• Penyokong Mursi menyekat jalan dengan membakar tayar di utara Kaherah.Penyokong Mursi menyekat jalan dengan membakar tayar di utara Kaherah.

KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terbunuh dan puluhan lagi ditahan polis selepas mereka mengadakan demonstrasi di sekitar bandar seluruh Mesir sempena ulang tahun pembunuhan ratusan penunjuk perasaan ketika penggulingan Presiden Mohamed Mursi di Dataran Rabb'a tahun lalu.

Menurut Ahram Online, sebuah kumpulan pro Mursi, Perikatan Anti Rampasan kuasa sebelum ini menyeru untuk mengadakan perhimpunan di seluruh Mesir pada hari Khamis bagi menuntut balasan, namun ia gagal mengumpul jumlah peserta yang ramai dan bantahan segera dihentikan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, lima penunjuk perasaan dilaporkan maut di mana dua daripada mereka di tembak ketika rusuhan dengan pihak polis di Giza dan dua lagi terbunuh dalam pertempuran antara penyokong dan penentang Mursi di utara Kaherah.

Mangsa kelima meninggal dunia selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis di selatan Kaherah, manakala seorang lagi mangsa adalah anggota polis yang maut selepas penyerang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaikinya di selatan Helwan.

Penganalisis Ammar Ali Hassan berkata, insiden yang berlaku kelmarin merupakan adegan biasa yang melambangkan antara keinginan dan kemampuan.