14 August 2014

Hosni Mubarak nafi bunuh penunjuk perasaan

Hosni Mubarak nafi bunuh penunjuk perasaan

Gambar fail 26 April lalu, ketika Mubarak menghadiri perbicaraan semula di Akademi Polis yang dijadikan mahkamah di Kaherah. - Foto AP 




Kaherah: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam di mahkamah menafikan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada tahun 2011 yang menjatuhkan pentadbiran 30 tahunnya.

Mubarak dijatuhi penjara seumur hidup pada 2012 berkaitan kematian penunjuk perasaan ketika demonstrasi selama 18 hari, tetapi mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula.

Dia dibebaskan daripada tuduhan itu tetapi menjalani hukuman penjara tiga tahun berhubung penggelapan wang di hospital tentera di Maadi, Kaherah.
Mubarak, yang dibicarakan bersama anak-anaknya dan beberapa pegawai kanan, juga menafikan tuduhan rasuah dengan berkata beliau telah berkhidmat sepenuh jiwa raga kepada negara selama 62 tahun, bermula sebagai pegawai tentera dan kemudian presiden.

“Hosni Mubarak, yang berada di depan anda hari ini, tidak mengarahkan sama sekali pembunuhan penunjuk perasaan atau menumpahkan darah rakyat Mesir,” katanya kepada mahkamah melalui kenyataan yang dibacanya.

“Dan saya tidak mengeluarkan atau mengarahkan untuk menyebabkan huru hara dan saya tidak mengarahkan untuk mewujudkan lompang keselamatan.”

Ramai rakyat Palestin yang hidup di bawah pentadbiran tiga dekad Mubarak menyifatkan sebagai kejayaan apabila melihat beliau dipenjarakan. REUTERS

No comments:

Post a Comment