KAHERAH - MESIR . Universiti Al-Azhar menutup sebahagian bangunan kolej kediaman pelajar kerana khuatir insiden pertempuran ganas, tahun lalu berulang.

Penyelaras asrama, Ali Abdel-Wahed memberitahu, lima bangunan termasuk tiga asrama lelaki ditutup menjelang semester baharu pada 11 Oktober depan.

Difahamkan, kesemua bangunan itu boleh memuatkan 3,500 pelajar, namun tindakan sementara itu terpaksa diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, empat pelajar maut dan puluhan lagi dipenjara kerana terlibat dalam rusuhan sejak bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan tahun lalu, dipetik dari laporan Al Ahram.