8 September 2014

9 lelaki rai perkahwinan sejenis jadi buruan polis


Kaherah: Pihak berkuasa Mesir mengarahkan sembilan lelaki yang dilihat dalam video menyokong perkahwinan sejenis pertama negara itu ditangkap atas tuduhan menggalakkan perbuatan yang tidak berakhlak dan merosakkan moral rakyat.

Rakaman berkenaan mencetuskan kontroversi selepas dimuat naik ke YouTube dan dikongsikan di laman media sosial, bulan lalu.


Dalam rakaman itu, sekumpulan lelaki dilihat meraikan perkahwinan sejenis di atas bot di Sungai Nil.

Dalam satu kenyataan, pejabat pendakwa raya berkata, parti itu diadakan April, namun hanya disebarkan di media sosial bulan lalu.


Polis kemudian terus mengambil tindakan mengenal pasti lelaki di dalamnya.


“Rakaman berkenaan memalukan dan mampu membawa kemurkaan Tuhan.

“Apa ditonjolkan adalah kesalahan jenayah dan akan disiasat sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Katanya, pihak polis diarahkan menahan lelaki terbabit manakala koroner akan menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap mereka kerana menggalakkan perbuatan tidak berakhlak dan menyebarkan imej yang merosakkan moral masyarakat.

Agensi berita kebangsaan Mena melaporkan, tujuh lelaki ditahan manakala dua lagi masih diburu.

Menurut pendakwa raya, semuanya akan ditahan empat hari sebelum inkuiri penuh dijalankan.

Penahanan lelaki homoseksual terbesar di Mesir berlaku pada 2001 selepas polis menyerbu disko yang diadakan di atas bot. Seramai 52 lelaki ditahan dalam kes itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/08

No comments:

Post a Comment