Pihak keselamatan Mesir meningkatkan kawalan keselamatan selepas ibu pejabat kementerian luar dibom Ahad lalu.
Pihak keselamatan Mesir meningkatkan kawalan keselamatan selepas ibu pejabat kementerian luar dibom Ahad lalu.
KAHERAH - MESIR. Mesir tidak bercadang menyertai misi perikatan anti-ISIL yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memandangkan negaranya sedang giat menangani kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang selama ini menyasarkan serangan terhadap polis dan tentera.

Jurucakap kerajaan berkata, ISIL setakat ini belum mengancam Mesir secara ketara berbeza dengan Ikhwanul yang dilabelkan sebagai pengganas.
"Kami kini giat menentang pengganas dalam negara seperti Ikhwanul dan kumpulan Ansar Al-Syariah dari Libya," katanya.
Menurutnya, AS kini harus fokus dalam misi itu termasuk perjanjian dengan Mesir untuk menyediakan lapan helikopter Apache dan  dana bantuan bernilai AS$1.3 bilion (RM4.2 bilion).

Sementara itu, Ketua Anti-Keganasan Eropah melaporkan, lebih 3,000 warga Eropah dikenal pasti menyertai kumpulan ISIL di Syria dan Iraq.

Gilles de Kerchove berkata, laporan itu disahkan oleh sumber dalaman Negara Islam.
"Kebanyakan mereka dari Perancis, Britain, Jerman, Belgium, Belanda, Sweden dan Denmark manakala ahli dari kumpulan kecil terdiri daripada warga Sepanyol, Itali, Ireland dan Austria," katanya dalam laporan AFP.