13 November 2014

Lapan tentera laut Mesir hilang dalam serangan 'pengganas'

KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014 @ 9:39 AM
 
KAHERAH: Sebuah kapal tentera laut Mesir diserang 'pengganas' di Laut Mediterranean semalam, mengakibatkan lapan anggotanya hilang di lautan.

Dalam satu kenyataan, tentera Mesir berkata empat bot yang digunakan oleh penyerang terbabit dimusnahkan dan 32 militan yang disyaki ditahan.

Agensi berita MENA melaporkan sebuah kapal tentera laut terbakar dalam kejadian tembak menembak dengan penyerang kira-kira 70 kilometer dari pantai Mesir.

Pihak tentera menyatakan ia adalah serangan 'pengganas'.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan berjaya mengeluarkan lima anggota yang cedera ke hospital tentera.. masih ada lapan anggota yang hilang dan usaha mencari akan diteruskan," kata kenyataan itu.

Pihak tentera menyatakan ia memusnahkan empat bot yang digunakan oleh penyerang bersenjata terbabit, termasuk pengganas dan menahan 32 orang. - AFP

No comments:

Post a Comment