28 September 2014

Keputusan perbicaraan Hosni Mubarak ditangguh


KAHERAH 28 Sept. - Mahkamah Mesir hari ini menunda pengumuman keputusan perbicaraan kes pembunuhan yang disabitkan ke atas bekas Presidennya, Hosni Mubarak kepada 29 November depan.
Hosni bersama tujuh orang bekas komander polis dituduh terlibat dalam pembunuhan beratus-ratus orang penunjuk perasaan pada tahun 2011, yang menyaksikan beliau digulingkan selepas menjadi pemerintah selama tiga dekad.
Sebelum ini Mahkamah Rayuan Mesir menarik semula hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadapnya atas alasan berlaku masalah teknikal ketika keputusan dibuat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140928/lu_02/Keputusan-perbicaraan-Hosni-Mubarak-ditangguh#ixzz3EYYNpm8x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

27 September 2014

Mesir empat kali tukar waktu jam


KAHERAH 27 Sept. - Sebanyak empat kali dalam tempuh kurang daripada lima bulan waktu jam di Mesir telah diubah.
Perubahan itu dilakukan di antara masa musim panas dan musim sejuk yang sebelum ini dilupakan selepas pemberontakan tahun 2011 bagi mengguling pemerintah ketika itu, bekas Presiden Hosni Mubarak. Namun ia dihidupkan semula sejak bulan Mei apabila waktu jam dicepatkan bagi menangani masalah kekurangan tenaga kuasa.
Namun beberapa minggu kemudian, waktu jam diundurkan semula pada awal bulan Ramadan tahun ini bagi memendekkan waktu subuh ke senja untuk lebih cepat setiap hari.
Waktu jam itu kemudian kembali kepada musim panas apabila Ramadan berakhir pada Julai, namun musim sejuk datang kembali walaupun suhu siang hari masih berlegar sekitar 30 darjah celsius.
Perubahan ini menyebabkan pada tengah malam semalam, waktu jam di Mesir dua jam terkehadapan dari Greenwich Mean Time (GMT) dan enam jam lebih cepat dari Eastern Standard Time (EST). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140927/lu_01/Mesir-empat-kali-tukar-waktu-jam#ixzz3ESVQIhdj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

26 September 2014

Didakwa sokong pengganas


Kaherah: Mesir menuduh pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan menyokong pengganas dan cuba mencetuskan kekacauan di Asia Barat.

Tuduhan Kaherah itu dibuat selepas Recep mempertikaikan keabsahan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kenyataannya, Kementerian Luar Mesir berkata, tuduhan Recep terhadap Abdel Fattah adalah tidak berasas.

“Tiada keraguan bahawa tuduhan dan pembohongan sebegitu aneh datang daripada Presiden Turki ketika dia cuba memecah-belahkan Asia Barat melalui sokongannya kepada pertubuhan pengganas.

“Dia memberikan sokongan politik atau dana atau kemudahan dalam usaha merosakkan kepentingan rakyat serantau bagi mencapai matlamat peribadinya, serta menghidupkan ilusi silam,” katanya.

Hubungan Kaherah - Ankara menegang sejak Abdel Fattah mengetuai rampasan kuasa menyingkirkan Presiden Mohamer Mursi tahun lalu.

Mohamed Mursi adalah pemimpin gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang disegani tetapi dibenci Abdel Fattah.

Rejim Mesir kemudian mengganasi orang awam yang berkumpul membantah kudeta berkenaan, menyebabkan ramai terkorban di tangan tentera.

Dalam ucapannya, Recep berkata, Turki kecewa kerana PBB gagal bertindak selepas Mohamed Mursi disingkirkan secara haram.

“Sekali lagi, pihak yang menentang pembunuhan di Iraq, Syria dan demokrasi di Mesir tertakluk kepada ketidakadilan, dan serta-merta dituduh menyokong pengganas.

“PBB dan negara demokratik lain tidak berbuat apa-apa kecuali melihat rampasan kuasa seorang presiden yang dipilih rakyat Mesir serta pembunuhan ribuan warga tidak berdosa yang mahu mempertahankan pilihan mereka,” katanya.- Reuters



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/26

Lagi penyokong Mursi dipenjara


Sebahagian penyokong Mursi ditahan dan masih dalam perbicaraan. - Foto AFP
Sebahagian penyokong Mursi ditahan dan masih dalam perbicaraan. - Foto AFP
KAHERAH - MESIR. Mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara sehingga 25 tahun terhadap hampir 100 penyokong bekas Presiden Mesir Mohamed Mursi selepas didapati bersalah bertindak ganas semasa protes membantah penggulingan beliau.

Sejak Mursi digulingkan Julai tahun lalu, ratusan penyokong beliau di penjara dan dikenakan hukuman mati.

Difahamkan, mahkamah di wilayah Nile Delta di Kafr-al-Sheikh menghukum 86 orang sehingga 15 tahun penjara atas kesalahan sama.

Memetik laporan AFP, kesemua defendan termasuk empat orang di bawah umur didapati bersalah kerana mengadakan perhimpunan haram, cubaan membunuh, vandalisme, mencuri pistol daripada anggota polis dan memiliki senjata api. - AFP

25 September 2014

Mesir gesa perangi ISIL, Ikhwanul


Pihak keselamatan Mesir meningkatkan kawalan keselamatan selepas ibu pejabat kementerian luar dibom Ahad lalu.
Pihak keselamatan Mesir meningkatkan kawalan keselamatan selepas ibu pejabat kementerian luar dibom Ahad lalu.
KAHERAH - MESIR. Mesir tidak bercadang menyertai misi perikatan anti-ISIL yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memandangkan negaranya sedang giat menangani kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang selama ini menyasarkan serangan terhadap polis dan tentera.

Jurucakap kerajaan berkata, ISIL setakat ini belum mengancam Mesir secara ketara berbeza dengan Ikhwanul yang dilabelkan sebagai pengganas.
"Kami kini giat menentang pengganas dalam negara seperti Ikhwanul dan kumpulan Ansar Al-Syariah dari Libya," katanya.
Menurutnya, AS kini harus fokus dalam misi itu termasuk perjanjian dengan Mesir untuk menyediakan lapan helikopter Apache dan  dana bantuan bernilai AS$1.3 bilion (RM4.2 bilion).

Sementara itu, Ketua Anti-Keganasan Eropah melaporkan, lebih 3,000 warga Eropah dikenal pasti menyertai kumpulan ISIL di Syria dan Iraq.

Gilles de Kerchove berkata, laporan itu disahkan oleh sumber dalaman Negara Islam.
"Kebanyakan mereka dari Perancis, Britain, Jerman, Belgium, Belanda, Sweden dan Denmark manakala ahli dari kumpulan kecil terdiri daripada warga Sepanyol, Itali, Ireland dan Austria," katanya dalam laporan AFP.

23 September 2014

Lelaki tampil dalam video kahwin gay di Mesir dibicara


KAHERAH 23 Sept. - Sebanyak lapan lelaki di Mesir yang ditahan kerana tampil dalam video 'perkahwinan gay' yang menjadi viral di Internet akan dibicarakan, hari ini kerana menghasut perbuatan songsang.
Tujuh daripada sembilan lelaki yang dikenalpasti daripada video itu ditahan pada 6 September, namun disahkan 'negatif' selepas menjalani pemeriksaan perubatan yang direka bagi mengesan sama ada mereka adalah homoseksual.
Menurut sumber kehakiman. tertuduh akan dibicarakan hari ini di mahkamah bagi kesalahan kecil kerana menghasut perbuatan songsang dan menyalahi moral awam.
Homoseksual tidak termasuk dalam senarai kesalahan seksual yang diharamkan undang-undang Mesir namun boleh dihukum di mengikut beberapa undang-undang moral yang berbeza-beza. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140923/lu_02/Lelaki-tampil-dalam-video-kahwin-gay-di-Mesir-dibicara#ixzz3E8N2fEpu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 September 2014

Militan Mesir dakwa bertanggungjawab bagi letupan dekat Kementerian Luar


KAHERAH: Sebuah pergerakan militan di Mesir mengaku bertanggungjawab bagi kejadian letupan di sebatang jalan raya sibuk berhampiran Kementerian Luar di sini semalam, yang mengorbankan dua pegawai kanan polis dan mencederakan beberapa anggota polis lain.
Ajnad Misr, atau 'Tentera Mesir', yang turut mendakwa bertanggungjawab bagi serangan lain sebelum ini terhadap polis, mengakui menggunakan peranti letupan ke atas pegawai polis terbabit sebagai sebahagian daripada kempen terhadap pasukan keselamatan.
Katanya, serangan itu tidak akan dihentikan sehingga jatuhnya 'pemerintah zalim' dan 'Syariah Tuhan' ditubuhkan.
Serangan sama juga diperhebatkan sejak penggulingan Presiden Mohammed Morsi lebih setahun lalu. - AP

Enam askar Mesir maut dalam nahas pesawat tentera


KAHERAH 21 Sept. - Sebuah pesawat pejuang tentera Mesir terhempas dalam satu sesi latihan hari ini selepas mengalami masalah teknikal dan mengorbankan enam tentera, kata pihak tentera.
Pesawat itu terhempas pada kedudukan 100 kilometer di selatan Kaherah, kata satu kenyataan tentera.
"Dalam satu sesi latihan ketenteraan, berlaku masalah teknikal sehingga menyebabkan pesawat yang membawa anggota tentera itu terhempas di Kom Aushim di Fayoum. Seramai enam tentera maut dan seorang cedera," kata tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140922/lu_03/Enam-askar-Mesir-maut-dalam-nahas-pesawat-tentera#ixzz3E33L2bJY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Halang datang Malaysia


Pihak berkuasa Mesir melarang penduduk Palestin di Gaza yang ingin meninggalkan wilayah itu untuk ke Turki, Qatar, dan empat negara Islam lain melalui sempadan Rafah.

“Pihak berkuasa Mesir mengarahkan pengawal sempadan untuk tidak melayan sebarang permohonan pelajar dan rakyat Palestin yang ingin meninggalkan Gaza untuk ke Turki, Malaysia, Algeria, Iran, Qatar dan Libya,” kata pegawai sempadan Ismail Abul-Gabeen dalam satu kenyataan akhbar.

Pihak berkuasa Mesir sehingga ini tidak mengulas mengenai dakwaan itu.



Hubungan Mesir dengan Turki dan Qatar tegang selepas tentera negara itu menggulingkan presiden terpilih, Mohamed Mursi.

Terletak di antara Semenanjung Sinai dan Gaza, pintu sempadan Rafah sering menjadi punca utama kepada ketegangan hubungan Mesir dan Palestin.

Pintu sempadan berkenaan yang menjadi laluan utama keluar masuk antara Gaza dengan Mesir termasuk kenderaan yang membawa barangan makanan dan ubat-ubatan, ditutup pihak berkuasa Mesir sejak penggulingan Mursi.

Tindakan Mesir itu memburukkan lagi penderitaan sedia ada penduduk Gaza selepas Israel mengepung wilayah berkenaan sejak lapan tahun lalu.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/22

21 September 2014

Anggota polis maut dalam serangan bom di Kaherah



KAHERAH: Seorang anggota polis terbunuh dalam satu serangan bom di luar Kementerian Luar di Kaherah hari ini, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Mesir, meminda angka korban terdahulu.
Menurut Pembantu Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Othman, tiga lagi individu cedera dalam serangan yang mensasarkan pos pemeriksaan polis itu.
Seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Mohamed Soltan, memberitahu AFP bahawa letupan itu membunuh seorang anggota polis.
Sebelum ini, empat individu termasuk pegawai dan anggota polis, dilaporkan terbunuh. - AFP

17 September 2014

Sedia terima pemimpin Ikhwan


Ankara: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam berkata, negaranya bersedia menerima pemimpin Ikhwanul Muslim Mesir yang diminta meninggalkan Qatar.

Pemimpin Ikhwan terbabit berlindung di Qatar selepas penggulingan Presiden Mohammed Mursi dan tindakan terhadap penyokongnya.


Bagaimanapun kehadiran mereka di Qatar merenggangkan hubungan Doha dengan Mesir dan juga Arab Saudi serta Emiriah Arab Bersatu.



Negara terbabit melihat pergerakan Islam berusia 85 tahun itu sebagai ancaman.


Bercakap kepada wartawan selepas kembali dari kunjungan ke Qatar, Recep berkata, Turki akan mengkaji permohonan itu berdasarkan kes.


“Jika tiada halangan, kedatangan mereka ke sini akan lebih mudah.” katanya.

Antara pemimpin gerakan berkenaan yang bakal meninggalkan Qatar ialah Setiausaha Agungnya Mahmoud Hussein, ahli lembaga eksekutif sayap politiknya, Amr Darrag dan Hamza Zoubaa, bekas ahli Parlimen, Ashraf Badreldin, bekas Timbalan Menteri Baitulmal, Amal Abdelsattar dan ulama pro-Ikhwan, Essam Teleima dan Wagdy Ghonim.


Sumber gerakan itu memberitahu, semua pemimpin itu akan memilih untuk pergi ke satu daripada lima negara iaitu Tunisia, Turki, Sudan, Malaysia dan Britain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/17

16 September 2014

Al-Azhar tutup lima kolej kediaman

Pelajar Universiti Al-Azhar merusuh ketika penggulingan Mursi, Januari tahun lalu.
Pelajar Universiti Al-Azhar merusuh ketika penggulingan Mursi, Januari tahun lalu.
KAHERAH - MESIR . Universiti Al-Azhar menutup sebahagian bangunan kolej kediaman pelajar kerana khuatir insiden pertempuran ganas, tahun lalu berulang.

Penyelaras asrama, Ali Abdel-Wahed memberitahu, lima bangunan termasuk tiga asrama lelaki ditutup menjelang semester baharu pada 11 Oktober depan.

Difahamkan, kesemua bangunan itu boleh memuatkan 3,500 pelajar, namun tindakan sementara itu terpaksa diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, empat pelajar maut dan puluhan lagi dipenjara kerana terlibat dalam rusuhan sejak bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan tahun lalu, dipetik dari laporan Al Ahram.

Mesir akan buru pemimpin Ikhwan


Kaherah: Mesir tetap akan memburu dan menahan pemimpin Ikwanul Muslimin yang meninggalkan Qatar.

Rancangan itu dinyatakan pihak berkuasa Mesir selepas Qatar mengarahkan pemimpin gerakan itu meninggalkan negara berkenaan selepas memberi perlindungan kepada mereka sejak penggulingan Presiden Mohamed Mursi.


Tindakan mengusir pemimpin gerakan yang dilabel kumpulan pengganas oleh Mesir, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu itu memberi isyarat bahawa Qatar berusaha membaiki hubungan diplomatiknya dengan negara Arab lain selepas renggang disebabkan gerakan berkenaan.

Sementara itu, Peguam Negara Mesir, Hisham Barakat meminta polis antarabangsa (INTERPOL) untuk menahan pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin termasuk mereka yang diusir dari Qatar.


Perkara itu didedahkan satu sumber kehakiman yang tidak mahu dikenali dan turut menyatakan nama yang dihantar ke INTERPOL itu termasuk “Orang yang diburu untuk siasatan kehakiman di mahkamah Mesir.”


Sumber Ikhwanul Muslimin sebelum ini berkata Qatar meminta tujuh pemimpin dan penyokong gerakan itu untuk meninggalkan negara berkenaan dalam masa seminggu sementara sayap politik gerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengumumkan menerima permintaan itu.

Antara pemimpin gerakan berkenaan yang bakal meninggalkan Qatar termasuk Setiausaha Agungnya, Mahmoud Hussein, ahli lembaga eksekutif FJP, Amr Darrag dan Hamza Zoubaa, bekas ahli Parlimen, Ashraf Badreldin, bekas timbalan menteri Baitulmak, amal Abdelsattar dan ulama pro-Ikhwan, Essam Teleima dan Wagdy Ghonim.

Sumber gerakan itu memberitahu, semua pemimpin itu akan memilih untuk pergi ke satu daripada lima negara -Tunisia, Turki,Sudan, Malaysia dan Britain.

Amr yang termasuk dalam kumpulan yang diarah meninggalkan Qatar menulis di dalam Facebooknya mengenai keputusan negara itu: “Kami menghargai sumbangan besar Qatar dalam menyokong kebangkitan Rakyat Mesir menentang junta tentera dan kami faham mengenai keadaan yang dihadapi negara ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

12 September 2014

Bayi 1 mata meninggal dunia

Menurut laporan akhbar tempatan semalam, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di bandar Beni Suef dan doktor menyifatkan ia sebagai kes yang amat jarang berlaku.
Di samping itu, akhbar tempatan semalam, melaporkan bayi berkenaan mempunyai satu mata di tengah-tengah mukanya dan hidung yang terkeluar seperti paku di atas mata berkenaan. - Agensi
Foto
BAYI bermata satu meninggal dunia lepas 15 minit dilahirkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/11

10 September 2014

Pemimpin Ikhwan dipenjara 20 tahun


Kaherah: Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara ke atas pemimpin Ikwanul Muslimin dan seorang ulama semalam atas tuduhan cuba membunuh dua anggota polis.

Hukuman terbabit sebahagian daripada tindakan tegas yang diambil kerajaan sekular Mesir bagi melumpuhkan gerakan Islam itu.

Mohamed El-Beltagy dan Safwat Hegazy dituduh menahan dan cuba membunuh anggota polis berkenaan ketika tunjuk perasaan menentang penggulingan presiden ketika itu, Mohamed Mursi oleh tentera pada 3 Julai 2013.

Bantahan yang dilakukan di dataran Rabaa al-Adawiya itu menyaksikan tindakan ganas dilakukan pasukan keselamatan yang menyebabkan kematian ratusan orang awam yang menunjuk perasaan.



Pegawai negara itu yang melabel gerakan berkenaan sebagai kumpulan pengganas berulang kali memberi alasan sama bahawa ada di antara penunjuk perasaan yang bersenjata dan melepaskan tembakan ke arah polis dan tentera.

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

8 September 2014

9 lelaki rai perkahwinan sejenis jadi buruan polis


Kaherah: Pihak berkuasa Mesir mengarahkan sembilan lelaki yang dilihat dalam video menyokong perkahwinan sejenis pertama negara itu ditangkap atas tuduhan menggalakkan perbuatan yang tidak berakhlak dan merosakkan moral rakyat.

Rakaman berkenaan mencetuskan kontroversi selepas dimuat naik ke YouTube dan dikongsikan di laman media sosial, bulan lalu.


Dalam rakaman itu, sekumpulan lelaki dilihat meraikan perkahwinan sejenis di atas bot di Sungai Nil.

Dalam satu kenyataan, pejabat pendakwa raya berkata, parti itu diadakan April, namun hanya disebarkan di media sosial bulan lalu.


Polis kemudian terus mengambil tindakan mengenal pasti lelaki di dalamnya.


“Rakaman berkenaan memalukan dan mampu membawa kemurkaan Tuhan.

“Apa ditonjolkan adalah kesalahan jenayah dan akan disiasat sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Katanya, pihak polis diarahkan menahan lelaki terbabit manakala koroner akan menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap mereka kerana menggalakkan perbuatan tidak berakhlak dan menyebarkan imej yang merosakkan moral masyarakat.

Agensi berita kebangsaan Mena melaporkan, tujuh lelaki ditahan manakala dua lagi masih diburu.

Menurut pendakwa raya, semuanya akan ditahan empat hari sebelum inkuiri penuh dijalankan.

Penahanan lelaki homoseksual terbesar di Mesir berlaku pada 2001 selepas polis menyerbu disko yang diadakan di atas bot. Seramai 52 lelaki ditahan dalam kes itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/08

7 September 2014

Mesir didakwa dera 52 tahanan remaja


Seorang remaja Mesir ditahan polis Mesir semasa menyertai rusuhan antikerajaan di Kaherah, baru-baru ini. - AGENSI
KAHERAH 6 Sept. - Sebuah kumpulan hak asasi manusia mendakwa pihak berkuasa Mesir bersubahat mendera dan melakukan penderaan seksual ke atas 52 remaja yang ditahan ekoran terbabit dalam demonstrasi antikerajaan.
Alkarama, kumpulan hak asasi manusia pan-Arab yang berpangkalan di Geneva berkata, 52 belia itu berumur antara 15 dan 18 tahun secara rutin menjadi mangsa penyeksaan dan penderaan seksualoleh oleh pengawal penjara dan pegawai tentera di penjara Koum El Dekka di Iskandariah.
Portal berita Al Jazeera yang memetik kenyataan Alkarama melaporkan remaja-remaja itu mempunyai `tanda-tanda penyeksaan' dan kesihatan fizikal dan mental mereka merosot dan ditahan di tempat yang teruk.
Remaja-remaja itu mendakawa mereka menjadi mangsa kejutan elektrik termasuk kemaluan mereka dibakar dengan puntung rokok serta ada yang dirogol dan tangan mereka tergantung dalam tempoh beberapa jam.
Remaja itu turut memberitahu peguam mereka tentang gangguan biasa dan perkhidmatan buruk yang dialami termasuk diserang anjing-anjing semasa di penjara.
Alkarama yang bermaksud 'maruah' dalam bahasa Arab berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan penderaan dan kecederaan pada seluruh badan mereka.
Pengarah undang-undang Alkarama, Rachid Mesli mengecam sistem perundangan Mesir dan meminta langkah segera diambil bagi melindungi remaja yang ditahan di penjara.
"Pihak berkuasa Mesir mesti menghentikan penyeksaan secara sistematik dan meluas ini kerana dalam skop itu, ia membolehkan mereka dipertanggungjawabkan kerana melakuakan jenayah kemanusiaan di bawah Undang-Undang Rom.
Kumpulan itu turut merujuk kes tersebut kepada pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta pihak berkuasa Mesir menyiasat dakwaan itu dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. - AGENSI


Artikel Utusan Melayu (M) Bhd 
 

4 September 2014

Pendakwah Mesir Keluar Fatwa Pelik: Halal Intai Tunang Mandi..



Seorang pendakwah Mesir mengejutkan Umat Islam selepas dia berkata seorang lelaki harus dibenarkan untuk mengintai bakal isteri atau tunang "semasa dia mandi" sebelum mereka berkahwin. 

"Jika anda benar-benar jujur ​​dan mahu berkahwin dengan wanita itu, dan anda mampu untuk menyembunyikan dan menonton beliau dalam rahsia, melihat perkara-perkara yang dia tidak akan biasanya membiarkan anda lihat sebelum berkahwin dengan beliau, maka ia boleh diterima selagi niat anda adalah suci, "kata pendakwah Salamist, Usama al-Qawsi dalam video yang disiarkan di Al Arabiya. 

“Jika salah seorang diantara kalian meminang seorang wanita sekiranya ia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah ia melihatnya kepadanya (HR, Ahmad dan Abu Daud”, (HR, Ahmad dan Abu Daud).
"Salah satu sahabat Rasulullah saw yang melakukannya. Beberapa orang yang tidak bersetuju telah bertanyakan kepadanya. 'Bagaimana anda melakukan itu apabila anda salah seorang daripada sahabat Rasulullah saw?' Nabi menjawab: 'Jika anda dapat melihat sesuatu yang akan membuat anda mahu mengahwininya kemudian teruskanlah dan melakukannya,' "kata Usama al-Qawsi, menurut terjemahan Al Arabiya. 

Fatwa tersebut diambil dalilnya daripada Ibn Hazm, seorang bermazhab Zahiri, mazhab yang dipercayai sudah lama pupus.

Fatwah ini (fatwa agama) bertentangan dengan tradisi Islam yang lain yang melarang wanita daripada menunjukkan badan mereka kepada lelaki selain suami dan ahli keluarga terdekat. Menteri Agama Wakaf Mesir, Mohammad Mukhtar menolak fatwa Sesat Usama al-Qawsi dengan berkata "Islam mengajar bahawa kesopanan seharusnya berada di dalam sifat kita dan semua agama bersetuju," kata Mukhtar.

Fatwa yang menghalakkan lelaki mengintai tunang mandi juga mendapat perhatian ilmuan Islam di Malaysia ini. Ramai ulama lain yang nyata tidak bersetuju dengan dalil tersebut yang sudah pun lama pupus malah boleh dilihat menjatuhkan maruah seseorang wanita yang sepatutnya dilindungi daripada pandang mata seorang lelaki yang belum sah menjadi suaminya.

Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi hadis yang sah dan Al-Quran.

Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam.

“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.

“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.

“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.

Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton video yang disertakan di bawah ini.



Sumber: mynewshub.my, time.com

3 September 2014

11 polis Mesir maut kereta perisai meletup


El-Arish, Mesir: Sebutir bom memusnahkan sebuah kereta perisai polis ketika ia melakukan rondaan di Semenanjung Sinai semalam, membunuh 11 anggota, kata pegawai perubatan.

Seorang pegawai adalah antara 11 yang maut.



Sumber berkata, bom berkenaan disembunyikan di tepi jalan dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.

“Ia meledak ketika kereta perisai itu melalui petempatan al-Wafaq berhampiran sempadan Mesir - Gaza.


“Dua pegawai polis turut cedera,” katanya.


Tentera dengan bantuan polis Mesir menjalankan operasi berterusan di wilayah berkenaan yang didakwa menjadi kubu kuat militan.

Puluhan suspek ditangkap sejak beberapa bulan lalu.

Kumpulan Ansar Baitulmaqdis mengaku bertanggungjawab melakukan siri serangan bom serta pengebom berani mati sejak tahun lalu.

Polis dan tentera menjadi sasaran utama serangan mereka.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03

Haram bukan mahram borak online


Kaherah: Pihak berkuasa tertinggi hal ehwal Islam Mesir melarang perbualan secara online antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Dar Al Ifta, badan rasmi yang bertanggungjawab menasihatkan masyarakat negara itu berhubung isu agama mengeluarkan fatwa bahawa perbualan seumpama itu tidak dibenarkan dalam agama kerana ia sebahagian menjadi sebahagian cara penyebaran fitnah.

Ia juga berkata, wanita tidak boleh menghantar gambar kepada lelaki bukan mahram bagi melindungi maruahnya.

Fatwa berkenaan dikeluarkan Jumaat lalu sebagai menjawab soalan mengenai perbualan secara online.

Seorang ulama kanan di Al Azhar Abdul Hamid Al-Attrash menyokong fatwa berkenaan.

- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/03

1 September 2014

Syekh Sayyid Quthb menuliskan dlm Kitabnya Ma'alim fi Ath-Thariq hal 332;

Syekh Sayyid Quthb menuliskan dlm Kitabnya Ma'alim fi Ath-Thariq hal 332;

#Seorang Mu'kmin akan memegang erat agamanya bagaikan menggenggam bara api.
ia berada di tengah2 masyarakat yang jauh dari agama, kehormatan, nilai-nilai luhur dan cita-cita yang tinggi, serta menyimpangnya mareka dari segala yang bersih, suci lagi indah

#Seorang Mu'kmin tidak peduli orang-orang mengejek sikapnya, mencemooh pendiriannya dan menertawakan nilai-nilai yang di anutnya.

#Seorang Mu'kmin tidak akan berkecil hati, bahkan ia akan berjiwa besar menhadapi mareka yang telah mengejek, mencemooh dan menertawakannya.

#Seorang Mu'kmin tersebut akan berkata kepada mareka pada hari akherat nanti sebagaimana perkataan Nabi Nuh a.salam salah satu Nabi Ulul 'Azmi yang bersinar dalam sejarah diantara para nabi-nabiyullah.
Berkatalah Nuh; "Jika kalian mengejek kami maka sesungguhnya kami akan mengejek kalian sebagaimana kalian mengejek kami" (Q.s Hud 38)

Wallahu a'lam.