3 September 2014

11 polis Mesir maut kereta perisai meletup


El-Arish, Mesir: Sebutir bom memusnahkan sebuah kereta perisai polis ketika ia melakukan rondaan di Semenanjung Sinai semalam, membunuh 11 anggota, kata pegawai perubatan.

Seorang pegawai adalah antara 11 yang maut.



Sumber berkata, bom berkenaan disembunyikan di tepi jalan dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

“Ia meledak ketika kereta perisai itu melalui petempatan al-Wafaq berhampiran sempadan Mesir - Gaza.


“Dua pegawai polis turut cedera,” katanya.


Tentera dengan bantuan polis Mesir menjalankan operasi berterusan di wilayah berkenaan yang didakwa menjadi kubu kuat militan.

Puluhan suspek ditangkap sejak beberapa bulan lalu.

Kumpulan Ansar Baitulmaqdis mengaku bertanggungjawab melakukan siri serangan bom serta pengebom berani mati sejak tahun lalu.

Polis dan tentera menjadi sasaran utama serangan mereka.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03

No comments:

Post a Comment