21 August 2014

[33 ORANG SHEIKH AZHAR TELAH DIBUNUH DALAM OPERASI RABAAH]


Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr Munir Juma'ah berkata, pada hari serangan menggempur dataran Rabaah dan Nahdhah tanggal 14 Ogos 2013, ramai para ulamak yang menjadi mangsa keganasan tersebut kerana bilangan mereka agak ramai yang berada di lokasi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Gerakan "Ulamak Menentang Rampasan Kuasa" dalam kenyataan kepada akhbar Ikhwan berkata, pada pagi hari serangan tersebut terdapat sebilangan para imam dan ulamak yang berada di lokasi sambil memberikan kata-kata semangat kepada para pemuda, maka dengan mudah pasukan penembak tepat kudeta yang berada di atas bangunan mensasarkan kepala-kepala para ulamak ini.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 33 orang imam dan ulamak Al-Azhar syahid pada hari tersebut. Antara mereka ialah:

-Dr.Abdur Rahman Uwais (ulamak Tafsir Al-Quran Jabatan Usuluddin)
- Syeikh Mahmoud Abdul Samad (anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia)
- Syeikh Sa'id Al-Jazzar
- Syeikh Mohammed Abdul Aziz dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, beliau menyaksikan sendiri jumlah mereka yang cedera terlalu ramai, antara mereka ialah para pensyarah dari Fakulti Syariah Islamiyah.

"Bahkan, sebelum itu mereka telah membunuh 13 orang ulamak Al-Azhar dalam tragedi berdarah Solat Subuh (yang berlaku pada 8 Julai 2013), antara mereka ialah as-Syahid Dr Yaser Toha".

Beliau turut mengecam para ulamak yang "hanya memakai pakaian Azhar yang rasmi semata-mata untuk bekerja" tanpa mengambil pendirian yang tegas.

"Hairan dengan pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad Toyyib, Mukhtar Jumaah (Menteri Wakaf), Dr.Ali Jumaah (bekas Mufti) dan Dr Syauqi Allam (Mufti sekarang) yang kami lihat tiada pendirian untuk mempertahankan kebenaran."

Sambil melahirkan kekesalan beliau bertanya, "Jika seorang paderi Kristian ditimpa sesuatu kecelakaan, mereka (ulamak-ulamak itu) akan meninggikan suara dan bercakap untuk pertahankan darah warga Mesir. Jika berlaku pencerobohan ke atas sesebuah gereja mereka akan pergi menziarahi beramai-ramai tetapi masjid-masjid sebagai rumah Allah dicerobohi pada zaman Dr Mohammad Morsi bahkan seorang imam, Syeikh Mahellawi diserang di masjid beliau di Iskandariah, semuanya membisu."

Hasbiallahu wanikmal wakil.

Sumber : FJP
Kredit : Akhukum Abdul malik.

No comments:

Post a Comment