29 August 2014

Mursi berdepan tuduhan baru


Kaherah: Pegawai kehakiman berkata, pendakwa raya Mesir mengemukakan tuduhan baru terhadap bekas presiden Mohammed Mursi, membabitkan dakwaan membocorkan dokumen rahsia kepada Qatar yang juga sekutu Ikhwanul Muslimin.

Tuduhan terbaru itu bererti Mursi kini menghadapi empat kes sejak digulingkan pada musim panas tahun lalu dan turut membabitkan televisyen al-Jazeera yang berpejabat di Doha.


Menurut pegawai terbabit semalam, kertas pertuduhan terhadap Mursi menuduhnya menyerahkan fail keselamatan negara kepada Qatar melalui al-Jazeera ketika masih menjadi presiden kononnya ‘akan menggugat keselamatan negara.’

Mursi turut menghadapi tuduhan bersubahat dengan kumpulan luar, menghasut pembunuhan penentangnya dan membantu banduan lari dari penjara ketika revolusi 2011 yang melihatnya dilantik menjadi presiden selepas kejatuhan Hosni Mubarak. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/29

No comments:

Post a Comment