Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama
Majlis Pertahanan Negara di Sheikh Zuweid di Utara Sinai, semalam.
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama Majlis Pertahanan Negara di Sheikh Zuweid di Utara Sinai, semalam.
KAHERAH - MESIR. Mesir mengisytiharkan perintah darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai selama tiga bulan, termasuk penutupan pintu sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza.

Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 30 askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama ke utara Sinai.

Memetik laporan AFP, serangan bom itu dipercayai dilakukan pejuang jihad yang sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.

Lelaki bersenjata itu juga menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish, semalam. Ia merupakan serangan terbaharu terhadap anggota keselamatan sejak bekas presiden, Mohamed Morsi digulingkan tahun lalu.