30 October 2014

Mesir haramkan kumpulan pendesak pro-Morsi

Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb. - Foto REUTERS
KAHERAH: Mesir hari ini mengharamkan sebuah kumpulan pendesak yang mahu mengembalikan kepemimpinan Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslimin yang digulingkan oleh tentera tahun lalu.
Perdana Menteri, Ibrahim Mehleb mengeluarkan arahan supaya pergerakan terbabit dan sayap politiknya, Parti Pembebasan dibubarkan, berikutan keputusan mahkamah sebelum ini terhadap pertubuhan berkenaan.
Pakatan berkenaan, yang dianggotai Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain, ditubuhkan selepas pihak tentera diketuai Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi pada Julai 2013 berikutan bantahan terhadap pemerintahannya.
Sejak itu pihak berkuasa Mesir melancarkan gerakan terhadap Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan pertubuhan politik Mesir paling lama itu. - REUTERS

29 October 2014

Kuasa tentera Mesir diperluas


Al-Sisi (tengah) memberi kuasa secara meluas kepada Angkatan Tentera Mesir.
Al-Sisi (tengah) memberi kuasa secara meluas kepada Angkatan Tentera Mesir.
KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin mengeluarkan dekri yang memberi kuasa penuh kepada tentera untuk melindungi harta benda milik kerajaan selepas insiden keganasan terbaharu di Semenanjung Sinai pada minggu lalu.

Kandungan dekri itu menyebut, Angkatan Tentera Mesir dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan di beberapa lokasi termasuk loji kuasa, laluan utama, jambatan dan landasan kereta api.

Difahamkan, kemudahan milik kerajaan termasuk saluran paip gas dan minyak kini diletakkan di bawah kawalan tentera bersama polis selama dua tahun.

Selain itu, laporan dipetik dari Press TV tentera juga diberi kuasa untuk menahan mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam insiden serangan di pusat kemudahan terbabit dan pesalah bakal dibicarakan di tribunal tentera.

Beberapa pihak turut mengkritik keputusan tersebut kerana ia dikhuatiri akan meningkatkan lagi ketegangan di negara terbabit.  

Pada 25 Oktober lalu, kerajaan Mesir terpaksa mengisytiharkan darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai termasuk perintah berkurung bermula jam 5 petang hingga 7 malam (waktu tempatan) susulan daripada insiden pengeboman yang telah meragut 31 nyawa sehari sebelum itu.

27 October 2014

Mursi enggan iktiraf rampasan kuasa


Gambar fail menunjukkan penyokong Mursi mengadakan bantahan rampasan kuasa Mesir di Washington.
Gambar fail menunjukkan penyokong Mursi mengadakan bantahan rampasan kuasa Mesir di Washington.
KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi menggesa penyokongnya untuk tetap teguh dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dari penjara yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya, beliau berkata, ia seharusnya tidak ada pengiktirafan terhadap rampasan kuasa pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

"Setiap titik darah pejuang yang terkorban dan mati syahid, tidak akan dapat dibalas," katanya dalam laporan Press TV.

Mursi turut menegaskan, beliau tidak akan meninggalkan penjara sebelum semua anak lelakinya yang ditahan dibebaskan dan semua anak perempuannya pulang ke rumah.

Kegembiraan turut dilahirkan apabila rakyat Mesir meneruskan revolusi mereka dan menentang rampasan kuasa serta pemimpinnya.

Qatar usir pemimpin Ikhwanul Muslimin


Doha: Kerajaan akan mengusir semua pemimpin Ikhwanul Muslimin ke Mesir walaupun tidak menolak kemungkinan ada antaranya akan dibenarkan kembali ke Qatar.

Sumber berkata, ketika ini ada tujuh pemimpin gerakan Islam itu berada di Qatar.

Sesetengah daripada mereka kembali ke Mesir.

Antara tokoh Ikhwanul Muslimin yang ada di Qatar ialah ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi dan Mahmud Husein, manakala Amr Derrac berada di Turki atas urusan perniagaan.

Mesir mengisytiharkan pertubuhan Islam berpengaruh itu sebagai haram dan menganggap aktivitinya berbahaya kepada negara.

Presiden Mesir dilantik secara demokrasi selepas kejatuhan Hosni Mubarak, Dr Mohamed Morsi Isa al-Ayyat adalah seorang daripada pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Sumber berkata, kerajaan Qatar meminta pemimpin gerakan Islam di negara itu tidak bercakap kepada media. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:05 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4325#sthash.VET7EKrD.dpuf

‘Serangan di Sinai salah Abdel Fattah’


Kaherah: Ikhwanul Muslimin mengutuk serangan di Semenanjung Sinai yang menyebabkan sekurang-kurangnya 33 anggota keselamatan maut Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pertubuhan Islam itu berkata, insiden berkenaan berpunca daripada sikap Presiden 
Abdel Fattah al-Sisi.
Dalam kenyataannya melalui e-mel, Ikhwanul Muslimin berkata, mereka mengucapkan takziah kepada waris anggota keselamatan yang maut dalam pembunuhan besar-besaran itu.
“Kami percaya menumpahkan darah rakyat Mesir adalah dilarang. Kami menganggap junta Mesir dan pemimpinnya bertanggungjawab atas kegagalan keselamatan, ekonomi dan sosial yang berlanjutan ini,” katanya.
Gerakan Islam itu menguasai Mesir selepas tokoh mereka, Dr Mohamed Morsi Isa al-Ayyat dilantik sebagai presiden sah pada 2012.
Bagaimanapun Abdel Fattah yang dilantik Mohamed Morsi sebagai menteri pertahanan mengkhianati kepercayaan itu dengan melancarkan kudeta.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4326#sthash.KMZcKajq.dpuf

Mesir tangguh rundingan


KAHERAH 27 Okt. - Mesir semalam mengumumkan untuk menangguhkan rundingan di Kaherah berkaitan gencatan senjata di Gaza selepas penutupan pintu sempadan di Palestin sebagai tindak balas serangan yang menyebabkan kematian di Semenanjung Sinai, Jumaat lalu.
Dalam serangan di sempadan Genting Gaza dan Israel itu, 33 anggota keselamatan Mesir terbunuh.
Dengan alasan keadaan darurat di sempadan antara Mesir-Gaza dan penutupan lintasan Rafah, seorang pegawai kanan Mesir berkata rundingan antara kedua-dua pihak tidak akan disambung dalam masa terdekat, bagaimanapun tiada tarikh baharu rundingan diumumkan buat masa ini. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-tangguh-rundingan-1.17232#sthash.EaNpqUL5.dpuf

26 October 2014

Mesir isytihar perintah berkurung


Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama
Majlis Pertahanan Negara di Sheikh Zuweid di Utara Sinai, semalam.
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama Majlis Pertahanan Negara di Sheikh Zuweid di Utara Sinai, semalam.
KAHERAH - MESIR. Mesir mengisytiharkan perintah darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai selama tiga bulan, termasuk penutupan pintu sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza.

Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 30 askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama ke utara Sinai.

Memetik laporan AFP, serangan bom itu dipercayai dilakukan pejuang jihad yang sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.

Lelaki bersenjata itu juga menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish, semalam. Ia merupakan serangan terbaharu terhadap anggota keselamatan sejak bekas presiden, Mohamed Morsi digulingkan tahun lalu.

Darurat di Sinai Berikutan serangan nekad meragut 30 nyawa tentera

Gambar fail bertarikh 25 ogos lalu, menunjukkan penduduk palestin
Gambar fail bertarikh 25 ogos lalu, menunjukkan penduduk palestin menunggu giliran menyeberangi sempadan rafah ke mesir di selatan genting gaza. penguatkuasaan perintah darurat di semenanjung sinai menyebabkan lintasan itu terpaksa ditutup. – AFP
KAHERAH 25 Okt. - Mesir mengumumkan perintah darurat di kawasan utara dan tengah Semenanjung Sinai selama tiga bulan yang berkuatkuasa hari ini selepas satu serangan berani mati menggunakan kereta, mengorbankan lebih 30 tentera negara ini, semalam.
Menurut sumber keselamatan, serangan yang berlaku di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama ke utara Sinai itu dilakukan oleh seorang suspek pengganas yang merempuh sebuah pos pemeriksaan dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan.
Menurut kenyataan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, perintah darurat itu bermula hari ini pada pukul 11 pagi waktu Malaysia bagi tempoh tiga bulan ekoran serangan maut ke atas pasukan keselamatan sejak penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi oleh tentera, tahun lalu.
Keputusan itu antara lain mengarahkan penutupan pintu sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza, satu-satunya laluan ke wilayah Palestin yang tidak dikawal Israel.
“Tentera dan polis akan mengambil semua langkah perlu bagi menangani bahaya pengganas dan sumber kewangannya bagi melindungi keselamatan wilayah ini dan melindungi nyawa penduduk,’’ kata kenyataan itu lagi.
Serangan sama turut mencederakan sekurang-kurangnya 29 anggota tentera yang lain termasuk seorang pegawai kanan dan lima pegawai tentera.
Dalam kejadian berasingan, lelaki bersenjata turut menembak mati seorang pegawai tentera dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish, semalam. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/darurat-di-sinai-1.16699#sthash.oZ3LA7mM.dpuf

25 October 2014

Mesir isytihar darurat di Sinai susulan serangan bom nekad

Perintah dikeluarkan istana Presiden yang mula berkuatkuasa pada hari ini untuk tempoh tiga bulan, demikian menurut satu kenyataan Presiden susulan serangan terbaharu terhadap anggota keselamatan sejak bekas presiden, Mohamed Morsi digulingkan tahun lalu.
Keputusan itu juga membabitkan penutupan pintu sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza.
"Pihak tentera dan polis akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk membendung keganasan serta siapa yang membiayainya demi menjaga keselamatan di wilayah ini serta melindungi nyawa penduduk," kata kenyataan itu.
Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 30 askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama ke utara Sinai.
Serangan bom itu dipercayai dilakukan pejuang jihad yang sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.
Lelaki bersenjata itu juga menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish, semalam.
Sejak Morsi digulingkan, lebih 1,400 penyokongnya sudah terbunuh dalam operasi yang dilakukan pihak berkuasa.
Kira-kira 15,000 lagi dipenjarakan termasuk Morsi dan pemimpin kanannya dalam Ikhwanul Muslimin dengan lebih 200 dijatuhi hukuman mati dalam perbicaraan yang pantas. - AFP

28 askar terbunuh serangan bom kereta di Sinai


PRESIDEN Abdel Fattah al-Sisi (tengah) memanggil mesyuarat tergempar majlis pertahanan negara di pejabatnya selepas serangan pengebom nekad yang mengorbankan 30 askar. - Foto AP
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 28 askar maut dalam serangan bom kenderaan di Semenanjung Sinai semalam, serangan berdarah terburuk sejak tentera mengguling Presiden Mohamed Morsi tahun lalu.
Pasukan perubatan berkata, 28 askar terbunuh manakala 31 lagi cedera dalam serangan oleh seorang pengebom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama di utara Sinai.
Suspek sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.
Terdahulu, penyerang turut menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish.
Kumpulan jihad dilaporkan melakukan siri serangan terhadap askas dan polis sejak Morsi digulingkan dengan kekerasan oleh polis terhadap penyokongnya.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi, ketua tentera yang menjatuhkan Morsi dan kemudian memenangi pilihan raya berikrar untuk menghapuskan militan di negara itu.
Susulan serangan semalam, Sisi mengumumkan tiga hari berkabung dan terus memanggil mesyuarat tergempar majlis pertahanan negara di pejabatnya.
Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat mengutuk serangan itu. - AFP

24 October 2014

Letupan di Universiti Kaherah, 10 cedera


KAHERAH 23 Okt. – Kumpulan militan Ajnad Misr, mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom di luar sebuah universiti terbesar dan terkemuka Mesir, hari ini sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera termasuk enam anggota polis.
A picture taken on October 22, 2014 shows the blood stained pavement after a bomb exploded outside the main gate of Cairo University wounding at least nine people including a senior officer. The assistant police chief of Cairo's Giza district was moderately wounded, as were six policemen stationed outside the campus to quell protests and three civilian passersby, an interior ministry official said. AFP PHOTO / MOHAMED EL-SHAHED
Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya berkata, kejadian itu berlaku di Universiti Kaherah ketika pihak polis bertempur dengan penunjuk perasaan di luar kampus berkenaan.
Ia merupakan serangan bom kedua di universiti itu dalam tempoh enam bulan.
Menurut kenyataan itu, sebuah kumpulan militan dikenali sebagai Ajnad Misr, mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang dilancarkan sebagai tindak balas terhadap penindasan kerajaan ke atas pelajar.
“Pihak keselamatan menutup kawasan serangan dan mengerahkan pakar bom untuk menyiasat kejadian itu.
Militan Ajnad Misr melalui kenyataan dalam laman sosial Twitter berkata, serangan itu merupakan kempen membalas dendam ekoran tindakan pihak polis membatalkan kebebasan kepada pelajar untuk menganjurkan bantahan di universiti-universiti seluruh negara.
April lalu, kumpulan militan yang sama mengaku melancarkan tiga serangan bom di luar Universiti Kaherah menyebabkan seorang anggota polis berpangkat jeneral terbunuh dan tujuh lagi cedera.
Universiti sering dijadikan tumpuan penunjuk perasaan oleh golongan pelajar termasuk membantah tindakan tentera menggulingkan Presiden Mohammed Mursi pada Julai tahun lalu.
Sebanyak 16 pelajar dilaporkan terbunuh dalam tunjuk perasaan di kampus sepanjang tahun lalu, menurut kumpulan pemerhati hak asasi manusia Mesir. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/letupan-di-universiti-kaherah-10-cedera-1.16311#sthash.7K8BfbZO.dpuf

23 October 2014

7 ‘militan’ dihukum mati

Kaherah: Mahkamah tentera Mesir memerintahkan tujuh ‘militan’ dihukum mati, manakala dua lagi dipenjara seumur hidup kerana terbabit dalam beberapa serangan yang mengakibatkan sebanyak sembilan anggota tentera maut.
Semua lelaki itu didakwa menganggotai kumpulan militan Ansar Beit al-Maqdis yang dikaitkan dengan al-Qaeda. Kumpulan itu yang berpangkalan di Sinai turut mengaku bertanggungjawab atas kebanyakan serangan terhadap anggota tentera dan bangunan kerajaan di dalam atau berhampiran Kaherah.
Enam daripada mereka ditahan Mac lalu selepas serbuan di tempat persembunyian di pinggir Kaherah.
Semua tertuduh juga didakwa merancang dua serangan yang lain terhadap bas tentera serta pondok kawalan yang mengakibatkan tujuh askar mati.
Perbicaraan seorang daripada tertuduh diteruskan tanpa kehadirannya di mahkamah.
Pegawai tentera berkata, hukuman itu diumumkan mahkamah selepas disahkan ulama negara itu.
Laman berita bebas Mada Masr dalam laporan terperinci mengenai kes itu berkata, dua daripada tertuduh pernah ditahan kira-kira 10 tahun lalu serta dipenjara antara tiga hingga lima tahun ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.
Menurutnya, seorang daripada tertuduh juga menyertai perjuangan di Syria sebelum kembali ke Mesir dan menyertai Ansar Beit al-Maqdis.
Pihak berkuasa Mesir melarang seorang aktivis terkemuka Asma Mahfouz daripada meninggalkan negara itu.
Asma dilarang berlepas ketika dia dalam perjalanan ke Bangkok.
Asma sepatutnya ke Thailand bersama kakak dan abang iparnya tetapi diarahkan pulang.
Asma adalah seorang daripada tokoh utama menggerakkan rakyat menggulingkan Hosni Mubarak - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3521#sthash.g9THMNg5.dpuf

Mesir penjara penyokong Mursi


KAHERAH 23 Okt. – Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas 25 orang pesalah atas tuduhan merancang melakukan serangan ke atas Perlembagaan Negara, ketika berada di bawah pemerintahan bekas Presiden, Mohammed Mursi.
Kumpulan pesalah yang dikenali sebagai 'Nasr City Cell' itu ditahan pihak berkuasa pada tahun 2012 selepas berlakunya kejadian tembak-menembak di bandar Nasr, bakal dijatuhi hukuman penjara minimum tujuh tahun atau dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Salah seorang suspek yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup iaitu Mohamed Jamal dilabelkan sebagai pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana mempunyai hubungan dengan pergerakan al-Qaeda. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-penjara-penyokong-mursi-1.15939#sthash.ZWM6MrQx.dpuf

Letupan di Universiti Kaherah, sembilan cedera


Laman web The Times Of India melaporkan, ekoran daripada kejadian tersebut pihak polis bertindak mengepung kawasan berkenaan dan mencari bahan bukti dengan menggunakan anjing pengesan.
Menurut sumber, lima daripada sembilan yang cedera merupakan anggota polis. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/letupan-di-universiti-kaherah-sembilan-cedera-1.15941#sthash.VbaHzdJR.dpuf

22 October 2014

Tujuh tentera terkorban di Sinai


SINAI 20 Okt. - Sekurang-kurangnya tujuh tentera Mesir terkorban manakala empat yang lain cedera apabila sebutir bom meletup di Semenanjung Sinai, semalam.
Bom tersebut meletup berdekatan kenderan perisai yang mengawal saluran paip gas di utara Sinai.
Sebelum ini berpuluh-puluh tentera dan polis terkorban di semenanjung sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi Julai tahun lalu. -AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tujuh-tentera-terkorban-di-sinai-1.14945#sthash.j57nBPga.dpuf

Mesir perketat sistem keselamatan di 12 universiti

Gambar bertarikh 11 Oktober lalu merakamkan pengawal keselamatan
Gambar bertarikh 11 Oktober lalu merakamkan pengawal keselamatan swasta memeriksa para pelajar di pagar utama Universiti Kaherah di Kaherah pada hari pertama penggal semester bermula. – AFP
KAHERAH 21 Okt. – Pihak berkuasa Mesir memperketat sistem keselamatan di 12 universiti terkemuka di negara ini bagi menghalang para pelajar mengadakan sebarang bentuk bantahan ketika penggal semester baharu akademik bermula pada Sabtu lalu.
Bangunan-bangunan di Universiti Al-Azhar serta Universiti Kaherah dikawal ketat oleh polis antirusuhan, yang diletakkan dalam kawasan kampus yang dikelilingi pagar besi, manakala pengawal keselamatan swasta ditugaskan memeriksa identiti para pelajar yang melepasi alat pengesan logam.
Pihak keselamatan juga melarang sebarang aktiviti yang menyokong mana-mana pihak dalam kampus dan pegawai pusat pengajian dibenarkan membuang pelajar yang mencetuskan gangguan berikutan kejadian rusuhan ganas yang melanda negara ini pada akhir tahun lalu sehingga menyebabkan seramai 16 pelajar terbunuh.
Beberapa pelajar Universiti Al-Azhar yang diwawancara AFP enggan mengulas tentang perubahan keadaan dalam universiti dan hanya beberapa pelajar di Universiti Kaherah memberi ulasan ringkas berhubung hal tersebut.
Seorang pelajar tahun ketiga Universiti Kaherah, Noha Ezz al-Arab berkata, pada tahun lalu keadaan agak huru-hara di pusat pengajiannya.
“Gas pemedih mata dilepaskan dalam universiti ketika rusuhan berlaku pada masa itu. Tetapi sekarang bantahan berkurangan dan keadaan semakin stabil,” katanya.
Sementara itu, pemimpin pelajar bimbang langkah keselamatan baharu yang diperkenalkan itu mampu menjejaskan aktiviti pelajar dalam kampus.
Anggota Kesatuan Pelajar Universiti Kaherah, Ahmed Khalaf berkata, para pelajar berharap undang-undang baharu tidak akan menghadkan kebebasan dan aktiviti politik pelajar dalam universiti.
Bagaimana pun, Kementerian Dalam Negeri melaporkan, ban­tahan masih berlaku di lima universiti, termasuk Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah ketika penggal semester bermula pada 11 Oktober lalu.
Sementara itu, kumpulan hak asasi, Amnesty International menyatakan bahawa pasukan keselamatan Mesir menggunakan kekerasan melampau yang menyebabkan berpuluh-puluh pelajar cedera dalam satu bantahan di Universiti Alexandria pada minggu lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-perketat-sistem-keselamatan-di-12-universiti-1.15411#sthash.0gwdBmQU.dpuf

20 October 2014

Wanita terpaksa bersalin di kaki lima hospital


20 Oktober 2014

KAHERAH - MESIR. Seorang wanita terpaksa bersalin di kaki lima selepas dia tidak dibenarkan memasuki sebuah hospital tempatan.

Menurut laporan Al-Arabiya, rakaman video wanita terbabit tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dalam video itu menunjukkan seorang wanita bersalin di atas lantai sambil ahli keluarganya memarahi kakitangan hospital berkenaan.

Sementara itu, pegawai kementerian kesihatan menafikan dakwaan tersebut sambil menegaskan kertas siasatan akan dibuka bagi menyiasat insiden tersebut.

18 October 2014

Lagi penyokong Mursi dipenjara

Mahkamah Mesir menjatuhkan penjara seumur hidup ke atas 25 lagi penyokong Mursi.
Mahkamah Mesir menjatuhkan penjara seumur hidup ke atas 25 lagi penyokong Mursi.
KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 25 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan ganas.

Memetik laporan AFP, kesemua defendan didapati bersalah selepas membakar sebuah balai polis di bandar al-Ghanaim pada 14 Ogos, tahun lalu.

Sejak Mursi digulingkan Julai tahun lalu, ratusan penyokong beliau di penjara dan dikenakan hukuman mati.

16 October 2014

Letupan gegar Kaherah


Pihak berkuasa memeriksa kereta yang musnah akibat letupan bom di tengah Kaherah, lewat kelmarin. Foto: AFP
Pihak berkuasa memeriksa kereta yang musnah akibat letupan bom di tengah Kaherah, lewat kelmarin. Foto: AFP
KAHERAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 12 cedera dalam insiden pengeboman di ibu negara, menurut media tempatan, kelmarin.

Agensi berita MENA melaporkan letupan kuat itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri yang diletakkan berhampiran kereta di pekarangan Mahkamah Tinggi Mesir.
Dalam satu kenyataan lain, pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas insiden tersebut.
Terdahulu, seramai tujuh anggota termasuk pemimpin kumpulan militan, Ansar Beit al-Maqdis, Adel Ibrahim dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh 25 askar pada tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan itu akan dikaji semula oleh Mufti Besar al-Azhar sebelum diputuskan pada 6 Disember depan.

15 October 2014

12 cedera dalam letupan bom di Kaherah

KAHERAH: Kira-kira 12 orang cedera apabila sebutir bom meletup di pusat bandar raya Mesir ini tengah malam tadi.
Menurut seorang pegawai polis, peranti letupan itu diletakkan berhampiran pintu masuk ke stesen metro tidak jauh dari mahkamah, bagi menyasarkan beberapa anggota polis yang sedang bertugas di situ.
Pegawai kanan Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib memberitahu sebuah stesen televisyen, seorang wanita mengandung adalah antara mangsa yang mengalami kecederaan.
Polis menutup kawasan terbabit, dan melarang wartawan serta orang ramai daripada menghampirinya, ketika mereka mencari lebih banyak bahan letupan.
Letupan itu berlaku sejurus sebelum tengah malam di sebatang jalan sibuk, di mana kedai pakaian dan jus buah-buahan masih dibuka sehingga lewat malam.
"Saya berada di kedai apabila terdengar bunyi letupan. Saya berlari ke tempat kejadian dan ternampak beberapa orang cedera," kata Ahmed Mostafa, yang bekerja di kedai berdekatan.
Ia adalah serangan serius pertama sejak kejadian letupan di pekarangan luar ibu pejabat Kementerian Luar yang mengorbankan dua anggota polis pada 21 September lalu.
Serangan terbabit didakwa dilakukan oleh kumpulan militan, Ajnad Misr, yang menyatakan ia menyasarkan anggota polis bagi membalas kematian ratusan penunjuk perasaan pro-Morsi dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan berikutan penggulingan presiden berkenaan.
Sebahagian besar anggota kumpulan jihad terbabit berpusat di kawasan bergolak di Sinai dan Terusan Nile.
Beberapa hari lalu polis menahan berpuluh pelajar pro-Morsi dalam pergaduhan di universiti.
Kerajaan berkata Ikhwanul Muslimin, yang diisytihar sebagai kumpulan pengganas selepas penggulingan Morsi, bertanggungjawab bagi serangan berkenaan. Kumpulan pelajar terbabit bagaimanapun menegaskan ia adalah perhimpunan aman. - AFP

14 October 2014

Nahas bas mini, 30 maut di Mesir


14 Oktober 2014


KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam kemalangan melibatkan tiga bas mini di wilayah Aswan, menurut pasukan penyelamat, semalam.

Jurucakap pegawai perubatan melaporkan kira-kira 15 penumpang turut cedera dalam nahas di laluan berhampiran Edfu, 930 kilometer di selatan Kaherah terbabit.

"Siasatan awal mendapati, insiden itu dipercayai berlaku kerana memandu terlalu laju," katanya dipetik AFP.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 31 terkorban manakala 41 lagi cedera dalam insiden kemalangan jalan raya dekat bandar peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

7 October 2014

Mesir: 16 anggota militan terbunuh di Sinai


SELASA, 7 OKTOBER 2014 @ 4:42 PM

 
El-ARISH: Kira-kira 16 anggota militan berkaitan al-Qaeda terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Mesir di Semenanjung Sinai semalam dan hari ini.

Jurucakap tentera berkata empat anggota utama kumpulan Ansar Beit al-Maqdis ditahan dalam operasi itu, yang masih berjalan sehingga awal hari ini.

Serangan dilakukan terhadap militan di kawasan persembunyian mereka di tiga kawasan perkampungan di selatan bandar Zuweyid dan Mahdiya berhampiran Rafah, iaitu sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Ansar Beit al-Maqdis mendakwa melakukan sebahagian besar serangan militan di Mesir sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi pada 2013.



Baru-baru ini kumpulan itu mendakwa memancung kepala beberapa orang yang dituduh melakukan pengintipan untuk Israel. - AP