28 August 2014

Mesir siasat Morsi disyaki dedahkan dokumen keselamatan kepada Qatar

KHAMIS, 28 OGOS 2014 @ 8:35 AM

 
KAHERAH: Mesir membuka kertas siasatan terhadap bekas presiden Mohamed Morsi kerana disyaki mengagihkan dokumen yang berkaitan keselamatan negara kepada Qatar.

Agensi berita tempatan MENA hari ini melaporkan, Morsi yang sedang menghadapi beberapa tuduhan yang membawa kepada hukuman mati dengan penyokongnya yang terbabit dengan keganasan pada Julai 2013 sehingga mengorbankan lebih 1,400 nyawa, disyaki memberikan dokumen itu menerusi rangkaian Al-Jazeera ketika menjadi Presiden.

Pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri Mesir menuduh setiausaha Morsi, Amin El-Serafi menyebarkan dokumen berkaitan tentera, termasuk kekuatan senjata dan pergerakan askar kepada ketua editor Al-Jazeera dan anggota Pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Pergerakan itu kemudian disenaraikan sebagai kumpulan pengganas selepas Morsi digulingkan pada 3 Julai 2013.

Hubungan antara Mesir dan Qatar renggang selepas Morsi jatuh daripada pemerintahan dengan Kaherah menuduh Qatar sebagai negara kaya di rantau Arab menyokong Ikhwanul Muslimin. - AFP

No comments:

Post a Comment