30 May 2014

Kemenangan paling memalukan buat Al-Sisi


  • Penduduk Mesir meraikan kemenangan Al-Sisi. Foto: AFPPenduduk Mesir meraikan kemenangan Al-Sisi. Foto: AFP

KAHERAH - MESIR. Bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi dilaporkan meraih majoriti besar dalam Pilihan Raya Presiden Mesir selepas kiraan di 312 pusat mengundi daripada 352 pusat, selesai dijalankan semalam.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya 21 juta pengundi atau 96.2 peratus memilih bekas panglima tentera yang menyingkirkan Presiden Mohammed Mursi daripada Ikhwanul Muslimin, Julai lalu.

Pencabarnya, Hamdeen Sabbahi berhaluan kiri, menerima 3.8 peratus daripada undi yang dikira setakat ini.

Jurucakap penyokong Hamdeen berkata, kerajaan sementara banyak melakukan pembohongan apabila melanggar Perlembagaan dengan melanjutkan tempoh pengundian sehari selepas jumlah pengundi didapati kurang daripada 40 peratus.

“Kami mengecam kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya. Tempoh melanjutkan hari mengundi sengaja dibuat bagi mengelakkan Al-Sisi mendapat malu,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan sekurang-kurangnya 47 peratus pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab itu namun sehingga Selasa hanya 38 peratus berbuat demikian.

Selepas angka keluar mengundi didapati amat sedikit, pihak mereka dikatakan melanjutkan tempoh mengundi sehari lagi, laporan dipetik dari Al Arabiya.

Al-Sisi menang besar

Foto
Penyokong al-Sisi gembira meraikan kemenangannya di Dataran Tahrir di Kaherah, semalam. - Foto AP
Foto
Penyokong al-Sisi mengibarkan bendera Mesir di Dataran Tahrir di Kaherah, semalam. - Foto Reuters
 Kaherah: Dengan hampir semua kertas undi sudah dikira, bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya dengan memperoleh lebih 92 peratus undian, menurut keputusan yang diumumkan pasukan kempennya awal semalam.

Pasukan kempen al-Sisi berkata beliau memperoleh 23.38 juta undian, dengan ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi, yang juga pencabarnya mendapat 735,285. Undi rosak kira-kira 1.07 juta, atau hampir 350,000 lebih banyak daripada undian yang diperoleh Sabahi, 59.
Tidak pernah diragui


Kemenangan al-Sisi tidak pernah diragui tetapi pegawai infantri berusia 59 tahun itu, berharap kepada peratus keluar mengundi yang besar untuk mengesahkan tindakannya menyingkirkan presiden pertama yang dipilih secara bebas, Mohammed Morsi.

Bagaimanapun, pasukan kempen al-Sisi berkata kadar yang keluar mengundi di seluruh negara sekitar 44 peratus, walaupun selepas proses pengundian dilanjutkan untuk hari ketiga kelmarin, jauh di bawah 52 peratus kadar keluar mengundi pada pilihan raya Jun 2012 yang dimenangi Morsi.

Dalam temubual kempen akhirnya minggu lalu, al-Sisi menetapkan kadar mengundi lebih tinggi, dan beliau mahu lebih 40 juta pengundi daripada hampir 54 juta pengundi berdaftar untuk mengundi bagi menunjukkan sokongan yang diperolehnya kepada dunia.

Rai kemenangan
Penyokong al-Sisi meraikan kemenangan itu sepanjang malam di Kaherah, dengan beribu-ribu berkumpul di dataran Tahrir, lokasi kebangkitan 2011 yang menumbangkan bekas Presiden Hosni Mubarak. Mereka mengibarkan bendera Mesir, poster al-Sisi dan menari.

Keraian turut diadakan di Iskandariah dan beberapa bandar raya lain di utara ibu negara dan di wilayah Oasis Fayoum di barat daya Kaherah.

Tidak ambil peduli

Pengkritik berkata, kekurangan semangat terhadap pilihan raya itu sebahagiannya disebabkan sikap tidak ambil peduli termasuk di kalangan penyokong al-Sisi sendiri, mengetahui kemenangannya sudah pasti.

Beberapa lagi berkata ia menunjukkan rasa tidak puas hati dengan al-Sisi, bukan hanya di kalangan musuh politiknya tetapi juga di kalangan penduduk awam yang percaya beliau tidak mempunyai rancangan kukuh untuk Mesir dan bimbang beliau akan mengembalikan negara itu kepada cara kuku besi Mubarak.

Bilangan pengundi yang kurang keluar mengundi adalah sesuatu yang memalukan kerana kerajaan dan media menyatakan sanjungan kepada al-Sisi sejak 10 bulan lalu, menggambarkan beliau sebagai wira menentang keganasan dan satu-satunya tokoh yang mampu menangani masalah ekonomi Mesir, kadar pengangguran tinggi, inflasi dan ketidakstabilan.

Penyokong al-Sisi dalam media Mesir digambarkan panik sejak dua hari lalu. Hos rancangan bual bicara politik dan penyampai berita menggesa penduduk keluar mengundi, memberi amaran jika tidak berbuat demikian Ikhwanul Muslimin akan terdorong meningkatkan cabaran kepada kerajaan baru.

Hos rancangan bual bicara popular, Amr Adeeb, dengan marah berkata tanpa mengundi lebih baik rakyat Mesir pergi terus ke penjara dan mengembalikan kuasa kepada Morsi.

“Katakan kepada beliau, ‘Presiden Mohammed Morsi, tolong keluar dan perintah kami,” katanya.

Keputusan mendadak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menambah sehari lagi hari mengundi kelmarin mengundang aduan bahawa pihak berkuasa memihak kepada al-Sisi. AP

Abdel Fattah menang besar


Pegawai kempen Abdel Fattah al-Sisi berkata, beliau memenangi 23.38 juta undi, menewaskan satu-satu pencabarnya, tokoh politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi yang hanya memperoleh 735,285 undi.
Undi yang ditolak berjumlah 1.07 juta atau hampir 350,000 lebih banyak daripada yang diraih Hamdeen.
Abdel Fattah memang sudah diduga menang, tetapi bekas panglima tentera itu mengharapkan jumlah besar rakyat Mesir keluar mengundi untuk mengesahkan tindakannya menggulingkan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Mursi, Julai lalu.
Menurut pegawai, jumlah mereka yang mengundi hanya 44 peratus walaupun waktu mengundi dilanjutkan sehari lagi kelmarin.
Ia jauh lebih rendah berbanding 52 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya Jun 2012 yang dimenangi Mursi.
Pada wawancara kempen terakhirnya minggu lalu, Abdel Fattah menetapkan jumlah lebih tinggi dengan berkata, beliau mahukan lebih 40 juta daripada 54 juta pengundi berdaftar keluar mengundi bagi membuktikan kepada dunia bahawa rakyat negara itu menyokongnya.
Penyokong Abdel Fattah mengadakan sambutan sepanjang malam di Kaherah dengan ribuan orang berkumpul di Dataran Tahrir, tempat lahirnya kebangkitan rakyat yang menggulingkan pemerintah kuku besi Hosni Mubarak.
Pemerhati berkata, peratusan rendah pengundi berpunca daripada penyokong Abdel Fattah yang yakin beliau akan menang.

Pengkritik lain pula berkata, ia menunjukkan rasa tidak puas hati sebahagian rakyat Mesir terhadap Abdel Fattah, bukan setakat dalam kalangan penyokong pergerakan Islam, tetapi juga dalam kalangan orang awam lain yang mempercayai beliau tidak mempunyai rancangan konkrit bagi mengakhiri masalah Mesir dan bimbang bekas pemimpin tentera itu akan membawa Mesir kepada pemerintahan autokratik era Hosni.
Peratusan rendah itu memalukan Abdel Fattah kerana kerajaan sementara yang dibentuknya dan media sebelum ini menjalankan kempen besar-besaran untuknya sepanjang 10 bulan lalu dengan menggambarkan beliau sebagai wira menentang keganasan serta satu-satunya orang yang mampu menangani masalah ekonomi Mesir, kadar pengangguran tinggi, inflasi dan ketidakstabilan.
Penyokong Abdel Fattah di media Mesir cemas sejak dua hari lalu.
Foto
PETUGAS mengira undi di sebuah pusat mengundi di Kaherah.

Pengacara rancangan sembang politik dan wartawan menggesa orang ramai keluar mengundi dengan memberi amaran kegagalan mereka berbuat demikian akan mendorong Ikhwanul Muslim meningkatkan cabaran terhadap kerajaan baru.
Pengacara terkenal Amr Adeeb dengan nada marah berkata dalam rancangannya, dengan tidak mengundi, rakyat Mesir lebih baik terus ke penjara dan kembalikan kuasa kepada Mursi.- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

Abdel Fattah dipilih Presiden baharu Mesir


KEHERAH 29 Mei - Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya Presiden negara ini apabila meraih lebih 90 peratus undian berdasarkan keputusan awal selepas proses pengundian dilanjutkan selama tiga hari ekoran jumlah pengundi yang keluar mengundi rendah.
Kemenangan Abdel Fattah itu sekali gus meletakkan beliau sebaris dengan pemimpin Mesir terdahulu yang mempunyai latar belakang ketenteraan, tidak termasuk bekas Presiden, Mohammed Mursi yang digulingkan pada Julai lalu.
Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden (PEC) melaporkan, keputusan tidak rasmi itu menunjukkan Abdel Fattah memperoleh 93.3 peratus undian, jauh meninggalkan pencabarnya, Hamdeen Sabbahi yang merupakan ahli politik berhaluan kiri, dengan meraih hanya tiga peratus sokongan manakala 3.7 peratus lagi dikategorikan sebagai undi rosak.
Jelas sumber terbabit, jumlah pengundi yang keluar sebanyak 44.4 peratus atau kira-kira 24 juta daripada 54 juta pengundi berdaftar, angka yang lebih rendah berbanding 52 peratus pengundi yang keluar ketika Mursi mencatat kemenangan sebagai Presiden awam pertama pada 2012.
Kemerosotan itu menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti Abdel Fattah yang diangkat oleh penyokongnya sebagai wira yang mampu memulihkan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Keputusan rasmi pilihan raya terbabit hanya akan diumumkan seawal minggu depan.
Sementara itu, pengkritik menyuarakan kebimbangan corak kepemimpinan beliau akan menyamai bekas Presiden, Hosni Mubarak yang digulingkan melalui gerakan revolusi rakyat, sekali gus memusnahkan harapan untuk melakukan perubahan dan menegakkan semula demokrasi.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di New York menyatakan, tindakan tegas pihak keselamatan selepas kejatuhan Mursi telah mewujudkan suasana tekanan yang menjejaskan keadilan pilihan raya.
"Penahanan beribu-ribu ahli politik tidak kira berfahaman Islam atau sekular telah menutup perbezaan politik dan mengganggu maksud pilihan raya yang sebenar," kata Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Manusia Asia Barat dan Afrika Utara, Sarah Leah Whit. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140530/lu_03/Abdel-Fattah-dipilih-Presiden-baharu-Mesir#ixzz339NYZqEX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

29 May 2014

Mesir lanjut hari mengundi


  • Masih ada penduduk Mesir keluar mengundi pada hari ketiga, semalam.Masih ada penduduk Mesir keluar mengundi pada hari ketiga, semalam.

KAHERAH - MESIR. Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjutkan ke hari ketiga semalam, selepas peratus pengundi keluar mengundi sangat sedikit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Aziz Salman melaporkan, sehingga Selasa, hanya 37 peratus daripada 53 juta pengundi keluar mengundi.

“Kami terpaksa memanjangkan tempoh mengundi kerana jumlah terlalu sedikit dan sukar untuk membentuk kerajaan,” katanya dipetik Al Arabiya.

Menurutnya, jumlah itu jauh lebih rendah daripada 52 peratus yang keluar mengundi ketika pilihan raya pada 2012 dimenangi Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi.

Pemerhati politik berpendapat, situasi itu membimbangkan calon Abdel Fattah Al-Sisi  yang sebelum ini yakin beliau dapat meraih undian majoriti.

Sementara itu, gerakan Ikhwanul Muslimin masih meneruskan boikot menggesa orang awam supaya tidak keluar mengundi dan tidak akan mengiktiraf keputusannya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi menahan sembilan pensyarah universiti disyaki terlibat dengan gerakan Ikhwanul yang diharamkan di negara itu sejak Mac tahun lalu.

Akhbar Okaz melaporkan, kesemua profesor itu didakwa terlibat dalam kumpulan terbabit berdasarkan rakaman suara dan emel.

Jika sabit kesalahan , mereka boleh dipenjara antara 10 dan 15 tahun dan dihantar pulang ke negara masing-masing. -

Al-Sisi menang pilihan raya Presiden


  • Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah Al-SisiKetua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi

KAHERAH - MESIR. Bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menang dalam Pilihan Raya Presiden selepas memperoleh kira-kira 96.3 peratus daripada kiraan undi awal hari ini.

Sebuah stesen televisyen rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 21 juta pengundi memilih bekas ketua tentera yang menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai tahun lepas, selepas undi 312 daripada 352 pos pengundian dikira, lapor AFP.

Pilihan raya Presiden Mesir 'hambar'


KAHERAH 29 Mei - Pilihan Raya Presiden Mesir yang dilanjutkan buat hari ketiga semalam dilihat gagal menarik pemilih untuk membuang undi mereka, sekali gus bakal mengancam kredibiliti bekas ketua tentera negara ini, Abdel Fattah al-Sisi, yang merupakan calon popular untuk memenangi pemilihan itu.
Seorang anggota jawatankuasa pilihan raya Mesir, Tareq al-Shibl dipetik oleh akhbar al-Ahram sebagai berkata, lebih 21 juta pengundi membuang undi mereka atau hampir 39 peratus daripada 54 juta pengundi berdaftar.
Statistik itu sekali gus kurang daripada 40 juta undi atau 80 peratus undian sebagaimana yang diharap Abdel Fattah pada minggu lalu.
Jumlah keluar mengundi yang rendah itu mengancam untuk melemahkan kredibiliti Abdel Fattah sebagai pemimpin negara dunia Arab yang mempunyai ramai penduduk itu serta mengandaikan kegagalan Abdel Fattah meraih sokongan rakyat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140529/lu_03/Pilihan-raya-Presiden-Mesir-hambar#ixzz333IuGmDl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

28 May 2014

Al-Sisi dijangka menang besar

  • Al-Sisi tiba di pusat mengundi di Heliopolis untuk membuang undi.Al-Sisi tiba di pusat mengundi di Heliopolis untuk membuang undi.

KAHERAH - MESIR. Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Presiden yang diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Mei.

Sempena hari kedua mengundi iaitu semalam, pihak berkuasa telah mengisytiharkan cuti dan mengarahkan proses pengundian diadakan lebih masa bagi meningkatkan jumlah orang ramai untuk keluar mengundi.

Pusat mengundi dijadualkan ditutup pada pukul 10 malam (waktu tempatan) dengan keputusan awal dijangka diumumkan awal pagi ini.

Dianggarkan 53.9 juta pengundi layak mengundi dan keputusan akhir bakal diumumkan secara rasmi pada 5 Jun ini.

Pilihan raya tersebut adalah yang pertama sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi Julai tahun lalu. - dpa

Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjut sehari lagi


KAHERAH 28 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir semalam melanjutkan tempoh pemilihan Presiden negara ini yang sepatutnya berakhir semalam sehingga hari ini, selepas kadar pemilih berdaftar yang mengeluar mengundi agak rendah sejak proses itu bermula, kelmarin.
Pilihan raya Presiden itu merupakan yang pertama diadakan selepas penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi tahun lalu oleh tentera yang diketuai Abdel Fattah al-Sisi yang merupakan satu daripada dua calon bertanding dan dilihat bakal memenangi pilihan raya tersebut.
"Keputusan untuk melanjutkan proses pengundian sehingga Rabu adalah bagi memberi peluang lebih ramai pengundi membuang undi mereka,'' kata seorang anggota suruhanjaya pilihan raya sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita Mesir, MENA. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140528/lu_03/Pilihan-Raya-Presiden-Mesir-dilanjut-sehari-lagi#ixzz32xcBC44F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

27 May 2014

Mesir Kini

Mesir Kini
Wadi Jadid , Mesir, satu lagi tempat pembuangan undi sempena pilihanraya presiden Mesir (kudeta) sunyi sepi. Ianya hanya dipenuhi dengan pegawai keselamatan dan tentera Mesir yang mengawal tempat pembuangan undi tersebut.

Nota :Semalam dan hari ini (26,27 Mei) merupakan hari Pilihanraya Presiden (Kudeta).

Sumber : RNN
#mesirkini
#R4BIA

Mesir Kini

Mesir Kini
Demontrasi secara aman dan mengajak agar pilihanraya presiden Mesir diboikot mendapat sambutan yang menggalakkan di Kafr As Sheikh pada hari pertama pembuangan undi semalam.

Demontrasi yang dikelolai oleh sebuah parti Gabungan Kebangsaan Menyokong Legitimasi telah mengajak agar rakyat Mesir memboikot pilihanraya yang sedang berlangsung dan menuntut agar Presiden Dr Mursi yang sah dibebaskan dan diberikan Haknya semula sambil mengangkat lambang R4BIA.

Sumber : RNN / Malaysians 4 Egypt - M4E
#mesirkini
#R4BIA
 

Mesir Kini

Mesir Kini
Seorang budak lelaki ditahan oleh seorang tentera di kawasan pembuangan undi semalam sambil membuat isyarat tangan R4BIA.

Pihak kudeta terlalu takut dengan simbol ini kerana ia membawa makna dan mesej yang jelas daripada rakyat.

Hasbunallahu wani'mal wakeel!

Sumber : EgyptWindows
#mesirkini
#R4BIA
 —

Ikhwanul boikot pilihan raya


  • Seorang wanita menjalankan tanggungjawab membuang undi di pusat pengundian di Kaherah.Seorang wanita menjalankan tanggungjawab membuang undi di pusat pengundian di Kaherah.

KAHERAH - MESIR. Gerakan Ikhwanul Muslimin nekad memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Kelmarin, jurucakap Ikhwanul menyatakan pilihan raya tersebut tidak akan memberi memberi kuasa sah kepada 'penjenayah' iaitu dalang rampasan kuasa, bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi.

Selain itu, gerakan terbabit turut mengkritik pasukan keselamatan kerana menggunakan tindakan kekerasan ke atas penyokong mereka sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, hampir 54 juta penduduk Mesir layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara al-Sisi dan ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi.

Media tempatan melaporkan Al-Sisi dikerumuni penyokongnya sejurus beliau tiba di pusat pengundian di ibu negara.

"Seluruh dunia sedang memerhatikan bagaimana kita mencatat sejarah untuk masa depan Mesir," katanya. 

Kemenangan al-Sisi dilihat bakal meletakkan semula Mesir ke tangan orang kuat tentera dalam tempoh tiga tahun selepas bekas Presiden Hosni Mubarak yang memerintah negara itu selama hampir tiga dekad digulingkan pada 2011, laporan dipetik dari Press TV.

Mesir mengundi pilih Presiden


KAHERAH 26 Mei - Kira-kira 53 juta pengundi berdaftar di Mesir mula mengundi hari ini dalam pilihan raya Presiden yang diadakan di tengah-tengah seruan boikot oleh pihak pembangkang negara ini.
Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi dilihat akan memenangi pilihan raya itu dengan mudah, mengenepikan satu-satunya pencabar utamanya, Hamdeen Sabbahi yang merupakan ahli politik berhaluan kiri.
Proses pengundian hari ini bermula pada pukul 2 petang waktu Malaysia dan hanya berakhir esok, selepas lebih tiga tahun pergolakan politik yang menyaksikan dua Presiden digulingkan, demonstrasi besar-besaran, ribuan penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran, serangan berdarah dan ekonomi yang merudum.
Kawalan keselamatan sempena pilihan raya itu turut diperketatkan dengan kehadiran pihak tentera dan polis di pusat-pusat mengundi di seluruh negara selepas keganasan yang meletus di Mesir ekoran penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi, Julai tahun lalu.
Dalam pengundian pilihan raya Presiden di luar negara minggu lalu, Abdel Fattah mencatat kemenangan besar dalam pemilihan yang diadakan antaranya di Britain, Australia, New Zealand, China, Filipina, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Selepas pilihan raya Presiden, rakyat Mesir bakal mengundi sekali lagi untuk pilihan raya Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini.
Bagaimanapun, perjalanan pilihan raya kali ini turut berdepan ancaman boikot oleh Pergerakan Pemuda 6 April yang mempelopori kebangkitan rakyat Mesir menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak.
Selain itu, ulama tersohor kelahiran Mesir, Dr. Yusuf al-Qardawi turut menggesa rakyat negara ini memulaukan pemilihan itu dengan menyifatkan Abdel Fattah bertanggungjawab ke atas kematian ribuan penduduk negara ini yang tidak berdosa.
Sekurang-kurangnya 1,400 rakyat Mesir terbunuh sejak Julai lalu selepas penggulingan Mursi termasuk ratusan penyokong pro-Presiden ekoran tindakan pasukan keselamatan memerangi pergerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh negara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140527/lu_06/Mesir-mengundi-pilih-Presiden#ixzz32rdGMeQd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

26 May 2014

Pilihan raya Mesir: Ulama fatwa haram undi


  • Poster Al-Sisi dan Hamdeen disiram cat sekali gus menyaksikan pilihan raya negara itu diboikot oleh rakyatPoster Al-Sisi dan Hamdeen disiram cat sekali gus menyaksikan pilihan raya negara itu diboikot oleh rakyat

ISTANBUL - TURKI. Lebih 200 ulama mengeluarkan fatwa, semalam yang mengharamkan mengundi dalam pilihan raya Presiden di Mesir, lapor Middle East Monitor.

Fatwa itu diumumkan dalam satu sidang media di Istanbul anjuran Jawatankuasa Penyelaras bagi Fatwa Negara Islam.

Sidang media diberi tajuk ‘Pengharaman iktiraf rampasan kuasa dan penglibatan dalam pengundian’.

Fatwa tersebut dikeluarkan berasaskan kepada prinsip Islam yang melarang sokongan kepada pemerintah yang zalim.

Penandatangan fatwa itu turut disertai Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan ulama Kuwait, Nabil Al-Awadi.

Proses pengundian selama dua hari di Mesir telah bermula hari ini.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa Julai lalu, Abdel Fatah Al-Sisi dan penyandang tempat kedua pilihan raya 2012, Hameen Sabahi.

Syaikh Qaradhawi: Jangan Pilih Presiden yang Disenangi Zionis

Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi (islammemo.cc)dakwatuna.com – Mesir. Ulama Mesir yang sekarang bermukim di Qatar, Syaikh Yusuf Qaradhawi, meminta rakyat Mesir untuk tidak memberikan suara pada pemungutan suara (26-27/5) dan memilih capres kudeta yang telah membuat senang zionis Israel.
Dalam rilis dari kantornya, Syaikh Qaradhawi mengimbau, “Janganlah kalian (rakyat Mesir) ambil bagian dalam kejahatan memilih laki-laki (As-Sisi) yang kedatangannya menggembirakan negara zionis, laki-laki yang mengotori tangan dan badannya dengan darah orang-orang baik dan tidak bersalah.
…Kalian tidak boleh memilih orang yang telah mengkhianati Allah dan amanah…kewajiban kalian mengatakan tidak kepadanya dan menolak untuk memilihnya…
Syaikh Qaradhawi juga mengkritik sikap sejumlah ulama Al-Azhar dan berkata, “…Janganlah kalian mendengar fatwa orang-orang yang memakai sorban palsu karena mereka hanyalah ulama untuk penguasa dan polisi…” (islammemo/rem/dakwatuna)


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2014/05/26/51884/syaikh-qaradhawi-jangan-pilih-presiden-yang-disenangi-zionis/#ixzz32myjMDHZ 
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

25 May 2014

48 jam tempoh bertenang di Mesir


  • Hameen melakukan kempen terakhir di ibu negara kelmarin dengan mendesak rakyat supaya tidak memilih Al-Sisi. Foto: EPAHameen melakukan kempen terakhir di ibu negara kelmarin dengan men
  • desak rakyat supaya tidak memilih Al-Sisi. Foto: EPA

KAHERAH - MESIR. Mesir memasuki tempoh bertenang 48 jam mulai tengah malam kelmarin hingga tengah malam ini sebelum pilihan raya presiden, Isnin ini.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa Julai lalu, Abdel Fatah Al-Sisi dan penyandang tempat kedua pilihan raya 2012, Hameen Sabahi lapor MiddleEastMonitor.

Abdel Fatah menamatkan kempen akhirnya di televisyen manakala penyokong Hameen melakukan konvoi kenderaan mengelilingi ibu negara.

Penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dan gerakan Ikhwanul Muslimin pula meningkatkan protes di sekitar Kaherah.

Mereka membawa sepanduk tertera “Boikot Pilihan Raya Berdarah”.

Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Aziz Salman mengatakan, pihaknya bersedia menghadapi pilihan raya dengan kawalan 182,000 anggota keselamatan.

“Sebanyak 17,000 hakim diarah ke semua pusat mengundi untuk memantau kelancaran pengundian,” katanya.

24 May 2014

Ketua kumpulan militan Mesir maut


24 Mei 2014

KAHERAH - MESIR. Ketua kumpulan militan Ansar Beit al-Maqdis dan tiga anggota kanannya terbunuh dalam pertempuran bersama pihak berkuasa di Semenanjung Sinai, Mesir semalam.

Menurut Times of India, pihak berkuasa memaklumkan, kematian Shadi el-Menei dan tiga orang kanannya disahkan beberapa pegawai keselamatan selepas mereka didakwa cuba melakukan serangan ke atas saluran paip gas.

Sejak penggulingan Morsi Julai tahun lalu, kumpulan ini dipercayai telah melakukan beberapa serangan untuk membalas dendam termasuk cubaan membunuh Menteri Dalam Negeri September lalu.

Dua penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan polis


KAHERAH 24 Mei - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan tiga lagi cedera, selepas berlaku pertempuran di antara penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dengan polis semalam, ketika berlangsungnya tiga perarakan pro-Mursi di Fayoum, kira-kira 85 kilometer dari Kaherah.
Agensi berita Xinhua melaporkan, dalam perarakan itu penyokong Mursi turut bertindak menyerang sebuah pejabat pos sehingga tercetusnya konfrontasi dengan anggota polis dengan penduduk setempat.
Kejadian tersebut berlaku menjelang pilihan raya Presiden Mesir, yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini, antara bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi dengan pemimpin berhaluan kiri, Hamdeen Sabahy. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140524/lu_13/Dua-penyokong-Mursi-maut-dalam-pertempuran-dengan-polis#ixzz32a5iCG8E
© Utusan Melayu (M) Bhd 

23 May 2014

Ikhwanul bukan lawan rakyat Mesir


  • Ikhwanul bukan lawan rakyat MesirSebahagian penyokong Mursi dibicarakan, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Ikhwanul Muslimin tidak pernah berniat untuk bertempur dengan rakyat Mesir, mereka sebaliknya bertekad melawan orang Yahudi.

Mursyidul Am Ikhwanul Mohamed Badie mengeluarkan kenyataan itu ketika perbicaraan di mahkamah, kelmarin lapor akhbar Agensi.

“Kami tidak pernah melakukan kekerasan terhadap rakyat sendiri. Kami bertarung melawan Yahudi selepas Institut Pengkajian Strategi Israel melabelkan Ikhwanul sebagai musuh terbesar mereka,” katanya.

Sementara itu, sebuah mahkamah Mesir menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap 54 penyokong Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi atas kesalahan cubaan membunuh ketika rampasan kuasa tentera Julai lalu.

Selain itu, sebanyak 104 individu yang lain termasuk tiga pelajar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

94 peratus pilih al-Sisi


Kaherah: Bekas ketua tentera yang mengidam menjadi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memperoleh 94.5 peratus daripada undian awal dijalankan di luar negara menjelang pilihan raya umum 26 Mei ini.

Abdel Fattah yang ‘semakin popular’ sejak menggulingkan Presiden Mohamed Mursi tahun lalu dijangka bakal memenangi jawatan berkenaan.


Ketua jawatankuasa pilihan raya Abdel Aziz Salman berkata, Abdel Fattah mendapat 296,628 undian daripada warga Mesir di 124 negara yang menunaikan tanggungjawab masing-masing antara 15 dan 19 Mei lalu.

Hanya 17,207 pengundi pesaing Abdel Fattah, Hamdeen Sabbahi.


Isnin lalu, jawatankuasa pilihan raya mengumumkan jumlah pengundi lebih banyak berbanding pilihan raya 2012 yang dimenangi Mohamed. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

22 May 2014

Mesir tumbang jika Al-Sisi jadi Presiden


22 Mei 2014


KAHERAH - MESIR. Parti Islam kedua terbesar, Salafi Nour menjangkakan kerajaan akan tumbang jika Abdel Fattah Al-Sisi menjadi Presiden Mesir.

Menurut Agensi, Ketua Parti Nour Younis Makhyoun berkata, senario itu dilihat sama seperti yang berlaku ketika penggulingan Presiden Mohammed Mursi, Julai lalu.

“Sejak Mursi digulingkan, rakyat bangkit kerana menentang rampasan kuasa hingga ke hari ini. Rakyat tidak boleh terima kepimpinan tentera dan ia terbukti ketika penggulingan Hosni Mubarak pada 2011,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak gentar jika partinya menerima nasib sama seperti Ikhwanul Muslimin kerana hingga kini partinya tetap menyokong Mursi.

Sementara itu, mahkamah Mesir mensabitkan tiga tahun penjara terhadap Hosni atas tuduhan rasuah manakala anaknya Alaa dan Gamal masing-masing menerima hukuman penjara empat tahun atas tuduhan sama.

Hosni, dua anak dipenjara kerana rasuah



 0  0 Google +0  0  0 Cetak
Kaherah: Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas diktator Hosni Mubarak atas tuduhan rasuah.

Selain Hosni, dua anak lelakinya Alaa dan Gamal masing-masing dihukum penjara empat tahun manakala empat defendan lagi dibebaskan.


Alaa dan Gamal disabitkan kesalahan menggelapkan lebih EGP100 juta (RM45.2 juta) wang negara untuk pembinaan istana presiden.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Osama Shaheen berkata, pemilik sebenar harta awam adalah rakyat.


Hosni, 68, duduk di atas kerusi roda yang diletakkan dalam kandang defendan sepanjang prosiding itu manakala dua anaknya berdiri di sebelahnya.


Hosni ditempatkan di hospital tentera selepas dibebaskan tahun lalu berikutan mahkamah memerintahkan pembebasannya sebaik tempoh penahanan yang dibenarkan tamat.

Sementara itu, peguamnya Mostafa Ali As berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Hosni dihukum penjara sepanjang hayat pada 2012 berhubung pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan 18 hari yang melihat pemerintahannya selama tiga dekad digulingkan.

Bagaimanapun, mahkamah lain membatalkan keputusan itu kononnya atas dasar teknikal menyebabkan Hosni kini dibicarakan semula bagi tuduhan berkenaan bersama tujuh lagi pegawai kanan polis.

Selain itu, dia turut berdepan tuduhan rasuah bersama dua anaknya dan seorang ahli perniagaan yang berjaya melarikan diri dari Mesir. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

Hosni Mubarak dipenjara tiga tahun


KAHERAH 21 Mei - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas tuduhan menyeleweng, dalam satu daripada dua perbicaraan ke atas beliau, selepas beliau digulingkan pada 2011.
Dua anak Hosni, Alaa dan Gamal pula, masing-masing dikenakan hukuman penjara selama empat tahun, manakala empat defendan lain dibebaskan.
Semua defendan itu dituduh menyelewengkan lebih 100 juta pound Mesir (RM44 juta) untuk penyeliaan istana-istana Presiden.
Hosni, 86, memakai sut kelabu dan duduk di atas kerusi roda, manakala dua anak lelaki itu memakai pakaian penjara berwarna putih berdiri di tepi beliau di kandang tertuduh ketika keputusan itu dibacakan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140522/lu_07/Hosni-Mubarak-dipenjara-tiga-tahun#ixzz32OMhThB8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

21 May 2014

Undi awal, al-Sisi mendahului Hamdeen


  • Undi awal, al-Sisi mendahului HamdeenEkspatriat yang menetap di Lubnan membuang undi di Kedutaan Mesir, Ahad lalu.

KAHERAH - MESIR . Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi didakwa telah mendahului saingannya, ahli politik berhaluan kiri Hamdeen Sabahi menerusi keputusan kiraan undi awal melibatkan lebih 300,000 ekspatriat di beberapa negara.

Kelmarin, agensi berita Al-Ahram melaporkan al-Sisi memperoleh 97 peratus undi di Australia, 93 peratus undi di New Zealand dan 90.8 peratus undi di  Indonesia menerusi keputusan tidak rasmi yang diberikan beberapa kedutaan.

Proses pengundian pusingan pertama yang berlangsung selama tiga hari pada 15 hingga 18 Mei lalu menyaksikan 311,875 ekspatriat Mesir membuang undi di kedutaan dan pejabat konsulat.

Sistem pengundian pada kali ini juga adalah berbeza kerana proses membuang undi tidak boleh dibuat melalui emel seperti yang dibenarkan pada Pilihan Raya Presiden Mesir 2012.

Undang-undang pengundian baharu itu juga menetapkan ekspatriat mesti mendaftar dalam pangkalan data pengundi.  

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk memantau proses pengundian di negara itu pada 26 dan 27 Mei ini.

Ketua Misi Pemerhati EU, Mario David berkata, mereka akan membuat beberapa pelarasan semula bagi meneruskan usaha tersebut memandangkan 45 wakil kesatuan
tersebut telah berada di Kaherah untuk membuat persediaan akhir sebelum dihantar ke seluruh negara pada minggu depan, dipetik dari laporan Al-Arabiya.

Abdel Fattah catat kemenangan besar


Sebahagian daripada rakyat Mesir di Emiriyah Arab Bersatu, mengundi pada pilihan raya Presiden Mesir di Kedutaan Mesir di Dubai, pada 15 Mei lalu. - AFP
KAHERAH 20 Mei - Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mencatat kemenangan besar pada pilihan raya Presiden berdasarkan keputusan awal pengundian di luar negara, yang diumumkan oleh kumpulan yang berkempen untuk beliau, malam semalam.
Akhbar tempatan, Ahram melaporkan, Abdel Fattah memperolehi 97 peratus sokongan daripada pengundi di Australia, masing-masing 93 peratus di New Zealand dan China, selain 77 peratus di Filipina dan 91 peratus undi di Indonesia.
Di London, beliau meraih 90.6 peratus undian dan keputusan penuh dijangka dikeluarkan lewat hari ini.
Kemenangan besar itu, sekali gus menunjukkan sokongan kuat yang diberikan kepada Abdel Fattah berbanding pencabarnya, Hamdeen Sabbahi yang merupakan ahli politik berhaluan kiri.
terdapat kira-kira 6.8 juta rakyat Mesir tinggal atau bekerja di luar negara, namun hanya 600,000 daripada jumlah itu mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya Presiden kali ini.
Kementerian Luar melaporkan, hanya lebih 300,000 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka sejak pengundian dibuka pada Khamis lalu sehingga semalam,
Sementara itu, Pengarah Misi Pemantauan Kesatuan Eropah (EU), Mario David berkata, pihaknya akan memantau pilihan raya Presiden Mesir yang berlangsung pada minggu depan selepas pihak berkuasa negara ini membenarkan peralatan komunikasi dibawa masuk.
Dua hari sebelum itu, EU tidak dibenarkan membawa peralatan tersebut bagi memantau pelaksanaan pilihan raya berkenaan pada 26 dan 27 Mei ini.
Sepasukan 45 pemerhati luar telah berada di Kaherah dan akan ditugaskan memantau proses pengundian itu di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140521/lu_07/Abdel-Fattah-catat-kemenangan-besar#ixzz32IsW1bLL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 May 2014

Al Sisi terdesak guna taktik kotor

Al Sisi terdesak guna taktik kotor
 Rakyat Mesir tiada pilihan lain melainkan mengundi Hamdeen bagi memastikan kekalahan berpihak kepada Al-Sisi. - Foto: AFP
19 Mei 2014 KAHERAH - MESIR . Mesir sekali lagi menggunakan taktik paling kotor dalam sejarah pilihan raya apabila melanjutkan tempoh pengundian ekspatriat negara itu sehingga petang hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) Abdel Aziz Salman sebelum ini mengumumkan, penduduk di luar Mesir mula membuang undi pada Khamis dan mesti berakhir jam 9 malam tadi.

Namun semalam, beliau mengubah kenyataan apabila mengumumkan, tambahan sehari diberikan kepada mereka dengan alasan peratus keluar undi sangat tinggi.

“Lebih daripada 210,000 ekspatriat mengundi di pejabat kedutaan di seluruh dunia. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang mengundi pada referendum Perlembagaan Januari lalu,” katanya.

Media tempatan melaporkan, tindakan itu sudah dijangka apabila PEC yang sebelum ini dikatakan sekutu kuat Abdel-Fattah Al-Sisi sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan lawannya, Hamdeen Sabahi tewas.

Sementara itu, episod drama pilihan raya Mesir bertambah rancak apabila Kesatuan Eropah (EU) secara tiba-tiba membatalkan hasrat menjadi pemerhati.

Jurucakap Ketua Dasar Luar EU Catherine Ashton berkata, pembatalan itu disebabkan Mesir gagal memenuhi piawaian peraturan pemerhatian.

“Mesir gagal memberi akses telekomunikasi, perubatan dan pengawal keselamatan,” katanya, dipetik dari laporan Agensi.

170 lagi penyokong Mursi dipenjara


KAHERAH 19 Mei - Sebanyak 170 penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi hari ini dihukum penjara sehingga 10 tahun kerana terlibatdalam satu protes tahun lalu.
Menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Mesir, mahkamah Kafr el-Sheikh mendapati, 127 orang bersalah kerana menyerbu dan membakar sebuah gereja, sebuah balai polis dan sebuah stadium bagi membalas dendam ekoran pembunuhan beratus-ratus anggota pergerakan Islam tersebut apabila pasukan keselamatan menggempur dua kem demonstrasi oleh penyokong Mursi di Kaherah pada Ogos lalu.
“Mereka masing-masing dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, manakala lima orang bawah umur iaitu berumur 17 tahun, masing-masing menerima hukuman penjara setahun, namun hukuman tersebut ditangguhkan,’’ kata kenyataan itu.
Mahkamah di Kaherah pula mengenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun terhadap 37 orang setiap seorang atas dakwaan cuba meletupkan sebuah stesen kereta api bawah tanah di sini pada tahun lepas.
Mahkamah turut mengenakan denda 20,000 pound Mesir (RM8,960) ke atas setiap defendan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140520/lu_08/170-lagi-penyokong-Mursi-dipenjara#ixzz32CiCJkAw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 May 2014

EU dihalang pantau pilihan raya


Brussels: Kesatuan Eropah (EU) tidak dapat memantau pilihan raya presiden di Mesir bulan ini kerana tidak mendapat kebenaran Kaherah untuk membawa masuk peralatan keselamatan yang diperlukan.

Perkara itu dimaklumkan pegawai EU semalam.


“Malangnya walaupun kami berkali-kali meminta kebenaran Kaherah, peralatan telekomunikasi dan kit perubatan yang diperlukan untuk memastikan keselamatan pemantau kami terjamin tidak dapat diperoleh dalam waktu yang ditetapkan.

“Kini sudah terlambat untuk melakukan pemantauan sewajarnya,” katanya, semalam.


EU sebelum ini merancang menghantar pemantau pada lewat April sebelum menugaskan pemerhati di seluruh negara bagi melihat pelaksanaan proses pilihan raya.


Namun kini ia hanya boleh meletakkan “pasukan penilaian pilihan raya” di ibu negara Mesir yang pasti hanya mampu memainkan peranan lebih terhad.

Bekas ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi dijangka memenangi pilihan raya presiden itu menentang saingan tunggalnya Hamdeen Sabahi pada 26 dan 27 Mei ini. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

126 penyokong Ikhwan dihukum penjara 10 tahun


Kaherah: Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas 126 penyokong Presiden Mohamed Mursi, kata sumber perundangan.

Menurut sumber itu, hakim mendapat tertuduh “bersalah” kerana menyertai rusuhan, menyerang pasukan keselamatan dan terbabit dalam pertempuran pada 16 Ogos tahun lalu.


Tidak cukup dengan itu, mereka juga disabitkan kesalahan kerana menyertai “pertubuhan haram” merujuk kepada gerakan Islam berpengaruh Mesir, Ikhwanul Muslimin. Hakim di mahkamah daerah Kafr el-Sheikh turut menghukum enam lagi tertuduh dengan penjara satu tahun.



Bagaimanapun, tuduhan yang dikenakan belum diketahui. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

18 May 2014

Jutaan rakyat boikot pilihan raya Mesir

Jutaan rakyat boikot pilihan raya Mesir
 Poster Al-Sisi dan Hamdeen disiram cat sekali gus menyaksikan pilihan raya negara itu diboikot oleh rakyat 
18 Mei 2014KAHERAH - MESIR. Jutaan rakyat mula memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir yang mula mengundi bagi ekspatriat negara itu, kelmarin.

Media melaporkan, gerakan Ikhwanul Muslimin mengesahkan, sebanyak 63 peratus daripada rakyat negara itu tidak akan keluar mengundi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa, Abdel Fatah Al-Sisi disaingi Hamdeen Sabahi.

Jurucakap Ikhwanul berkata, jika jumlah keluar mengundi adalah 16.7 juta daripada 52 juta pengundi berdaftar sama seperti pilihan raya era Presiden Mohammed Mursi, Al-Sisi berkemungkinan akan tewas.

“Jika separuh daripada 16.7 juta memboikot pilihan raya itu maka Al-Sisi dijangka kalah teruk kerana 50 peratus daripadanya adalah ahli Ikhwanul,” katanya.

Menurutnya, ketika pilihan raya 2012, sebanyak 6 juta pengundi mengesahkan kemenangan Mursi dalam pusingan pertama diikuti oleh Salafi Al-Nour dan Pergerakan Revolusi April 6.

“Jika ada kalangan kami (Ikwanul) keluar mengundi, sudah pasti kami memilih Hamdeen,” katanya dipetik Agensi

Sementara itu, jurucakap parti Salafi Al-Nour  Nader Bakkar berkata, pihaknya juga akan memboikot pilihan raya itu.

“Kami tidak akan sokong Al-Sisi. Beliau bunuh 1,400 penyokong kami ketika penggulingan Mursi Julai lalu. Kami mahukan pemerintahan undang-undang Islam di Mesir bukan undang-undang sekular seperti dirancang Al-Sisi,” katanya.

17 May 2014

Ekspatriat Mesir mula undi

Ekspatriat Mesir mula undi
Pengundi terpaksa beratur panjang menunggu giliran membuang undi di konsulat Mesir di New York. Foto: EPA
17 Mei 2014  KAHERAH - MESIR. Kementerian Luar memaklumkan laporan awal dari Australia dan negara Teluk menunjukkan ramai ekspatriat Mesir keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang bermula kelmarin hingga Ahad ini.

Kebanyakan mereka terpaksa beratur panjang untuk membuang undi di kedutaan dan pejabat konsulat di 124 negara lapor Al-Ahram.

Sementara itu, Konsul Mesir di Jeddah, Adel Alfy memberitahu kira-kira 700 pengundi keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun cuaca agak panas pada masa ini.

"Kami turut menyediakan pengangkutan percuma kepada pengundi yang tinggal di bandar berhampiran.

"Ia adalah sebagai satu galakan kepada penduduk Mesir yang menetap di negara ini untuk bersama-sama keluar mengundi," katanya.

Proses pengundian itu adalah penanda aras kedua dalam pelan peralihan ditetapkan kerajaan sementara Mesir selepas insiden rampasan kuasa yang menyaksikan bekas presiden, Mohammed Mursi digulingkan, Julai lalu.

Januari lalu, hanya 107,000 daripada 600,000 ekspatriat yang layak mengundi keluar membuang undi dalam referendum bagi meminda Perlembagaan Mesir. 

Pemilihan pada kali ini menyaksikan persaingan sengit antara bekas Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi dan ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi yang akan bertanding untuk merebut jawatan presiden.    

Al-Azhar mula dikosongkan


16 Mei 2014

KAHERAH - MESIR. Semua pelajar Universiti Al-Azhar dipindahkan bagi mengelakkan kekecohan sepanjang minggu pilihan raya presiden yang hanya tinggal seminggu lagi.

Menurut Al Ahram, Ahli lembaga universiti diketuai Profesor Osama El-Abd turut mengumumkan penangguhan peperiksaan  dan memberi cuti kepada kakitangan mulai 22 hingga 30 Mei ini.

Sementara itu, Mesir melaksanakan melaraskan satu jam ke hadapan hari ini.

Jurucakap kerajaan Hossam El- Qeish berkata, waktu itu berubah tepat jam 12.00 malam ini.

16 May 2014

Al-Sisi minta bantuan AS



AL-SISI (kanan) diwawancara seorang wartawan agensi berita Reuters di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang dijangka akan menjadi Presiden negara ini meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu memerangi keganasan yang dilakukan kumpulan-kumpulan militan Islam.
Menurut Al-Sisi, bantuan itu akan mengelakkan sebuah negara seperti Afghanistan yang berdepan masalah dengan pergerakan Taliban wujud di Asia Barat.
Beliau membuat kenyataan itu semasa diwawancara sebuah pertubuhan berita antarabangsa, Reuters kelmarin sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada 26 dan 27 Mei ini.
Namun, pengundian awal telah bermula di beberapa kedutaan Mesir di luar negara semalam.
Al-Sisi dijangka menang mudah kerana beliau hanya menerima tentangan daripada seorang calon berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi.
Jika memenangi pilihan raya Presiden, beliau akan menjadi Presiden terbaharu yang mempunyai latar belakang ketenteraan.
Pada 3 Julai tahun lalu, beliau mengetuai tentera untuk merampas kuasa ke atas Presiden Mohamed Morsi yang merupakan orang awam pertama dipilih menerusi pilihan raya untuk menjadi ketua negara.
Morsi kini ditahan dan didakwa melakukan pengintipan dan menyebabkan keganasan berlaku di Mesir.
Menyentuh tentang Ikhwanul Muslimin, Al-Ssisi menyatakan, pergerakan itu tidak lagi relevan di negara ini.
Menurutnya, keganasan yang dilakukan pergerakan itu ke atas penduduk Mesir menyebabkan ia tidak mendapat simpati dalam kalangan rakyat.
Pergerakan itu juga dilabel sebagai pertubuhan penganas di Mesir.
Al-Sisi juga menyatakan, situasi ekonomi di Mesir kini mengalami kesukaran sejak tiga tahun lalu.
"Lebih 50 peratus penduduk Mesir hidup dalam kemiskinan. Terdapat banyak pengangguran," katanya.
Menurutnya, demokrasi tidak akan berjaya melainkan terdapat kedudukan ekonomi yang kukuh dan menerusi sokongan kuat ke atas bidang pendidikan.
"Demokrasi bukan sahaja untuk mendidik golongan muda tetapi untuk mewujudkan suasana yang sesuai bagi membolehkan demokrasi berjalan dengan baik," kata- nya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz31p7hm6vN 
Hakcipta terpelihara 

14 May 2014

36 pelajar Al-Azhar dipenjara empat tahun

36 pelajar Al-Azhar dipenjara empat tahun
Polis kini bebas memasuki premis universiti untuk menahan pelajar. 
13 Mei 2014 KAHERAH - MESIR . Sebanyak 36 pelajar Universiti Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan tahun lalu ketika penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi.

Mahkamah turut mengarahkan mereka membayar denda 4,300 euro (RM19,100).

Menurut sumber, kesemua mereka didapati bersalah kerana melakukan kekacauan, menghalang jalan di hadapan universiti dan bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan.

Februari lalu, pihak berkuasa mengeluarkan perintah bahawa anggota keselamatan dibenarkan memasuki kampus dan memberikan hak kepada pentadbir universiti untuk mengusir mana-mana pelajar yang terlibat dalam bantahan itu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan pelajar apabila mereka berterusan mendesak kerajaan sementara supaya membebaskan semua pelajar yang ditahan dengan segera dan meminta polis segera meninggalkan kawasan kampus berkenaan.

Keganasan di Mesir dijangka terus meningkat sehingga Pilihan Raya Presiden 26 dan 27 Mei ini, dipetik dari laporan Al Arabiya.

Aset Ikhwanul Muslimin dibeku


Sebahagian pelajar yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin berlari menyelamatkan diri selepas polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah, baru-baru ini. - REUTERS
KAHERAH 13 Mei - Aset milik 30 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin serta 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam buah syarikat yang didakwa bergabung dengan pergerakan yang diharamkan itu dirampas dan dibekukan oleh sebuah jawatankuasa penilai yang ditubuhkan oleh kerajaan Mesir.
Portal berita Arab Saudi, ahram.org.eg melaporkan, ketua jawatankuasa itu, Ezzat Khamis berkata, tindakan tersebut dilakukan berikutan beberapa siasatan keselamatan dan badan eksekutif Mesir.
Katanya, syarikat gabungan pergerakan itu terbabit dalam bidang produksi media dan kontrak.
Namun, pihak pendakwa raya enggan mendedahkan nama individu, NGO atau syarikat yang asetnya dibekukan itu.
Sejak Mac lalu, panel jawatankuasa khas itu telah membekukan aset 702 pemimpin Ikhwanul Muslimin, sebagai tambahan, bagi meletakkan pengurusan 1,050 buah NGO dan sebahagian 147 sekolah yang menjadi rakan gabungan pergerakan Islam itu di bawah badan pemegang amanah kerajaan.
Sebelum ini, pergerakan Islam itu telah diharamkan oleh sebuah Mahkamah pada September lalu, dua bulan selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera.
Dua tindakan undang-undang dan satu tindakan mencabar telah difailkan di mahkamah terhadap pemerintah, kes yang masih belum diselesaikan.
Pihak berkuasa Mesir turut menganggap pergerakan itu sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada Disember lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140514/lu_06/Aset-Ikhwanul-Muslimin-dibeku#ixzz31dS3MhLR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aset Ikhwanul Muslimin dibeku


Sebahagian pelajar yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin berlari menyelamatkan diri selepas polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah, baru-baru ini. - REUTERS
KAHERAH 13 Mei - Aset milik 30 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin serta 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam buah syarikat yang didakwa bergabung dengan pergerakan yang diharamkan itu dirampas dan dibekukan oleh sebuah jawatankuasa penilai yang ditubuhkan oleh kerajaan Mesir.
Portal berita Arab Saudi, ahram.org.eg melaporkan, ketua jawatankuasa itu, Ezzat Khamis berkata, tindakan tersebut dilakukan berikutan beberapa siasatan keselamatan dan badan eksekutif Mesir.
Katanya, syarikat gabungan pergerakan itu terbabit dalam bidang produksi media dan kontrak.
Namun, pihak pendakwa raya enggan mendedahkan nama individu, NGO atau syarikat yang asetnya dibekukan itu.
Sejak Mac lalu, panel jawatankuasa khas itu telah membekukan aset 702 pemimpin Ikhwanul Muslimin, sebagai tambahan, bagi meletakkan pengurusan 1,050 buah NGO dan sebahagian 147 sekolah yang menjadi rakan gabungan pergerakan Islam itu di bawah badan pemegang amanah kerajaan.
Sebelum ini, pergerakan Islam itu telah diharamkan oleh sebuah Mahkamah pada September lalu, dua bulan selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera.
Dua tindakan undang-undang dan satu tindakan mencabar telah difailkan di mahkamah terhadap pemerintah, kes yang masih belum diselesaikan.
Pihak berkuasa Mesir turut menganggap pergerakan itu sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada Disember lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140514/lu_06/Aset-Ikhwanul-Muslimin-dibeku#ixzz31dS3MhLR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aset Ikhwanul Muslimin dibeku


Sebahagian pelajar yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin berlari menyelamatkan diri selepas polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah, baru-baru ini. - REUTERS
KAHERAH 13 Mei - Aset milik 30 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin serta 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam buah syarikat yang didakwa bergabung dengan pergerakan yang diharamkan itu dirampas dan dibekukan oleh sebuah jawatankuasa penilai yang ditubuhkan oleh kerajaan Mesir.
Portal berita Arab Saudi, ahram.org.eg melaporkan, ketua jawatankuasa itu, Ezzat Khamis berkata, tindakan tersebut dilakukan berikutan beberapa siasatan keselamatan dan badan eksekutif Mesir.
Katanya, syarikat gabungan pergerakan itu terbabit dalam bidang produksi media dan kontrak.
Namun, pihak pendakwa raya enggan mendedahkan nama individu, NGO atau syarikat yang asetnya dibekukan itu.
Sejak Mac lalu, panel jawatankuasa khas itu telah membekukan aset 702 pemimpin Ikhwanul Muslimin, sebagai tambahan, bagi meletakkan pengurusan 1,050 buah NGO dan sebahagian 147 sekolah yang menjadi rakan gabungan pergerakan Islam itu di bawah badan pemegang amanah kerajaan.
Sebelum ini, pergerakan Islam itu telah diharamkan oleh sebuah Mahkamah pada September lalu, dua bulan selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera.
Dua tindakan undang-undang dan satu tindakan mencabar telah difailkan di mahkamah terhadap pemerintah, kes yang masih belum diselesaikan.
Pihak berkuasa Mesir turut menganggap pergerakan itu sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada Disember lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140514/lu_06/Aset-Ikhwanul-Muslimin-dibeku#ixzz31dS3MhLR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 May 2014

Mesir di ambang kehancuran


Doha: Ulama terkemuka yang berpangkalan di Qatar kelmarin menyatakan pemilihan Abdel Fattah al-Sisi sebagai Presiden Mesir hanya akan membawa kehancuran kepada negara itu.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi berkata, kenyataannya itu disokong dengan hakikat bahawa pencalonan Abdel Fattah mendapat sokongan rejim Zionis Israel.



“Israel memang mahu Abdel Fattah menjadi presiden kerana dia dapat melindungi kepentingan mereka dan tidak menimbulkan masalah dalam isu Palestin,” katanya.

Mesir akan mengadakan pilihan raya presiden selepas Abdel Fattah menggulingkan Mohamed Mursi Isa al-Ayyat pada 2012.

Mohamed Mursi dilantik sebagai presiden melalui proses demokrasi hasil penyingkiran Hosni Mubarak.

Yusuf berkata, Abdel Fattah juga mendapat bantuan daripada Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, yang berkempen untuknya.

Abdel Fattah dijangka akan menang mudah pada pilihan raya kali ini kerana pelbagai kekangan yang dikenakan terhadap rakyat Mesir.

Satu-satunya calon yang menentangnya pula adalah ahli politik haluan kiri yang kurang dikenali, Hamdeen Sabahi.

Yusuf berkata, sejak hari pertama Abdel Fattah menggulingkan Mohamed Mursi, apa yang berlaku di Mesir adalah pembunuhan demi pembunuhan berlaku.

“Pertumpahan darah berlanjutan, wanita tidak bersalah dirogol.

“Mesir kini kehilangan semuanya.


Ini satu malapetaka besar” katanya.


- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

12 May 2014

200 lagi proMursi ditahan

200 lagi proMursi ditahan
Ribuan penduduk Gaza melancarkan demonstrasi aman terhadap penahanan 102 ahli Ansar Beit al-Maqdis di Gaza
12 Mei 2014  KAHERAH - MESIR. Sebanyak 200 ahli kumpulan Ansar Beit al-Maqdis atau dikenali sebagai Penyokong Baitulmuqaddis menghadapi tuduhan melancarkan serangan maut di seluruh negara ketika penggulingan Presiden Mohammed Mursi, Julai tahun lalu.

Pendakwa raya bebas berkata kepada Al Jazeera, kumpulan bergerak aktif di sempadan Sinai itu dibicara secara berperingkat dengan 102 disabit kesalahan semalam manakala baki 98 bakal menyusul.

Mereka dituduh mendalangi beberapa siri serangan bom di Sinai yang dilihat semakin ketara sejak rampasan kuasa tentera.

“Kumpulan ini adalah pengganas paling merbahaya. Mereka melakukan latihan ketenteraan di Gaza yang dinaungi Hamas,” menurutnya dalam  satu kenyataan.

Menurutnya, kumpulan terbabit juga adalah pejuang barisan hadapan yang bersekutu untuk menumbangkan kerajaan Syria.

April lalu, Amerika Syarikat menyenaraikan Ansar Beit al-Maqdis sebagai organisasi pengganas dan menuduh mereka bersekongkol dengan sayap Al-Qardah.  

‘Tunggu 25 tahun jika mahu demokrasi sejati di Mesir’


Kaherah: Menteri Pertahanan Mesir yang bertanggungjawab menggulingkan presidennya sendiri, Abdel Fattah al-Sisi semalam berkata, dia mengutamakan kestabilan Mesir berbanding kebebasan.

Malah kata tokoh yang diketahui sejak sekian lama mengidam menjadi presiden itu, Mesir perlukan 25 tahun lalu untuk menikmati “demokrasi sejati.” “Anda menulis di akhbar bahawa tiada suara yang lebih nyaring berbanding kebebasan bersuara.

“Apa yang kamu maksudkan?” sergah Abdel Fattah dalam pertemuannya dengan sekumpulan wartawan di Kaherah.



Mesir memilih tokoh gerakan Islam Mohamed Mursi Isa al-Ayyat sebagai presiden dalam pilihan raya pertama dijalankan secara demokrasi pada 2012 selepas Mesir dicengkam rejim Hosni Mubarak selama 25 tahun.

Bagaimanapun Abdel Fattah mengetuai gerakan mengguling Mohamed Mursi setahun kemudian dan memulakan cengkaman keras ke atas penduduk Mesir.

Tokoh penentangnya - terutama dalam kalangan pemimpin Ikhwanul Muslimin - digantung atau dipenjara kerana membantah tindakan tentera Mesir menyingkir kerajaan demokratik negara itu.

Kata Abdel Fattah, pelancong tidak akan datang ke Mesir jika negara itu terus berdepan dengan demonstrasi mengutuk rampasan kuasa Mohamed Mursi.


“Adakah anda lupa ada berjuta-juta orang tidak dapat mencari rezeki kerana protes?” katanya.


Menurut Abdel Fattah, Mesir hanya boleh menikmati suasana hak asasi manusia yang baik jika negara itu berada dalam keadaan stabil.

“Beri peluang kepada kami untuk berkhidmat.

“Jika ada sesuatu maklumat, bisikkan ke telinga pegawai kerajaan dan jangan dedahkan kepada orang ramai,” katanya.

Abdel Fattah akan bertanding menentang pemimpin kiri Hamdeen Sabbahi dalam pilihan raya presiden pada 26 dan 27 Mei ini.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12