30 June 2014

Empat polis Mesir mati ditembak


29 Jun 2014


KAHERAH - MESIR. Empat polis Mesir terbunuh akibat ditembak di kawasan Sinai, semalam, kata sumber keselamatan, lapor Al-Arabiya.

Menurut sumber keselamatan tersebut, polis dibunuh di jalan antara bandar Rafah dan El-Arish di utara Sinai.

Katanya, polis mengesyaki kejadian itu dilakukan oleh kumpulan militan, 'takhfiri'.

Serangan itu dilakukan dengan menahan kenderaan yang dinaiki empat polis berkenaan sebelum menembak mereka.

Kejadian tersebut berlaku sejam selepas pengeboman di pinggir bandar Kaherah yang meragut dua nyawa.

29 June 2014

Letupan bom di pinggir Kaherah



STRUKTUR sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan mengalami kerosakan teruk selepas dua bom meletup di pinggir Kaherah semalam. - REUTERS


KAHERAH - Dua bom yang diletakkan di sebuah tapak pembinaan milik kerajaan meletup di pinggir bandar raya ini semalam menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh.
Menurut beberapa pegawai, ibu remaja tersebut turut cedera dalam kejadian itu yang melibatkan penggunaan sebuah alat komunikasi mudah alih.
Ibu remaja itu merupakan isteri kepada seorang pengawal bangunan.
Menurut pihak pendakwa raya Giza, para penyiasat berkata, dua bom tersebut diletakkan di bawah bangunan tiga tingkat.
Mesir dilanda satu siri serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan sejak Presiden Momaed Morsi digulingkan tentera pada Julai tahun lalu.
Dalam pada itu, satu serangan yang dilakukan sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati dua orang awam di bandar el-Arish, Semenanjung Sinai.
Seorang pegawai keselamatan menyatakan, para penyerang itu melepaskan tembakan di luar rumah seorang pegawai polis.
Ketika kejadian, pegawai polis itu mengiringi dua pekerja dalam kejadian tersebut di luar pintu utama rumahnya.
Namun, pegawai polis itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz35yL5j2Z0 
Hakcipta terpelihara 

Penyokong Mursi tunjuk perasaan sempena 3 Julai


  • Mohammed MursiMohammed Mursi

KAHERAH - MESIR. Pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi berlaku semalam semasa bantahan di beberapa bahagian negara itu, lapor portal berita Al-Ahram.

Di Alexandria, pasukan keselamatan menahan enam penyokong Mursi yang menyertai bantahan di bandar itu.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir, seramai 15 penyokong Mursi ditahan ketika bantahan.

Sementara itu, Jeneral Nasser Al-Abd memberitahu Al-Ahram, pihak keselamatan menahan penunjuk perasaan kerana melanggar undang-undang bantahan yang melarang bantahan tanpa menerima kebenaran dari pihak berkuasa.

Pertempuran juga berlaku di beberapa bandar lain seperi Beni Suef dan Qena.

Tunjuk perasaan itu dibuat ekoran membantah tindakan menahan rakan-rakan mereka dan menentang penggulingan Mursi pada 3 Julai tahun lalu.

Sebuah gabungan pro Mursi telah menyeru penyokong terus membantah dalam persediaan ‘kebangkitan 3 Julai 2014’.

27 June 2014

Wartawan sumbang wang untuk tabung Abdel Fattah



 0  0 Google +0  0  0 Cetak
Kaherah: Seorang wartawan al-Jazeera yang dipenjara rejim Mesir mendermakan sebahagian daripada wangnya untuk tabung diusahakan Abdel Fattah al-Sisi, kata abangnya semalam.

Mohamed Fadel Fahmy dihukum penjara tujuh tahun bersama dua wartawan lain - juga bekerja untuk al-Jazeera kerana kononnya membantu gerakan Islam Ikhwanul Muslimin.


Abang Mohamed Fadel, Adel berkata, sumbangan bernilai kira-kira RM6,440 itu dimasukkan ke Tabung Tahya Misr yang didakwa dibuat hasil inisiatif Abdel Fattah. “Sejak sekian lama Mohamed Fadel bersikap patriotik dan sedar ekonomi Mesir perlukan sokongan,” katanya ketika ditemui media, semalam. Namun Adel menafikan tindakan itu adalah usaha adiknya mendapatkan pengampunan daripada rejim Mesir. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

25 June 2014

Keputusan mahkamah Mesir tak masuk akal - Aljazeera


MUSLIHAH MOHD AMIR | .

MESIR: Aljazeera menyifatkan keputusan hukuman penjara tujuh ke 10 tahun oleh mahkamah Mesir ke atas tiga wartawan mereka sebagai bertentangan dengam logik akal dan bersalahan dengan prinsip keadilan.
Pengarah rangkaian produksi Aljazeea Dr.Mustafa berkata, perkara itu merupakan satu insiden yang mengejutkan, lapor agensi berita itu.
Mustafa berkata, pihak Al-jazeera akan terus memepertahankan rakan-rakan wartawan mereka yang telah di jatuhkan hukuman tertsebut sehingga keadilan ditegakkan.
Menurut beliau lagi, kesemua wartawan agensi itu menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan profesional dan pihak Aljazeera berjanji untuk meneruskan kempen mereka bagi menuntut kebebasan wartawan tersebut.
Pengarah Aljazeera English Al Anstey turut melahirkan rasa kecewa dan  menggambarkan hukuman ini sebagai 'bertentangan dengan logik'.
Beliau berkata hukuman ini sebagai cubaan menghapuskan survival wartawan.
Katanya, mereka di anggap 'bersalah' kerana mereka telah menjalankan tugas secara jujur dan profesional serta mempertahankan keadilan yang berlaku di sekeliling mereka.
Tambah beliau, hukuman penjara ke atas wartawan itu dibuat tanpa adanya sebarang bukti kukuh, berdasarkan tuduhan palsu serta tempoh perbicaraan itu yang terlalu pendek sehingga ke tahap dakwaan dan penelitian  yang tidak masuk akal.
Semalam, sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas tiga wartawan stesen televisyen Al-Jazeera atas tuduhan membantu gerakan Ikhwanul Muslimin.
Antara yang dikenakan hukuman itu termasuk warga Australia, Peter Greste yang dipenjara tujuh tahun bersama-sama seorang lagi wartawan, Mohamed Fadel Fahmy.
Manakala, penerbit rancangan, Baher Mohamed dikenakan dua pertuduhan yang membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan tiga tahun bagi pertuduhan kedua.
Ketiga-tiga mereka adalah antara 20 defendan dalam perbicaraan yang menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa kerana bimbang dengan sekatan media yang semakin meningkat di Mesir. -HARAKAHDAILY 24/6/2014

*Penulis adalah pelajar Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang sedang menjalani latihan praktikal di Harakahdaily

Abdel Fattah bimbang ekonomi Mesir


KAHERAH 25 Jun - Presiden baharu Mesir bertindak menyerahkan separuh daripada gaji dan hartanya, serta menyeru rakyat negara ini untuk melakukan pengorbanan sama dalam usaha memperbaikan keadaan ekonomi negara.
Ketika berucap dalam satu majlis tamat pengajian tentera, Abdel Fattah al-Sisi berkata, beliau enggan menandatangani kertas cadangan bajet 2014/15 selepas mendapati Mesir sangat bergantung kepada pinjaman untuk menjalankan pentadbiran.
"Kami akan melihat semula bajet ini kerana saya tidak dapat terima keadaan defisit yang tinggi. Saya mahu generasi akan datang hidup dalam keadaan baik, namun jika masalah hutang ini terus membelenggu saya bimbang masa depan kita akan menjadi buruk," jelas Abdel. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140625/lu_05/Abdel-Fattah-bimbang-ekonomi-Mesir#ixzz35b9TRg6j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

24 June 2014

DIHUKUM MATI: INI JAWAPAN DR. MOHAMMED BADIE KEPADA HAKIM


Semasa perbicaran semalam, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammed Badie yang dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera, mengeluarkan kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada pejuang agama Allah.
Dalam satu kenyataan kepada hakim, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata hukuman mati sedikitpun tidak menakutkan beliau, tetapi beliau cuma kecewa kerana tiada lagi keadilan di bumi Mesir.
"Hukuman mati tidak menakutkan saya. Saya tidak takut menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Jihad terbaik adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.
"Saya mengadu kepada Allah tentang tiada lagi keadilan. Saya bertukar dari mangsa kepada tertuduh di bawah rejim rampasan kuasa tentera."
Anak lelaki saya, Ammar dibunuh dan kejadian itu tidak pula pernah disiasat atau dibawa ke mahkamah mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah itu," katanya dipetik Ikhwanweb.com.
Mohammed Badie dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan tanpa kehadiran beliau dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
"Ini adalah ibu segala ketidakadilan, terutamanya apabila pendakwa mengenakan tuduhan rekaan kepada saya dan tertuduh yang lain," katanya lagi.
Mohammed Badie dituduh menyerang dan membakar ibu pejabat polis Odoua di wilayah Minya, serta membunuh seorang anggota polis pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun ketika kejadian, Mohammed Badie dikatakan berada di Kaherah dan bukannya di Minya.
Sehingga kini 1,100 penyokong Presiden Dr Mohamad Morsi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dibawah rejim rampasan kuasa Mesir.
- HARAKAHDAILY, 24/6/2014

Tasneem Abdul Hakeem Lima puluh hari dalam penjara kudeta..hari ini dia bebas.

Amerika menyokong Sisi dan berkonspirasi menjatuhkan Kjaan sah dibawah kepimpinan Mohamad Morsi...

Kerajaan Amerika mencairkan aset bantuan ketenteraan sebanyak USD575 juta kepada kjaan Mesir dibawah Fatah Al Sisi...jelas Amerika menyokong Sisi dan berkonspirasi menjatuhkan Kjaan sah dibawah kepimpinan Mohamad Morsi...

Malaysia apa ceta..?? nak ikut telunjuk Amerika n Israel ker..??

23 June 2014

Al-sisi mendukung penuh rezim Maliki dan bersedia membantu mengirim logistik dan tentaranya.


Al-sisi mendukung penuh rezim Maliki dan bersedia membantu mengirim logistik dan tentaranya.

THE TRUE LOVE.

THE TRUE LOVE.

Al-sisi and Saud king

John Kerry gesa Mesir beri ruang kebebasan politik


KAHERAH 23 Jun - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam menggesa bekas pemimpin tentera Mesir untuk memberi ruang lebih dalam kebebasan politik ketika negara ini sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.
Kerry yang mengadakan lawatan mengejut ke Mesir itu merupakan pegawai tertinggi AS pertama yang menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden awal bulan ini.
Dalam lawatan itu juga, Kerry turut memberi perhatian utama terhadap usaha untuk menyelesaikan masalah politik di Iraq selepas kumpulan militan menawan beberapa bandar.
“Ini merupakan tempoh kritikal dalam perubahan di Mesir dengan cabaran yang besar," kata beliau. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140623/lu_01/John-Kerry-gesa-Mesir-beri-ruang-kebebasan-politik#ixzz35PRx2DBX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 June 2014

Hukuman mati 180 ahli Ikhwanul Muslimin disah


2014/06/22 - 02:28:04

Kaherah: Mahkamah Mesir semalam mengesahkan hukuman mati ke atas lebih 180 anggota Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpin atasan pergerakan itu, kata peguam.

Tidak dapat dipastikan berapa banyak hukuman sebenar yang disahkan, dengan peguam memberikan anggaran daripada 182 hingga 197.

Dalam kes lain, ia menjadi hukuman mati beramairamai paling besar disahkan dalam sejarah Mesir. Peguam memulaukan pembukaan perbicaraan pada 25 Mac lalu bagi membantah hukuman mati beramairamai terdahulu oleh Hakim Said Youssef. Sebulan selepas sesi itu, hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 orang lagi termasuk pemimpin agung Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie.

Tertuduh tidak hadir

Daripada 683 itu, 110 dibicarakan tanpa kehadiran tertuduh, menurut peguam Khaled elKomi.

Hukuman mati ke atas mereka yang tidak hadir terbatal secara automatik di Mesir jika menyerah diri atau ditangkap, dan perbicaraan semula perlu diadakan.

Pemimpin Ikhwanul dihukum mati


KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir semalam mengesahkan hukuman mati ke atas 183 penyokong bekas Presiden, Mohamed Morsi termasuk pemimpin pertubuhan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, kata sumber kehakiman.
Dalam kes yang bermula pada April lalu, Hakim Saeed Youssef mengeluarkan arahan awal berkaitan hukuman mati terhadap 683 yang dituduh menyerbu sebuah balai polis di bandar Al-Idwa di wilayah Minya.
Kumpulan 683 orang itu juga didapati menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh.
Serangan tersebut berlaku ketika anggota-anggota pertubuhan tersebut melakukan tindak balas kerana marah dengan pembunuhan ratusan penyokong Morsi ketika anggota-anggota polis menyuraikan para penunjuk perasaan di dua kem di Kaherah.
Semalam, Saeed mengesahkan hukuman mati ke atas seramai 183 orang.
Empat orang menerima hukuman penjara seumur hidup manakala 496 orang lagi dibebaskan, kata sumber berkenaan.
Kebanyakan yang menerima hukuman itu dibicarakan tanpa kehadiran mereka.
Keputusan itu dibuat dua minggu selepas bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dilantik sebagai Presiden selepas memenangi pilihan raya yang diadakan pada Mei lalu.
Pada minggu ini, Badie juga dijatuhkan hukuman mati di sebuah lagi mahkamah.
Mahkamah itu membuat keputusan tersebut selepas mendapati dia dan 13 orang lagi bersalah mencetuskan keganasan sehingga menyebabkan 10 orang terbunuh dekat Masjid Al-Istigama di kawasan perumahan Giza, Kaherah selepas Morsi digulingkan tentera. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz35Ju3K900 
Hakcipta terpelihara 

Mesir sahkan hukuman mati ke atas Badie


KAHERAH 21 Jun - Sebuah mahkamah Mesir mengesahkan hukuman mati ke atas Mursyidul Am Ikhawanul Muslimin, Mohammed Badie (gambar) dan 183 anggota kumpulan pergerakan Islam yang lain atas kesalahan mencetuskan keganasan pada Julai lalu.
Mahkamah Minya sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 orang tetapi keputusan hari ini menyaksikan empat tertuduh termasuk dua wanita dipenjara seumur hidup dan membebaskan 493 defendan yang lain.
Sumber mahkamah memaklumkan, keputusan hukuman mati tersebut bagaimanapun boleh dibantah jika tertuduh membuat rayuan.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan mencetuskan keganasan di pekan Minya pada Julai lalu kerana menentang penggulingan Presiden Mohamed Mursi yang juga merupakan pemimpin kanan Ikhawanul Muslimin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140622/lu_07/Mesir-sahkan-hukuman-mati-ke-atas-Badie#ixzz35JqvyDuX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 June 2014

Hosni Mubarak patah kaki


Kaherah: Pegawai keselamatan Mesir berkata, bekas presiden negara itu, Hosni Mubarak mengalami kecederaan yang menyebabkan kakinya patah di hospital tentera bandar raya ini.

Dia yang menjalani hukuman penjara tiga tahun di hospital itu berhubung kes rasuah dilaporkan tergelincir di bilik air menyebabkan tulang bahagian atas pahanya patah.

Menurut pegawai berkenaan, bekas presiden berusia 86 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaannya.

Hosni yang digulingkan pada 2011 juga berdepan tuduhan menyebabkan ratusan penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat menentang rejim pemerintahannya.

Bulan lepas dia disabitkan kesalahan atas tuduhan penyelewengan dana bernilai jutaan ringgit yang diperuntukkan mengubah suai istana presiden.



- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/20

19 June 2014

AU terima semula Mesir


  • Kali terakhir Mesir menyertai persidangan mesyuarat AU adalah pada tahun lalu iaitu empat hari sebelum penggulingan Mursi. Foto: AFPKali terakhir Mesir menyertai persidangan mesyuarat AU adalah pada tahun lalu iaitu empat hari sebelum penggulingan Mursi. Foto: AFP
KAHERAH - MESIR. Kesatuan Afrika (AU) menerima semula keanggotaan Mesir selepas negara itu digantung keahliannya susulan krisis politik melibatkan penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, Julai lalu.

Kementerian luar Mesir dalam satu kenyataan berkata, AU memenuhi kehendak rakyat seperti dipersetujui ketika referendum.

“Keanggotaan kami diterima semula. Ia penting untuk mencorakkan pelan hala tuju negara seperti terkandung dalam referendum Perlembagaan dan pilihan raya presiden,” katanya kepada Al Ahram.

Selasa, Majlis Keselamatan dan Keamanan AU bersetuju menerima kembali Mesir menjadi sebahagian daripada 54 anggota dalam kesatuan itu.

Dalam perkembangan berasingan, Majlis Wanita Negara (NCW) mengkritik pimpinan Presiden Abdel Fattah Al-Sisi kerana hanya menempatkan empat kerusi wanita dalam Kabinet baharunya.

NCW berkata, perkara itu bertentangan dengan janji Al-Sisi yang sebelum ini mahu memberi lebih kerusi kepada wanita untuk memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Daripada 31 menteri yang mengangkat sumpah hanya empat daripadanya adalah wanita. Mereka  adalah Menteri Perpaduan Sosial; Ghada Waly, Menteri Pembangunan Bandar; Laila Iskandar, Menteri Kerjasama Antarabangsa; Naglaa El-Ahwany dan Menteri Tenaga Manusia; Nahed El-Ashri,” katanya.

Kerajaan baharu Mesir angkat sumpah

Ibrahim (kiri) kekal memegang jawatan sebagai perdana menteri selepas beliau dilantik oleh kerajaan sementara Mesir, Mac lalu.
Ibrahim (kiri) kekal memegang jawatan sebagai perdana menteri selepas beliau dilantik oleh kerajaan sementara Mesir, Mac lalu.
KAHERAH - MESIR. Barisan Kabinet baharu Mesir, semalam mengangkat sumpah dalam sebuah majlis rasmi yang berlangsung di istana presiden di ibu negara.

Media tempatan melaporkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ibrahim Mehleb itu akan dibarisi 30 menteri termasuk empat wanita dan beberapa teknokrat.

Kelmarin, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi turut mengeluarkan dekri untuk menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembaharuan Undang-Undang yang akan diketuai perdana menteri dan dianggotai hakim, peguam serta pakar undang-undang.

Mereka ditugaskan untuk mengkaji draf undang-undang dan dekri dikeluarkan presiden serta perdana menteri kerana ia perlu mematuhi kandungan Perlembagaan 2014.

Difahamkan menurut laporan Al-Ahram, jawatankuasa tersebut juga berfungsi untuk membasmi penipuan, percanggahan atau kekeliruan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri sekali lagi melancarkan kempen melarang sebarang pelekat pada cermin kereta yang berunsur keagamaan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Media, Abdel Fattah Osman memaklumkan pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan dalam masa terdekat untuk memastikan penduduk Mesir mematuhi arahan tersebut.

Beberapa pihak mendakwa larangan terbabit mungkin bertujuan untuk menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin selepas ia diharamkan di negara itu, September lalu.

18 June 2014

Kabinet baharu Mesir angkat sumpah jawatan


KAHERAH 17 Jun - Anggota Kabinet baharu Mesir diketuai Perdana Menteri Ibrahim Mahlab, mengangkat sumpah jawatan, di sini hari ini, dengan kebanyakan jawatan kekal dipegang oleh barisan menteri yang dilantik oleh kerajaan junta sebelum ini.
Kesemua menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden baharu Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada satu majlis yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.
Barisan Kabinet Ibrahim menampilkan 13 muka baharu termasuk bekas Duta Mesir ke Amerika Syarikat, Sameh Shoukri yang dilantik sebagai Menteri Luar bagi menggantikan Nabil Fahmy.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim dikekalkan walaupun beliau terlibat dalam gerakan besar-besaran polis menggempur penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi sehingga mengakibatkan lebih 1,400 orang terbunuh dan lebih 15,000 lagi dipenjara.
Jeneral Sedki Sobhi yang merupakan ketua tentera turut kekal sebagai Menteri Pertahanan.
Hanya satu jawatan baharu iaitu Menteri Pelaburan diwujudkan dipegang oleh Ashraf Salman, bekas pegawai bank pelaburan terkemuka, untuk memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat kebangkitan rakyat sejak 2011 yang menyaksikan bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.
Abdel Fattah yang meraih kemenangan besar pada pilihan raya Presiden pada bulan lalu, berdepan tugas sukar untuk memulihkan kestabilan di Mesir dan ekonomi negara ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140618/lu_05/Kabinet-baharu-Mesir-angkat-sumpah-jawatan#ixzz34wEgBlLl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

17 June 2014

mesir berdarah

Di Iskandariah, manusia mula bangkit, menunjukkan penentangan terhadap As Sisi dan regim tentera itu, besok, difahamkan tunjuk perasaan besar besaran di seluruh mesir..

mesir berdarah

Dan inilah wajah Habibah binti Ahmad Yasir, bapanya salah seorang penasihat akhbar Dr mohammed Morsi, setelah di kafankan sebelum di kebumikan, lihatlah wajah yg tenang menghadap Allah Dalam keadaan syahidah di jalan Allah..

16 June 2014

Bekas pensyarah Al-Azhar ditahan

Sebahagian daripada pengikut Ikhwanul Muslimin yang ditahan ditempatkan di dalam kandang ketika sesi perbicaraan terhadap tuduhan menyebarkan berita palsu serta menyokong kumpulan pengganas di Mesir.
Sebahagian daripada pengikut Ikhwanul Muslimin yang ditahan ditempatkan di dalam kandang ketika sesi perbicaraan terhadap tuduhan menyebarkan berita palsu serta menyokong kumpulan pengganas di Mesir.
KAHERAH - Seorang pengikut Ikhwanul Muslimin yang juga individu paling dikehendaki ditahan di pusat pemeriksaan di ibu negara, Mesir.

Bekas pensyarah Universiti Al-Azhar, Abdallah Hassan Barakat sebelum ini terpaksa hidup dalam pelarian selepas diburu berkaitan tuduhan melakukan keganasan menyebabkan kematian ketika protes pengguling Presiden Muhammed Mursi, Julai tahun lalu di bandar Delta Nil.

Agensi berita Mena melaporkan, Abdullah ditahan ketika dalam perjalanan menaiki kereta bersama anak dan dua saudaranya.

Polis tempatan memberitahu, Abdullah disyaki cuba melarikan diri ke negara jiran kerana kenderaan dipandu sarat dengan beg pakaian dan keperluan asas lain.

“Kesemua mereka ditahan dan ditempatkan di balai polis daerah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, anggota keselamatan masih memburu baki ahli Ikhwanul yang cuba meloloskan diri selepas waran tangkapan dikeluarkan.

Abdallah adalah antara 37 individu termasuk Mursyidul Am Ikhwanul, Mohamed Badie yang dijatuhi hukuman mati dan sedang menunggu perbicaraan 5 Julai ini.

Di bawah undang-undang Mesir, Abdallah berhak dibicarakan semula kerana gagal menghadiri semua prosiding terdahulu, laporan dipetik dari Al Ahram.

14 June 2014

Mesir mohon YouTube tidak siar gambar wanita diserang seksual


2014/06/14 - 15:19:50
KAHERAH: Mesir meminta YouTube agar tidak menunjukkan lagi video mengenai wanita yang diserang secara seksual pada perhimpunan di Dataran Tahrir pada majlis sambutan kemenangan presiden baharu awal minggu ini.

Jurucakap bagi Presiden, Abdul Fattah al-Sisi, berkata permintaan itu disampaikan kepada laman sosial YouTube itu oleh Kedutaan Mesir di Washington.

Wanita terbabit sendiri juga meminta agar video itu dikeluarkan daripada YouTube ketika al-Sisi melawatnya di hopsital Rabu lalu.

YouTube setakat ini masih belum memberi reaksi berhubung perkara itu.

Video grafik itu yang menunjukkan seorang wanita dibogelkan dan diserang di Dataran Tahrir ditonton dengan meluas minggu ini. - Agensi 

12 June 2014

Ikon kebangkitan rakyat Mesir dipenjara 15 tahun


Kaherah: Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas aktivis terkenal kebangkitan rakyat pada 2011 selepas didapati bersalah berhimpun tanpa permit dan menyerang polis.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Alaa Abdel-Fattah adalah yang terberat setakat ini ke atas aktivis yang terbabit secara langsung dalam kebangkitan menggulingkan rejim Hosni Mubarak.


Ia juga kes pertama ke atas aktivis terkenal sejak bekas panglima tentera, Abdel Fattah al-Sisi menjadi presiden.

Dalam tempoh kira-kira 11 bulan selepas Fattah menggulingkan bekas presiden Mohamed Mursi, pihak berkuasa melancarkan tindakan keras secara besar-besaran ke atas penyokong dan anggota Ikhwanul Muslimin dengan menahan sekurang-kurangnya 16,000 orang dan membunuh ratusan pengikut yang lain.


Alaa dijatuhkan hukuman tanpa kehadirannya.


Di samping itu, seramai 24 defendan lain yang didakwa dengan kes sama turut didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara.

Alaa yang juga seorang penulis blog yang lantang menyuarakan pendapat dan kritikannya sudah beberapa kali dipenjarakan sejak tiga tahun lalu.

Dia dan adiknya, Mona Seif yang juga aktivis, adalah antara pemimpin pergerakan yang menggulingkan Hosni pada 2011 dan kerap berkempen menentang perbicaraan tentera ke atas orang awam sejak tentera mengambil alih pemerintahan selama hampir 17 bulan selepas penggulingan berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Mesir berkas tujuh pesalah seksual

Perhimpunan sempena pelantikan al-Sisi dicemari insiden yang menggemparkan masyarakat dunia pada Ahad lalu.
Perhimpunan sempena pelantikan al-Sisi dicemari insiden yang menggemparkan masyarakat dunia pada Ahad lalu.
KAHERAH - MESIR . Seramai tujuh lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual ketika perhimpunan untuk meraikan pelantikan Presiden Abdel Fattah al-Sisi diberkas pihak berkuasa, kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan kesemua suspek berumur 16 hingga 49 tahun itu dipercayai turut melakukan perbuatan sama ke atas beberapa lagi remaja pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak mengesahkan sama ada ketujuh-tujuh individu itu terlibat dalam serangan yang turut dirakamkan menerusi telefon bimbit dan kini tersebar secara meluas di beberapa media sosial termasuk Youtube serta Facebook.

Difahamkan, rakaman perbuatan biadab sekumpulan lelaki yang bertindak membogelkan seorang remaja perempuan di Dataran Tahrir itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Polis mengesahkan mangsa berumur 19 tahun yang mengalami kesan lebam teruk akibat dipukul ketika insiden tersebut dan kini sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, kumpulan aktivis, I Saw Harassment menyelar pasukan keselamatan kerana tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian seperti itu walaupun ia pernah berlaku sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 82 penuntut Universiti Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas disabit bersalah kerana menyertai protes antikerajaan pada awal tahun lalu.

Kesemua mereka yang ditahan pada Disember dan Januari lalu masing-masing dikenakan denda EGP100,000 (RM45,000), dopetik dari laporan AFP.

9 June 2014

mudah-mudahan Allah membalas kejahatan mereka ini.

Dan inilah yang sebenarnya mereka mahu, apabila dijatuhkan kerajaan pimpinan Dr Morsi dan dinaikkan secara zalim Rejim Assisi itu sebagai presiden Mesir yang baru, lalu sempadan refah itu ditutup, maka demensi baru bermula bagi umat yang terhimpit digenting Gazza itu, hari ini tembelang mereka ditunjukkan apabila Mahmoud Abbas Presiden Palestin itu datang mengucup tahniah kepada As Sisi yang berlumuran darah umat islam ditangannya itu. Mereka itu tetap sama memerangi Islam ini.. berbeza tempat tetapi satu wajah utk menghancurkan agama ini.. mudahan Allah membalas kejahatan mereka ini.. Sabarlah wahai Palestin!!!
Photo: Dan inilah yang sebenarnya mereka mahu, apabila dijatuhkan kerajaan pimpinan Dr Morsi dan dinaikkan secara zalim Rejim Assisi itu sebagai presiden Mesir yang baru, lalu sempadan refah itu ditutup, maka demensi baru bermula bagi umat yang terhimpit digenting Gazza itu, hari ini tembelang mereka ditunjukkan apabila Mahmoud Abbas Presiden Palestin itu datang mengucup tahniah kepada As Sisi yang berlumuran darah umat islam ditangannya itu. Mereka itu tetap sama memerangi Islam ini.. berbeza tempat tetapi satu wajah utk menghancurkan agama ini.. mudahan Allah membalas kejahatan mereka ini.. Sabarlah wahai Palestin!!!

Tunggulah wahai Assisi!! dan para tentera mu itu!!

Apakah jasad ini tidak akan menjadi saksi dihadapan Allah nanti? demi Allah setiap titisan darah itu pasti akan menjadi saksi utama di hadapan Allah nanti!! tunggulah wahai Assisi!! dan para tentera mu itu!!

Pengikut Ikhwanul dijatuhi hukuman mati


9 Jun 2014
 Pengikut Ikhwanul dijatuhi hukuman mati
Muhammad Badie dan tahanan lain tetap akur dengan keputusan mahkamah. Foto: AFP

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir kekal dengan keputusan menjatuhkan hukuman mati terhadap 10 pengikut Ikhwanul Muslimin berhubung kesalahan menghasut keganasan.

Menurut laporan Al- Monitor, kes terhadap mereka sebelum ini diadili oleh kumpulan hakim, namun tiada penyelesaian hingga mahkamah memutuskan ianya diambil alih oleh mufti besar negara itu.

Kesemua 48 defendan termasuk Mursyidul Am Ikhwanul, Dr Muhammad Badie dan pemimpin kanan Abdel Rahman al-Bar dituduh melakukan hasutan di wilayah Qalioubiya tahun lalu.

Mereka juga disabitkan kesalahan menyekat jalan raya dan menyerang pasukan keselamatan pada 22 Julai iaitu tiga minggu selepas penyingkiran presiden yang digulingkan Muhammad Mursi.

Mahkamah yang sama juga menetapkan 5 Julai ini sebagai tarikh akhir keputusan hukuman terbabit.

Sementara itu, bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai presiden semalam.

Beliau mengangkat sumpah jawatannya di Mahkamah Perlembagaan dengan disaksikan beberapa pemimpin tertinggi negara termasuk Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Abdel Fattah angkat sumpah


Gambar dikeluarkan agensi berita MENA, menunjukkan Abdel Fattah (kanan) mengangkat sumpah di Mahkamah Agung Perlembagaan di Kaherah, semalam. - AGENSI
KAHERAH 8 Jun - Bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden negara ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya bulan lalu.
Bekas Menteri Pertahanan tersebut memperoleh 96.9 peratus undi dalam pilihan raya presiden pada bulan lepas yang diboikot pergerakan Islam dan pembangkang berfahaman sekular, hampir setahun selepas menggulingkan Mohammed Mursi.
Abdel Fattah mengangkat sumpah dalam satu majlis yang diadakan di Mahkamah Agung Perlembagaan di sini yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, selepas beliau melancarkan tindakan kekerasan ke atas pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin.
"Saya bersumpah atas nama Tuhan akan memelihara sistem republik dan menghormati Perlembagaan dan undang-undang serta menjaga kepentingan rakyat dan memelihara kebebasan negara," katanya.
Selepas majlis ringkas itu, Abdel Fattah yang diiringi pasukan keselamatan disambut oleh penyokong-penyokongnya di luar mahkamah tersebut.
Beliau kemudian menghadiri satu majlis sambutan di Istana Presiden yang turut dihadiri pelbagai pemimpin asing termasuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kerabat diraja Arab dan pemimpin negara-negara Afrika.
Abdel Fattah selepas itu menandatangani perjanjian pemindahan kuasa dengan Presiden sementara, Adly Mansour yang dilantik selepas Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu.
Kemenangan Abdel Fattah dalam pilihan raya pada 26 hingga 28 Mei lalu itu menunjukkan beliau masih menerima sokongan kuat apabila menyingkirkan Mursi selepas berjuta-juta rakyat mengadakan demonstrasi menamatkan pentadbiran kerajaan diterajui pergerakan Islam.
Cabaran utama bakal dihadapi Abdel Fattah adalah mengembalikan kestabilan dan memulihkan ekonomi negara selepas tiga tahun mengalami keadaan huru-hara berikutan kebangkitan rakyat pada 2011 yang menyaksikan bekas Presiden, Hosni Mubarak digulingkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140609/lu_01/Abdel-Fattah-angkat-sumpah#ixzz345sQC6nn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 June 2014

Belia Mesir protes pentadbiran Al-Sisi

Ratusan belia melakukan protes aman di Kaherah dan Iskandariah.
Ratusan belia melakukan protes aman di Kaherah dan Iskandariah.
KAHERAH - MESIR. Selepas kenyataan sulung Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Muris tersebar di media, ratusan belia di negara itu bangkit mengadakan protes menentang pentadbiran pimpinan presiden baharu, Abdel Fattah Al-Sisi.

Kelmarin, seramai 10 individu ditahan selepas pertempuran tercetus ketika protes di Iskandariah.

Menurut sumber Al Ahram, Pertempuran antara polis dan ratusan penunjuk perasaan proMursi itu turut berlaku di beberapa daerah termasuk di asrama Universiti Al-Azhar hingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Khamis lalu, Mursi melalui kenyataan dalam laman Facebooknya menggesa belia supaya menentang rampasan kuasa dan pentadbiran Al-Sisi bagi memberi demokrasi dan keadilan buat seluruh rakyat di negara itu.

10 lagi dihukum mati


Kaherah: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas 10 penyokong Ikhwanul Muslimin.

Ia bagaimanapun menangguhkan hukuman ke atas pemimpin kumpulan itu dan beberapa anggota kanannya yang dibicarakan dalam kes yang sama.


Sepuluh orang yang dihukum mati itu didapati bersalah atas tuduhan menghasut keganasan dan menyekat jalan raya di utara Kaherah ketika menunjuk perasaan membantah penggulingan Presiden Mohamed Mursi Julai lalu.

Semua mereka bagaimanapun tidak hadir pada perbicaraan semalam dan dipercayai bersembunyi.


Antara mereka ialah Abdul Rahman al-Barr, anggota Majlis Penasihat Ikhwan, badan eksekutif pergerakan itu.


Usul hukuman mati di Mesir biasanya dikemukakan kepada mufti, pihak berkuasa agama tertinggi di negara itu.

Pendapat mufti bagaimanapun boleh diketepikan oleh mahkamah.


Keputusan hukuman itu juga boleh dirayu.



Hakim Hassan Fareed berkata, keputusan terhadap 38 defendan lain, termasuk pemimpin Ikhwan, Mohamed Badie dan anggota kanannya, Mohamed El-Betagy serta beberapa menteri dalam kerajaan Mursi, akan diumumkan pada perbicaraan 5 Julai depan.


Ikhwan, kuasa politik terbesar Mesir sehingga tahun lalu, diisytiharkan pertubuhan pengganas oleh kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera.


Badie adalah antara 683 orang yang dihukum mati April lalu.


Ratusan penyokong dan anggota pergerakan itu dibunuh atau dipenjara sejak penggulingan Mursi selepas mereka melancarkan tunjuk perasaan membantah tindakan tentera menggulingkan presiden itu, yang pertama dipilih menerusi pilihan raya bebas Mesir. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Mahkamah Mesir batalkan hukuman ke atas anggota polis.


KAHERAH 8 Jun - Mahkamah Rayuan Mesir semalam membatalkan sabitan kesalahan terhadap seorang timbalan ketua polis yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, atas kesalahan membunuh 37 orang banduan dengan gas pemedih mata.
Selain itu, mahkamah turut membatalkan hukuman pengantungan kerja selama setahun ke atas tiga anggota polis yang lain berhubung kejadian sama.
Seramai 37 orang banduan yang merupakan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi terkorban, selepas gas pemedih mata diletakkan di dalam van yang digunakan untuk memindahkan mereka ke penjara Abu Zaabal, di sini pada Ogos tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140608/lu_01/Mahkamah-Mesir-batalkan-hukuman-ke-atas-anggota-polis#ixzz33zfA21cI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 June 2014

Sepuluh penyokong IM dihukum mati


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Jun 2014


KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 10 penyokong Ikhwanul Muslimin (IM) secara 'in absentia' (tanpa kehadiran), hari ini, menurut sumber perundangan, lapor Al-Arabiya.

Namun menurutnya, hukuman ke atas pemimpin IM dan pemimpin kanan lain ditangguhkan pada perbicaraan kes yang sama.

Hukuman itu disabitkan atas tuduhan termasuk menghasut keganasan dan menyekat jalan utama di utara Kaherah semasa protes selepas tentera mengguling Presiden Mohamed Mursi, Julai tahun lalu.

Salah seorang yang dihukum ialah ahli Majlis Bimbingan IM, Abdul Rahman al-Barr.

Hakim, Hassan Fareed berkata keputusan untuk defendan yang selebihnya akan diumumkan dalam satu perbicaraan pada 5 Julai depan.

38 defendan termasuk Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohammed Badie dan ahli kanan IM, Mohamed El-Beltagy serta bekas menteri sewaktu pemerintan Presiden Mohamed Mursi.

Badie adalah antara 683 yang dijatuhkan hukuman mati April lalu.

Ratusan penyokong IM dan ahli pasukan keselamatan telah dibunuh sejak penggulingan Mursi.

Tujuh undang-undang baharu dilulus

Adly mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden sementara Mesir, Rabu lalu.
Adly mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden sementara Mesir, Rabu lalu.
KAHERAH - MESIR. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour meluluskan tujuh undang-undang baharu dalam tempoh 48 jam sebelum beliau menyerahkan jawatannya kepada bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi yang akan dilantik secara rasmi untuk menerajui negara itu pada hari esok.

Menurut laporan Al-Ahram, keputusan Adly itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk membantu al-Sisi menjayakan rancangan pelan peralihannya selepas memenangi pilihan raya presiden dengan lebih 96 peratus undi sokongan pada bulan lalu.

Rabu lalu, stesen televisyen tempatan turut menyiarkan ucapan Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan tersebut yang telah memegang tampuk pemerintahan sejak 11 bulan lalu.

Dalam ucapannya, Adly menggesa penduduk Mesir supaya memikul tanggungjawab mereka untuk menghadapi cabaran dalam politik, ekonomi dan keselamatan yang meruncing di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

"Bagaimanapun, situasi di Mesir kembali pulih selepas beberapa pembaharuan dilakukan seperti pindaan Perlembagaan dan pilihan raya presiden pada bulan lalu," katanya lagi.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri dengan mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan atas kepentingan peribadi dan parti politik mereka. 

Ketua Hakim Negara itu merupakan satu-satunya presiden dalam sejarah Mesir yang melepaskan jawatannya tanpa berlaku sebarang pemberontakan daripada rakyat.

Difahamkan, penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi pernah menuduh beliau sebagai boneka tentera untuk memerintah Mesir.

Nahas di Mesir: 6 pelajar Malaysia stabil


KUALA LUMPUR 5 Jun - Enam pelajar jurusan pergigian Universiti Iskandariah, Mesir yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menaiki sebuah van ke lapangan terbang di sana kelmarin, kini semakin pulih dan stabil.
Menurut Pengerusi Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia Mesir (Perubatan) cawangan Iskandariah, Dr. Ahmad Abid Amin, dua daripada pelajar itu yang cedera ringan sudah dibenarkan keluar dari Hospital Salamah pada hari kejadian, manakala empat lagi pelajar masih dirawat di hospital yang sama.
Beliau berkata, salah seorang daripada mereka, Ummi Nadiah Filzah Daud masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu dalam keadaan separuh sedar serta menunggu dia stabil dan seterusnya akan menjalani rawatan yang selanjutnya.
"Seorang lagi pelajar, Siti Shahirah Abdul Jalil telah dipindahkan dari Hospital Salamah ke Hospital Miri Universiti Perubatan Iskandariah dan kini dalam keadaan stabil.
"Siti Nurul Aisyah Zahari pula selamat dipindahkan dari Hospital Salamah ke Hospital Ortopedik Hadarah Nareman dan telah menjalani pembedahan manakala Fatin Inani Mohd. Noh dipindahkan ke Hospital Nur Islam selepas menjalani pembedahan. Kedua-dua mereka juga kini stabil," katanya.
Akhbar semalam melaporkan enam penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir.
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan itu berlaku selepas pemandu van tersebut terlanggar belakang sebuah lori sehingga menyebabkan van dinaiki mereka berpusing beberapa kali.
Pelanggaran itu menyebabkan pintu van tercabut dan kesemua enam pelajar perubatan itu tercampak.
Semua mangsa ketika itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air dan difahamkan ahli keluarga mereka kini dalam perjalanan ke Mesir. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140606/je_01/Nahas-di-Mesir-6-pelajar-Malaysia-stabil#ixzz33vEf8A7n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6 June 2014

Respons Mursi terhadap Al-Sisi

Mursi bersama ahli Ikhwanul Muslimin masih berada dalam tahanan di Iskandariah. Foto: EPA
Mursi bersama ahli Ikhwanul Muslimin masih berada dalam tahanan di Iskandariah. Foto: EPA
KAHERAH - MESIR. - ‘Bantah dan tentang rampasan kuasa’, itu respons pertama Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi selepas bekas ketua tentera Abdel Fattah Al-Sisi disahkan sebagai Presiden baharu.

Kenyataan itu disiarkan menerusi laman rasmi Facebook Mursi kelmarin.

Dalam kenyataan itu, beliau mengarahkan belia Mesir untuk terus melakukan revolusi yang sebelum ini pernah dilakukan pada 25 Januari 2011.

“Revolusi tidak akan lenyap selagi ia wujud melalui usaha belia di negara ini. Saya mengaku telah membuat kesilapan, tetapi saya memberi jaminan bahawa saya tidak pernah mengkhianati negara saya,” katanya dipetik Al Arabiya

Menurut kenyataan itu lagi, masa depan Mesir terletak pada belia negara itu dan merekalah yang digelar wira.

Pada akhir mesej itu, beliau menandatangani nama penuhnya dan nama ‘Republik Presiden Mesir’.

Mursi kini berada di dalam tahanan bersama pengikutnya dari gerakan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan pengintipan untuk menghasut pembunuhan.

Saudi haramkan buku pro Ikhwanul

Penduduk meraikan kejayaan Al-Sisi selepas disahkan menang pilihan raya. Foto: EPA
Penduduk meraikan kejayaan Al-Sisi selepas disahkan menang pilihan raya. Foto: EPA
JEDDAH- ARAB SAUDI. - Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan buku dua penulis pro Ikhwanul Muslimin, kelmarin.

Pengurus kedai buku di Jeddah Hussein al- Ghamdi berkata, penjualan buku karangan ulama Saudi, Salman al-Odah dan rakan sejawatnya dari Kuwait, Tariq al-Suwaidan diarah ditarik balik serta-merta dari pasaran.

“Kami mendapat arahan dari polis untuk menurunkan semua buku karya kedua-dua penulis itu.

"Saya keliru buku-buku tersebut tidak mengandungi unsur antikerajaan namun diminta berbuat demikian kerana penulisnya penyokong tegar Ikhwanul,” katanya dipetik Agensi

Menurutnya, Salma dan Tariq merupakan penulis popular dan bukunya sering mendapat permintaan pelanggan.

Dalam perkembangan lain, bekas ketua tentera Abdel Fattah El-Sisi diumumkan sebagai pemenang pilihan raya Presiden dengan jumlah undi diraih sebanyak 96.91 peratus.

Dalam pilihan raya itu, hanya 47 peratus daripada 54 juta rakyat negara itu keluar mengundi.

Ribuan penyokong berkumpul di Dataran Tahrir bagi meraikan kejayaan Al-Sisi yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, Julai tahun lalu.

5 June 2014

Muhammad Ahmad 'Isawa


Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.
Dia terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.
Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah.

Fattah angkat sumpah Ahad ini


Bekas panglima tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan kerajaan Islam negara itu sebelum ini, dijadual mengangkat sumpah sebagai presiden Ahad depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir kelmarin mengumumkan, Fattah memperoleh 96.91 peratus undi dalam pilihan raya yang sangat hambar minggu lalu.



Peratusan pengundi berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya yang diadakan selama tiga hari itu hanya 47.5 peratus.

Pilihan raya berkenaan dilangsungkan hampir setahun selepas Fattah menggulingkan bekas presiden Mohamed Mursi.

Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menentang satu-satunya pesaingnya, Hamdeen Sabbahi sudah dijangka kerana dia dianggap ‘wira’ selepas menggulingkan kerajaan Mursi yang hanya memerintah selama 11 bulan.

Fattah dijadual mengangkat sumpah jawatan pada jam 7.30 pagi waktu tempatan dalam satu majlis di Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.

Perkara itu dinyatakan timbalan ketua mahkamah berkenaan, Maher Sami.

Majlis angkat sumpah itu juga akan dihadiri oleh Presiden sementara Adly Mansour, Perdana Menteri Ibrahim Mahlab dan jemaah menteri, Imam Besar Universiti Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, paderi koptik Tawadros II dan tokoh politik lain.

Majlis itu akan diikuti satu majlis jamuan yang bakal dihadiri raja dan pembesar Istana Ittihadiya, Kaherah.

Majlis seterusnya akan diadakan di sebelah petang di Istana Kubba yang bakal dihadiri 1,000 jemputan.

Pilihan raya berkenaan terpaksa dilanjutkan sehingga tiga hari itu selepas peratusan pengundi begitu rendah.

Ikhwanul Muslimin yang menyokong Mursi dan beberapa pergerakan golongan muda yang menerajui kebangkitan rakyat pada 2011, memulaukannya.

Polis Mesir bertindak kejam ke atas penyokong Mursi selepas beliau digulingkan, menyebabkan 1,400 orang terbunuh dan lebih 15,000 lagi dipenjarakan.

Ratusan yang lain juga dijatuhkan hukuman mati dalam perbicaraan tergesa-gesa yang dijalankan pemerintah tentera.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Abdel Fattah sah Presiden Mesir


KAHERAH 4 Jun - Suruhanjaya pilihan raya Mesir semalam mengesahkan kemenangan be-sar Jeneral Abdel Fattah al-Sisi (gambar) pada pilihan raya Presiden minggu lalu selepas beliau memenangi sebanyak 96.91 peratus undi keseluruhan.
Kemenangan itu jauh me-ninggalkan satu-satu pencabarnya, Hamdeen Sabbahi yang hanya meraih 3.1 peratus undi.
Bagaimanapun, hanya 47 pe-ratus daripada jumlah 54 juta pengundi berdaftar keluar me-ngundi pada pilihan raya itu, kurang daripada 40 juta undi atau 80 peratus undian sebagaimana yang diharapkan beliau.
Abdel Fattah mendapat so-kongan meluas rakyat Mesir selepas menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi tahun lalu yang mengakibatkan demonstrasi besar-besaran.
Jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah itu ba-gaimanapun menimbulkan ke-raguan tentang kemampuan Ab-del Fattah untuk mengekalkan populariti, cubaan memulihkan ekonomi negara ini, menangani kemiskinan dan menghalang krisis politik daripada terus me-lumpuhkan Mesir.
Dalam ucapan pertamanya sejak pilihan raya itu, Abdel Fattah berjanji rakyat Mesir akan menikmati masa depan yang lebih baik, bagaimanapun tidak memperincikan bagaimana beliau akan melaksanakan manifestonya terhadap 85 juta penduduk negara ini.
Setakat ini, Abdel Fattah me-nyatakan, hanya kerja keras akan dapat ‘memulihkan penyakit-
penyakit Mesir’.
“Saya mengharapkan sokongan dan kesungguhan berterusan anda dalam fasa pembangunan berikutnya. Anda telah lakukan apa yang perlu dan kini me-rupakan masa untuk bekerja," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen tidak lama selepas keputusan pilihan raya rasmi diumumkan.
Abdel Fattah pada masa sama menyifatkan masa depan Mesir seperti kertas kosong yang perlu diisi dengan rezeki, kebebasan, maruah dan keadilan sosial, slogan sama yang disebut semasa tempoh kebangkitan rakyat yang menggulingkan Hosni Mubarak. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140605/lu_07/Abdel-Fattah-sah-Presiden-Mesir#ixzz33i9mktGW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir


SEJUMLAH penyokong Al-Sisi berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir kelmarin.


KAHERAH - Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (gambar kecil) memenangi pilihan raya Presiden negara itu dengan meraih 96.9 peratus undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya kelmarin.
Pilihan raya itu berlangsung pada minggu lalu iaitu hampir setahun selepas beliau mengetuai rampasan kuasa ke atas Mohamed Morsi.
Proses pengundian telah dilanjutkan tiga hari ekoran terdapat kebimbangan jumlah yang keluar mengundi dijangka rendah selain terdapat tindakan memboikot oleh kumpulan- kumpulan Islam.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Ra- shad al-Asi semasa meng- umumkan keputusan itu berkata, sebanyak 47.45 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Presiden baharu.
Anwar menyatakan, Al- Sisi memperoleh undi sebanyak 23.78 juta undi.
Dalam pada itu, pencabar tunggal Al-Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya mendapat tiga peratus undi.
Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Al-Sisi.
Namun pada masa sama, Obama menggesa beliau (Al-Sisi) supaya melaksanakan pembaharuan dalam isu- isu hak kemanusiaan.
"Obama akan menghubungi bekas ketua tentera itu dalam beberapa hari lagi," menurut White House dalam satu kenyataan.
"Washington menaruh harapan untuk menjalin hubungan baik dengan Al-Sisi bagi membentuk kerjasama strategik," tambah kenyataan itu.
Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang menentang Morsi dalam reaksinya selepas keputusan itu meminta para penderma supaya membantu Mesir.
Mesir dalam pada itu menjemput Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk hadir menghadiri majlis perasmian pelantikan Al-Sisi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz33i6cTfZx 
Hakcipta terpelihara 

4 June 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya tolak rayuan Hamdeen

Hamdeen membuang undi di pusat mengundi di ibu negara pada 26 Mei lalu.
Hamdeen membuang undi di pusat mengundi di ibu negara pada 26 Mei lalu.
3 Jun 2014

KAHERAH - MESIR. Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya (PEC) menolak rayuan Hamdeen Sabahi yang mengalami kekalahan teruk berdasarkan keputusan awal kiraan undi, minggu lalu.

Menurut Press TV, PEC mendapati, tiada bukti kukuh menyokong aduan dikemukakan wakil Hamdeen pada Jumaat lalu.

"Aduan tidak menjejaskan keputusan pilihan raya yang bakal diumumkan dalam masa terdekat," kata PEC.

Khamis lalu, Hamdeen akur dengan kekalahannya pada Pilihan Raya Presiden Mesir selepas hanya memperoleh 3.5 peratus berbanding Abdel Fattah al-Sisi yang meraih 96 peratus undi.

Beliau turut mempertikaikan kredibiliti PEC kerana berat sebelah sepanjang proses pengundian itu.

"Keputusan melanjutkan pengundian adalah  satu penghinaan walaupun dibantah calon," katanya.

28 penyokong Mursi dipenjara seumur hidup


KAHERAH 3 Jun - Mahkamah Jenayah Fayoum menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 28 orang penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi semalam atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan ganas.
Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap 15 orang pengikut Mursi kerana melakukan tindakan mensabotaj dan menghalang jalan pada Julai tahun lalu.
Keputusan terbaharu ini merupakan sebahagian daripada siri perbicaraan besar-besaran yang dilakukan terhadap penyokong Mursi dan pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin, ekoran rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140603/lu_02/28-penyokong-Mursi-dipenjara-seumur-hidup#ixzz33cHHSo1z
© Utusan Melayu (M) Bhd