17 September 2014

Sedia terima pemimpin Ikhwan


Ankara: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam berkata, negaranya bersedia menerima pemimpin Ikhwanul Muslim Mesir yang diminta meninggalkan Qatar.

Pemimpin Ikhwan terbabit berlindung di Qatar selepas penggulingan Presiden Mohammed Mursi dan tindakan terhadap penyokongnya.


Bagaimanapun kehadiran mereka di Qatar merenggangkan hubungan Doha dengan Mesir dan juga Arab Saudi serta Emiriah Arab Bersatu.



Negara terbabit melihat pergerakan Islam berusia 85 tahun itu sebagai ancaman.


Bercakap kepada wartawan selepas kembali dari kunjungan ke Qatar, Recep berkata, Turki akan mengkaji permohonan itu berdasarkan kes.


“Jika tiada halangan, kedatangan mereka ke sini akan lebih mudah.” katanya.

Antara pemimpin gerakan berkenaan yang bakal meninggalkan Qatar ialah Setiausaha Agungnya Mahmoud Hussein, ahli lembaga eksekutif sayap politiknya, Amr Darrag dan Hamza Zoubaa, bekas ahli Parlimen, Ashraf Badreldin, bekas Timbalan Menteri Baitulmal, Amal Abdelsattar dan ulama pro-Ikhwan, Essam Teleima dan Wagdy Ghonim.


Sumber gerakan itu memberitahu, semua pemimpin itu akan memilih untuk pergi ke satu daripada lima negara iaitu Tunisia, Turki, Sudan, Malaysia dan Britain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17

No comments:

Post a Comment