir, menurut media tempatan, kelmarin.

Kesemua penuntut Universiti Zagazig di Delta Nil terbabit, didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk menghasut keganasan, menganggotai organisasi pengganas,
mengadakan perhimpunan tanpa permit dan menyerang pasukan keselamatan.

Agensi berita MENA melaporkan, kumpulan pelajar tersebut ditahan selepas mengadakan protes di sebuah kelab polis berhampiran kampus mereka.

Pada 27 Oktober lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan dekri yang menetapkan kesemua kemudahan awam diletakkan di bawah kuasa tentera untuk tempoh dua tahun akan datang.

Lebih 11,000 individu telah dibicarakan di mahkamah tentera sejak 2011 dan jumlah itu meningkat selepas bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan. - Press TV

28 December 2014

Mesir haram filem Exodus: Gods and Kings


Satu babak dalam filem kontroversi Exodus: Gods and Kings yang
Satu babak dalam filem kontroversi Exodus: Gods and Kings yang menampilkan Christian Bale membawa watak Nabi Musa dan terlibat dalam pembinaan piramid di Mesir. – AGENSI
KAHERAH 27 Dis. – Kerajaan Mesir mengharamkan tayangan filem kontroversi Hollywood, Exodus: Gods and Kings, yang mengisahkan tentang Nabi Musa, sehari selepas kerajan Maghribi mengambil langkah sama.
Menteri Kebudayaan Mesir, Gaber Asfour berkata, langkah itu diambil selepas filem yang dibintangi aktor, Christian Bale banyak mengandungi kesilapan dan tidak mengikut sejarah apabila menampilkan Nabi Musa dan orang Yahudi sebagai pembina piramid.
Jelasnya, filem tersebut merupakan agenda golongan Yahudi yang berfahaman Zionis untuk mengubah fakta sejarah.
“Filem itu tidak tepat dan merupakan pandangan salah Zionis terhadap sejarah dan kerajaan Mesir tidak teragak-agak untuk mengharamkan tayangan filem berkenaan di negara ini,” katanya.
Keputusan berkenaan diambil berdasarkan perbincangan oleh satu jawatankuasa yang turut melibatkan Pengarah Majlis Agung untuk Kebudayaan, Mohammed Afifi dan dua ahli sejarah Mesir.
Menurut Afifi, babak yang menunjukkan Nabi Musa yang dilakonkan oleh Bale, membelah Laut Merah sambil memegang ‘pedang’ seolah-olah kelihatan seperti pahlawan adalah tidak benar, sebaliknya mengikut sejarah benda yang dipegang oleh Nabi Musa adalah tongkat.
“Selain itu, babak berkenaan menonjolkan kejadian membelah laut sebagai fenomena air pasang surut berbanding muzizat Allah yang diberikan kepada Nabi Musa,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-haram-filem-i-exodus-gods-and-kings-i-1.41622#sthash.ss9a9sAj.dpuf

23 December 2014

Mesir buka semula sempadan Rafah


23 Disember 2014
Ratusan penduduk Palestin menunggu kebenaran untuk memasuki Mesir. - Foto AFP
Ratusan penduduk Palestin menunggu kebenaran untuk memasuki Mesir. - Foto AFP



KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir, kelmarin membuka semula sempadan Rafah untuk pertama kali selepas ia ditutup sejak dua bulan lalu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin (PA), Maher Abu Sabha berkata kepada Press TV, laluan tersebut hanya dibuka selama dua hari kepada penduduk Palestin yang mahu menyelesaikan urusan mereka di luar wilayah Gaza.

Susulan daripada itu, hampir 250 penduduk dan beberapa ambulans yang membawa pesakit dari Genting Gaza telah dibenarkan memasuki Mesir.

Dalam insiden berasingan, ribuan pekerja Palestin dilaporkan melancarkan mogok sebagai bantahan terhadap prosedur pemeriksaan yang dilakukan di pos kawalan di Tebing Barat.

Menurut aktivis, situasi di pusat pemeriksaan tersebut menjadi semakin buruk kerana pekerja terpaksa menunggu masa yang lama hingga menjejaskan prestasi kerja mereka.

21 December 2014

Kisah suka duka al Qaradawi


RAMADAN sering dianggap sebagai bulan yang paling indah dalam hidup seseorang umat Islam. Lebih-lebih lagi bagi dapat menyambutnya bersama ahli keluarga. Tentu juga lebih indah sekali jika dapat menyambutnya di Tanah Suci Mekah dan Madinah apabila berpeluang mengerjakan ibadat umrah di sana.
Tetapi bagi ulama besar ini Ramadan yang paling indah yang pernah beliau lalui dan alami adalah semasa ditahan dalam penjara!
"Akhirnya kami tiba di Ar Tur, Mesir (Kompleks Penjara) ketika hampir bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Aku beruntung kerana ditempatkan dalam sel nombor dua yang dipimpin oleh Sheikh Al Ghazali.
"Di sana aku sering menunaikan solat terawih di belakangnya sebanyak lapan rakaat. Setiap satu rakaat biasanya Sheikh membaca satu juz al-Quran dan khatam pada hari terakhir Ramadan.
"Inilah bulan Ramadan yang paling indah yang pernah aku rasakan seumur hidupku. Keindahan yang mewarnai hidup kami ketika berpuasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan aktiviti-aktiviti lain yang benar-benar menghidupkan rohani.
"Kami merasa berada dalam dakapan dan naungan al-Quran Lebih-lebih lagi kami berimamkan Sheikh Al Ghazali.
"Bacaan al-Quran yang beliau alunkan membawa kami terasa dekat kepada Allah, kata-katanya mengajar kami untuk lebih mengenal Allah dan akhlaknya mengingatkan kita pada akhirat."
Begitulah catatan Profesor Dr. Sheikh Yusuf Abdullah al Qaradawi yang berusia 85 tahun pada 9 September lalu.
Selama 85 tahun beliau menempuh hidup maka tentu sahaja sebagai ulama atau lebih tepat pejuang Islam, al Qaradawi adalah sebuah catatan sejarah yang sangat besar!
Begitupun dalam usia yang sebegini, beliau tetap gigih dan gagah berjuang. Benarlah sebagaimana yang beliau ucapkan semasa kehadirannya di negara ini suatu masa dahulu bahawa beliau tetap merasakan dirinya muda (kuat) apabila dikelilingi oleh kalangan ikhwan-ikhwan, as syabab atau pemuda-pemuda Islam yang gigih bersamanya untuk berjuang demi Islam.
Malah dalam peristiwa bersejarah tumbangnya rejim pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak (Revolusi Rakyat Mesir) pada Februari lalu menyaksikan ulama ini muncul di tanah airnya sendiri sejak kali terakhirnya berbuat demikian pada tahun 1981 akibat tekanan daripada pihak pemerintah.
Di Medan Tahrir, al-Qaradawi mengimamkan solat Jumaat dan dalam khutbahnya beliau lantang bersuara: "Rakyat-rakyat Mesir pada hari ini umpama jin-jin yang akhirnya terlepas dari lampu-lampu yang selama ini memenjarakan mereka selama hampir 30 tahun."
Lalu kita sering terbaca pemikiran dan hujah-hujah al Qaradawi melalui ucapan, kenyataan dan dalam 120 buku yang beliau karang.
Namun beliau tidak memerlukan orang lain untuk menulis kisah perjuangannya sendiri, apabila beliau menulis buku yang tajuk asalnya Mudzakkirat Al Qaradhawi (Catatan Al Qaradhawi).
Beliau melagukan sendiri segala kisah suka duka, cabaran-tribulasi perjuangan dalam menegakkan risalah-risalah suci Allah sedari usia yang remaja sehingga beliau dibebaskan daripada penjara pada tahun 1956 dalam usia 30 tahun (sebelum itu keluar dan masuk penjara telah menjadi sebahagian daripada rutin dalam hidupnya).
Ia juga menandakan berakhirnya kekejaman warden penjara tentera Mesir, Hamzah Basyuni yang amat terkenal dalam sejarah, sering bertindak kejam terhadap tokoh-tokoh Islam termasuk Sayyid Qutb dan Zainab Al Ghazali. Antara kata-kata bongkak yang pernah dikeluarkannya: "Sekalipun Allah itu sendiri datang ke mari, aku akan mencampakkan-Nya ke dalam sel penjara."
Apabila tokoh ini tidak dapat dipisahkan dengan Pertubuhan Ikhwan Muslimin, maka segala-galanya ada diceritakan pengalaman al Qaradawi bersama pertubuhan gerakan Islam yang kadang kala dikaitkan dengan ekstremis. Walhal ia tidak lebih gerakan dakwah untuk menyebarkan Islam, mempertahankan Islam dan umatnya jika ada yang tertindas tanpa mengira sudut geografi dunia.
Sekali seseorang itu melibatkan dirinya dalam dunia dakwah maka, dirinya itu umpama Arab Badwi. Ia sebagaimana mengutip kata-kata tokoh gerakan Ikhwan Muslimin yang sangat tersohor, yang begitu menjadi idola kepada al Qaradawi iaitu Hassan Al Banna: "Kita ini seperti orang Arab nomad yang kerap berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain."
Begitu pun pembaca akan lebih tersentuh hati apabila al Qaradawi berkongsi kisah bagaimana Hassan Banna yang 'mewakafkan' dirinya dalam dunia dakwah itu akhirnya mati dibunuh.
Penuh hikmah
Bulan Februari 1949 mencatatkan peristiwa duka itu yang disifatkan oleh beliau sebagai pembunuhan bertalu-talu terhadap Hassan Banna.
Pertama, beliau dibunuh dengan tembakan peluru senjata, kedua; musuh membunuhnya dengan membiarkannya mati tanpa sebarang pertolongan dan ketiga Hassan Banna mati dibunuh dengan melarang orang ramai mengiringi jenazahnya untuk dikebumikan.
Kematian pemimpin gerakan Islam yang masih kuat pengaruhnya sehingga kini disambut gembira oleh dunia Barat terutama Amerika Syarikat yang selama ini melihat Hassan Banna sebagai musuh yang digeruni dan ditakuti walaupun almarhum hanya bersenjatakan kata-katanya.
Sebaliknya, ia ditangisi oleh segenap umat Islam dan kematiannya menyebabkan lahirnya lebih ramai tokoh Ikhwan termasuk al Qaradawi sendiri.
Melalui buku ini, pembaca akan mengenali secara lebih dekat kisah-kisah peribadi para pemimpin dan pejuang tegar dalam Ikhwan dan begitu juga mereka yang begitu memusuhi Ikhwan.
Sarat dengan pelbagai pengajaran rakaman dan peristiwa sejarah umat Islam. Ia termasuk soal penindasan terhadap rakyat Palestin dan Islam secara global, semuanya ditulis dengan penuh hikmah oleh al Qaradawi.
Seharusnya buku ini segera dimiliki kerana al Qaradawi adalah satu-satunya ulama yang menempuh pelbagai zaman dan yang masih hidup. Justeru, perjuangannya perlu dihayati supaya saat beliau masih ada ini, beliau sempat mengecapi dan melihat kejayaan sebenar yang harus dicapai oleh umat Islam.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz3MY1NEkfU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

BALASAN ALLAH TERHADAP HAMZAH BASYUNI


BALASAN ALLAH TERHADAP HAMZAH BASYUNI 

Ketua penjara perang, digelar raja penyeksa dan mengaku dia adalah tuhan penjara. Banyak melakukan penyeksaan terhadap ulama-ulama dan pendakwah-pendakwah dari zaman Jamal Abdul Naser hingga Hosni Mubarak.

Beliau pernah berkata: “Akulah pemegang undang undang penjara, akulah yang mematikan dan menghidupkan, aku boleh membunuh seratus orang sehari dan tiada siapa boleh menghalang. Jika tuhan turun aku akan sumbat ke dalam penjara dan akan ku sula.  "

Sesungguhnya kebiadapan kata-katanya memakan diri, akhirnya dia mati dengan besi-besi menembusi tubuhnya, mukanya juga hancur ditusuk besi hingga sukar dikenal pasti.

Firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (surah Ibrahim 42-43). 

Sumber asal dari: www.facebook.com/Sh.Abdelhameed.Kishk

Link video dibawah adalah kisah yang diceritakan oleh Sheikh Abdul Hamid Kisk, Ulama buta Mesir, tentang betapa zalimnya Hamzah Basyuni menyeksa tahanan.

http://www.youtube.com/watch?v=tlMsKzYbkjE
http://www.youtube.com/watch?v=BkOlnBTyqRA

*** Gambar ini bukanlah kejadian sebenar, hanya sebagai gambaran bagi kisah di atas

Ketua penjara perang, digelar raja penyeksa dan mengaku dia adalah tuhan penjara. Banyak melakukan penyeksaan terhadap ulama-ulama dan pendakwah-pendakwah dari zaman Jamal Abdul Naser hingga Hosni Mubarak.
Beliau pernah berkata: “Akulah pemegang undang undang penjara, akulah yang mematikan dan menghidupkan, aku boleh membunuh seratus orang sehari dan tiada siapa boleh menghalang. Jika tuhan turun aku akan sumbat ke dalam penjara dan akan ku sula. "
Sesungguhnya kebiadapan kata-katanya memakan diri, akhirnya dia mati dengan besi-besi menembusi tubuhnya, mukanya juga hancur ditusuk besi hingga sukar dikenal pasti.
Firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (surah Ibrahim 42-43).
Link video dibawah adalah kisah yang diceritakan oleh Sheikh Abdul Hamid Kisk, Ulama buta Mesir, tentang betapa zalimnya Hamzah Basyuni menyeksa tahanan.
*** Gambar ini bukanlah kejadian sebenar, hanya sebagai gambaran bagi kisah di atas

Dr Yusuf Qardawi: Hari-hariku di Penjara Perang

Dr Yusuf Qardawi: Hari-hariku di Penjara Perang
                Satu tahun lebih aku tinggal di salah satu sel penjara militer. Di sebuah kamar sempit, berukuran dua setengah meter persegi. Kamar sempit itu dihuni delapan ikhwan. Aku dan tujuh orang ikhwan lainnya. Saat melewati musim dingin, keadaan ini mungkin menguntungkan. Di waktu malam, tubuh kami bias bertumpuk, dan saling menghangatkan. Namun sangat menyiksa untuk kegiatan lainnya. Untuk meluruskan kaki saja sangat sulit, apalagi melakukan sholat jama’ah. Ini salah satu penyiksaan mental yang diterapkan pemerintah Jamal Abdul Nasser, kepada para ikhwan.
                Hamzah Basyuni, direktur penjara perang dan para algojonya memiliki seni tersendiri dengan menggunakan semua sarana untuk menyiksa kami. Beberapa hari lalu, polisi penjara mendatangi kami dan menggeledah sel-sel tahanan. Mereka merampas semua kitab yang sempat kami bawa ke penjara. Kitab yang sebelumnya sangat berguna untuk mengisi waktu dan belajar. Karena bagi mereka yang pernah merasakan hidup di penjara pasti merasakan bahawa waktu di penjara berjalan sangat lambat. Kami jadi mengerti syair cinta yang mengatakan “waktu satu jam terasa satu bulan. Satu malam seperti satu tahun.” Aku membawa dua buah kitab ke penjara, kitab Al-Muwafaqat karya Asy Syathibi dan kitab I’lam al muwaqi’in karya Ibnul Qayyim rahimahullah. Kedua kitabku diambil paksa oleh polisi penjara.
                Beberapa hari kemudian, mereka melakukan penggeledahan lagi. Hampir setiap ikhwan di penjara ini mempunyai mushaf sendiri-sendiri yang mereka bawa. Al-Quran itulah yang menjadi wirid harian mereka, yang mereka baca sesanggupnya di penjara. Setelah kitab-kitab kami disita, sudah tentu pikiran kami hanya tertumpu pada membaca Al-Quran, mempelajari isinya dan menghafalnya. Selanjutnya, tidak ada sel penjara ketika itu yang sepi dari bacaan ayat-ayat Allah yang dilakukan para ikhwan di dalam sel. Mereka umumnya menguasai pembacaan Al-Quran dengan baik, dan mengetahui hukum tajwid. Mereka juga dapat mendekatkan diri pada Allah dengan membuat halaqah Al-Quran yang mengajarkan ikhwan yang lain dari ilmu Al-Quran dari yang mereka miliki.
                Keadaan ini segera tercium oleh basyuni dan anak buahnya. Mereka mendengar bagaimana sel-sel penjara yang berdengung oleh lantunan Al-Quran seperti dengungan lebah. Mereka juga menyaksikan bagaimana Al-Quran menjadi teman intim para ikhwan di penjara. Mereka melihat bagaimana Al-Quran telah menjadi belahan hati para Ikhwan dan pelita cahaya dalam hati yang dapat menghilangkan kesedihan mereka. Dan Basyuni sangat murka melihat keadaan itu. Ia segera memerintahkan anak buahnya untuk mengumpulkan seluruh mushaf yang dimiliki para tahanan. Mereka masuk ke semua sel dan menggeledahnya. Seluruh mushaf Al-Quran itu dikumpulkan di halaman penjara. Seorang petugas penjara, menyiram tumpukan mushaf itu dengan minyak dan membakarnya!
                Penjara perang. Begitu sulit melukiskan kengerian yang ada di dalamnya. Sulit diurai dengan kata-kata karena sulit menemukan kalimat yang sesuai dengan kenyataan. Penyiksaan yang dilakukan atas para ikhwan begitu memilukan. Aku menyaksikan sendiri bagaimana para ikhwan mengalami penyiksaan berat yang berbeda-beda. Siksaan yang paling berat biasanya ditimpakan pada mereka yang dalam interogasi mengakui beberapa pengakuan spesifik. Atau mereka yang dianggap memiliki rahasia yang disembunyikan pada saat interogasi.
                Sebagian mereka yang disiksa mungkin tidak memiliki rahasia atau informasi sebagaimana yang dituduhkan. Akan tetapi mereka harus tetap mengakuinya dengan khayalannnya sendiri. Itu dilakukan agar siksaan itu bisa dihentikan atas mereka. Ada juga ikhwan yang mempunyai rahasia dan informasi, tetapi ia ingin melindungi ikhwan yang lain dari penjara, penyiksaan dan hukuman.
                Inilah yang dilakukan saudaraku Syaikh Muhammad Daeb, seorang mahasiswa fakultas Syari’ah di Al Azhar/ Ketika ia tahu bahwa dirinya termasuk buronan pemerintah, ia berfikir untuk bersembunyi di rumah seorang tokoh besar Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Mantan Mufti Mesir.
                Beliau menyampaikan permasalahannya pada Syaikh dan Syaikh menerima permintaannya meskipun hal itu sangat beresiko. Beliau menginap beberapa lama di rumah Syaikh dan sempat berganti nama dengan Shadiq Afandi. Kemudian Akh Muhammad mencari kartu visa dengan nama palsu dan pergi ke Jeddah. Ternyata kedutaan besar Mesir di Jeddah mengetahui tindakan itu. Beliau pun akhirnya ditangkap, dikembalikan ke Kairo lalu dijebloskan ke penjara perang.
                Beliau memasuki tahap introgasi dan ditanya tentang siapa yang membuat kartu paspor ke Jeddah, siapa juga yang membantunya sampai bisa berangkat ke Jeddah. Setelah mengalami siksaan terus menerus akhirnya beliau mengatakan siapa yang membantunya pergi ke Jeddah. Tapi ada satu pertanyaan penting yang tidak dijawab oleh Syaikh Muhammad Daeb, soal dimana beliau tinggal dan bersembunyi sekian lama sebelum berangkat ke Jeddah.
                Karena beliau gusar sekali jika ada bahaya yang menimpa Syaikh Makhluf karena dirinya. Tapi karena menolak menjawab, beliau mendapat siksaan yang teramat hebat. Setiap kali beliau diam dan tidak menjawab, maka siksaan bertambah keras.Namun beliau tetap tutup mulut. Sebenarnya beliau orang yang kuat menahan pukulan meskipun siksaan begitu hebat dan lama. Tetapi pada siksaan selanjutnya beliau tidak mampu menahannya, karena siksaan itu ditimpakan di atas tubuh beliau yang sudah penuh luka oleh siksaan sebelumnya. Di sinilah siksaan menjadi sangat menyakitkan dan sulit ditahan oleh manusia manapun juga!
                Inilah yang dialami Syaikh Daeb, dan kebanyakan para ikhwan yang disiksa. Hingga ada seorang ikhwan yang melihatnya mengatakan: “Tubuhnya menjadi seperti seonggok daging yang penuh sayatan luka, bersimbah darah, nanah yang bercampur darah….”
                Jika ada perintah untuk membawa Syaikh Daeb, dari sel penjara ke ruang introgasi, para sipir penjara umumnya menolak atau ragu-ragu. Syaikh Muhammad sudah tidak bisa berjalan dan mereka juga tidak bisa membawanya ke ruang introgasi, karena tubuhnya penuh luka. Akhirnya mereka menyediakan gerobak sampah untuk membawa Syaikh ke ruang introgasi. Namun hal ini hanya berlangsung selama beberapa hari, karena luka yang dialami Syaikh Daeb benar-benar telah merosak tubuhnya, membuat rasa sakit, yang akhirnya meninggalkan tubuhnya. Beliau akhirnya menghadap Allah SWT. Mengadu pada Allah SWT tentang kekejaman seorang manusia kepada saudaranya. Kebiadaban bangsa Mesir, kepada saudaranya bangsa mesir!
                Penjara Mesir tahun 1954 yang lalu, telah menjadi saksi bisu atas kebiadaban dan kekejaman yang amat mengerikan. Sebuah epos perjuangan da’wah yang teramat panjang. Namun akan terus berulang dan berulang. Lalu bagaimana kita?
                Wallahu’alam
                Diambil dari buku kenanganku bersama Ikhwanul Muslimin Jilid 2

Abd Qadir Audah Doanya dimakbulkan Allah

“Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati dengan diiringi pengawal, berkaki ayam dan memakai pakaian orang tahanan berwarna merah.

Pada pukul lapan pagi, bermulalah hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: Mahmud Abdul Latif, Yusuf Thala’at, Handawi Dawir, Ibrahim Ath Thayyib, Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah. Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah karena mendapat kemuliaan syahid”.

“dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan." (QS: An Nur/24: 52).

 “Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya”. (QS: Ali Imran/3 : 143)

Syekh Abdul Qadir Audah (gambar atas), seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, “Darahku akan menjadi laknat ke atas mereka yang melakukan kezaliman terhadap diriku."

 Allah mengabulkan doa orang yang dizalimi, darahnya menjadi laknat bagi mereka yang terlibat dalam kekjaman mereka terhadap para ulama dan pejuang Palestin. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang zalim itu selamat dari hukuman Allah di dunia. Mereka mengalami kehidupan yang sangat tragis.

Allah telah tunjukkan kekuasaan-Nya...Semua yang buat kerja jahat terhadap para ulamak Allah balas di dunia lagi.

Jamal Salim Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada pejuang Islam menderita sakity saraf yg kronik. Ginjalnya tidak berfungsi.Tak boleh kencing dan akhirnya mati keracunan. Syamsu Badran dijatuhi hukuman akibat jenayah lain, dipenjara seumur hidup . Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati. Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur. Bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah mengumpulkan pejuang-pejuang yang gugur di jalan-Nya bersama Rasulullah saw di dalam surga-Nya yang mulia. Amin.

http://saidinhasnam.blogspot.com/2011/01/abd-qadir-audah-doanya-dimakbulkan.html

Kenangan di Penjara - Dr. Yusuf Al Qaradhawi





Dr. Syeikh Yusuf Al Qaradhawi pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali. Kali pertama ialah pada tahun 1949 setelah Ikhwanul Muslimin dikaitkan dengan pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Nuqrashi Basha. Kali kedua beliau telah dipenjarakan kerana perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dan Dewan Revolusi pimpinan General Nagib. Kali ketiga pula ialah pada tahun 1954 dan dibebaskan pada tahun 1956 juga kerana perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dan Dewan Revolusi pimpinan General Jamal Abdul Nasser. Berikut saya sertakan kenangan pahit beliau di dalam penjara bersama para ikhwan ketika ditahan buat kali ke tiga.


Penjara Perang di Mesir telah dibina oleh Inggeris pada zaman penjajahan. Ianya digunakan untuk menghukum tentera yang melanggar undang-undang. Oleh sebab itu, sel penjara dibuat untuk menampung seorang dalam setiap sel. Ruangannya sangat kecil yang luasnya tidak lebih dari 2 meter x 1 meter setengah. Terdapat ruang tingkap kecil yang tinggi berdekatan dengan bumbung di dalamnya. Tingkap itu dihadang dengan gerigi besi dan sentiasa terbuka untuk peredaran udara. Warna seluruh dindingnya gelap dengan satu pintu hitam yang ditutup dengan mangga dari luar.


Selain itu terdapat dua bilik yang kadang kala digunakan untuk menampung tahanan jika sel-sel biasa penjara sudah penuh. Kapasiti maksimum penjara adalah untuk 300 orang tahanan sahaja. Setiap sel ditempatkan 7 hingga 8 orang tahanan dan jumlahnya mencecah 2000 ribu di dalam penjara tersebut. Setiap sel hanya punya satu tandas dan terpaksa berkongsi dengan hampir 8 org tahanan lain.



Kata Syeikh Qaradhawi,


"Aku tiba di penjara perang pada waktu petang, tepat ketika enam Ikhwan menjalani hukuman mati. Mereka ialah Abdul Kadir Audah, Muhammad Farghali, Ibrahim Tayyib, Yusuf Tal'at, Handaway Duwair dan Mahmud Abdul Latif. Mereka baru dipindahkan dari penjara perang ke penjara lain. Oleh itu aku tidak dapat bertemu dengan mereka. Aku hanya sempat memandang mereka dari jauh, sebagaimana para Ikhwan yang lain turut melihat pemergian mereka. Mereka berbaris di hadapan penjara dan berjalan seperti gerak langkah tentera."


Ketika memasuki penjara, para pengawal sudah menyiapkan diri dengan cemeti berduri yang akan dipukulkan pada punggung tahanan, tengkingan-tengkingan yang memekakkan dan pandangan yang menghinakan. Alat penggiling diputar laju untuk menggiling tahanan penjara. Mereka mahu tahanan penjara hilang maruahnya. Seolah-olah seperti haiwan yang tidak punya harga diri. Penjara perang tersebut diselia oleh seorang pegawai yang bernama Hamzah Basyuni. Tatkala para ikhwan merintih menyebut Ya Rabb, Hamzah Basyuni akan mengherdik,


"Datangkanlah ke sini Tuhan kalian, dan aku akan mencampakkan dia ke dalam penjara!!!"


Percakapan dan perbuatannya sangat menjelekkan. Setiap pengawal penjara dan tentera yang melalui sel pasti cuba untuk melibaskan belantannya kepada tahanan Ikhwan. Sheikh Qaradhawi dihumban ke dalam sel di tingkat 3 bernombor 242. Antara seksaan yang paling teruk ialah dilepaskan anjing-anjing yang buas kepada tahanan. Anjing-anjing tersebut telah dilatih melakukan penyeksaan sebegini. Seorang Ikhwan bernama Dr. Mustafa Abdullah pernah dimasukkan anjing buas ke dalam selnya. Menariknya, anjing tersebut seolah-olah dapat merasakan yang Dr. Mustafa adalah seorang yang baik. Justeru, anjing tersebut menjadi jinak dan tidak mengganggu Dr. Mustafa. Setelah pintu sel dibuka, pengawal penjara merasa pelik melihat Dr. Mustafa tidak tercedera walau sedikit pun. Bahkan mereka melihat anjing tersebut duduk di hadapan Dr. Mustafa dengan tenang dan manja. Akhirnya Basyuni tidak menemui jalan lain kecuali mengeluarkan Dr. Mustafa dari penjara bersama anjing tersebut.


Seorang tahanan Ikhwan yang masih segar di ingatan Syeikh Qaradhawi ialah mahasiswa fakulti Syariah di Al Azhar bernama Sheikh Muhammad Shaubi Daeb. Sebelum tertangkap, beliau telah menyembunyikan diri di rumah Sheikh Hasanain Muhammad Makhluf, mantan mufti Mesir. Ketika menyembunyikan diri di rumah sheikh tersebut beliau telah menukarkan namanya kepada Sadiq Afendi. Kemudian, beliau telah membuat pasport dengan nama yang baru dan seterusnya melarikan diri ke Jeddah. Kedutaan besar Mesir di Arab Saudi menyedari perkara ini dan menangkap Muhammad Shaubi. Beliau telah disoal siasat tentang mereka yang membantunya menyiapkan pasport serta menguruskan perjalanannya ke Jeddah. Beliau tidak menjawab dan diseksa dengan teruk.


Oleh kerana tidak tertahan dengan seksaan, beliau telah memberikan maklumat kepada kerajaan kecuali satu soalan sahaja. Iaitu soalan berkenaan di mana beliau menyembunyikan diri sebelum berangkat ke Jeddah. Beliau sangat bimbang Syeikh Makhluf ditangkap jika perihal tersebut didedahkan. Beliau diseksa sebanyak dua kali. Seksaan kali pertama sangat teruk, namun beliau mampu bertahan. Tiba seksaan kedua yang kurang sedikit kerasnya, badannya tidak mampu menanggung derita lagi dan syahid menemui Rabbul Jalil. Seorang Ikhwan yang melihatnya berkata,


"Tubuhnya menjadi seperti selonggok daging yang penuh tersiat dengan luka, bersimbah darah dan nanah yang bercampur darah..."


Apabila ada perintah untuk membawanya dari sel tahanan ke bilik soal siasat, para pengawal penjara berasa kasihan untuk membawanya. Akh Muhammad sudah tidak mampu berjalan dan mereka juga tidak dapat membawanya ke bilik soal siasat kerana tubuhnya telah dipenuhi dengan luka. Akhirnya mereka terpaksa menyediakan troli sampah untuk membawanya ke bilik soal siasat.


Mereka yang meninggal dunia akibat seksaan akan dikumpulkan di sebuah ruang yang tersembunyi di sudut-sudut penjara. Kemudian mayat mereka akan dibawa oleh tentera ke Padang Abasiah untuk dikuburkan dalam satu lubang. Mereka dimasukkan ke dalam lubang itu tanpa dibersihkan, tanpa dikapankan dan tanpa ada seorang pun yang menyembahyangkan mereka. Di atas kubur itu dituliskan sebuah papan "Fulan, dibebaskan pada hari ini, tarikh sekian".


Hal yang hampir sama telah menimpa Akh Faruq Abdul Khair. Kedengaran rintihan dan jeritannya yang menyayat hati bergema dan memecah keheningan penjara. Rupanya para pengawal penjara menyoal siasat akh Faruq dengan cara yang sangat kasar. Tetapi, oleh kerana tubuhnya gagah dan berotot, beliau mampu menahannya. Ini menambahkan lagi rasa geram dan marah para pengawal penjara hingga seksaannya menjadi lebih keras dan beliau pun menemui kesyahidan. Setelah itu, pegawai penjara mengoyak-ngoyakkan data peribadinya dan menganggap bahawa akh Faruq tidak pernah memasuki penjara tersebut. Antara lain yang syahid dan masih segar dalam ingatan Syeikh Qaradhawi ialah Mahmud Yunis dan Ali Khauli.


Tulisan ini diambil daripada buku bertajuk "Muzakkirat al Qaradhawi"


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

Pemimpin Islam Perlu Bantah Waran Interpol Terhadap Yusuf Al-Qaradawi - Rights


Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 2:44 PM
Yusuf Al-Qaradawi kini dikehendaki Interpol kerana didakwa terbabit dalam kegiatan Ikhwanul Muslimin.

PETALING JAYA: Langkah Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap cendekiawan Islam terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi kerana dikatakan terbabit dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir sewajarnya perlu mendapat perhatian dan tindakan segera pemimpin dunia.
Berdasarkan laporan sebelum ini, notis merah terhadap Yusuf, 88, sudah dikeluarkan awal bulan ini bagi membolehkan pihak berkuasa kehakiman Mesir mendakwa dan menghukum tokoh terkemuka warga Mesir dan Qatar itu.
Tindakan Interpol itu antaranya kerana beliau dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, selain aktiviti vendalisme dan kecurian.
Mengambil maklum pentingnya peranan Yusuf terhadap dunia Islam, Yayasan Rights tampil mempertahankan tokoh itu yang disifatkan sebagai simbol suara demokrasi ulung yang berusaha keras membentuk dunia yang demokratik terutama di timur tengah.
Pengerusi Yayasan Rights, Yusmadi Yusoff berkata, pemimpin dunia terutama negara Islam perlu bangkit membantah permohonan waran tersebut.
"Malaysia perlu segera mengusulkan bantahan terhadap kerajaan Mesir untuk menarik balik waran terhadap Pengerusi Majlis Ulama Sedunia itu.
"Permintaan kerajaan regim zalim Mesir perlu dibantah, lebih-lebih lagi ia melibatkan Dr Yusuf Al-Qaradawi yang sentiasa membawa suara kesederhanaan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Kata Yusmadi lagi, tuntutan ini penting ketika dunia kekurangan tokoh untuk berdepan perlakuan ekstremisme agama yang mencabar seperi militan Negara Islam dan Syria (ISIS).
Tegasnya lagi, ia juga seiring dengan suara tegas dan lantang Yusuf menolak pendekatan pelampau agama selama ini.
"Oleh itu, mempertahankan Dr Yusuf Al-Qaradawi daripada dizalimi regim Mesir adalah sama seperti kita melakukan tanggungjawab untuk mempertahankan suara kesederhanaan warga dunia menentang regim tidak demokratik," katanya.
Malahan, katanya, hak Yusuf untuk mendapat tempat perlindungan yang selamat adalah hak asasi manusianya yang perlu dipertahankan dan ia adalah tanggungjawab semua warga dunia.

Ratusan remaja bawah umur dipenjara di Mesir


21 Disember 2014


KAHERAH - MESIR. Ratusan remaja di bawah umur berusia antara 14 dan 17 tahun terpaksa meringkuk di penjara Banha, utara ibu negara Mesir, menurut kumpulan hak asasi manusia, kelmarin.

Pusat Pemulihan El Nadeem mendedahkan kira-kira 600 remaja lelaki ditempatkan di pusat tahanan itu yang tidak menyediakan akses penjagaan kesihatan dan perlindungan undang-undang kepada mereka.

"Kebanyakan daripada mereka juga mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat keadaan penjara yang sangat kotor," jelas laporan itu.

Menurut agensi itu lagi, pendedahan tersebut jelas menunjukkan pihak berkuasa melanggar Undang-undang Mesir yang menetapkan remaja di bawah umur sepatutnya ditahan di pusat juvana dan mereka juga mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan undang-undang. - Press TV

20 December 2014

Pintu Sempadan Rafah Dibuka Semula Ahad


Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 9:05 PM
Pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah. Foto AP

KAHERAH: Mesir membuka semula pintu sempadan Gaza-Mesir di Rafah buat kali kedua dalam tempoh dua bulan bagi membolehkan mereka yang terkandas di Mesir memasuki wilayah Palestin.
Laluan Rafah merupakan satu-satunya pintu masuk ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.
Mesir menutup pintu sempadan itu pada akhir Oktober lalu berikutan insiden pengeboman di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Ia kemudiannya dibuka semula pada akhir November lalu bagi membolehkan rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk pulang ke negara mereka.
Pegawai polis, Ali al-Azazi memberitahu AFP  bahawa operasi yang sama diadakan dari Ahad dan hanya berlangsung selama dua hari.
"Mesir akan membuka pintu sempadan di Arafah pada Ahad dan Isnin bagi membolehkan mereka yang terkandas di bahagian Mesir dapat memasuki Gaza," katanya.
Lebih 3,500 rakyat Palestin terkandas apabila Mesir menuntup pintu sempadan itu selepas satu serangan berani mati mengorbankan 30 tentera di Utara Sinai pada 24 Oktober lalu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.
Ramai rakyat Palestin yang memasuki Mesir melalui Rafah merupakan pelajar di Universiti dan kawasan sekitar, atau pesakit yang memerlukan rawatan perubatan. - AFP

19 December 2014

Perkuburan mumia terbesar ditemui



MUMIA-MUMIA yang ditemui dipercayai mumia rakyat biasa dan bukan golongan diraja.


FAIYUM, Mesir – Sebuah tanah perkuburan terbesar yang mempunyai satu juta mumia telah ditemui di tengah Mesir oleh sekumpulan ahli sains Amerika Syarikat (AS), lapor ahli arkeologi.
Kerja-kerja menggali tanah perkuburan itu menemui lebih 1,700 mumia yang masih dalam keadaan sempurna disebabkan faktor cuaca padang pasir yang panas dan kering di Faiyum, kira-kira 96 kilometer di selatan Kaherah.
Bagaimanapun, ahli sains percaya jumlah keseluruhan mumia itu boleh mencecah sehingga satu juta yang ditanam di kawasan batu kapur pada kedalaman 23 meter.
“Kami pasti terdapat hampir satu juta mayat mumia yang dikebumikan di satu tanah perkuburan yang besar dan padat,” kata Profesor Kerry Muhlestein yang merupakan pengarah projek cari gali dari Universiti Brigham Young, di Utah.
Ahli sains mengandaikan usia mumia yang ditemui itu sekitar 1,500 tahun yang dikebumikan antara abad pertama hingga abad ketujuh sebelum Masihi semasa Mesir berada di bawah pemerintahan Rom dan empayar Byzantine.
Semasa ditemui, mumia-mumia itu tidak seperti mumia yang biasa ditemui di Mesir kerana diletakkan dalam kubur besar.
Mumia itu kelihatan seperti rakyat biasa dan bukannya golongan diraja atau tokoh-tokoh penting yang lain.
Ahli arkeologi mendedahkan mereka turut menemui mumia dalam keadaan pelik seperti mayat seorang lelaki yang memiliki ketinggian mencecah sehingga 2.13 meter selain mumia yang memiliki warna rambut berbeza seperti merah dan perang yang diasingkan di lokasi berbeza. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3MJrTeJTr 
Hakcipta terpelihara 

26 lelaki Mesir dibicara kes homoseksual

Lapan lelaki Mesir menutup wajah mereka selepas didapati bersalah
Lapan lelaki Mesir menutup wajah mereka selepas didapati bersalah ‘menggalakkan perbuatan songsang’ ekoran kemunculan mereka dalam sebuah video yang didakwa menganjurkan parti perkahwinan sama jenis di atas sebuah bot di Sungai Nil. – AGENSI
KAHERAH 18 Dis. – Mesir akan membicarakan kes 26 lelaki yang ditahan atas dakwaan terbabit dalam aktiviti homoseksual, selepas penahanan mereka dalam satu serbuan awal bulan ini mendapat perhatian meluas rakyat negara ini.
Sumber pejabat pendakwa raya berkata, kesemua lelaki itu akan dibicarakan pada Ahad ini, dua minggu selepas serbuan itu, satu kes yang cepat dirujuk jika dibandingkan dengan kes-kes lain yang mungkin mengambil masa lebih setahun sebelum dirujuk ke mahkamah.
Adegan lelaki separuh bogel yang menutup wajah mereka semasa dibawa keluar oleh polis dari sebuah sauna pada 7 Disember lalu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta ditengah-tengah kritikan aktivis.
Serbuan itu adalah sebahagian daripada tindakan tegas berterusan ke atas lelaki gay dan diadakan selepas mahkamah Mesir pada bulan lalu mensabitkan lapan lelaki atas kesalahan ‘menggalakkan perbuatan songsang’ dengan defendan dijatuhi hukuman penjara maksimum tiga tahun.
Ia ekoran penyertaan mereka dalam parti perkahwinan sejenis di atas sebuah bot di Sungai Nil, baru-baru ini.
Undang-undang Mesir tidak secara jelas melarang hubungan sama jenis, namun mereka boleh didakwa kerana melakukan kegiatan tidak bermoral, satu dakwaan yang biasanya dikenakan ke atas kes pelacur dan homoseksual.
Lima daripada defendan iaitu pemilik sauna dan empat pekerja mereka akan dibicarakan kerana memudahkan penganjuran program itu sebagai pertukaran kepada wang.
Sumber itu berkata, siasatan mendapati pemilik dan kakitangan sauna menjadikan premis itu sebagai tempat `bagi parti songsang dan pesta liar dalam kalangan anggota homoseksual sebagai pertukaran dengan wang,’’ katanya, sambil menambah kata, defendan menggunakan media sosial untuk membuat sesuatu program.
“Sebanyak 21 defendan lain didakwa kerana mengamalkan perbuatan songsang dan ‘perbuatan sumbang di tempat awam’,’’ kata jurucakap itu yang enggan dikenali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/26-lelaki-mesir-dibicara-kes-homoseksual-1.38221#sthash.zRSL9WlF.dpuf

18 December 2014

Empat askar terkorban pesawat terhempas di Mesir

KHAMIS, 18 DISEMBER 2014 @ 9:04 AM

 
KAHERAH: Dua pegawai tentera Mesir dan dua dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terkorban selepas pesawat yang mereka naiki terhempas ketika latihan bersama di Mesir, semalam, kata laporan rasmi.

Jurucakap tentera Mesir dalam kenyataan berkata, kegagalan sistem teknikal menjadi punca pesawat berkenaan terhempas pada kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

Sementara itu, agensi berita UAE turut melaporkan nahas yang sama.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian. - Reuters

13 December 2014

Mesir musnahkan terowong Hamas


December 13, 2014 2:30 AM

KAHERAH 12 Dis - Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Palestin menyokong tindakan Mesir memusnahkan terowong yang menghubungkan Genting Gaza yang dikawal pergerakan Hamas ke Sinai, dan tindakan-tindakan lain bagi melindungi negara itu daripada ancaman kumpulan militan.
“Kami menyokong semua langkah yang diambil pihak berkuasa Mesir untuk menutup terowong dan menghentikan aktiviti penyeludupan senjata serta kemasukan manusia antara Gaza ke Sinai,” kata Abbas dalam satu temu bual bersama majalah Mesir, Al-Ahram Al-Arabi yang akan diterbitkan esok.
“Kami akan menyokong sebarang langkah (pihak berkuasa Mesir) untuk melindungi Mesir daripada bahaya,” katanya.
Sejak 2013, bekas Presiden Mesir Mohamed Mursi yang digulingkan tentera telah bersubahat dengan pergerakan Hamas.
Pasukan tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong yang menghubungkan Gaza yang didakwa digunakan oleh pejuang Palestin untuk menyeludup senjata, makanan dan wang.
Tentera berkata, pihaknya telah memusnahkan lebih 1,600 terowong sejak Mursi disingkirkan.
Mesir juga telah menubuhkan zon penampan sepanjang sempadan Mesir dengan Genting Gaza, yang menyaksikan beratus-ratus rumah bakal dirobohkan, untuk mengelakkan penyusupan militan dan penyeludupan senjata.
Kaherah mengesyaki pergerakan Hamas bertanggungjawab membantu beberapa siri serangan maut ke atas pasukan keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai, baru-baru ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-musnahkan-terowong-hamas-1.35867#sthash.EQRn32XI.dpuf

5 December 2014

Mesir lapor empat kematian selesema burung


5 Disember 2014
KAHERAH -  MESIR. Mesir melaporkan empat kematian baharu akibat selesema burung, menjadikan mangsa yang maut meningkat kepada tujuh orang setakat ini.

Kes pertama H5N1 dilaporkan menular di utara Afrika, sejak dua minggu lalu.

Menurut dpa, pada masa sama jumlah kes dijangkiti H5N1 di Mesir meningkat dua kali ganda kepada 14 kes, kata Jurucakap Kementerian Kesihatan, Hossam Abdel Ghafar.

Menurutnya, semua kes berlaku di kawasan luar bandar.
Sementara itu, agensi berita MENA berkata, mangsa terbaharu yang maut adalah lelaki berusia 26 tahun dari Minya, kira-kira 235 kilometer ke selatan Kaherah.

4 December 2014

Mahu Hosni Mubarak dituduh membunuh


Penunjuk perasaan Mesir melaungkan slogan anti kerajaan semasa protes terhadap keputusan mahkamah membebaskan Hosni Mubarak.
Penunjuk perasaan Mesir melaungkan slogan anti kerajaan semasa protes terhadap keputusan mahkamah membebaskan Hosni Mubarak.
KAHERAH - MESIR. Pendakwa raya Mesir merayu keputusan mahkamah untuk menjatuhkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden Hosni Mubarak berhubung kematian penunjuk perasaan semasa pemberontakan di negara itu tiga tahun lalu.

Rayuan dibuat selepas Mahkamah Mesir menggugurkan tuduhan membunuh dan rasuah terhadap Mubarak pada Sabtu lalu, selepas beliau memerintah negara selama 30 tahun.

Menurut pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan, rayuan telah diputuskan dan keputusan mahkamah telah dicemari dengan kelemahan undang-undang.

"Keputusan rayuan tidak dipengaruhi pertikaian di antara kumpulan politik,"menurut kenyataan itu kepada AP.

Tujuh daripada komander keselamatan Mubarak termasuk menteri dalam negeri Habib al-Adly telah dibebaskan dan terlepas tuduhan membunuh kira-kira 800 penunjuk perasaan pada 2011. Susulan rayuan tersebut, mahkamah tertinggi Mesir kini boleh mempertimbangkan untuk

mengesahkan keputusan berkenaan atau membatalkannya. 

Mahkamah hukum mati 185 penyokong Ikhwanul Muslimin



REUTERS - PELAJAR Universiti Kaherah melaungkan slogan antipemerintah di Kaherah pada 30 November lalu selepas sebuah mahkamah Mesir membebaskan bekas diktator Hosni Mubarak daripada tuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa gelombang kebangkitan rakyat pada 2011.


KAHERAH – Seorang hakim Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 185 penyokong gerakan Ikhwanul Muslimin kelmarin berhubung sera­ngan ke atas sebuah balai polis dekat sini pada tahun lalu yang menyebabkan sebanyak 12 anggota polis terbunuh.
Keputusan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada proses rayuan di mahkamah lebih tinggi.
Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas sebuah mahkamah lain menggugurkan tuduhan terhadap bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana membunuh penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011 yang menyaksikan Mubarak tumbang selepas memerintah Mesir selama 30 tahun.
Serangan ke atas balai polis Kerdasa berlaku pada 14 Ogos 2013. Pada hari berkenaan pa­sukan keselamatan Mesir bertindak mengosongkan dua kem penunjuk perasaan Ikhwanul Muslimin di sini dan membunuh beratus-ratus orang.
Sumber kehakiman menyatakan, sebanyak 151 tertuduh tersebut berada dalam tahanan manakala sebahagian lagi dibicara tanpa kehadiran mereka.
Pihak berkuasa Mesir telah menangkap beribu-ribu ahli Ikwanul Muslimin sejak tentera menggulingkan Presiden Mohammed Morsi pada Julai tahun lalu susulan tunjuk pera­saan besar-besaran terhadap pemerintahannya.
Mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman mati terhadap beratus-ratus ahli Ikhwanul Muslimin dalam beberapa perbicaraan beramai-ramai yang dikecam pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3KseaPOuv 
Hakcipta terpelihara 

2 December 2014

Mesir isytihar IS pengganas

Seramai 26 anggota Ikhwanul dihukum penjara tiga tahun kerana menghina mahkamah.
 Seramai 26 anggota Ikhwanul dihukum penjara tiga tahun kerana menghina mahkamah
2 Disember 2014



KAHERAH - MESIR.  Mahkamah Mesir, kelmarin mengisytiharkan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebagai organisasi pengganas. Agensi berita MENA melaporkan kumpulan militan negara itu, Ansar Beit al-Maqdis yang berikrar untuk taat setia dengan IS turut diisytiharkan sebagai pengganas. Dalam perkembangan lain, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 25 lagi anggota gerakan itu masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah. Hakim Shaaban al-Shamy menjatuhkan hukuman itu selepas defendan membuat bising dan menjerit dalam kandang tertuduh. - Press TV

Pemimpin kanan Ikhwan dijel 3 tahun


Kaherah: Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin bersama 25 anggota gerakan Islam itu dihukum penjara tiga tahun kononnya atas kesalahan menghina mahkamah.

Keputusan itu dibuat sehari selepas mahkamah menggugurkan semua tuduhan ke atas bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang sebelum ini dikaitkan dengan jenayah membunuh penunjuk perasaan.

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie adalah seorang daripada ratusan anggota pertubuhan diharamkan Mesir itu untuk menjalani hukuman mati serta penjara yang panjang.

Hakim Shaaban al-Shamy memutuskan untuk menghukum defendan selepas ada antara mereka melaungkan perkataan “Tidak sah! Tidak sah!” sebagai reaksi kepada beberapa kenyataannya.

Ikhwanul Muslimin tidak mengiktiraf kerajaan Mesir ketika ini selepas tentera pimpinan Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Mohamed pada Jun 2013.

Mohamed Mursi dilantik ke jawatan presiden melalui proses pilihan raya yang sah.

Dalam perbicaraan sama, Shaaban turut mengenakan denda 10,000 pound Mesir (RM4,800) ke atas setiap defendan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Disember 2014 @ 7:08 AM

REAKSI orang ramai selepas mendapat tahu mahkamah kelmarin menggugurkan semua tuduhan salah laku Hosni ketika dia menghadapi kebangkitan rakyat pada 2011.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13404#sthash.8g5idVuh.dpuf