21 November 2014

Penyanyi digam tak puji al-Sisi


Kaherah: Radio Kebangsaan Mesir semalam mengharamkan lagu penyanyi popular negara itu, Hamza Namira, kerana dianggap mengkritik pihak berkuasa.
Pengerusinya, Abdel Rahman Rashad berkata, siasatan mendapati lagu Hamza tidak layak tidak disiarkan kerana menunjukkan penentangan kepada pihak berkuasa.
“Mana-mana penyanyi yang mengkritik kerajaan tidak layak mendapat tempat,” katanya.
Tindakan itu bagaimanapun dikecam aktivis hak asasi manusia dan menganggapnya sebahagian daripada kempen sistematik penguasa untuk menghapuskan sebarang tentangan.
Kata mereka, kerajaan hanya bersedia menerima sebarang karya seni yang memuji Presiden Abdel Fattah al-Sisi.
Hamza menjadi popular ketika revolusi di Mesir tiga tahun lalu melalui lagu-lagunya yang berunsurkan harapan dan kebebasan.
Abdel Fattah dilantik pada Mei lalu selepas menggulingkan presiden yang dilantik secara demokratik, Dr Mohamed Mursi, digulingkan.
Sejak 2013, ribuan penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin serta ketua pembangkang lain dihukum penjara, malah polis menggunakan kekerasan untuk mengekang tunjuk perasaan.
Wartawan BBC, Orla Guerin di ibu kota Mesir itu berkata, Hamza memainkan peranan penting pada 2011 dan sering dilihat di Dataran Tahrir.
Hamza artis kedua yang berdepan masalah akibat politik sejak kebelakangan ini. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10516#sthash.ndj5N7Bf.dpuf

No comments:

Post a Comment