30 April 2014

Lagi penyokong Mursi dipenjara


KAHERAH 30 April - Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas 29 defenden yang digelar sebagai penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, atas beberapa kesalahan termasuk membuat kekecohan.
Hukuman tersebut berhubung kait dengan tunjuk perasaan besar-besar yang diadakan selepas berlakunya penggulingkan terhadap Mursi oleh pihak tentera pada Julai tahun lalu.
Keputusan itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah di selatan negara ini mencadangkan supaya lebih 700 penyokong Mursi yang ditahan dikenakan hukuman mati. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140430/lu_01/Lagi-penyokong-Mursi-dipenjara#ixzz30NBLCMm8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

29 April 2014

Pilihan raya Mesir dijangka sukar


29 April 2014

Pilihan raya Mesir dijangka sukar
Pilihan raya Mesir dijangka sukar - Foto: EUROPEAN PRESSPHOTO AGENCY



MINYA - MESIR. Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin dan 683 penyokongnya dijangka akan menggiatkan tindakan balas ke atas gerakan yang boleh mencetuskan bantahan dan keganasan politik menjelang pilihan raya negara itu bulan depan.

Hukuman yang dijatuhkan kepada Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin,  Mohamed Badie akan menyemarakkan kemarahan ahli kumpulan yang telah menjadi sasaran serbuan, tangkapan dan sekatan sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dari kuasa pada Julai tahun lalu.

Keputusan itu dibuat pada satu sesi mahkamah yang hanya mengambil masa kurang daripada tempoh lima minit.

Semalam, hakim Sayedd Yousef juga mengesahkan hukuman itu dijatuhkan kepada kira-kira 40 defendan dalam perbicaraan beramai-ramai, manakala defendan lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Difahamkan, hukuman penjara seumur hidup di Mesir bermakna 25 tahun.

Badie merupakan antara 77 daripada 683 defendan yang berada di kandang mahkamah, manakala tertuduh selebihnya dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan mempunyai hak automatik untuk dibicarakan semula.

Undang-undang Mesir mengkehendaki hukuman mati disahkan oleh hakim yang mengadili sesuatu kes selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar, pegawai terkemuka agama di Mesir dengan nasihat mufti kepada hakim adalah rahsia.

Bagaimanapun, keputusan dan hukuman mati itu masih tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, hakim yang sama, Sayedd Yousef enggan mendengar sebarang hujah daripada pasukan pembelaan dalam satu sesi perbicaraan berlangsung selama empat jam.

Sayedd mula mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa termasuk bantahan kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas 528 defendan pada 24 Mac lalu ekoran satu perbicaraan ringkas yang disifatkan tidak mengikut peraturan.

Nekad boikot

Nekad boikot
Hamdeen (kanan) akan menentang Al-Sisi dalam pilihan raya presiden pada bulan depan. 
29 April 2014  KAHERAH - MESIR . Parti perikatan Islam di Mesir nekad untuk memboikot pilihan raya presiden pada 26 dan 27 Mei depan.

Kelmarin, Perikatan Kebangsaan pro-Legitimasi yang dipimpin gerakan Ikhwanul Muslimin turut menyifatkan proses pemilihan itu sebagai satu sandiwara bertujuan untuk melantik presiden yang merancang rampasan kuasa pada Julai lalu.

"Pemimpin rampasan kuasa telah melakukan perbuatan jenayah sama seperti yang dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin," kata jurucakap perikatan tersebut.

Sabtu lalu, penyokong kumpulan terbabit bertindak mengadakan protes sebagai membantah pencalonan bekas Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi dalam pilihan raya presiden.

Al-Sisi bakal berhadapan tentangan ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi yang pernah ditewaskan bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi ketika pilihan raya lalu.

Pemimpin dalam rampasan kuasa tersebut juga telah menggantung Perlembagaan dan membubarkan Parlimen selepas insiden penggulingan Mursi yang dilihat sebagai persediaan awal untuk beliau bertanding bagi merebut jawatan presiden.

Minggu lalu, ribuan penduduk Mesir berhimpun di beberapa bandar sambil melaungkan slogan mengutuk pencalonan Al-Sisi yang didakwa mendapat sokongan majoriti rakyat untuk menerajui negara itu, dipetik dari laporan Press TV.

683 anggota Ikhwanul Muslimin dihukum mati


BEBERAPA ahli keluarga anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin menangis di luar sebuah mahkamah di Mesir selepas hakim menjatuhkan hukuman ke atas anggota kumpulan berkenaan. - AFP


KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohameed Badie dan 682 pengikutnya atas tuduhan membunuh serta cubaan membunuh anggota polis.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dua sesi ringkas perbicaraan yang diboikot oleh barisan peguam bela tertuduh.
Mahkamah yang sama pada Mac lalu turut menjatuhkan hukuman mati terhadap seramai 529 pengikut pergerakan tersebut.
Bagaimanapun, hukuman terhadap 492 tertuduh ditukar kepada penjara seumur hidup.
Dalam perbicaraan yang berlangsung semalam, hanya 50 orang termasuk Badie yang berjaya ditangkap, manakala selebihnya masih bebas.
Hakim Said Youssef Sabry yang mempengerusikan perbicaraan itu akan mengesahkan hukuman berkenaan pada 21 Jun depan.
Mengikut undang-undang di Mesir, hukuman mati yang dijatuhkan perlu dirujuk dan mendapat nasihat daripada Ketua Agama Islam sebelum ia disahkan.
Mahkamah tersebut juga boleh meringankan hukuman sebelum ia boleh dicabar di mahkamah rayuan.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh dan cuba membunuh beberapa anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz30DqmmPk8 
Hakcipta terpelihara 

Mohammed Badie dihukum mati


MOHAMMED Badie, (bawah tengah) dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Salah Soltan (kanan) menunjukkan isyarat tangan semasa hadir di kamar mahkamah di Minya, pada 1 April lalu. - AGENSI
KAHERAH 28 April - Seorang hakim Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 orang penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Amnya, Mohammed Badie dalam satu perbicaraan beramai-ramai di wilayah Minya, hari ini.
Mahkamah sama turut mengesahkan hukuman mati ke atas 37 daripada 529 defendan yang dijatuhi hukuman mati pada Mac lalu, manakala baki selebihnya dipenjara selama 25 tahun.
Portal berita Al-Jazeera melaporkan, keputusan itu disambut dengan jeritan dalam kalangan ahli keluarga defendan yang menunggu di luar kamar dan menyebabkan beberapa wanita pengsan.
Kebanyakan peguam yang mewakili tertuduh pula bertindak memulaukan perbicaraan itu dengan menuntut Hakim, Saeed Youssef digugurkan daripada menghakimi perbicaraan tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang 'pembunuh'.
Peguam yang mewakili 25 defendan, Mohamed Abdel Waheb berkata, keputusan itu dibuat pada satu sesi mahkamah yang mengambil masa kurang daripada tempoh lima minit.
Sebelum ini katanya, satu sesi perbicaraan berlangsung selama empat jam yang menyaksikan hakim enggan untuk mendengar sebarang hujah daripada pasukan pembelaan.
Saeed mula mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa termasuk bantahan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas 528 defendan pada 24 Mac lalu ekoran satu perbicaraan ringkas yang disifatkan tidak mengikut peraturan.
Badie merupakan antara 77 daripada 683 defendan yang berada di kandang mahkamah, manakala tertuduh selebihnya dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan mempunyai hak automatik untuk dibicarakan semula.
Undang-undang Mesir mengkehendaki hukuman mati disahkan oleh hakim yang mengadili sesuatu kes selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar, pegawai terkemuka agama di Mesir dengan nasihat mufti kepada hakim adalah rahsia.
Bagaimanapun, keputusan dan hukuman mati itu masih tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Rayuan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140429/lu_01/Mohammed-Badie-dihukum-mati#ixzz30DnqUPs8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

28 April 2014

11 pro Mursi dipenjara 88 tahun

11 pro Mursi dipenjara 88 tahun
 Ribuan rakyat melakukan protes aman membantah tindakan Al Sisi bertanding pilihan raya, Mei ini.
28 April 2014 KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 88 tahun terhadap 11 penyokong presiden yang digulingkan Mohammed Mursi kerana bersalah memprotes undang-undang dan menyerang polis.

Lima daripada mereka dijatuhi hukuman oleh sebuah mahkamah di bandar selatan Minya dan selebihnya oleh mahkamah di Kaherah.

Kesemua mereka bersalah melakukan demonstrasi dan menyerang anggota polis di bandar Samallout pada Julai tahun lalu.

Dalam perkembangan berasingan, ratusan rakyat negara itu melakukan demonstrasi membantah perlaksanaan undang-undang anti-bantahan yang diperkenalkan sebulan sebelum pilihan raya presiden yang di jadualkan 26 dan 27 Mei ini.

Demonstrasi dilakukan bertujuan untuk membantah pencalonan bekas ketua tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding kerusi Presiden menurut laporan Al Arabiya.

24 April 2014

Dua pegawai polis kanan terbunuh di Mesir


KERETA dinaiki oleh Brigadier Jeneral, Ahmed Zaki yang terbunuh, musnah selepas berlakunya letupan di bandar October 6, kira-kira 32 kilometer dari barat Kaherah, Mesir, semalam. - REUTERS
KAHERAH 23 April - Seorang pegawai polis berpangkat brigedier jeneral maut apabila sebutir bom yang disembunyikan di bawah kenderaannya, meletup di sini hari ini.
Kejadian di bandar October 6, kira-kira 32 kilometer di barat ibu negara itu, mengorbankan Ahmed Zaki, komander angkatan polis pusat Mesir yang mengetuai operasi menggempur kem penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi tahun lalu.
Letupan itu berlaku ketika mangsa ingin pergi ke tempat kerjanya. Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital, lapor pegawai keselamatan.
Dua orang anggota tentera turut cedera dalam insiden tersebut.
Stesen-stesen televisyen menyiarkan ke­adaan kenderaan mangsa yang rosak teruk akibat letupan itu.
Ahmed Zaki merupakan pegawai polis kanan ketiga terbunuh sejak awal tahun ini, dan kesemua serangan berlaku di Kaherah.
Sementara itu di Iskandariah, seorang leftenan polis maut dalam satu kejadian tembak menembak dengan ‘pengganas’ yang dikehendaki.
Menurut sumber keselamatan, seorang 'pengganas' turut terbunuh dalam insiden itu sementara seorang lagi cedera.
Pasukan polis Mesir menjadi sasaran kemarahan selepas melaksanakan tindakan kekerasan ke atas rakyat negara ini semasa kebangkitan rakyat menumbangkan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada 2011. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140424/lu_06/Dua-pegawai-polis-kanan-terbunuh-di-Mesir#ixzz2zkdFOBgF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 April 2014

Hamdeen cabar Abdel Fattah


Gambar fail tanpa tarikh, menunjukkan para penyokong memegang poster calon kegemaran masing-masing iaitu Abdel Fattah al-sisi (kiri) dan Hamdeen Sabbahi (kanan) di Kaherah, Mesir. - AFP
KAHERAH 21 April - Pilihan raya Presiden Mesir bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu apabila bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi dijadual merebut jawatan tersebut dengan pencabarnya, Hamdeen Sabbahi, seorang pemimpin berhaluan kiri.
Abdel Fattah al-Sisi merupakan calon popular untuk memenangi pilihan raya itu selepas popularitinya melonjak selepas menggulingkan Mursi, Presiden pertama negara ini yang dipilih oleh rakyat dan merupakan orang awam.
Hamdeen pula yang mendapat tempat ketiga semasa pilihan raya Presiden 2012, dilihat penyokongnya sebagai satu-satunya pemimpin yang mewakili aspirasi bagi mereka yang terlibat dalam kebangkitan rakyat menentang Hosni Mubarak pada 2011.
Pencalonan Hamdeen dilihat memberi harapan kepada rakyat Mesir untuk mengatasi kebimbangan bahawa Abdel Fattah akan mengembalikan zaman pemerintahan Mubarak.
"Kita sedang berhadapan dengan satu situasi jelas iaitu terdapat seorang calon yang dapat membawa kita ke masa depan dan satu lagi akan membawa kita ke zaman lampau," kata jurucakap Hamdeen, Amr Badr merujuk kepada pemerintahan tentera Mesir.
Ikhwanul Muslimin yang diwakili Mursi pada pilihan raya sebelum ini tidak mengumumkan sebarang calon selepas pergerakan itu disenarai hitam kerajaan sebagai pertubuhan ‘pengganas’, malah turut memulaukan pilihan raya tersebut.
Menurut pertubuhan Amnesty International, lebih 1,400 orang terbunuh dalam tindakan kekerasan pihak berkuasa yang menjadikan penyokong Mursi sebagai sasaran, manakala lebih 15,000 lagi dipenjara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140422/lu_02/Hamdeen-cabar-Abdel-Fattah#ixzz2zZ0PrVS6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 April 2014

120 ahli Ikhwanul dipenjara 3 tahun

WARTAWAN SINAR HARIAN
120 ahli Ikhwanul dipenjara 3 tahun
Sebahagian ahli Ikhwanul menghadiri perbicaraan di ibu negara, semalam. 
18 April 2014
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap 120 penyokong Ikhwanul Muslimin kerana mencetuskan keganasan, Oktober lalu.

Akhbar Ahram melaporkan, keganasan tercetus ketika upacara memperingati ulang tahun ke-40 Perang 1973 dengan Israel di ibu negara.

Defendan menghadapi tuduhan menganjurkan perhimpunan haram dan hingga menyebabkan 50 orang maut ketika perhimpunan itu.

Kumpulan Ikhwanul kini mendapat tekanan hebat daripada kerajaan sementara bertujuan melenyapkan pengaruh Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi, Julai lalu.

Kini, lebih 15,000 pengikut gerakan itu dipenjara manakala ratusan lagi dijatuhi hukuman mati, menurut laporan Al Arabiya.

Bantahan Pilihan Raya Presiden Mesir 2014

Bantahan Pilihan Raya Presiden Mesir 2014
 Penyokong pro-Mursi turut mengutuk pencalon al-Sisi dalam pilihan raya presiden pada 25 dan 25 Mei depan.
20 April 2014 KAHERAH - MESIR. Ribuan penduduk Mesir berhimpun di beberapa bandar, kelmarin bagi membantah pilihan raya presiden pada bulan depan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut berarak sambil melaungkan slogan mengutuk pencalonan bekas Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi yang didakwa mendapat sokongan tinggi untuk bertanding.

Calon berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi yang pernah ditewaskan Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dijangka menjadi saingan utama al-Sisi untuk merebut jawatan berkenaan.

Protes besar-besaran yang dilakukan serentak di seluruh negara itu juga sebagai tanda perpaduan dengan bantahan yang diadakan oleh penuntut universiti di negara terbabit.
Difahamkan,menurut laporan Press TV, tunjuk perasaan yang diadakan kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk menggesa pihak berkuasa supaya membebaskan tahanan politik.

Dalam kejadian berasingan, beberapa insiden keganasan tercetus selepas pasukan keselamatan bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di Kaherah, bandar Suez dan Universiti al-Azhar.

17 April 2014

Ikhwanul tidak boleh bertanding

Ikhwanul tidak boleh bertanding
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah Mesir mengeluarkan perintah mengharamkan penyertaan ahli Ikhwanul Muslimin dari bertanding pada pilihan raya presiden dan parlimen, Mei ini.
 
Agensi berita Mena melaporkan, gesaan itu dilakukan oleh Parti Barisan Popular selepas memfailkan tuntutan saman terhadap Brotherhoodization of Egypt bagi mendorong hakim memerintahkan suruhanjaya pilihan raya menolak sebarang permintaan pencalonan dari ahli Ikhwanul.
 
“Keputusan pengharaman itu dibuat sebulan sebelum pilihan raya presiden dan yang pertama sejak penyingkiran bekas Presiden Mohamed Mursi,” menurut laporan itu pada  Al Arabiya.
 
Sebelum ini, beberapa parti mencadangkan supaya gerakan terbabit dibenarkan untuk mengundi bagi meredakan ketegangan dan keadilan di negara itu.
 
Namun, sejak gerakan terbabit dilabelkan sebagai pengganas, segala penglibatannya dianggap sebagai tidak sah.

119 pengikut Mursi dipenjara.


KAHERAH 17 April - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas 119 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi hari ini.
Mereka dipenjarakan selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam tunjuk perasaan pada 6 Oktober tahun lalu, yang menyaksikan lebih 50 orang terbunuh.
Hakim, Hazem Hashad turut membebaskan enam individu yang dituduh sebagai pengikut Mursi yang berhadapan tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram dan melakukan rompakan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140417/lu_02/119-pengikut-Mursi-dipenjara#ixzz2z5b17YZt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 April 2014

Al-Sisi peroleh sokongan besar

Al-Sisi peroleh sokongan besar
 Al-Sisi mendapat sokongan lapan kali ganda lebih banyak daripada yang diperlukan 
16 April 2014. KAHERAH - MESIR. Abdel Fattah Al-Sisi memperoleh lebih 200,000 tanda tangan sokongan melepasi 25,000 yang diperlukan untuk mendaftar sebagai calon presiden pilihan raya presiden Mesir.

Untuk layak mendaftar, calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 25,000 tanda tangan dari 15 daripada 27 wilayah si Mesir untuk bertanding pilihan raya dijadualkan pada 26 dan 27 Mei.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton berkata, pihaknya akan menghantar misi pemerhati ke Mesir Isnin depan untuk memantau pilihan raya.

"Ini adalah kerjasama yang kuat, kita mahu rakyat Mesir maju ke hadapan dan pilihan raya ini sebagai permulaan kepada fasa seterusnya dalam kehidupan baharu di negara ini," katanya pada Al Jazeera.

Kemenangan Al-Sisi dilihat seperti sudah dijangka kerana beliau mendapat sokongan di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi.

Bagaimanapun, sehingga kini Al-Sisi masih belum mengumumkan manifesto pilihan raya.

Kerana Tak Sampai RM20, 120 Siswi Ini Disuruh Buka Pakaian.

Guru di Mesir dipecat sebab suruh 120 siswinya lepaskan pakaian
Ilustrasi pelajar Mesir. nytimes.com


DUA guru dari sebuah sekolah di Beni SuefMesirdiberhentikan mengajarminggu ini sebab menyuruh 120 pelajar perempuan membuka pakaian merekasehingga supaya kakitangan jabatan tersebut boleh mencari wang yangsebelumnya dinyatakan hilang.

Jurucakap Kementerian Pendidikan Mesir Ahmed Helmy menggambarkankejadian itu sebagai suatu perkara menyedihkan dan tidak bermoralsepertiyang dilaporkan oleh stesen televisyen Al ArabiyaSelasa (15/6).

Dalam sebuah wawancara di acara bincang-bincang disiarkan salurantelevisyen MBC MasrHelmy menjelaskan para guru saat itu berusaha untukmencari wang sebanyak kira-kira tidak sampai RM20 hilang di antara parapelajar tahap dua.

Dia berkata kedua guru tersebutyang mengajar untuk kelas bahasa Perancis,telah diberhentikan serta merta dan sebuah penyelidikan akan dilancarkanberkaitan insiden itu.  Para siswi juga telah memberikan kesaksian mereka.
[IH]

Abdel Fattah serah borang pencalonan


KAHERAH 15 April - Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, di sini hari ini menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan.
Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.
Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini.
Menurut Mohammed Bahaa, Abdel Fattah, 60, memperoleh 200,000 sokongan daripada penduduk di pelbagai wilayah.
“Beliau menunjukkan penghargaannya dan rasa terima kasih kepada rakyat Mesir di semua wilayah kerana menyokongnya bertanding sebagai Presiden," katanya.
Pilihan raya Presiden Mesir, dijadual berlangsung pada 26 hingga 27 Mei ini dan tarikh penamaan calon masih dibuka sehingga 20 April ini.
Abdel Fattah, dijangka memenangi pilihan raya itu selepas meraih populariti melalui tindakan kontroversi menggulingkan Mohammed Mursi pada Julai lalu, setahun selepas menjadi Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi.
Beliau dijangka mendapat tentangan daripada dua pemimpin terkenal iaitu bekas calon Presiden, Hamdeen Sabahi dan peguam kontroversi, Mortada Mansour yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk merebut jawatan itu.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut masih belum menyerahkan dokumen secara rasmi kepada suruhanjaya pilihan raya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140416/lu_02/Abdel-Fattah-serah-borang-pencalonan#ixzz2yzpTwaeR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 April 2014

Pelajar maut pertempuran terbaharu di Kaherah


KAHERAH 15 April - Pertempuran terbaharu antara penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dengan anggota polis di Universiti Kaherah semalam, telah mengakibatkan seorang pelajar terbunuh.
Pegawai berkata, pertempuran berlaku selepas penyokong Mursi melancarkan tunjuk perasaan di dalam universiti berkenaan, sebelum pihak berkuasa bertindak melepaskan gas pemedih mata, selain menahan 13 penunjuk perasaan.
Pertempuran juga dilaporkan berlaku di University Zagazig, utara Kaherah, di mana tiga orang pelajar mengalami kecederaan dan tiga lagi ditahan pihak berkuasa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140415/lu_08/Pelajar-maut-pertempuran-terbaharu-di-Kaherah#ixzz2ytyTsSoP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 April 2014

‘Bukan bapa saya’

 Anak perempuan bekas Presiden Mesir Mohamed Mursi semalam berkata, dia yakin rakaman televisyen menunjukkan bekas pemimpin itu di penjara bukan bapanya. Alsyhmaa membandingkan dua gambar Mursi di laman Facebooknya, satu ketika menjadi presiden dan satu ketika perbicaraannya.



Dalam kenyataannya, dia mendakwa lelaki yang di penjara tidak menyerupai bapanya.



Televisyen Mesir sering menyiarkan rakaman bekas pemimpin itu di dalam kandang ketika dibicarakan di sebuah mahkamah sementara di Kaherah.



“Gambar sebelah kanan ialah bapa saya.







Yang di sebelah kiri, saya pasti bukan dia.



Cuba teliti.





Bukan dia,” kata Alshymaa dalam Facebooknya.



Menurut Alshymaa, gambar yang ditunjukkannya itu mempamerkan ekspresi muka Mursi yang sama, tetapi daripada orang berbeza.



Mursi dan anggota Ikhwanul Muslimin yang lain dibicarakan sejak penggulingan beliau pada Julai lalu atas pelbagai tuduhan, termasuk membunuh penunjuk perasaan, mengintip dan menganjur untuk lari dari penjara.



Sementara itu, sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas rakan Mursi, Hazem Salah Abu Ismail selepas didapati bersalah menghina mahkamah.



Hazem juga masih dibicarakan atas tuduhan menipu dalam kes yang ada kaitan dengan pilihan raya presiden 2012 yang menyaksikan kemenangan Mursi.



Penyertaan Hazem dalam pilihan raya itu dibatalkan selepas laporan mendakwa Allahyarham ibunya mempunyai paspot Amerika Syarikat.



Menurut undang-undang pilihan raya Mesir, ibu bapa calon yang bertanding mesti rakyat Mesir saja.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/14

13 April 2014

'Lelaki dalam penjara itu bukan bapa saya'

'Lelaki dalam penjara itu bukan bapa saya'
KAHERAH - MESIR. Anak perempuan Presiden Mesir yang diguling, Mohamed Mursi mendakwa petikan visual seorang lelaki di penjara seperti yang disiarkan sebuah stesen TV bukan bapanya, lapor Al-Arabiya.

Alshyma berkongsi dua keping gambar di laman sosial Facebooknya.

Sekeping gambar adalah ketika Mursi menjadi Presiden manakala sekeping lagi petikan visual yang diambil dari TV berkenaan dengan ekspresi hampir sama.

Dalam ruangan komen, Alshyma mendakwa bahawa lelaki di dalam penjara itu tidak menyerupai bapanya.

Stesen TV Mesir menyiarkan petikan visual Mursi ketika perbicaraannya di dalam kandang dalam sebuah bilik mahkamah di Kaherah.

“Yang di sebelah kanan adalah bapa saya tetapi di sebelah kiri itu bukan dia. Saya yakin. Lihat dengan teliti, itu bukan dia,” tulisnya.

12 April 2014

Al-Sisi dipersenda sebagai calon Presiden

Al-Sisi dipersenda sebagai calon Presiden
Ashton (kiri) bertemu Al-Sisi dalam kunjungan ringkas beliau ke Kaherah, semalam. 
12 April 2014 KAHERAH - MESIR. Reputasi bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi makin terancam apabila watak beliau boleh dipermainkan menerusi permainan video, Super Sisi Save Egypt.

Menurut Al Arabiya, aplikasi permainan baharu untuk sistem Android dibangunkan Gamesawy itu boleh dilayari melalui laman web Google Play.

Watak permainan video menyerupai beliau yang lengkap dengan seragam tentera itu, mendapat capaian tinggi di laman web tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan bersetuju memantau perjalanan pilihan raya presiden Mei ini.

Keputusan dicapai selepas Ketua Dasar Luar EU, Catherine Ashton dan Menteri Luar Nabil Fahmy menandatangani satu perjanjian khas.

“EU bersetuju menjadi pemantau atas jemputan kerajaan Mesir. Ia dilaksanakan melalui perjanjian misi pemerhatian pilihan raya,” menurut satu kenyataan.

Ashton berkata, melalui perjanjian itu, pihaknya bersedia menjadi perantara dalam menyelesaikan persengketaan antara kerajaan Mesir dan Ikhwanul Muslimin pimpinan presiden digulingkan Mohammed Mursi.

Sementara itu, sumber rapat Ikhwanul memberitahu, Ashton tidak pernah dipelawa menjadi perantaraan dalam konflik itu.

11 April 2014

Mahkamah Mesir tolak pertukaran hakim


11 April 2014


KAHERAH - MESIR . Permintaan untuk menukar hakim dalam perbicaraan tuduhan pengintipan dan cubaan melarikan diri dari penjara tiga tahun lalu di tolak mahkamah rayuan Mesir.

Pendakwah Safwat Hegazy dan ahli kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed El- Beltagy mengemukakan permohonan itu selepas mendakwa, kes itu diadili tanpa mengikut Perlembagaan.

Difahamkan, hakim itu turut mengadili perbicaraan presiden Mohammed Mursi.

Mereka mendakwa perbicaraan itu melanggar Perlembagaan kerana menggugurkan jawatan Mursi sebagai Presiden.

Susulan itu, mahkamah rayuan memerintahkan, Safwat dan El-Beltagy membayar denda LE6,000 (RM2,700) setiap seorang.

Pada 2011, Mursi bersama 130 ahli Ikhwanul termasuk banduan lain dituduh melarikan diri dari penjara Wadi El-Natroun ketika era revolusi menentang bekas Presiden Hosni Mubarak, dipetik dari laporan Al Ahram.

Mahkamah Mesir tolak pertukaran hakim


11 April 2014


KAHERAH - MESIR . Permintaan untuk menukar hakim dalam perbicaraan tuduhan pengintipan dan cubaan melarikan diri dari penjara tiga tahun lalu di tolak mahkamah rayuan Mesir.

Pendakwah Safwat Hegazy dan ahli kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed El- Beltagy mengemukakan permohonan itu selepas mendakwa, kes itu diadili tanpa mengikut Perlembagaan.

Difahamkan, hakim itu turut mengadili perbicaraan presiden Mohammed Mursi.

Mereka mendakwa perbicaraan itu melanggar Perlembagaan kerana menggugurkan jawatan Mursi sebagai Presiden.

Susulan itu, mahkamah rayuan memerintahkan, Safwat dan El-Beltagy membayar denda LE6,000 (RM2,700) setiap seorang.

Pada 2011, Mursi bersama 130 ahli Ikhwanul termasuk banduan lain dituduh melarikan diri dari penjara Wadi El-Natroun ketika era revolusi menentang bekas Presiden Hosni Mubarak, dipetik dari laporan Al Ahram.

Mesir mula kempen kuasai masjid


Kaherah: Kerajaan Mesir meningkatkan kempen bagi mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin apabila memberi lesen kepada lebih 17,000 imam yang diluluskan kerajaan untuk menyampaikan khutbah Jumaat bagi mengelak rumah ibadah ‘jatuh ke tangan puak pelampau.’
Pihak berkuasa yang turut disokong tentera berusaha mengawal masjid sejak bekas perdana menteri Mohamed Mursi daripada Ikhwanul Muslimin digulingkan Julai tahun lalu selepas demonstrasi besar-besaran menentang pemerintahannya. 
Semua imam terbabit mendapat latihan di Universiti Al-Azhar dan institusi yang diuruskan kementerian pembiayaan agama, mengikut kenyataan dikeluarkan pejabat perdana menteri, semalam. 

“Ini bagi memperkuatkan pemantauan kementerian terhadap semua masjid di Mesir supaya tidak jatuh ke tangan puak pelampau atau mereka yang tidak layak selain mengelak rumah ibadat digunakan untuk tujuan perkauman atau parti,” katanya.
Foto
PELAJAR yang juga penyokong Ikhwanul Muslimin menunjuk perasaan di luar Universiti Kaherah, semalam.

September lalu, kementerian berkenaan berkata, imam yang tidak berlesen akan diharamkan daripada memberi khutbah – yang juga digunakan sebagai platform untuk parti politik Islamis.

Mengikut kenyataan itu, kementerian terbabit mengambil langkah penting dalam menangani masalah kekurangan imam yang berkelayakan. 

Kira-kira 12,000 imam yang tidak diluluskan kerajaan ditamatkan perkhidmatan mereka, malah September lalu menteri pembiayaan agama berkata dia menyasarkan untuk mengharamkan 55,000 imam yang tidak berlesen.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11

10 April 2014

Tentera Mesir roboh rumah berpenghuni


10 April 2014

KAHERAH - MESIR.  Tentera Mesir bertindak kejam apabila merobohkan rumah berpenghuni menyebabkan dua kanak-kanak maut dan tiga lagi cedera di kejiranan Al-Ammdi, kelmarin.

Menurut saksi, tentera dan polis menggunakan bahan letupan untuk merobohkan beberapa kediaman yang didirikan di belakang Mahkamah Perlembagaan di ibu negara itu.

“Penduduk terpaksa membakar pokok dan tayar bagi menghentikan aktiviti tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, majalah LA Times melaporkan, pemilihan bekas ketua tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi sebagai presiden tidak menjamin kestabilan di negara itu.

Pengarang majalah itu berpendapat, kepimpinan Al-Sisi yang selama ini dianggap penindas tidak membawa sebarang perubahan sungguhpun giat melobi Amerika Syarikat untuk dapatkan pengaruh kuat.

“Kebangkitan Arab Spring lebih berpengaruh dari taktik Al-Sisi yang mahukan perubahan politik di negara itu,” katanya dipetik Agensi

Menurutnya, undang-undang mencegah keganasan yang diperkenalkan ketika rampasan kuasa juga tidak akan membuatkan negara itu selamat dalam jangka panjang.

9 April 2014

Hukuman penjara 3 aktivis Mesir kekal

Hukuman penjara tiga aktivis Mesir kekal
Maher memegang kemeja T yang mengecam undang-undang menghalang protes di negara itu. 
9 April 2014 KAHERAH - MESIR . Mahkamah Rayuan Mesir, kelmarin mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tiga aktivis yang didakwa melanggar undang-undang untuk menghalang sebarang protes di negara tersebut.

Maher, Mohamed Adel dan Ahmed Douma didakwa menganjurkan protes ganas pada November lalu, beberapa hari selepas undang-undang terbabit dikuatkuasakan kerajaan sementara.

Peguam mewakili kesemua defendan, Ahmed Seif memberitahu bahawa mereka akan sekali lagi mengemukakan rayuan dan jika tuntutan itu gagal, kes tersebut bakal dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Afrika.

Kesemua tertuduh termasuk pengasas pergerakan Pemuda 6 April, Ahmed Maher itu mula mendapat perhatian media selepas menjadi tulang belakang dalam revolusi kebangkitan rakyat yang menggulingkan orang kuat bekas Presiden Hosni Mubarak pada 2011, dipetik dari laporan AFP.

Tuduhan homoseksual, 4 dipenjara


KAHERAH 8 April - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara sehingga lapan tahun ke atas empat orang lelaki, selepas mereka didapati bersalah melakukan perbuatan homoseksual.
Agensi berita CNN melaporkan, undang-undang Mesir tidak mengharamkan perbuatan homoseksual, namun pendakwa raya menggunakan undang-undang mengharamkan perbuatan songsang untuk mendakwa mereka.
Seorang daripada suspek dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun, selain perlu melakukan kerja-kerja berat.
Tindakan itu turut mendapat kritikan daripada badan-badan hak asasi manusia dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai 'satu pentanda yang tidak baik dan keputusan yang mengecewakan’.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140409/lu_08/Tuduhan-homoseksual-4-dipenjara#ixzz2yKsbdHSy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 April 2014

Belia Mesir desak pembebasan tahanan politik

Belia Mesir desak pembebasan tahanan politik
Ribuan beliau diketuai Pergerakan Pemuda 6 April melakukan protes aman, semalam. 
8 April 2014 KAHERAH - MESIR. Ribuan belia melancarkan protes aman mendesak kerajaan Mesir membebaskan tahanan sekali gus menyelar tindakan rampasan kuasa.

Pergerakan Pemuda 6 April melaungkan slogan menentang kerajaan yang disokong tentera di luar perkarangan Journalists Syndicate selepas polis menutup pintu masuk ke Dataran Tahrir.

Kumpulan itu juga melancarkan kempen mengumpul petisyen dalam talian menyeru pembebasan semua tahanan terutama Presiden Mohammed Mursi.

Semalam, polis menyerbu Universiti Ain Shams, Kaherah dan Al-Azhar bagi menyuraikan protes pelajar.

Protes mengutuk tindakan bekas ketua tentera Abdel Fattah Al-Sisi kerana bertanding kerusi Presiden juga dilakukan di Universiti Zagazig di Delta Nil.

Sementara itu, laporan dipetik dari Agensi, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengatakan, serangan pengganas akan meningkat menjelang pilihan raya presiden Mei ini.

Hani Abdel- Latif menuduh Ikhwanul Muslimin menggunakan tentera upahan dari Syria , Iraq dan Afghanistan untuk mencetuskan kekecohan itu.

Tiga aktivis tetap dijel


Kaherah: Mahkamah rayuan Mesir semalam mengekalkan hukuman tiga tahun penjara ke atas tiga aktivis kerana melanggar undang-undang yang melarang tunjuk perasaan.

Tiga aktivis itu termasuk pengasas gerakan, Ahmed Maher yang memimpin kebangkitan pada 2011 menumbangkan rejim Hosni Mubarak.


Kerajaan sementara yang dibentuk tentera menggulingkan Presiden kerajaan Islam Mohamed Mursi pada Julai menjatuhkan hukuman penjara pada mereka kerana melanggar undang-undang yang melarang segala bentuk protes kecuali yang dibenarkan polis.

Ahmed Maher, Mohamed Adel dan Ahmed Douma dituduh menganjurkan protes ganas yang melanggar undang-undang pada November lalu, sehari selepas undang-undang itu dikuatkuasakan.


Hukuman yang dijatuhkan kepada aktivis pada Disember itu, menimbulkan kebimbangan kembalinya amalan era-Mubarak dibawah pemerintahan rejim tentera negara itu.


Bekas Panglima tentera yang menggulingkan Mursi, Abdel Fattah al-Sisi, bertanding dalam pilihan raya yang bakal dadakan bulan depan.

Dia berjanji era pemerintahan Mubarak “tidak akan berulang.”

Namun, aktivis sekular dilihat menjadi sasaran dalam tindakan keras yang diambil kepada pembangkang yang kebanyakannya pejuang Muslim yang menyaksikan 15,000 orang dipenjarakan.

Satu lagi aktivis haluan kiri yang terkenal, Alaa Abdel Fattah turut berdepan perbicaraan atas tuduhan sama.

Peguam Maher dan dua lagi aktivis, Ahmed Seif berkata mereka akan merayu hukuman itu kepada mahkamah khas dan jika usaha itu gagal mereka akan membawa kes itu kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Afrika. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/08

4 April 2014

Peguam boikot perbicaraan Ikhwanul

Peguam boikot perbicaraan Ikhwanul
 >Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie (depan kanan) memboikot perbicaraan.
3 April 2014 KAHERAH - MESIR. Barisan peguam bela bagi 50 pemimpin  dan ahli Ikhwanul Muslimin,  memboikot sesi pertama perbicaraan selepas hakim enggan memperincikan tuduhan bersalah terhadap mereka.

Kesemua mereka dihadapkan ke sebuah mahkamah di Akademi Polis New Cairo selepas didakwa bersalah mendalangi keganasan Ogos lalu di Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Bandar Nasr, timur Kaherah.

Sumber perundangan berkata, barisan peguam bela menarik diri sebagai protes selepas salah seorang defendan memberitahu hakim, beliau  tidak dapat mendengar dengan jelas prosiding itu.

“Pasukan pembelaan menuntut mahkamah perincikan setiap pertuduhan namun permintaan ditolak dan hakim meneruskan perbicaraan,” katanya dipetik Al Ahram.

Menurutnya, peguam bela juga menuntut penarikan diri panel hakim juri dan memohon mahkamah lain untuk meneliti kes itu.

Kesemua mereka adalah antara 529 tahanan yang dijatuhi hukuman mati selepas dituduh berkomplot untuk menjatuhkan Perlembagaan bagi menubuhkan kerajaan alternatif dan cubaan menculik Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi.

Israel tawar RM262j kempen Al-Sisi

Israel tawar RM262j kempen Al-Sisi
 Penyokong Al-Sisi mula mengutip dana bagi memulakan kempen pilihan raya Mei ini.
4 April 2014

KAHERAH - ISRAEL. Israel menawarkan AS$80 juta (RM262 juta) kepada bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebagai sokongan kempen pilihan raya presiden Mei ini.

Menurut laporan Al Monitor, sumber keselamatan Mesir mendedahkan perkara itu melalui butiran pertemuan antara pegawai-pegawai tentera Mesir dan Israel, dua minggu lalu.

Sumber sama turut membongkar, dua lawatan rahsia dilakukan Al-Sisi ke Israel pada dua bulan lalu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kempen terbabit.

Sebelum ini, pemimpin itu mengaku, pertemuannya dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu adalah untuk menyelaras keselamatan bersama dan menyelesaikan beberapa isu politik.

Agensi berita Quds Press melaporkan, selain menawarkan ganjaran wang, Netanyahu juga berjanji akan meyakinkan Amerika Syarikat untuk meneruskan bantuan ketenteraan ke Mesir.

Sebagai balasan, Netanyahu menggesa Al-Sisi supaya memberi tekanan kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menghentikan kempen menentang tentera Dahlan di sempadan Sinai yang sebelum ini pernah dimiliki Israel. - Al Monitor

3 April 2014

Letupan berlaku di luar Universiti Kaherah



BEBERAPA orang terkejut melihat sebutir bom meletup di luar Universiti Kaherah di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sebuah stesen televisyen di Mesir semalam melaporkan letupan ketiga berlaku di luar kampus utama Universiti Kaherah di sini semalam.
Letupan tersebut merupakan yang ketiga di lokasi yang sama dalam tempoh tidak sampai dua jam.
Dua letupan awal itu menyebabkan seorang pegawai polis berpangkat jeneral dan seorang orang awam terbunuh.
Seramai tujuh orang lagi cedera termasuk tiga pegawai polis dalam siri serangan berkenaan.
Siri serangan bom itu disasarkan pada polis antirusuhan yang sering dihantar ke lokasi berkenaan bagi menghalang tunjuk perasaan oleh para pelajar yang menyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Dua bom itu disembunyikan di bawah sebatang pokok dan meletup selang satu minit.
Stesen televisyen di Mesir menyatakan kemungkinan bom itu buatan sendiri. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2xmaCp8vW 
Hakcipta terpelihara 

2 April 2014

25 pelajar al-Azhar dibuang universiti


2 April 2014


KAHERAH - MESIR. Universiti al-Azhar membuang 25 pelajarnya kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi antikerajaan yang diadakan di kampus baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, pihak universiti juga memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terbukti terlibat dalam sebarang protes di mana-mana universiti di negara tersebut.

Menurut Press TV, kesemua pelajar yang dibuang didakwa menyertai protes 30 Mac lalu yang menyebabkan kematian dua pelajar semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Pertempuran maut itu dipercayai tercetus apabila penunjuk perasaan menyerang pihak keselamatan kerana mengecam pencalonan presiden bekas Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi.

Britain arah siasat Ikhwanul Muslimin


2 April 2014


LONDON - UNITED KINGDOM. Perdana Menteri Britain David Cameroon mengarahkan siasatan ke atas Ikhwanul Muslimin (IM) susulan kebimbangan bahawa kumpulan itu merancang aktiviti radikal di negara tersebut.

Menurut AFP, Cameroon meminta agensi perisikan mengumpul maklumat mengenai falsafah dan aktiviti kumpulan terbabit serta potensi ancamannya di United Kingdom

Tindakan diambil kerajaan adalah susulan laporan mengatakan pemimpin IM telah bertemu di London tahun lalu untuk membuat keputusan mengenai tindak balas mereka terhadap krisis Mesir, yang tercetus apabila salah seorang ahlinya Mohamed Mursi digulingkan sebagai presiden.

Abdel Fattah pemusnah demokrasi


KAHERAH 1 April - Pergerakan Islam Mesir, Ikhwanul Muslimin memberi amaran bahawa kemenangan bekas ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi dalam pilihan raya Presiden Mei ini, akan menjerumuskan negara ini di bawah pemerintahan tentera, sekali gus memusnahkan demokrasi yang baru bertapak selama setahun sejak penggulingan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada 2011.
Dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman web www.ikhwanweb.com, Ikhwanul Muslimin berkata, hasrat Abdel Fattah bertanding dalam pilihan raya tersebut secara jelas membuktikan bahawa penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu, merupakan satu rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Malah, tindakan bekas ketua tentera berusia 59 tahun itu menggunakan kesemua saluran media milik kerajaan untuk mengumumkan hasratnya bertanding sebagai Presiden pada 26 Mac lalu, menunjukkan beliau menggunakan harta kerajaan demi kepentingan diri.
"Rakyat Mesir telah lama berjuang untuk mengecapi sistem pemerintahan demokrasi, sekali gus menamatkan pemerintahan tentera yang bersifat kuku besi selama 40 tahun.
"Hasrat rakyat untuk merasai pemerintahan demokrasi hanya bertahan selama setahun sehingga Abdel Fattah menghancurkan impian mereka dengan menggulingkan Mursi dan kini mahu bertanding sebagai Presiden," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, pergerakan tersebut melabelkan Abdel Fattah sebagai seorang pembunuh yang bertanggungjawab ke atas kematian beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah dan penipu kerana sering mengkhianati sumpah atau janji yang dilaungkan sebelum ini bahawa beliau atau institusi tentera tidak berniat memerintah Mesir.
Jelasnya, Abdel Fattah juga disifatkan sebagai seorang pensabotaj keadilan Mesir dengan menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong Ikhwanul Muslimin dengan hanya dua kali sesi perbicaraan dalam tempoh 20 minit.
"Sifat diktator dalam diri Abdel Fattah terserlah apabila mendalangi penahanan dan penyeksaan lebih 23,000 tahanan Mesir, termasuk kanak-kanak dan wanita kerana mengadakan tunjuk perasaan secara aman.
"Beliau juga merupakan seorang pengecut kerana menggunakan kekuatan tentera termasuk kereta kebal dan pesawat tempur untuk menggempur kampung dan pekan di negara ini, sedangkan beliau sendiri tidak pernah berperang menentang musuh Mesir," kata kenyataan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140402/lu_01/Abdel-Fattah-pemusnah-demokrasi#ixzz2xg9wnQTY
© Utusan Melayu (M) Bhd