29 August 2014

Mursi berdepan tuduhan baru


Kaherah: Pegawai kehakiman berkata, pendakwa raya Mesir mengemukakan tuduhan baru terhadap bekas presiden Mohammed Mursi, membabitkan dakwaan membocorkan dokumen rahsia kepada Qatar yang juga sekutu Ikhwanul Muslimin.

Tuduhan terbaru itu bererti Mursi kini menghadapi empat kes sejak digulingkan pada musim panas tahun lalu dan turut membabitkan televisyen al-Jazeera yang berpejabat di Doha.


Menurut pegawai terbabit semalam, kertas pertuduhan terhadap Mursi menuduhnya menyerahkan fail keselamatan negara kepada Qatar melalui al-Jazeera ketika masih menjadi presiden kononnya ‘akan menggugat keselamatan negara.’

Mursi turut menghadapi tuduhan bersubahat dengan kumpulan luar, menghasut pembunuhan penentangnya dan membantu banduan lari dari penjara ketika revolusi 2011 yang melihatnya dilantik menjadi presiden selepas kejatuhan Hosni Mubarak. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/29

28 August 2014

Mesir siasat Morsi disyaki dedahkan dokumen keselamatan kepada Qatar

KHAMIS, 28 OGOS 2014 @ 8:35 AM

 
KAHERAH: Mesir membuka kertas siasatan terhadap bekas presiden Mohamed Morsi kerana disyaki mengagihkan dokumen yang berkaitan keselamatan negara kepada Qatar.

Agensi berita tempatan MENA hari ini melaporkan, Morsi yang sedang menghadapi beberapa tuduhan yang membawa kepada hukuman mati dengan penyokongnya yang terbabit dengan keganasan pada Julai 2013 sehingga mengorbankan lebih 1,400 nyawa, disyaki memberikan dokumen itu menerusi rangkaian Al-Jazeera ketika menjadi Presiden.

Pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri Mesir menuduh setiausaha Morsi, Amin El-Serafi menyebarkan dokumen berkaitan tentera, termasuk kekuatan senjata dan pergerakan askar kepada ketua editor Al-Jazeera dan anggota Pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Pergerakan itu kemudian disenaraikan sebagai kumpulan pengganas selepas Morsi digulingkan pada 3 Julai 2013.

Hubungan antara Mesir dan Qatar renggang selepas Morsi jatuh daripada pemerintahan dengan Kaherah menuduh Qatar sebagai negara kaya di rantau Arab menyokong Ikhwanul Muslimin. - AFP

27 August 2014

Media Mesir umum gencatan senjata Gaza

RABU, 27 OGOS 2014 @ 12:20 AM

KEPULAN asap dan api menjulang dari rumah pemimpin Islamic Jihad, Nafez Azzam, di Rafah, selatan Gaza, yang menjadi sasaran serangan udara Israel semalam sebelum media Mesir mengumumkan gencatan senjata baharu antara Israel dan Palestin.
 
KAHERAH: Media Mesir mengumumkan gencatan senjata antara Hamas dan Israel bagi menghentikan peperangan Gaza selama tujuh minggu yang sudah mengorbankan lebih 2,200 nyawa.

Televisyen Mesir dan agensi berita nasional MENA mengumumkan persetujuan itu malam tadi. Kedua-dua media itu menyatakan ia akan bermula pada 7 petang waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) tanpa memberikan butiran lanjut.

Terdahulu, jurucakap Hamas dan Islamic Jihad, dua kumpulan utama yang memerangi Israel di Gaza, menyatakan satu gencatan senjata sudah dipersetujui.

Menurut mereka, gencatan senjata itu tiada tempoh khusus dan antara lain membabitkan persetujuan mengendurkan sekatan terhadap Gaza bagi membenarkan kemasukan bekalan dan bahan binaan ke wilayah itu.

Pihak Israel belum lagi memberi sebarang kenyataan. - AP

26 August 2014

Sisi talibarut amerika. Tiada layanan vip untuknya di rusia.

Soalan Pengacara Al Jazeera kepada Usamah Muhammad Mursi..

Soalan Pengacara Al Jazeera kepada Usamah Muhammad Mursi..
Pengacara:Apa akan berlaku kalau ayah anda dijatuhkan hukuman mati..?

Usamah:Apalah sangat kalau dia dihukum mati,dibunuh dipenjara..Kita tidak menyembah individu wahai tuan..dihadapan kita isu isu anak watan kita akan sempurnakan sama ada dengan Muhammad Mursi atau tanpa Muhammad Mursi!!

Tahukah anda bahawa

Tahukah anda bahawa Abdul Nasir Presiden Komplek Tidak Pernah menyebut Masjid Al Aqsa kalo Satu kali Ucapan Dalam ucapannya Dia Tidak Pernah Menang Dalam Mana Mana peperangan Sepanjang pemerintahanya Dialah Rampasan kuasa merampas KERAJAAN Presiden Komplek Muhammad Najib Dialah Yang mengasas KERAJAAN Tentera Dia lah Yang Pertama Yang mengasas kan PENJARA ngeri Dia lah Yang Menghapuskan mahkamah syariah Dialah Yang menggagalkan Projek Empangan makin sukses tenggelam Habis tanaman Pertanian Dia lah Yang menjadikan status Syeikh Al Azhar dipilih Bukan diundi Yang menyebabkan ramainya ulama pengampu Dia lah Yang menangkap memenjara dan membunuh ulama ulama Dialah Yang menerima dan Komplek Sudah Bersama-kemudian dipisahkan Komplek Zain Sudan Zain Dialah Yang mengambil Komplek Sedang Gaza besamanya-kemudian dipisahkan dan memencilkan Sinai Pound Komplek zaman Farouq bersamaan zamanya 4 dolar 2.5 Pengukuhan dolar Sahaja Dia lah Yang Membantu India Hindu melawan Pakistan Muslim dan memisahkan Bangladesh Dengan Pakistan Dia lah Yang menolong Tito komunis melawan Yugoslavia Dia lah Yang menyokong Julius Niriri di Tanzania melawan muslimin di Zanjibar dan Tanjanika Dialah Yang menyebabkan Gandum Sebagai Makanan Asasi dilarang tanam secara berpuak meluas Dialah Yang menyeru rakyat kearah taksub Nasionalisme Tahukah Anda BAHAWA Syeikh MUTWALLI SHARAWI sujud Syukur KERANA ABDUL NASIR kalah

Abdul Nasir Presiden Mesir tidak pernah menyebut Masjid Al Aqsa walau satu kali dalam ucapan ucapannya
Dia tidak pernah menang dalam mana mana peperangan sepanjang pemerintahanya
Dialah kudeta merampas kerajaan Presiden Mesir Muhammad Najib 
Dialah yang mengasas kerajaan tentera
Dia lah yang pertama yang mengasas kan penjara ngeri
Dia lah yang menghapuskan mahkamah syariah
Dialah yang menggagalkan projek empangan sehingga tenggelam habis tanaman pertanian
Dia lah yang menjadikan status syeikh Al Azhar dipilih bukan diundi
yang menyebabkan ramainya ulama pengampu
Dia lah yang menangkap memenjara dan membunuh ulama ulama
Dialah yang menerima Mesir dan Sudah bersama kemudian dipisahkan Mesir lain Sudan lain
Dialah yang mengambil mesir sedang Gaza besamanya kemudian dipisahkan
dan memencilkan Sinai
Pound mesir zaman Farouq bersamaan 4 dollar zamanya 2.5 dolar sahaja
Dia lah yang membantu India Hindu melawan Pakistan Muslim dan memisahkan Bangladesh dengan Pakistan
Dia lah yang menolong Tito komunis melawan Yugoslavia
Dia lah yang menyokong Julius Niriri di Tanzania melawan muslimin di Zanjibar dan Tanjanika
Dialah yang menyebabkan gandum sebagai makanan asasi dilarang tanam secara meluas
Dialah yang menyeru rakyat kearah taksub Nasionalisme
TAHUKAH ANDA BAHAWA SYEIKH MUTWALLI SHARAWI SUJUD SYUKUR KERANA ABDUL NASIR KALAH

19 terbunuh dalam kemalangan bas di Mesir

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 3:34 PM

 
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila dua bas mini berlanggar dan terjatuh ke dalam terusan berhampiran bandar raya pelancongan Luxor awal hari ini.

Agensi berita MENA melaporkan, mangsa dalam perjalanan ke majlis perkahwinan apabila kemalangan itu berlaku lewat malam tadi.

Laporan itu menyatakan kedua-dua bas mini terbabit dipandu dengan laju dan berlumba antara satu sama lain, yang mengakibatkan kemalangan itu. Ia menyatakan keadaan gelap pada waktu tengah malam menyukarkan usaha menyelamat.

Ketua perkhidmatan kecemasan tempatan, Abu al-Naga al-Haggagi dipetik sebagai berkata enam orang masih hilang berikutan kejadian itu dan anggota keselamatan sedang berusaha untuk mencari mereka.

Minggu lalu, dalam satu kejadian lain, 38 orang terbunuh dan berpuluh lain cedera apabila dua bas berlanggar di Semenanjung Sinai. - AP

Mesir cadang gencatan senjata baharu Israel-Palestin


KAHERAH 26 Ogos - Mesir mencadangkan supaya diadakan gencatan senjata baharu di Gaza, sekali gus membuka sekatan bagi membawa masuk keperluan perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Palestin.
"Kami mengakui memang terdapat cadangan untuk diadakan gencatan senjata sementara bagi membolehkan kemudahan perubatan dan bahan mentah binaan dibawa masuk. Perbincangan mengenainya mungkin akan berjalan selama sebulan.
"Sememangnya kami bersedia untuk menerima cadangan ini, tetapi kami harus melihat maklum balas daripada Israel terlebih dahulu," kata seorang pegawai Palestin yang enggan mendedahkan namanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140826/lu_02/Mesir-cadang-gencatan-senjata-baharu-Israel-Palestin#ixzz3BTO9tT4n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak pembantu Mursi bebas

Karima al-Seirfy
Karima al-Seirfy
KAHERAH - MESIR . Sebuah mahkamah di Mesir membebaskan pelajar universiti, Karima al-Seirfy, semalam.

Karima, 18, yang juga anak pembantu bekas presiden Mesir, Amin al-Seirfy sebelum ini dituduh kerana mengintip.

Pelajar lulusan ijazah dari Pusat Pengajian Undang-Undang dan Perundangan Al-Azhar itu dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Ketika serbuan di pangsapurinya di Heliopolis Julai lalu, polis mengambil semua barang peribadi miliknya termasuk barang kemas, televisyen, telefon bimbit dan pakaian.

Difahamkan, Karima dan beberapa lagi tahanannya lain mengadakan mogok lapar lebih 96 hari sebagai protes terhadap tangkapan itu yang disifatkan tidak adil, dipetik dari laporan Middle East Monitor

23 August 2014

38 maut kemalangan bas

Pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.
Pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa di tempat kejadian.
KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 38 penumpang maut manakala 41 yang lain cedera selepas dua buah bas pelancongan bertembung di Semenanjung Sinai di Mesir, awal pagi semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Mohamed Lasheen memberitahu, sebanyak 30 ambulans dikejarkan ke kawasan kemalangan dan usaha mengeluarkan mangsa daripada serpihan bas sedang giat dilakukan, menurut Ahram Online.

Ketika kejadian, dua buah bas yang membawa kira-kira 80 penumpang termasuk empat pelancong asing iaitu dua rakyat Arab Saudi dan seorang rakyat Yaman serta Ukraine sedang dalam perjalanan dari Kaherah ke resort Sharm El-Sheikh.

33 maut, 41 cedera nahas bas di Mesir

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 12:20 PM

 
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 33 orang maut dan berpuluh lain cedera apabila dua bas terbabit dalam kemalangan sebelum subuh hari ini di Semenanjung Sinai di sini.

Agensi berita rasmi MENA memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Mohamed Lashin sebagai berkata warga Russia, Yaman dan Arab Saudi adalah antara lebih 41 orang yang cedera.

Lashin berkata mereka yang cedera dipindahkan ke dua hospital di kawasan berkenaan. Beliau berkata mangsa masih lagi dikeluarkan daripada serpihan kemalangan, menyebabkan jumlah terkorban mungkin meningkat.

Bas itu sedang dalam perjalanan di bahagian selatan Sinai, salah sebuahnya dari Sharm el-Sheikh dan sebuah lagi dari wilayah Nile, kata sumber keselamatan. - Reuters

33 maut dalam kemalangan bas


KAHERAH 23 Ogos - Satu kemalangan berhampiran resort popular di Laut Merah, di sini, yang melibatkan dua bas, semalam telah menyebabkan seramai 33 orang terbunuh.
Kedua-dua bas yang datang dari arah bertentangan berlanggar di jalan utama yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Sharm el-Sheik di Semenanjung Sinai.
Menurut pegawai kecemasan, Khaled Abu Hahem, seramai 41 yang lain tercedera, manakala dua warganegara Arab Saudi merupakan antara mangsa terkorban dalam kemalangan itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140823/lu_03/33-maut-dalam-kemalangan-bas#ixzz3BACgqayh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 August 2014

Sekurang-kurang 27 maut dalam nahas bas di Mesir

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 12:20 PM

 
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan berpuluh lain cedera apabila dua bas terbabit dalam kemalangan sebelum subuh hari ini di Semenanjung Sinai di sini.

Agensi berita rasmi MENA memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Mohamed Lashin sebagai berkata warga Russia, Yaman dan Arab Saudi adalah antara lebih 40 orang yang cedera.

Lashin berkata mereka yang cedera dipindahkan ke dua hospital di kawasan berkenaan. Beliau berkata mangsa masih lagi dikeluarkan daripada serpihan kemalangan, menyebabkan jumlah terkorban mungkin meningkat.

Bas itu sedang dalam perjalanan di bahagian selatan Sinai, salah sebuahnya dari Sharm el-Sheikh dan sebuah lagi dari wilayah Nile, kata sumber keselamatan. - Reuters

Kaherah, Tunisia hentikan penerbangan ke Libya

TUNISIA 22 Ogos - Lapangan Terbang Kaherah dan Tunisia semalam membatalkan beberapa penerbangan ke Libya, sehari selepas
kerajaan Libya menyatakan pesawat perang yang tidak dikenali telah menyerang kedudukan kumpulan bersenjata di Tripoli.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Tunisia bagaimanapun, tidak memberikan penjelasan tetapi agensi berita Libya LANA dan pegawai-pegawai Mesir berkata pihak berkuasa lapangan terbang Kaherah telah membatalkan penerbangan atas sebab-sebab keselamatan.
Penerbangan dari Tunis ke bandar Labraq di timur Libya, dan juga dari bandar Iskandariah ke Libya masih beroperasi, kata seorang pegawai penerbangan Libya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140822/lu_06/Kaherah-Tunisa-hentikan-penerbangan-ke-Libya#ixzz3B4LJL0gK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

21 August 2014

[33 ORANG SHEIKH AZHAR TELAH DIBUNUH DALAM OPERASI RABAAH]


Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr Munir Juma'ah berkata, pada hari serangan menggempur dataran Rabaah dan Nahdhah tanggal 14 Ogos 2013, ramai para ulamak yang menjadi mangsa keganasan tersebut kerana bilangan mereka agak ramai yang berada di lokasi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Gerakan "Ulamak Menentang Rampasan Kuasa" dalam kenyataan kepada akhbar Ikhwan berkata, pada pagi hari serangan tersebut terdapat sebilangan para imam dan ulamak yang berada di lokasi sambil memberikan kata-kata semangat kepada para pemuda, maka dengan mudah pasukan penembak tepat kudeta yang berada di atas bangunan mensasarkan kepala-kepala para ulamak ini.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 33 orang imam dan ulamak Al-Azhar syahid pada hari tersebut. Antara mereka ialah:

-Dr.Abdur Rahman Uwais (ulamak Tafsir Al-Quran Jabatan Usuluddin)
- Syeikh Mahmoud Abdul Samad (anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia)
- Syeikh Sa'id Al-Jazzar
- Syeikh Mohammed Abdul Aziz dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, beliau menyaksikan sendiri jumlah mereka yang cedera terlalu ramai, antara mereka ialah para pensyarah dari Fakulti Syariah Islamiyah.

"Bahkan, sebelum itu mereka telah membunuh 13 orang ulamak Al-Azhar dalam tragedi berdarah Solat Subuh (yang berlaku pada 8 Julai 2013), antara mereka ialah as-Syahid Dr Yaser Toha".

Beliau turut mengecam para ulamak yang "hanya memakai pakaian Azhar yang rasmi semata-mata untuk bekerja" tanpa mengambil pendirian yang tegas.

"Hairan dengan pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad Toyyib, Mukhtar Jumaah (Menteri Wakaf), Dr.Ali Jumaah (bekas Mufti) dan Dr Syauqi Allam (Mufti sekarang) yang kami lihat tiada pendirian untuk mempertahankan kebenaran."

Sambil melahirkan kekesalan beliau bertanya, "Jika seorang paderi Kristian ditimpa sesuatu kecelakaan, mereka (ulamak-ulamak itu) akan meninggikan suara dan bercakap untuk pertahankan darah warga Mesir. Jika berlaku pencerobohan ke atas sesebuah gereja mereka akan pergi menziarahi beramai-ramai tetapi masjid-masjid sebagai rumah Allah dicerobohi pada zaman Dr Mohammad Morsi bahkan seorang imam, Syeikh Mahellawi diserang di masjid beliau di Iskandariah, semuanya membisu."

Hasbiallahu wanikmal wakil.

Sumber : FJP
Kredit : Akhukum Abdul malik.

[Bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dipenjarakan semula]



20 Ogos 2014 - Syeikh Mehdi Akif, bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin. Dari hanya seorang guru Pendidikan Jasmani berjuang di lapangan dakwah hingga dilantik Mursyidul Am Ikhwan yang ketujuh bermula tahun 2004 hingga 2010.

Beliau antara pimpinan Ikhwan yang kembali merengkuk dalam penjara. Kini berhadapan dengan pelbagai kes-kes mahkamah palsu yang direka oleh kudeta untuk menyusahkan kehidupan murabbi ummah ini.

Syeikh Mehdi kembali merengkuk dalam penjara yang sebelumnya pernah beliau berada di hari-hari pemerintahan Mubarak. Usianya menjangkau 80 tahun, langkahnya kian lemah setiap kali dilihat memasuki mahkamah. Pihak penjara telah berkali-kali menolak permohonan beliau untuk menerima rawatan di hospital. Tetapi semangatnya tidak mampu dilunturkan.

Semoga Allah menguatkan hati murabbi ini dan membebaskannya untuk kembali ke pangkuan ummah yang sedang menanti penuh kerinduan.

Sumber : Nafhidatul Misr / Al-Jazeera
Kredit : Akhukum Abdul Malik
#mesirkini
#R4BIA

20 August 2014

[ RAJA SAUDI DIKURNIAKAN Phd AL AZHAR ]



Majlis Tertinggi Al Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh al Azhar mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Phd) dari Universiti Al Azhar kepada Raja Saudi , Raja Abdullah.

Admin : Pada beberapa minggu yang lalu, As-sisi diberikan pingat tertinggi oleh Raja Abdullah. Maka kini, sebagai balasannya, Raja Abdullah mendapat Ijazah Kehormat Doktor falsafah(Phd) dari Al- Azhar. Bertukar-tukar pingat.

20 Ogos 2014.

19 August 2014

[ Antara dua keadaan ]



Gambar Di atas adalah Askar Mesir yang menjaga perbatasan diantara Mesir- Israel.

Manakala, Gambar di bawah adalah Pihak keselamatan dan Askar Mesir yang menjaga keselamatan di kawasan Universiti Al-Azhar.

19 Ogos 2014

Sumber : Ikatan Ulama sedunia / Malaysians 4 Egypt - M4E

18 August 2014

As-Syahid Umar Ramadhan, 24 tahun terbunuh di Al-Matariyyah ketika sedang menyertai sebuah perarakan.

As-Syahid Umar Ramadhan, 24 tahun terbunuh di Al-Matariyyah ketika sedang menyertai sebuah perarakan. 

Damailah dikau dalam syurga-Nya. 

Sumber : Laman Fb FJP 

#mesirkini

17 August 2014

Akhbar Mesir dedah isi perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel


Sebahagian penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di dalam sebuah masjid yang musnah dibedil tentera Israel di Gaza City, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 16 Ogos - Rangka kerja perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Hamas, termasuk isu sensitif, didedahkan oleh sebuah akhbar Mesir hari ini, ketika rundingan antara dua pihak bertelagah masih belum mencapai persetujuan muktamad untuk menamatkan konflik di Gaza.
Akhbar Al-Shorouk yang memetik sumber kerajaan Mesir melaporkan, terdapat kemajuan dalam rundingan yang diusahakan Kaherah dan kedua-dua pihak bersetuju untuk membincangkan usul rangka kerja perjanjian damai selepas hampir seminggu berbincang.
Jelas laporan itu, antara 11 syarat yang dikemukakan dalam draf itu, Israel akan menghentikan serangan udara, laut dan darat ke atas Gaza dan berjanji tidak akan memasuki wilayah Palestin atau mengancam penduduknya.
Hamas pula akan menghentikan serangan roket ke atas Israel dan tidak membina terowong bawah tanah di luar wilayah Gaza selain tidak akan mengancam keselamatan penduduk Yahudi.
Berkaitan isu sempadan pula, rejim Zionis akan menarik sekatan bagi memudahkan urusan keluar masuk penduduk, barangan dan bahan binaan antara Tebing Barat dan Gaza mengikut persefahaman yang dicapai Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA).
"Israel akan bekerjasama dengan PA untuk menguruskan wang yang disalurkan ke Gaza dan menghapuskan sekatan keselamatan di bahagian utara dan timur wilayah terbabit dengan menyerahkan tugas itu kepada pihak keselamatan Palestin bermula Januari tahun depan.
"Penduduk Gaza juga diberi kebenaran untuk menangkap ikan sejauh 11 kilometer dari kawasan pesisiran pantai berbanding 5.5 kilometer sebelum ini," tambah laporan tersebut.
Rundingan dijangka bersambung untuk membincangkan dua isu penting iaitu tuntutan Hamas untuk membina sebuah lapangan terbang di Gaza dan permintaan Israel agar aktiviti ketenteraan pergerakan Palestin itu dihentikan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140817/lu_02/Akhbar-Mesir-dedah-isi-perjanjian-gencatan-senjata-Hamas-Israel#ixzz3Ab9jdHFQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 August 2014

Mereka Bersama R4BIA

Protes ulang tahun Rabb'a, enam maut


  • Penyokong Mursi menyekat jalan dengan membakar tayar di utara Kaherah.Penyokong Mursi menyekat jalan dengan membakar tayar di utara Kaherah.

KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terbunuh dan puluhan lagi ditahan polis selepas mereka mengadakan demonstrasi di sekitar bandar seluruh Mesir sempena ulang tahun pembunuhan ratusan penunjuk perasaan ketika penggulingan Presiden Mohamed Mursi di Dataran Rabb'a tahun lalu.

Menurut Ahram Online, sebuah kumpulan pro Mursi, Perikatan Anti Rampasan kuasa sebelum ini menyeru untuk mengadakan perhimpunan di seluruh Mesir pada hari Khamis bagi menuntut balasan, namun ia gagal mengumpul jumlah peserta yang ramai dan bantahan segera dihentikan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, lima penunjuk perasaan dilaporkan maut di mana dua daripada mereka di tembak ketika rusuhan dengan pihak polis di Giza dan dua lagi terbunuh dalam pertempuran antara penyokong dan penentang Mursi di utara Kaherah.

Mangsa kelima meninggal dunia selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis di selatan Kaherah, manakala seorang lagi mangsa adalah anggota polis yang maut selepas penyerang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaikinya di selatan Helwan.

Penganalisis Ammar Ali Hassan berkata, insiden yang berlaku kelmarin merupakan adegan biasa yang melambangkan antara keinginan dan kemampuan.

ketakutakan walaupun berada di rumah Allah.

Beginilah Ditaktor As Sissi melakukan Umrahnya beberapa hari yang lalu. Dijaga begitu ketat, merasa tidak aman dan ketakutakan walaupun berada di rumah Allah.

Pembunuh berdarah dingin ini akan selalu hidup di dalam ketakutkan. Tidak ada jumlah tentara yang cukup yang akan bisa melindunginya dari murka Allah ketika Allah berkehendak.

Na'udzubillahi min dzalik...

15 August 2014

Sempena Setahun peristiwa R4BIA.



14 OGOS 2013 - 14 OGOS 2014.

Pembunuhan beramai-ramai oleh Rejim Kudeta yang diketuai As-sisi terhadap rakyat Mesir yang menyokong pemerintahan Legitimasi di bawah Dr.Mohammad Morsi.

Sumber : Malaysians 4 Egypt - M4E

Pihak berkuasa Mesir mengasari seorang rakyat Mesir di Iskandariyyah.

| Terkini 

Pihak berkuasa Mesir mengasari seorang rakyat Mesir di Iskandariyyah. 

Sumber : Al-Jazeera 

#mesirkini

2 orang terbunuh apabila diserang pihak berkuasa Mesir di Al-Mohandeseen.

| Terkini 

2 orang terbunuh apabila diserang pihak berkuasa Mesir di Al-Mohandeseen. 

Sumber : Al-Jazeera 

#mesirkini

Simbol '4 jari Rabaa' terus hantui rejim As-Sisi


DR SYED AZMAN SYED AHMAD | .

Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan mempopularkan simbol '4 jari Rabaa' dalam satu kempen menyokong rakyat Mesir yang berlangsung di Turki pada Ogos 2013.
TARIKH 14hb Ogos merupakan genapnya setahun peristiwa pembunuhan berdarah di Dataran Raba’ah Adawiah, yang membawa kepada rampasan kuasa pemerintahan Presiden Mohamad Morsi di tangan rejim tentera di Mesir.

Setahun yang lalu, dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan bagi menentang rampasan kuasa oleh rejim tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fattah As-Sisi.

Pada tarikh ini, Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang bertubi-tubi dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan.

Adalah dianggarkan jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa’ ini melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera.

Pada hari itu, polis dan tentera Mesir telah bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Presiden Mohammed Morsi. Turut terbunuh 65 kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.

Polis dan tentera Mesir yang turut disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak telah bertindak menggempur kem penyokong Morsi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah.

Mereka menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata yang beracun untuk menyuraikan ratusan ribu rakyat awam yang berhimpun. Kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala.

Bagi penulis yang pernah bersama-sama berada di Dataran Rabaa’ yang bersejarah ini, tiada bahasa yang dapat digambarkan kerana berpengalaman melihat sendiri kesan kemusnahan serta kebakaran terhadap dataran ini serta Masjid Rabaa’ dan hospital sementara yang terletak bersebelahannya.

Serangan tentera dan polis yang ganas itu telah mengakibatkan Masjid Rabaa terbakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid juga telah dibakar oleh tentera yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.

Namun sehingga kini, simbol empat jari Rabaa’ yang pada mulanya ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan di Istanbul kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.

Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol empat jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.

Simbol empat jari ini memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah bererti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabaah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan serta solidariti terhadap rakyat Mesir yang dibunuh dengan kejam.

Setelah setahun peristiwa berdarah ini, ke mana-mana sahaja kita pergi di seluruh dunia, lambang empat jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan di seluruh pelosok dunia.

Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 jari Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan kepada mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Simbol ‘4 jari Rabaa’ ini juga kini terus menjadi minat anak-anak muda di seluruh dunia yang membantah kekejaman junta tentera Mesir dan ia tersebar luas melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Lambang ini menjadi simbol tanda sokongan anak-anak muda seluruh dunia terhadap rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa junta tentera serta tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Rabaa.

Inilah realiti yang sedang berlaku di Mesir terkini. Simbol ‘4 jari Rabaa’ yang di tunjukkan oleh rakyat di seluruh dunia terus menjadi sumber inspirasi dan senjata bagi berhadapan dengan rejim junta tentera pimpinan As Sisi yang terus melakukan pelbagai kekejaman di Mesir.

Demonstrasi-demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa tentera terus diadakan di seluruh Mesir hampir setiap minggu oleh anak-anak muda dan rakyat awam.

Sehingga kini adalah dianggarkan lebih 30,000 tahanan politik dipenjarakan seluruh Mesir. Mereka termasuk juga pemimpin tertinggi pergerakan Ikhwan Muslimin yang merupakan pergerakan paling berpengaruh di Mesir.

Selain dari Presiden Mohamad Morsi, antara pemimpin Ikhwan lain yang ditahan ialah Mursyid Ikhwan, Mohamed Al-Badie’, speaker parlimen, Saad El-Katatni, menteri-menteri kanan serta Dr. Issam Errian, dan Dr. Mehdi Akif.

Semoga kita tidak lupa dengan nasib saudara-saudara kita di Mesir ini di tengah-tengah kesibukan kita membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di Syria.

Mereka juga sedang menghadapi ujian besar di dalam perjuangan dan ada yang diseksa di penjara-penjara di seluruh Mesir.

Sebahagiannya pula sedang menunggu hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah rejim tentera yang di dokong kuat oleh Arab Saudi, UAE dan Amerika Syarikat serta sekutu mereka. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014

14 August 2014

[ Hanya kerana As-sisi . Luahan dari seorang rakyat Mesir yang berada di Baitullah ]


Risalah dari warga Mesir di Saudi..

Berlaku ke atas diriku demi Allah

Hari ini saya berada di Masjidil Haram yang mulia. Tepat jam 3 pagi sebelum menjelang Subuh saya berada di dataran tempat tawaf untuk menunaikan solat sunat sebelum menjelangnya fajar. Kelihatan di tempat tawaf itu dipenuhi dengan pasukan keselamatan. Maka saya bertanya, "apa berita?" Lalu seseorang menjawab, "As-Sisi berada di dalam Kaabah sekarang".

Lantas saya pergi solat di hujung tempat tawaf supaya saya tidak melihatnya.

Ketika saya sedang solat lalu saya dikejutkan dengan suara yang tinggi berkata, "Buka jalan Haji..Jalan Haji" (iaitu petugas atau polis yang meminta untuk dibuka laluan). Saya tetap meneruskan solat saya lalu seorang anggota polis menolak saya ketika saya bersolat dan berkata "Lepas ni.." (iaitu solat selepas ini).

Demi Allah, saya hampir menangis waktu ini. Bukan kerana saya disakiti, demi Allah tetapi adakah sampai ke tahap ini mereka mengganggu orang yang sedang bersolat semata-mata untuk membesar dan mengagungkan para pemimpin?

Sedangkan saya tidak berdiri dekat dengan pasukan keselamatan untuk mengawal si pembunuh itu (As-Sisi) keluar dari tempat tawaf.

Kemudiannya saya mendoakan laknat untuk As-Sisi hingga saya terlupa untuk mendoakan kebaikan bagi diri saya.

Saya memohon kepada Allah agar Dia menerima doa saya dan menyegerakan kebinasaan untuk setiap orang zalim wahai Tuhan semesta Alam

14 Ogos 2014

ٍsumber : Malaysians 4 Egypt - M4E

kredit : Akhukum Abdul Malik.
 

DARI SAUDI

DARI SAUDI
Saya nasihatkan kepada saudara saya yang mulia di KSA..
Usah peduli..Kaabah dan Masjidil Haram dan Mashaaeir selamanya tetap suci..walaupun ianya dijilat anjing yang sesat..tak perlu basuh tujuh kali basuh..

Reaksi As Sisi dikawal ketat ketika buat umrah.
نصيحتى لاخوانى الشرفاء فى المملكة...لاتبالوا سوف تبقى الكعبة والمسجد الحرام والمشاعر طاهرة أبدا.....مهما ولغ فيها كلب ضال ...ولن تحتاج للغسل7 مرات...

mesir berdarah

mesir berdarah

Saudi beri pingat kepada Al-Sisi, masuk Kaabah


http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

4 Gambar Syaitan Bertopengkan Manusia Menerima Pingat Dari Raja Saudi Dan Masuk Dalam Kabah


 

 
Perumpamaan yang layak diberikan kepada Al Sisi. Entah apa yang dilihat oleh Raja Saudi sehingga diberi keistimewaan untuk memasuki ruangan dalam Kabah dan juga menerima anugerah daripada Raja Saudi. Walhal dia inilah yang tidak berhati perut membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Perangai mengalahkan syaitan. Memang padanlah dengan Arab Saudi yang menjadi tali barut Yahudi laknatullah. Sudahlah tidak mahu membantu Palestin malah menunjukkan sokongan kepada Israel dan kaumnya Yahudi laknatullah.

Hari ini, genap setahun peristiwa berdarah Raba'ah Adawiyah


MUSLIHAH MOHD AMIR | .

KUALA LUMPUR: PAS turut bersama-sama melahirkan rasa kepiluan dan kesedihan dalam memperingati setahun peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir oleh rejim As-Sisi di dataran Rabaah Adawiyyah tahun lalu.

Hari ini, 14 Ogos adalah genap setahun di mana ribuan penyokong Presiden sah yang diguling tentera, Dr Mohamad Morsi, dibunuh kerana berhimpun menuntut keadilan terhadap Morsi dan membantah penggulingan kuasa oleh tentera rejim.

Di dataran itulah, ratusan ribu penyokong Morsi berkampung dan berhimpun secara aman menyuarakan bantahan mereka.

Bagaimanapun, tentera rejim menggunakan pendekatan kejam menyuraikan mereka dengan membedil peluru hidup dan menggempur mereka dengan jentera berat seolah olah mereka ini penjenayah.

Dalam serangan berdarah itu, lebih 3,000 penyokong Morsi gugur syahid dan lebih 10,000 lagi cedera.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan wajar untuk memperingati setahun peristiwa berdarah ini.

Menurutnya, PAS juga akan terus memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir serta mendoakan agar mereka terus Istiqamah bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi ujian-ujian yang besar ini.

"Dalam kita membicarakan isu Gaza jangan pula kita melupai doa dan munajat kita bagi saudara kita di Mesir yang sehingga kini terus dizalimi oleh kerajaan rejim As-Sisi, " katanya kepada Harakahdaily.

Bersempena mengigagati peristiwa berdarah ini, PAS katanya mendesak As-Sisi untuk membebaskan seluruh tahanan politik bukan sahaja dari kalangan Al-Ikhawan muslimin bahkan juga dari parti dan NGO yang lain yang dianggarkan hampir 30,000 yang sedang ditahan.

"Kita juga mengesa agar diadakan pilihan raya yang bersih dan adil dengan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara mereka.

"Mereka juga perlu membebaskan presiden Morsi dari tahanan penjara serta mengugurkan segala tuduhan ke atas beliau," tegasnya lagi.

Mesir sebagai mana yang diketahui umum kini berhadapan dengan krisis sama ada dari sudut politik, sosial dan ekonomi sepanjang tahun ini.

Ketidakstabilan politik juga menyebabkan kekurangan pelancong asing yang datang ke negera itu sekaligus turut menjejaskan ekonomi negara itu.

HARAKAHDAILY 14/8/2014

*Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily

Arah siasatan pembunuhan di Mesir

Penyokong penyokong proMursi maut dan cedera Julai lalu.
Penyokong penyokong proMursi maut dan cedera Julai lalu.
NEW YORK - Pemerhati Hak Asasi Manusia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan siasatan berhubung pembunuhan ratusan penunjuk perasaan ketika penggulingan Presiden Mesir Mohammed Mursi di dua dataran Julai tahun lalu.

Dalam satu laporan siasatan selama setahun setebal 188 halaman, kumpulan terbabit menggesa PBB untuk melihat semula enam insiden yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan terancang lapor Reuters.

Pengarah Eksekutif Pemerhati Hak Asasi Manusia Kenneth Roth berkata, ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh dan ribuan lagi ditangkap sejak Mursi digulingkan 3 Julai tahun lalu, dengan angka kematian terbesar di catatkan di Dataran Rabiatul Ada'wiyah dan Rabb'a.

"Kematian terbesar dalam sehari itu semuanya dilakukan oleh pihak keselamatan Mesir," katanya.

Hosni Mubarak nafi bunuh penunjuk perasaan

Hosni Mubarak nafi bunuh penunjuk perasaan

Gambar fail 26 April lalu, ketika Mubarak menghadiri perbicaraan semula di Akademi Polis yang dijadikan mahkamah di Kaherah. - Foto AP 




Kaherah: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam di mahkamah menafikan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada tahun 2011 yang menjatuhkan pentadbiran 30 tahunnya.

Mubarak dijatuhi penjara seumur hidup pada 2012 berkaitan kematian penunjuk perasaan ketika demonstrasi selama 18 hari, tetapi mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula.

Dia dibebaskan daripada tuduhan itu tetapi menjalani hukuman penjara tiga tahun berhubung penggelapan wang di hospital tentera di Maadi, Kaherah.
Mubarak, yang dibicarakan bersama anak-anaknya dan beberapa pegawai kanan, juga menafikan tuduhan rasuah dengan berkata beliau telah berkhidmat sepenuh jiwa raga kepada negara selama 62 tahun, bermula sebagai pegawai tentera dan kemudian presiden.

“Hosni Mubarak, yang berada di depan anda hari ini, tidak mengarahkan sama sekali pembunuhan penunjuk perasaan atau menumpahkan darah rakyat Mesir,” katanya kepada mahkamah melalui kenyataan yang dibacanya.

“Dan saya tidak mengeluarkan atau mengarahkan untuk menyebabkan huru hara dan saya tidak mengarahkan untuk mewujudkan lompang keselamatan.”

Ramai rakyat Palestin yang hidup di bawah pentadbiran tiga dekad Mubarak menyifatkan sebagai kejayaan apabila melihat beliau dipenjarakan. REUTERS

Peserta misi bantuan Kelab Putra 1Malaysia tiba di Kaherah


KAHERAH 13 Ogos - Kumpulan ketiga seramai 43 peserta Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia ke Gaza tiba di Kaherah, Mesir kira-kira pukul 5.10 pagi waktu tempatan.
Ketibaan semua peserta yang terdiri daripada para doktor, sukarelawan dan petugas media disambut Menteri Penasihat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Adlan Mohd. Shaffieq. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_10/Peserta-misi-bantuan-Kelab-Putra-1Malaysia-tiba-di-Kaherah#ixzz3AJcrv4Nc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rundingan terus buntu


Gambar bertarikh 10 Ogos lalu merakamkan penduduk Palestin menunaikan solat Zuhur di Masjid Farouk yang rosak teruk akibat terkena bedilan tentera Israel di kem pelarian Rafah di selatan Genting Gaza. - AGENSI
KAHERAH 13 Ogos - Rundingan antara Hamas dan Israel, di sini bagi membincangkan gencatan senjata berkekalan, yang masuk hari kedua hari ini, masih belum mencapai sebarang keputusan, ketika gencatan senjata selama 72 jam yang diusahakan oleh Mesir, akan berakhir hari ini.
Mesir membentangkan cadangan gencatan senjata kepada kedua-dua pihak terlibat dalam usaha menghentikan krisis di Gaza, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk Palestin di wilayah Palestin itu.
Selepas lebih 10 jam rundingan semalam, delegasi rundingan Palestin memberitahu AP awal pagi ini bahawa cadangan Mesir untuk mengurangkan sebahagian daripada sekatan Israel di Gaza membawa sedikit kelegaan kepada penduduk di wilayah Palestin itu.
Bagaimanapun, cadangan itu dilihat mengenepikan perkara-perkara utama yang menjadi perbalahan kedua-dua pihak termasuk tuntutan Hamas supaya Israel menarik sepenuhnya sekatan di Gaza, dan tuntutan Israel supaya pergerakan Palestin itu melucutkan senjata sebelum rundingan dibawa ke peringkat seterusnya.
Sekiranya kedua-dua pihak menerima cadangan itu, ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Palestin di Gaza kerana akan meningkatkan pergerakan individu dan barangan dagangan ke Tebing Barat selepas penguasaan Hamas di Gaza mengakibatkan sekatan dari Israel dan Mesir pada 2007 yang menjejaskan perniagaan di wilayah tersebut.
"Menurut cadangan Mesir itu, sekatan ke atas Palestin akan ditarik balik secara berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa,'' kata wakil Palestin yang tidak mahu dikenali.
Katanya, cadangan itu menetapkan bahawa Israel akan menghentikan serangan udara ke atas Hamas dan jarak 500 meter zon penampan bersebelahan Gaza dan sempadan Israel akan dikurangkan dari semasa ke semasa.
Pasukan rundingan damai Palestin dan Israel menangguhkan mesyuarat mereka selepas 10 jam perbincangan dan menyambung semula rundingan mereka hari ini, kira-kira 12 jam sebelum gencatan senjata tamat pada tengah malam, selepas gencatan senjata selama 72 jam antara kedua pihak, dikuatkuasakan kelmarin.
Dalam perkembangan berasingan, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Iyad al-Buzam berkata, kira-kira lima orang termasuk seorang wartawan asing terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera ketika pasukan pemusnah bom cuba memusnahkan sebutir peluru berpandu Israel yang tidak meletup. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140814/lu_03/Rundingan-terus-buntu#ixzz3AJa70Rio
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 August 2014

[ Mesir -Arab Saudi bersetuju untuk bekerjasama menentang Ekstremis dan Pengganas ]




Kerajaan Arab saudi yang diketuai oleh raja Abdullah dan Kerajaan Mesir yang diketuai oleh Abdul fattah As-sisi telah bersetuju dan bersepakat untuk bekerjasama bagi menyebarkan kefahaman tentang islam yang sebenar, mengikut " Nilai-nilai murni yang benar dan sederhana dalam islam serta menolak ekstremisme dan keganasan"

Sumber : arab News / Malaysians 4 Egypt - M4E

13 Ogos 2014.

admin : Siapa yang perlu faham dan belajar tentang islam sebenarnya ini?

Hasbunallahu wani'kmal wakil.

Mesir melampau, terlalu kejam


Kaherah: Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam menggesa suruhanjaya siasatan antarabangsa mengadakan inkuiri terhadap pembunuhan sistematik di Mesir pada musim panas tahun lalu yang dianggapnya satu bentuk jenayah kemanusiaan.

Siasatan setahun HRW menunjukkan protes yang membawa kepada penggulingan Presiden Mohammad Mursi pada 3 Julai tahun lalu membabitkan pembunuhan 1,150 penunjuk perasaan dalam tempoh enam minggu.


“Pembunuhan sistematik dan meluas penunjuk perasaan turut disokong bukti kukuh menunjukkan kerajaan menjangka dan merancang pembunuhan beramai-ramai. Ternyata ini jenayah terhadap kemanusiaan,” kata laporan itu.

Sehubungan itu, HRW menggesa inkuiri diadakan terutama membabitkan peranan Presiden Abdel Fattah al-Sisi bersama sekurang-kurangnya 10 pegawai kanan tentera serta pasukan keselamatan.


Hasil laporan itu menganalisis polisi kerajaan selain tindakan diambil dalam tunjuk perasaan diadakan penyokong Mohamad Mursi menjelang kejatuhannya.


Menurut HRW, hasil siasatannya mendapati pihak berkuasa menggunakan kekerasan berlebihan dengan sengaja terhadap penunjuk perasaan ketika melakukan serangan berterusan terhadap perhimpunan berkenaan.

Kejadian paling buruk berlaku pada 14 Ogos tahun lalu apabila pihak berkuasa melepaskan tembakan terhadap tunjuk perasaan di Dataran Masjid Raba’ah al-Adawiyah mengakibatkan sekurang-kurangnya 817 maut dalam tempoh hanya 12 jam.

HRW menggelar kejadian itu ‘hari pembunuhan penunjuk perasaan paling dahsyat dalam sejarah’.

Sehubungan itu, HRW menganggap Mesir menggunakan kekerasan secara sengaja dan tanpa belas.

“Walaupun kerajaan Mesir lazim menggunakan kekerasan berlebihan untuk mengajar penunjuk perasaan, kejadian 14 Ogos tahun lalu itu terlalu kejam.

“Kerajaan gagal memberikan waktu untuk membolehkan orang ramai bersurai, selain tidak memberi amaran sebelum bertindak,” kata laporan itu.

Menurutnya, serangan berkenaan dilakukan dari lima arah berbeza dan ada saksi melihat lelaki bersenjata menembak dari helikopter dan atas bangunan bererti penunjuk perasaan tiada langsung peluang untuk mencari perlindungan.- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/13

Birokrasi, masalah paling besar di Mesir



SEKUMPULAN kanak-kanak Palestin memegang sepanduk dan poster menentang kekejaman tentera Israel di pekarangan sekolah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Rafah, kelmarin. - AFP
KAMI tidak duduk diam di Kaherah, pelbagai sumber digunakan untuk membolehkan kami memasuki Gaza yang ketika itu semakin teruk dibelasah tentera rejim Zionis. Para doktor yang bertugas belum mampu berehat sementara Aidilfitri semakin dekat ketika itu.
Tidak ada daya daripada mendengar bedilan demi bedilan dilakukan oleh rejim Zionis dengan statistik yang gugur syahid semakin meningkat. Lebih mengejutkan, serangan di Rafah, Gaza telah mengakibatkan lapan saudara terdekat Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad pejabat Gaza, Omar Seyam, terkorban.
Kami membuat keputusan untuk melakukan perjalanan sekali lagi kali ini tanpa kumpulan yang lain. Dua kereta digunakan untuk mengangkut lapan anggota bersama semua kotak bantuan perubatan Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza ekoran tiga daripada anggota misi ini sudah kembali ke Malaysia.
Peperangan tidak menunjukkan ada tanda-tanda akan dihentikan cuma sesekali mendengar ada gencatan senjata selama beberapa jam yang ketika itu dilihat tiada siapa yang mahu mematuhinya sama ada di pihak Zionis mahupun cawangan ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam.
Ini merupakan kali terakhir untuk kami mencuba memasuki Gaza selepas empat cubaan sebelum ini dan esok pula merupakan Hari Raya Aidilfitri. Dapat atau tidak itu soal lain, tapi hasrat terakhir kami ialah memasuki Gaza untuk menyerahkan bantuan serta pertolongan doktor-doktor kepada hospital-hospital di Gaza yang memerlukan.
Para pakar perubatan daripada Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) yang ada bersama kami tidak keruan kerana sudah lama tidak 'melakukan pembedahan'. Gatal tangan kata ketua misi perubatan, Dr. Mohamad Nor Sundari.
Kami tiba di pos kawalan tentera di pintu masuk bandar Al Arish seawal mungkin dan segala surat dan permit yang baharu diserahkan ketua misi bantuan, Anas Abdul Wahab. Pegawai yang berkawal menghubungi pegawai yang lebih tinggi di Kaherah untuk bertanyakan mengenai pelepasan perjalanan kami. Mungkin sudah muak untuk mengarahkan kami balik.
"Lima minit… mereka akan beri keputusan," itu kata-kata pegawai di pos pengawal berkenaan. Itu kata mereka. Realitinya, selama 5 jam kami berada di depan pos kawalan berkenaan yang akhirnya kami terpaksa membuat keputusan yang perit dan pedih. Kami sudah terlalu lama di Mesir tanpa dapat mencapai sasaran kami - memasuki Gaza dan memberi bantuan. Kami pulang ke Kaherah hampa.
Segala bekalan ubat-ubatan yang sudah dibeli termasuk wang tunai, kami serahkan kepada pejabat Aman Palestin di Mesir untuk diserahkan kepada penduduk Gaza yang boleh melepasi segala pos kawalan di Mesir memasuki Gaza.
Sehingga kini, walaupun pelbagai pihak daripada beberapa negara mengakui sudah menghantar bertan-tan bantuan ke Gaza, namun belum ada satu pun yang sampai ke sana secara total.
Birokrasi memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Abdel Fatah Al-Sisi sekarang kerana bagi mereka Hamas, yang memenangi pilihan raya Palestin di Gaza adalah pertubuhan pengganas, satu pemikiran dangkal oleh jiran Islam mereka.
Penulis mengikuti misi bantuan kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza, baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_06/Birokrasi-masalah-paling-besar-di-Mesir#ixzz3ADkIgzv3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

HRW: Mesir lakukan pembunuhan 2013


GAMBAR fail bertarikh 14 Ogos tahun lalu, menunjukkan barisan mayat ditempatkan di sebuah rumah mayat selepas anggota keselamatan menggempur dua buah kem pro-Mursi di Kaherah, Mesir. - AFP
KAHERAH 12 Ogos - Kerajaan Mesir pimpinan Presiden Abdel Fateh al-Sisi dilapor melakukan pembunuhan secara beramai-ramai dan sistematik ke atas penunjuk perasaan bekas Presiden, Mohamed Mursi yang ditahan sejak digulingkan pada Julai tahun lalu, lapor badan pemantau hak asasi manusia atau Human Right Watch (HRW) hari ini.
Laporan itu disiarkan hanya sehari selepas Pengarah Eksekutif HRW, Kenneth Roth, dilarang pulang ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendedahkan tentang kes pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Mesir.
Akhbar New York Times yang memetik kenyataan HRW melaporkan, siasatan yang dijalankan selama setahun ke atas laporan tentang berlakunya keganasan pada bantahan tahun lalu, mendapati tindakan kekerasan pihak polis dan tentera terhadap penunjuk perasaan pro-Mursi dilihat sebagai jenayah kemanusiaan.
Jelas laporan itu, insiden keganasan paling teruk terjadi pada 14 Ogos tahun lalu apabila pihak keselamatan Mesir menggunakan kekerasan untuk menyuraikan beribu-ribu penyokong Mursi di masjid Rabaa al-Adawiya dekat Kaherah, menyebabkan lebih 8,00 orang maut walaupun angka kematian dipercayai melebihi 1,000 orang.
Kejadian itu disifatkan sebagai satu daripada pembunuhan penunjuk perasaan terbesar di dunia dalam tempoh sehari dalam sejarah manusia.
"HRW menggesa siasatan dijalankan ke atas Abdel Fattah yang merupakan Menteri Pertahanan dan ketua tentera Mesir ketika kejadian dan beberapa pegawai kerajaan lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim.
"Pembunuhan secara beramai-ramai bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, tetapi turut menyamai jenayah ke atas kemanusiaan," tambah laporan itu yang bertajuk All According to Plan: The Rabaa Massacre and Mass Killings of Protesters in Egypt.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_04/HRW-Mesir-lakukan-pembunuhan-2013#ixzz3ADjfY7YP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

HRW mahu Presiden Mesir disiasat


KAHERAH 13 Ogos - Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi, perlu disiasat kerana terlibat dalam jenayah kemanusiaan, kata badan pemantau hak asasi manusia atau Human Right Watch (HRW), ketika melancarkan laporan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan kerajaan Mesir, tahun lalu.
HRW yang berpangkalan di New York mendakwa,Al-Sisi, Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim dan beberapa pegawai lain adalah tunggak utama dalam rancangan pembunuhan beberapa ribu penunjuk perasaan tahun lalu.
Pihak Berkuasa Mesir bagaimanapun menolak laporan itu yang dianggap berat sebelah dan menuduh HRW melanggar kedaulatan Mesir dan undang-undang antarabangsa dan mengumpulkan bukti tanpa kebenaran untuk menjalankan kajian di negara ini. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_08/HRW-mahu-Presiden-Mesir-disiasat#ixzz3ADiQdYYG
© Utusan Melayu (M) Bhd