30 November 2014

Keluarga Korban Revolusi 2011, Kecam Putusan Pengadilan Terhadap Mubarak

misirz Keluarga Korban Revolusi 2011, Kecam Putusan Pengadilan Terhadap MubarakKEPUTUSAN pengadilan Mesir membatalkan tuduhan pembunuhan terhadap mantan presiden Hosni Mubarak dan pejabat keamanan era rezimnya disambut dengan jeritan dan teriakan dari keluarga pengunjuk rasa yang tewas dalam pemberontakan 2011.
Mencela putusan pengadilan, keluarga korban meneriakkan slogan-slogan menuntut pembalasan bagi orang-orang yang tewas dalam revolusi yang mengakhiri 30 tahun pemerintahan Mubarak.
Beberapa keluarga pingsan setelah mendengar putusan tersebut.
“Ini merupakan keputusan politik. Peradilan telah menunda-nunda selama empat tahun sehingga mereka bisa membersihkan dirinya setelah harapan telah hilang,” ujar ayah dari Ahmed Khaleefa, 19 tahun, yang tewas pada tahun 2011 kepada Reuters di luar pengadilan.
“Putusan ini sangat memukul kami seperti tembakan peluru. Saya menganggap bahwa anak saya Ahmed meninggal hari ini.”
Othman al-Hefnawy, seorang pengacara yang mewakili beberapa keluarga para demonstran yang meninggal, mengatakan bahwa putusan itu justru menimbulkan pertanyaan baru: jika Mubarak, menteri dalam negeri dan pembantu keamanan mereka tidak bertanggung jawab atas kematian 239 demonstran, jadi siapa yang harus bertanggung jawab?
Pada akhir 2012, Mubarak dan al-Adly dijatuhi hukuman 25 tahun penjara karena memerintahkan pembunuhan demonstran selama pemberontakan 2011. Pengadilan kemudian memerintahkan pengadilan ulang.[fq/islampos/anadolu]

Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh

KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir hari ini menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011, serta membebaskan komander keselamatan beliau.
Mahkamah itu juga membebaskan Mubarak daripada satu pertuduhan rasuah tetapi beliau kekal dalam penjara kerana sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun susulan kes rasuah berasingan. - AFP
PENYOKONG bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak berkumpul di hadapan bangunan mahkamah Mesir menunggu keputusan mahkamah yang menggugurkan tuduhan membunuh dan satu pertuduhan rasuah, di Khaerah - Foto AFP

Seorang Jeneral dan dua terkorban di Mesir


KAHERAH 29 Nov. - Seorang jeneral tentera terkorban manakala dua lagi cedera ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali di daerah Gesr al-Suez, semalam.
Dalam kejadian tersebut, lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah tempat meletak kereta sebelum melarikan diri, lapor agensi MENA yang memetik kenyataan tentera.
Mesir kini berdepan dengan kumpulan penentang kerajaan menyebabkan beratus-ratus pegawai keselamatan terkorban sejak Presiden kumpulan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Mursi digulingkan musim panas tahun lalu. - REUTERS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-jeneral-dan-dua-terkorban-di-mesir-1.30515#sthash.6kh7SKID.dpuf

Hosni dibebas dakwaan bunuh


30 November 2014 1:01 AM



Hosni Mubarak

KAHERAH 29 Nov. – Mahkamah Mesir hari ini mengugurkan kes melibatkan bekas Pre­siden, Hosni Mubarak (gambar) yang dituduh membunuh penunjuk perasaan ketika berlakunya revolusi pada tahun 2011 atas faktor teknikal dan kekurangan bidang kuasa.
Selain itu, Mahmoud Kamel al-Rashidi turut membebaskan beliau serta dua anaknya, Alaa dan Gamal daripada dakwaan rasuah berkaitan eksport gas ke Israel.
Mahkamah Mesir juga turut membebaskan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adli bersama enam lagi pegawai komander keselamatan selepas dituduh terlibat dalam konspirasi membunuh penunjuk perasaan.
Hosni dituduh mengarahkanpembunuhan 846 orang penunjuk perasaan pada tahun 2011 yang sekali gus menamatkan zaman pemerintahannya selama tiga dekad.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan semalam, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera ketika beribu-ribu orang penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Kaherah bagi menentang kerajaan pemerintahan Pre­siden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.
Seorang saksi memberitahu Al-Jazeera, pe­­nunjuk perasaan terbabit terbunuh selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan di daerah Matrya, timur Kaherah.
Tunjuk perasaan diketuai oleh Barisan Salafi itu berlaku di Delta Nil yang sering kali melakukan perhimpunan setiap hari Jumaat bagi memberi sokongan kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan oleh kerajaan sejak bekas Presiden, Mohammed Mursi digulingkan.
Dalam laman sosial Facebooknya, Barisan Salafi menggesa pemuda-pemuda Islam untuk bangkit dan menggulingkan kerajaan tentera di Mesir.
Ini merupakan percubaan kali pertama Barisan Salafi dalam tempoh masa beberapa bulan untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran di negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hosni-dibebas-dakwaan-bunuh-1.30706#sthash.413JvmHP.dpuf

29 November 2014

Tarbiyyah Penjara bagi seorang Ulama



Salah seorang ulama besar di Mesir Dr Solah Sultan telah dipenjarakan di Mesir/ sejak rampasan kuasa oleh tentera di sana pada tahun 2013. Baru-baru ini beliau ada menulis sebuah surat berkenaan pengalaman beliau di dalam penjara: 

Allah SWT telah memberi hidayah kepada ku serta aku berasa gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat berikut disini (penjara):

1-Aku telah khatam Al-Quran lebih daripada seratus kali di dalam bacaan Solat, bacaan yang banyak mempengaruhi akal aku, memandu hari aku serta merubah tindakan aku.

2- Aku telah mendapat ijazah dalam periawayatan Hadis Bukhari, ini adalah cita-cita aku sejak sekian lama.

3- Aku telah membaca ratusan kitab berkenaan tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dll yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan tempoh 5 tahun untuk baca.

4- Aku telah menulis buku berkenaan manhaj alquran dan tafsir, iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah daie qudwah di seluruh dunia.

5- Aku telah mengenali perlbagai kelompok pemuda yang beriman serta teguh keazaman dan cita-citanya. Liqa bersama-sama mereka adalah syurga kedua disini setelah syurga berkhalwat bersama Allah SWT.

6- Aku telah dikurniakan mereka yang berada disekeliling aku yang aku merasakan mereka seperti adik beradik, saudara kandung aku.

7- Aku bernazar untuk berpuasa pada siang hari sepanjang aku disini kerana aku yakin doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak serta sentiasa mustajab.

8- Aku berdoa setiap malam sebelum aku tidur supaya Allah SWT tidak mengharamkan di dalam mimpi aku apa yang dihalang untuk besi penjara ini. Lalu Allah SWT menerima doa aku ini sehingga aku bermimpi menunaikan solat di masjid, menziarahi persatuan Islam di serata dunia timur dan barat, menghadiri perbincangan syara serta ilmiah di pelusuk dunia.

9- Aku menjaga kesihatan makan minum aku serta aku melakukan riadah harian hinggakan aku yakin sebahagian rutin riadah aku tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berumur 20-an.

Tidaklah penjara bagiku melainkan aku berasa ianya memberi kebaikan pada kami dan keburukan pada mereka (orang-orang zalim), mengangkat darjat kami dan terus menghina kedudukan mereka. 

Penjara bagi aku telah mengurniakan dua cahaya bagiku iaitu: Cahaya kesabaran itu suatu perkara yang indah serta cahaya kesabaran itu dengan terus teguh istiqamah.

Bergembiralah wahai saudaraku, ahli keluargaku, sesungguhnya cita-cita mendahului perbuatan maka sesungguhnya kemenangan itu hampir. Demi Allah, aku tidak pernah berdoa untuk kamu siang dan malam sebanyak mana seperti yang aku doakan di dalam penjara ini, aku merasakan tempoh bilangan doa sebegini adalah seperti 10 tahun jika aku di luar sana. Lalu janganlah kamu lupa doa untuk kami yang dizalimi disini.

16 November 2014
Syeikh Dr Solahuddin Sultan

Pemuda ini pengsan setelah mengetahui berita pembebasan Husni Mubarak dari penjara dan hukuman

| Terkini 

Pemuda ini pengsan setelah mengetahui berita pembebasan Husni Mubarak dari penjara dan hukuman. Beliau adalah antara ahli keluarga kepada mereka yang dibunuh ketika revolusi 25 Januari 2011.

Berita yang menyedihkan. 

Namun kita semua percaya Allah sudah menjanjikan hukuman yang setimpal bagi mereka yang zalim!

Sumber : Laman Fb FJP 

Seorang Jeneral dan dua terkorban di Mesir


KAHERAH 29 Nov. - Seorang jeneral tentera terkorban manakala dua lagi cedera ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali di daerah Gesr al-Suez, semalam.
Dalam kejadian tersebut, lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah tempat meletak kereta sebelum melarikan diri, lapor agensi MENA yang memetik kenyataan tentera.
Mesir kini berdepan dengan kumpulan penentang kerajaan menyebabkan beratus-ratus pegawai keselamatan terkorban sejak Presiden kumpulan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Mursi digulingkan musim panas tahun lalu. - REUTERS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-jeneral-dan-dua-terkorban-di-mesir-1.30515#sthash.HJCeqgDQ.dpuf

28 November 2014

Mesir Dijangka Bergolak Lagi


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 10:08 AM
Pasukan keselamatan kerajaan pimpinan al-Sisi dikerah untuk berkawal sebagai persiapan demonstrasi yang dijangka berlaku pada Jumaat.

KAHERAH: Kumpulan Islam di Mesir kini bersiap sedia untuk mengadakan demonstrasi menentang kerajaan pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Dikenali sebagai Belia Islam Intifadah, perancangan kumpulan ini yang tersebar meluas menimbulkan kebimbangan penduduk terutama apabila memikirkan pertembungan antara pasukan keselamatan dengan peserta protes itu yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada demonstrasi yang dirancangan itu mampu memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan el-Sisi.
"Kami menjangkakan akan berlaku kekerasan kerana pihak kerajaan sudah memaklumkan akan bertindak jika perlu.
"Bagaimanapun, sukar dipercayai apakah peserta demonstrasi itu benar-benar dapat menggugat pentadbiran atau mengugut dalam apa juga cara atau membawa kepada berlakunya sebarang krisis," kata Profesor Madya Samer Shehata dari Jabatan Pengajian Antarabangsa Universiti Oklahoma.
Katanya lagi, protes itu dipercayai hasil gerakan kumpulan Salafi yang bersifat ultra konservatif dan ia dijangka mampu mengumpul sejumlah besar penyokong di kalangan penduduk Mesir.
Hukuman penjara sehingga lima tahun terhadap 78 penyokong bekas Presiden yang disingkirkan, Mohammed Mursi juga dikatakan antara punca protes itu dirancang.
Bagaimanapun, beberapa kumpulan pembangkang anti kerajaan termasuk Gerakan Belia 6 April yang lebih liberal lebih awal menolak penyertaan dalam demonstrasi pada Jumaat, menurut Ahram Online.
Walaupun belum pasti usaha kumpulan Salafi berjaya menggerakkan protest yang memberi kesan pada Jumaat ini, pihak kerajaan tetap merangka strategi dengan menyediakan pasukan khas dan pakar letupan untuk membalas sebarang 'tindakan ganas dan sabotaj', kata Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim, demikian dilaporkan Daily News Egypt.
Pada masa sama, al-Arabiya pula melaporkan, lapangan terbang Mesir juga dikawal ketat bagi mengelak sebarang ancaman.
Langkah keselamatan lain yang turut dilaksanakan adalah usaha kerajaan untuk mematahkan penentangan terhadapnya dengan meluluskan undang-undang anti pengganas yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan untuk menyekat gerakan itu menerusi peruntukan perundangan seperti mengancam perpaduan negara, lapor Reuters.
Bagaimanapun, bagi jurucakap parti Salafi, Al-Nour Nader Bakkar: "Jumlah peserta demonstrasi itu mungkin kecil, bagaimanapun matlamat utama bukannya kemenangan, tetapi cukup sekadar mampu mempengaruhi emosi."

25 November 2014

Mesir sedia lindungi Israel.

Berita | Mesir sedia lindungi Israel.

Abdul-Fattah Al-Sisi, Presiden tidak sah Mesir yang menjatuhkan kerajaan demokrasi pimpinan Dr.Mursi memberitahu akhbar Itali bahawa mereka bersedia untuk menghantar pasukan tentera ke Palestin untuk menjaga keselamatan negara haram Israel dan bekerjasama membanteras pengganas.

Wawancara bersama akhbar Itali, Corriere della Sera, Al-Sisi berkata, "Kami bersedia untuk menghantar ketenteraan kami ke dalam Palestin. Mereka akan membantu polis (zionis) tempatan dan menjamin keselamatan penduduk haram Israel."

Bekas Jeneral tentera tersebut menegaskan kerahan tentera bersedia pada bila-bila masa yang diperlukan bagi memulihkan kepercayaan antara dua negara ini.

Menurut Reuters, Al-Sisi menambah bahawa dia telah mengutarakan idea tersebut kepada Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dan PA, Presiden Mahmoud Abbas.

"I told [Netanyahu] a courageous step was needed otherwise nothing would be resolved," Al-Sisi menambah.

Al-Sisi memimpin military coup yang menyebabkkan Presiden sah pertama yang dipilih melalui demokrasi, Mohamed Morsi. Sejak dari itu, Mesir mengharamkan organisasi Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood, di mana Morsi adalah bekas ahli organisasi tersebut. Al-Sisi juga turut mengetatkan perhubungan Rafah-Gaza dengan menutup dan memusnahkannya sebagai langkah melemahkan Hamas, iaitu rakan Ikhwan Muslimin.

sumber: Middle East Monitor
#aqsasyarif #savealquds #selamatkanalquds [Ph]
Abdul-Fattah Al-Sisi, Presiden tidak sah Mesir yang menjatuhkan kerajaan demokrasi pimpinan Dr.Mursi memberitahu akhbar Itali bahawa mereka bersedia untuk menghantar pasukan tentera ke Palestin untuk menjaga keselamatan negara haram Israel dan bekerjasama membanteras pengganas.
Wawancara bersama akhbar Itali, Corriere della Sera, Al-Sisi berkata, "Kami bersedia untuk menghantar ketenteraan kami ke dalam Palestin. Mereka akan membantu polis (zionis) tempatan dan menjamin keselamatan penduduk haram Israel."
Bekas Jeneral tentera tersebut menegaskan kerahan tentera bersedia pada bila-bila masa yang diperlukan bagi memulihkan kepercayaan antara dua negara ini.
Menurut Reuters, Al-Sisi menambah bahawa dia telah mengutarakan idea tersebut kepada Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dan PA, Presiden Mahmoud Abbas.
"I told [Netanyahu] a courageous step was needed otherwise nothing would be resolved," Al-Sisi menambah.
Al-Sisi memimpin military coup yang menyebabkkan Presiden sah pertama yang dipilih melalui demokrasi, Mohamed Morsi. Sejak dari itu, Mesir mengharamkan organisasi Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood, di mana Morsi adalah bekas ahli organisasi tersebut. Al-Sisi juga turut mengetatkan perhubungan Rafah-Gaza dengan menutup dan memusnahkannya sebagai langkah melemahkan Hamas, iaitu rakan Ikhwan Muslimin.

24 November 2014

Bom gegar selatan Mesir


24 November 2014
KAHERAH - MESIR. Satu siri letupan menggegarkan sebuah stesen kereta api di selatan Mesir kelmarin, namun tiada nyawa orang awam terkorban, kata jurucakap kerajaan.

Insiden berlaku di bandar Wasta yang terletak di wilayah Beni Suef.

Polis turut menemui tiga lagi butir bom yang gagal diletupkan berhampiran tempat kejadian.

Siasatan polis mendapati kesemua bahan letupan terbabit diletakan di laluan yang menghubungkan Kaherah dan Aswan.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui satu mayat rentung dipercayai individu yang menanam bom tersebut," katanya.

Mesir digegarkan beberapa siri letupan dan serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan sejak bekas presiden, Mohammed Mursi digulingkan pada Julai tahun lalu.

Dalam serangan terbaharu Khamis lalu, satu serangan bom ke atas sebuah kereta api di utara Kaherah mengorbankan seorang anggota polis dan dua penumpang, laporan dipetik dari Al Arabiya.

21 November 2014

Wajah terbaru Dr.Mursi yang dibicarakan semalam.




Wajah terbaru Dr.Mursi yang dibicarakan semalam. 
Buat anda semua yang merindukan Dr Mursi. 

Ini adalah gambar-gambar terbaru beliau yang sempat diambil ketika perbicaraan semalam. 

Alhamdulillah, nampak sihat walafiat. Semoga terus dan senantiasa dilindungi Allah. 

Mesir mahu Mursi mati


Kaherah: Agensi berita kebangsaan Mesir berkata, pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk mengenakan hukuman mati ke atas Presiden Mohamed Mursi serta pemimpin Ikhwanul Muslimin lain bagi tuduhan mengintip.
Pendakwa Emad el Sharawy dalam hujah pada akhir kesnya berkata, Mohamed dan pembantunya membocorkan rahsia kerajaan kepada agensi risikan asing, terutama Iran sepanjang setahun memimpin negara itu.
Katanya, Mohamed Mursi dan pemimpin lain Ikhwanul Muslimin, termasuk Mohammed Badie, bekerjasama dengan kumpulan ‘militan’ untuk menyebabkan kacau-bilau di Mesir.
Antara kumpulan dilabel militan oleh pendakwa ialah pertubuhan pejuang Palestin, Hamas.
Sementara itu, Mohamed berkata, dia tidak mengiktiraf kuasa mahkamah dan memohon dibenarkan membela diri pada sesi akan datang. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10513#sthash.L2Y8uSss.dpuf

Penyanyi digam tak puji al-Sisi


Kaherah: Radio Kebangsaan Mesir semalam mengharamkan lagu penyanyi popular negara itu, Hamza Namira, kerana dianggap mengkritik pihak berkuasa.
Pengerusinya, Abdel Rahman Rashad berkata, siasatan mendapati lagu Hamza tidak layak tidak disiarkan kerana menunjukkan penentangan kepada pihak berkuasa.
“Mana-mana penyanyi yang mengkritik kerajaan tidak layak mendapat tempat,” katanya.
Tindakan itu bagaimanapun dikecam aktivis hak asasi manusia dan menganggapnya sebahagian daripada kempen sistematik penguasa untuk menghapuskan sebarang tentangan.
Kata mereka, kerajaan hanya bersedia menerima sebarang karya seni yang memuji Presiden Abdel Fattah al-Sisi.
Hamza menjadi popular ketika revolusi di Mesir tiga tahun lalu melalui lagu-lagunya yang berunsurkan harapan dan kebebasan.
Abdel Fattah dilantik pada Mei lalu selepas menggulingkan presiden yang dilantik secara demokratik, Dr Mohamed Mursi, digulingkan.
Sejak 2013, ribuan penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin serta ketua pembangkang lain dihukum penjara, malah polis menggunakan kekerasan untuk mengekang tunjuk perasaan.
Wartawan BBC, Orla Guerin di ibu kota Mesir itu berkata, Hamza memainkan peranan penting pada 2011 dan sering dilihat di Dataran Tahrir.
Hamza artis kedua yang berdepan masalah akibat politik sejak kebelakangan ini. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10516#sthash.ndj5N7Bf.dpuf

19 November 2014

Seorang lagi wanita maut akibat H5H1 di Mesir


KAHERAH: Seorang wanita Mesir meninggal dunia semalam akibat selesema burung H5N1, kematian kedua dalam tempoh dua hari dan yang ketiga tahun ini.
Agensi berita rasmi MENA memetik kenyataan Kementerian Kesihatan sebagai berkata, wanita berusia 30 tahun dari Wilayah Minya di selatan Kaherah meninggal dunia di hospital di Bandaraya Assiut.
Isnin lalu, seorang wanita berusia 19 tahun juga maut akibat selesema burung di Assiut.
Mesir mengenal pasti tujuh kes virus berkenaan tahun ini, termasuk tiga yang meninggal dunia.
Kes H5N1 jarang berlaku dalam kalangan manusia dan virus berkenaan tidak merebak dengan begitu mudah antara manusia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara 2003 hingga 2 Oktober lalu, terdapat 668 kes H5N1 membabitkan manusia yang disahkan di makmal yang dilaporkan di 16 negara, dengan 393 meninggal dunia.
Laman web Kementerian Kesihatan menyatakan Mesir mempunyai 180 kes selesema burung sejak 2006, dengan 66 atau 36 peratus adalah kes maut. - Reuters

10 termasuk kanak-kanak maut serangan roket di Mesir

KAHERAH: Kira-kira 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh di Semenanjung Sinai apabila rumah mereka musnah akibat terkena bedilan roket.
Pegawai keselamatan menyatakan mereka tidak dapat memastikan sama ada kejadian berpunca daripada peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter tentera Mesir yang mensasarkan militan, atau meriam pemberontak yang tersalah sasar.
Pegawai perubatan berkata, tiga kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki di dalam rumah yang terletak di selatan pekan sempadan Rafah terbunuh dalam bedilan itu.
Mangsa masih belum dikenal pasti.
Pihak tentera sedang memerangi dengan militan di semenanjung berkenaan yang kini sudah mengakibatkan sebilangan askar dan polis terbunuh, sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi tahun lalu. - AFP

14 November 2014

10 Parah Letupan Bom Di Hadapan Restoran


Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 10:47 AM
Seorang anggota penguatkuasa Mesir dilihat sedang berbual menggunakan telefon bimbit ketika operasi mengesan anggota militan di El-Arish.

KAHERAH: Kira-kira 10 orang awam cedera parah apabila sebuah bom kereta meletup di hadapan sebuah restoran makanan segera di semenanjung Sinai pada Selasa.
Letupan itu berlaku di bandar Arish, utara Sinai ketika pihak berkuasa sedang melancarkan operasi membanteras kumpulan militan yang dipercayai sebagai dalang insiden yang menyebabkan 33 anggota polis dan askar maut bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut setakat ini.
Pihak berkuasa berkata polis telah mula meninggalkan kawasan tersebut selepas sebuah kereta curi diletakkan di situ dan menimbulkan rasa curiga.
Wilayah utara Sinai diletakkan dibawah perintah darurat selepas dua serangan terhadap askar dan polis dilancarkan pada 24 Oktober lalu.
Semenanjung Sinai terletak di kawasan strategik iaitu bersempadanan dengan Israel, Gaza dan Terusan Suez.

5 lagi mati di Sinai


AP
Kaherah: Kumpulan dipercayai militan Islam membuat sekatan jalan dan membunuh lima anggota polis serta tentera, awal pagi semalam di Sinai yang diisytiharkan darurat bulan lalu.
Pihak berkuasa berkata, dua serangan berasingan itu dilakukan lelaki bertopeng yang menutup jalan dengan trak pikap, menghalang kenderaan yang membawa polis atau tentera.
Dalam serangan berhampiran bandar Sheikh Zuweyid, tiga askar diheret keluar dari kereta mereka sebelum ditembak mati.
Pada serangan kedua pula, dua anggota polis ditembak mati selepas diheret dari kenderaan yang membawa mereka.
Menurut sumber, semua anggota polis dan tentera yang terbunuh tidak bertugas dan memakai pakaian awam.
Bahagian utara Semenanjung Sinai berada dalam keadaan darurat sejak serangan di pusat pemeriksaan tentera bulan lalu yang mengakibatkan 31 askar terbunuh. Pasukan keselamatan Mesir semakin banyak diserang sejak Presiden Mohammed Morsi digulingkan, tahun lalu.
Pihak berkuasa mengarahkan penduduk di sempadan Sinai utara dan Semenanjung Gaza supaya berpindah bagi merobohkan lebih 800 rumah dan mewujudkan zon penampan bagi menghalang pergerakan senjata dan pejuang melalui terowong bawah tanah.
Serangan di Sinai itu berlaku beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan lapan tentera laut hilang ketika ‘serangan pengganas’ terhadap sebuah bot peronda berhampiran Damietta.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8919#sthash.tlkD8T3l.dpuf

Tunjuk perasaan bertukar ganas


Bantahan anti kerajaan kerap diadakan di Mesir sejak Mursi dipenjarakan.
Bantahan anti kerajaan kerap diadakan di Mesir sejak Mursi dipenjarakan.
KAHERAH - MESIR . Pertempuran antara penunjuk perasaan anti kerajaan dan pihak berkuasa Mesir menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala berpuluh lagi mengalami kecederaan.

Media tempatan melaporkan, pertempuran tercetus di wilayah Giza di selatan ibu negara.

Penunjuk perasaan berkumpul secara aman di sebatang jalan di kawasan kejiranan Nahia, sebelum bantahan bertukar ganas selepas polis menyerbu perhimpunan tersebut.
Sementara itu, pelajar Mesir meneruskan protes anti kerajaan mereka di Universiti al-Azhar dan Universiti Kaherah.

Difahamkan, satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan selepas solat Jumaat hari ini bagi memprotes kepimpinan Presiden, Abdel Fattah al-Sisi.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas 69 penyokong bekas presiden yang digulingkan Mohamed Mursi.
Sebuah mahkamah berasingan turut menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas 44 lagi penyokong Mursi termasuk seorang remaja.

Kesemua defendan didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram serta mempunyai hubungan dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin, dipetik dari laporan  Press TV.

13 November 2014

Lapan tentera laut Mesir hilang dalam serangan 'pengganas'

KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014 @ 9:39 AM
 
KAHERAH: Sebuah kapal tentera laut Mesir diserang 'pengganas' di Laut Mediterranean semalam, mengakibatkan lapan anggotanya hilang di lautan.

Dalam satu kenyataan, tentera Mesir berkata empat bot yang digunakan oleh penyerang terbabit dimusnahkan dan 32 militan yang disyaki ditahan.

Agensi berita MENA melaporkan sebuah kapal tentera laut terbakar dalam kejadian tembak menembak dengan penyerang kira-kira 70 kilometer dari pantai Mesir.

Pihak tentera menyatakan ia adalah serangan 'pengganas'.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan berjaya mengeluarkan lima anggota yang cedera ke hospital tentera.. masih ada lapan anggota yang hilang dan usaha mencari akan diteruskan," kata kenyataan itu.

Pihak tentera menyatakan ia memusnahkan empat bot yang digunakan oleh penyerang bersenjata terbabit, termasuk pengganas dan menahan 32 orang. - AFP

Tujuh cedera bom meletup dalam kereta api di Kaherah

KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014 @ 6:19 PM

  
KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera apabila sebutir bom meletup dalam gerabak kereta api metro di sini hari ini, kata pegawai keselamatan.

Mesir dilanda beberapa serangan, kebanyakannya didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad di Sinai, Ansar Beit al-Maqdis yang berikrar untuk menjadi pengikut setia kumpulan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Minggu lalu sebutir bom juga meletup di atas kereta api di utara ibu negara itu yang mengorbankan empat orang termasuk dua anggota polis sementara letupan dalam perkhidmatan kereta api metro dan berhampiran istana presiden pula mencederakan beberapa orang lain. - AFP

11 November 2014

Ujian air kencing bukti lelaki hamil


WARTAWAN SINAR HARIAN
11 November 2014
KAHERAH - MESIR. Seorang lelaki yang merupakan pemandu bas didapati hamil dua bulan setelah melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan dalam satu pemeriksaan baru-baru ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh pegawai perubatan yang melakukan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah oleh pemandu bas di sebuah syarikat di negara tersebut.

Menurut pegawai tersebut, lelaki itu pada awalnya bertegas memaklumkan bahawa contoh urin tersebut adalah miliknya sebelum pegawai tersebut mengucapkan tahniah ke atas kehamilannya.

“Tahniah, anda hamil!” kata pegawai tersebut seperti yang dipetik melalui portal berita BBC.

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya pemandu bas itu mengakui mengambil sampel air kencing isterinya selain tidak sedar bahawa isterinya hamil dua bulan.

Lelaki tersebut juga mengakui bahawa pertukaran contoh air kencing adalah perkara lazim dilakukan pemandu bas negara itu bagi mengelakkan dikesan berikutan pengambilan dadah.

Baru-baru ini, stesen berita tempatannya, AlJazeera melaporkan peningkatan penggunaan dadah jenis tramadol, sejenis pil penahan sakit yang dikatakan boleh menambah tenaga.

Menurut laporan lagi, dadah jenis itu senang didapati dan dijual dengan harga yang berpatutan, membuatkan pengambilan dadah di kalangan penduduk di negara tersebut meningkat secara berterusan.

Menurut pakar psikologi, Dr Emad Hamdi, kebanyakan individu yang mengambil pil tramadol secara rutin tidak sedar bahawa mereka menjadi ketagih dengan dadah jenis itu.

“Ada sesetengah individu mengambil dadah tersebut untuk menambah tenaga bagi yang bekerja, namun akhirnya mereka akan jadi ketagih.

“Jika pengguna mengambil ubat tersebut selama beberapa hari secara berterusan, pengguna akan terus menggunakan ubat tersebut tanpa henti,” jelasnya.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Lembaga Pengangkutan Awam Mesir menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu bas tersebut.

Menurut jurucakapnya, pihaknya akan mengambil ujian darah bagi mengesan pengambilan dadah ke atas pemandu bas pada masa akan datang.

Katanya lagi, ia bagi mengelakkan pihak berkuasa diperdaya dengan kaedah yang sama digunakan oleh pemandu bas terbabit.

Militan Mesir bersumpah sokong militan IS


Gambar bertarikh 6 Oktober lalu merakamkan anggota militan Ansar
Gambar bertarikh 6 Oktober lalu merakamkan anggota militan Ansar Beit al-Maqdis menahan empat rakyat Mesir yang didakwa mengintip bagi pihak Israel, sebelum membunuh kesemua mereka. – AGENSI
KAHERAH 10 Nov. – Kumpulan militan paling berbahaya di Mesir, Ansar Beit al-Maqdis bersumpah untuk bergabung dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mengganas di Iraq dan Syria, lapor kumpulan pengganas itu melalui kenyataan audio yang disiarkan dalam laman sosial Twitter, hari ini.
Kenyataan itu turut menyeru umat Islam di seluruh dunia bersumpah untuk membantu perjuangan Khalifah (militan IS) dan menyokong ketuanya, Abu Bkar al-Baghdadi.
Kumpulan itu turut meminta rakyat Mesir mengangkat senjata menentang Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dan melancarkan kempen memerangi pergerakan Islam.
“Apa yang anda tunggu lagi selepas maruah anda dicabuli oleh pemimpin yang kejam (al-Sisi) dan askar mereka.
“Kami telah menyatakan kesetiaan dan ketaatan kepada Khalifah Ibrahim Ibn Awad (Abu Bkar al-Baghdadi) untuk sama-sama berjuang dengannya,” jelas kenyataan itu.
Militan Ansar Beit, setakat ini hanya mensasarkan serangan ke atas pasukan keselamatan Mesir dan mengebom bas pelancong asing, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada corak keganasan kumpulan itu akan berubah untuk menyerang kepentingan barat di negara ini atas permintaan militan IS.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif berkata, pengumuman militan Ansar Beit tersebut tidak akan memberi kesan ke atas pihak berkuasa Mesir untuk meneruskan operasi memerangi militan di negara ini.
“Mereka masih merupakan kumpulan pengganas sama yang menggunakan nama berbeza,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/militan-mesir-bersumpah-sokong-militan-is-1.23247#sthash.v7Fft5Am.dpuf

8 November 2014

Empat Maut Letupan Bom Di Dalam Kereta Api


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 11:26 PM

KAHERAH: Empat anggota polis Mesir terbunuh selepas sebutir bom meletup di dalam sebuah kereta api yang membawa penumpang di utara Kaherah.
Polis dilaporkan melakukan pemeriksaan terhadap kereta api yang berhenti di sebuah stesen sebelum letupan berlaku.

Letupan itu turut menyebabkan lapan yang lain cedera, lapor stesen televisyen tempatan.

Berpuluh-puluh polis dan askar terkorban dalam serangan yang dilakukan kumpulan militan sejak penggulingan Morsi pada 3 Julai tahun lalu berikutan tindakan tegas polis terhadap penyokong beliau.

Wanita cedera letupan dekat istana Presiden Mesir

KAHERAH: Satu kejadian letupan bom kira-kira 100 meter dari Istana Presiden mencederakan seorang wanita yang kebetulan sedang melalui kawasan itu, awal hari ini.
Pegawai keselamatan berkata, pengeboman terbaru itu menyusuli serangan ke atas sebuah kereta api di utara ibu negara Mesir ini yang mengorbankan dua anggota polis dan seorang orang awam.
Letupan itu meletus berhampiran istana yang jarang digunakan oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi di timur laut Kaherah.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hani Abdel Latif, berkata pejalan kaki itu hanya mengalami cedera ringan daripada letupan bom berkenaan, yang dipasang di bawah sebuah jambatan.
Letupan di atas kereta api terbabit juga tidak besar tetapi ia meletup ketika polis sedang memeriksanya, mengakibatkan dua anggota polis dan seorang penumpang terkorban. - AFP

6 November 2014

18 pelajar maut bas sekolah terbabas, meletup


Kaherah: Sekurang-kurangnya 18 maut apabila bas dipenuhi pelajar sekolah menengah bertembung dengan tiga kenderaan lain, termasuk lori minyak di utara Mesir, semalam.
Polis dan pegawai kesihatan berkata, kejadian di Damanhur, 160 kilometer dari Kaherah itu juga mengakibatkan 18 yang lain cedera, termasuk beberapa yang parah.
Petugas perubatan tidak dapat mengesahkan berapa ramai daripada mangsa adalah kanak-kanak disebabkan kebanyakan mayat rentung teruk selepas kenderaan terbabit meletup.
Bas terbabit - yang musnah sepenuhnya - dalam perjalanan membawa pelajar ke sekolah.
Antara barangan ditemui ialah buku teks yang bertaburan berhampiran kenderaan berkenaan yang dapat dilihat dengan jelas dalam rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.
Pekerja perubatan berkata, tiga mayat, termasuk seorang anggota polis, ditarik keluar dari satu daripada kereta yang terbabit dalam kejadian itu.
Gabenor Damanhur, Mustafa Hadhud berkata, bas itu tergelincir disebabkan keadaan jalan licin akibat hujan lebat.
Seorang daripada pelajar yang terselamat berkata, bas terbabit lambat mengambilnya dan pemandunya menjelaskan ada sedikit masalah dengan kenderaan berkenaan.
“Ketika kejadian saya duduk di bahagian belakang bas dan sempat melompat keluar dari tingkap,” katanya yang ditemuramah melalui telefon.
Sementara itu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan perdana menterinya melawat tempat kejadian selain memerintahkan mangsa yang cedera diberi rawatan di hospital tentera. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6763#sthash.DsS5KkKY.dpuf