14 August 2014

[ Hanya kerana As-sisi . Luahan dari seorang rakyat Mesir yang berada di Baitullah ]


Risalah dari warga Mesir di Saudi..

Berlaku ke atas diriku demi Allah

Hari ini saya berada di Masjidil Haram yang mulia. Tepat jam 3 pagi sebelum menjelang Subuh saya berada di dataran tempat tawaf untuk menunaikan solat sunat sebelum menjelangnya fajar. Kelihatan di tempat tawaf itu dipenuhi dengan pasukan keselamatan. Maka saya bertanya, "apa berita?" Lalu seseorang menjawab, "As-Sisi berada di dalam Kaabah sekarang".

Lantas saya pergi solat di hujung tempat tawaf supaya saya tidak melihatnya.

Ketika saya sedang solat lalu saya dikejutkan dengan suara yang tinggi berkata, "Buka jalan Haji..Jalan Haji" (iaitu petugas atau polis yang meminta untuk dibuka laluan). Saya tetap meneruskan solat saya lalu seorang anggota polis menolak saya ketika saya bersolat dan berkata "Lepas ni.." (iaitu solat selepas ini).

Demi Allah, saya hampir menangis waktu ini. Bukan kerana saya disakiti, demi Allah tetapi adakah sampai ke tahap ini mereka mengganggu orang yang sedang bersolat semata-mata untuk membesar dan mengagungkan para pemimpin?

Sedangkan saya tidak berdiri dekat dengan pasukan keselamatan untuk mengawal si pembunuh itu (As-Sisi) keluar dari tempat tawaf.

Kemudiannya saya mendoakan laknat untuk As-Sisi hingga saya terlupa untuk mendoakan kebaikan bagi diri saya.

Saya memohon kepada Allah agar Dia menerima doa saya dan menyegerakan kebinasaan untuk setiap orang zalim wahai Tuhan semesta Alam

14 Ogos 2014

ٍsumber : Malaysians 4 Egypt - M4E

kredit : Akhukum Abdul Malik.
 

No comments:

Post a Comment