31 January 2014

Lagi anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin ditahan


KAHERAH 31 Jan. - Menteri Dalam Negeri Mesir berkata, pihaknya menahan 11 orang pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dituduh menggunakan laman sosial Facebook untuk menghasut supaya melakukan keganasan terhadap polis.
Kumpulan tersebut didakwa menggunakan laman sosial untuk 'menghasut kepada kekejaman, menghasilkan bom dan menghantar mesej-mesej berunsur ugutan'.
Pihak berkuasa Mesir sering memantau situasi semasa pergerakan itu sejak bekas Presiden, Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai tahun lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140131/lu_03/Lagi-anggota-pergerakan-Ikhwanul-Muslimin-ditahan#ixzz2rykY3oyO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

30 January 2014

Mesir dakwa 20 wartawan Al-Jazeera



KAHERAH: Pihak pendakwa Mesir akan menuduh 20 wartawan stesen televisyen Al-Jazeera termasuk empat warga asing kerana menyiarkan berita palsu.

Stesen yang berpangkalan di Qatar yang memberi tumpuan liputan ketika pihak berkuasa tentera menangani tunjuk perasaan kumpulan Ikwanul Muslimin itu bagaimanapun menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.


Amnesty International pula menyifatkan tindakan itu satu tamparan kepada kebebasan media di Mesir.

Seramai 16 warga Mesir akan dituduh kerana menyertai pertubuhan pengganas dan ia menjejaskan perpaduan nasional dan keamanan sosial," kata pejabat pendakwa raya Mesir dalam satu kenyataan.

Empat warga asing berkenaan terdiri dua warga Britain dan masing-masing seorang warga Australia dan wanita Belanda.

Mereka dituduh kerana bekerjasama dengan penduduk tempatan dengan memberi wang, peralatan dan maklumat untuk menyiarkan laporan palsu dengan matlamat untuk memberitahu dunia luar bahawa Mesir dalam kancah perang saudara.

Pihak pendakwa bagaimanapun belum menamakan tertuduh namun tiga wartawan Al-Jazeera yang ditahan pada 29 Desember lalu iaitu Peter Greste, seorang warga Australia yang pernah berkerja dengan BBC; Mohamed Adel Fahmy (warga Kanada dan lahir di Mesir) dan penerbit warga Mesir, Baher Mohamed. - AFP

DI MESIR



Mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di Mesir yang berdepan dengan kezaliman Firaun moden dan kuncu-kuncunya.

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel

29 January 2014

Diplomat Mesir di Libya bebas


28 Januari 2014

TRIPOLI - LIBYA. Lima diplomat Mesir yang diculik kelmarin dibebaskan semalam sebagai sebahagian daripada persetujuan pertukaran selepas penangkapan bekas komander pemberontak Libya di Mesir.

Timbalan Menteri Luar Libya, Abderrazak al-Gridi berkata kepada AFP, penculikan lima diplomat itu dan seorang lagi kakitangan Kedutaan Mesir berlaku sehari selepas  komander utama pemberontak dalam menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011, Shaaban Hadeia ditangkap di Iskandariah, minggu lalu.

“Lima diplomat dan seorang kakitangan Kedutaan Mesir dibebaskan dan kini mereka dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Menurutnya, penculik yang menggelar diri mereka revolusioner Libya menuntut Hadeia dibebaskan dalam tempoh 24 jam jika mahu kesemua diplomat Mesir itu selamat.

“Penculik berkenaan membebaskan enam tahanan berkenaan sebagai sebahagian daripada persetujuan antara Tripoli dan Kaherah. Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.  

Tarikh Pilihan Raya Mesir masih samar

Tarikh Pilihan Raya Mesir masih samar28 Januari 2014Sekurang-kurangnya 49 maut dalam pertempuran ulang tahun ke-3 revolusi kebangkitan rakyat, kelmarin. Gambar kecil: Adly

KAHERAH - MESIR. Tarikh Pilihan Raya Presiden Mesir dilaporkan masih samar walaupun tarikh awal dipilih adalah pada pertengahan Februari ini.

Presiden sementara Adly Mansour berkata kepada media Al Arabiya, pilihan raya mesti dibuat dalam tempoh 90 hari selepas referendum.

“Dekri menyatakan Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya harus membuat prosedur pemilihan tidak kurang daripada 30 hari dan tidak lebih 90 hari selepas Perlembagaan baru dipinda.

Menurutnya, Perlembagaan baru itu telah berkuat kuasa sejak 18 Januari selepas referendum pada 14 dan 15 Januari dicapai menerusi 98.1 peratus undian rakyat.

“Oleh itu, pemilihan presiden harus dilakukan antara 17 Februari dan 18 April,” katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan pilihan raya itu tidak akan dibuat seperti jadual asal iaitu Februari ini kerana terdapat perubahan dalam pelan peralihan selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi.

Difahamkan, perubahan tarikh itu juga mengambil kira krisis politik yang makin meruncing selepas ratusan rakyat terkorban kerana menuntut pembebasan Mursi dan ahli Ikhwanul Muslimin.

Syria: Dulu negara pelindung, kini pelarian

Ban Ki-moon28 Januari 2014Ban Ki-moon

BANDARAYA KUWAIT - Krisis politik berdarah terus menekan kehidupan rakyat Syria menyebabkan semakin ramai rakyat negara ini terpaksa melarikan diri dan menjadi orang pelarian di negara-negara jiran.

Ironinya Syria pada satu ketika adalah negara kedua terbesar dunia menjadi tuan rumah kepada orang pelarian iaitu pelarian Palestin.

Namun kini negara ini pantas bertukar menjadi negara pengeluar orang pelarian.

Situasi ini menyebabkan ketidak stabilan politik kepada negara yang terpaksa menanggung orang pelarian Syria.

Meskipun hampir tiga tahun perang saudara melanda Syria dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa, masih belum ada tanda-tanda krisis itu akan berakhir.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, dalam ucapan pembukaan pada Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua untuk Syria yang diadakan di sini baru-baru ini berkata konflik yang berpanjangan di Syria telah bertukar menjadi krisis serantau.

"Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir kini menjadi rumah kepada lebih tiga juta rakyat Syria yang lari meninggalkan tanah air mereka," katanya.

Menurut beliau, lebih 80 peratus rakyat Palestin yang berada di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan dan beliau amat bimbang dengan laporan berlakunya kebuluran.

Krisis orang pelarian itu, katanya, telah mencetuskan penderitaan teruk dan ia ada kaitan dengan ketidakstabilan serta konflik di rantau ini.

Keadaan itu boleh dilihat menerusi insiden letupan bom kereta dan keganasan sektarian di Iraq dan Lubnan.

"Ketidakstabilan itu menjejaskan pembangunan ekonomi negara sekitar. Untuk itu, kita perlu membantu negara yang menjadi tuan rumah kepada orang pelarian ini," katanya, sambil menambah tiada negara dan tiada sesiapa perlu mengalami penderitaan atau bencana kerana membantu rakyat Syria yang memerlukan pertolongan.


Saling tolong-menolong kerana Islam

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres dalam ucapannya pada persidangan yang dihadiri perwakilan dari 62 negara dan lebih 29 pertubuhan serantau ini memuji ajaran Islam berhubung dengan perlindungan untuk orang pelarian.

Menurut beliau, kemurahan hati serta kesediaan negara Islam yang berjiran dengan Syria memberi perlindungan kepada orang pelarian negara ini terkandung dalam ajaran serta tradisi Islam.

"Sebenarnya, ayat paling indah yang pernah saya baca mengenai perlindungan pelarian bukan dari Konvensyen Orang Pelarian 1951 tetapi dari Surah At-Taubah, ayat 6. Ayat itu bermaksud "Jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman.

"Ini adalah contoh luar biasa toleransi serta komitmen agama untuk perlindungan orang pelarian dalam Islam," kata Guterres yang juga mantan perdana menteri Portugal.

Beliau berkata kemurahan hati jiran-jiran Syria perlu diganjari dengan sokongan besar-besaran antarabangsa dalam semangat tolong menolong yang amat penting bagi memastikan perlindungan bagi mereka yang melarikan diri daripada konflik berdarah itu.

"Negara-negara di rantau ini bukan semata-mata memerlukan bantuan kewangan yang kukuh, mereka juga memerlukan pihak lain membantu menanggung beban mengambil dan memberi perlindungan kepada orang pelarian," katanya, sambil menyeru semua negara supaya cuba membuka sempadan mereka untuk orang pelarian.


Keadaan sosial dan ekonomi 

Pesuruhjaya Tinggi UNHCR itu dalam menjelaskan kepentingan membantu orang pelarian berkata, negara-negara yang menjadi tuan rumah kepada orang pelarian berterusan menerima rakyat Syria.

Negara-negara itu, katanya bukan sahaja memberi perlindungan tetapi dalam masa yang sama menanggung kos yang amat tinggi.

"Tekanan ini dirasakan dalam semua bidang kehidupan kerana defisit belanjawan semakin meningkat. Ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi, pekerjaan, gaji serta harga barangan di seluruh rantau ini.

"Keadaan ini menyebabkan rakyat tempatan terpaksa bergelut dengan kepayahan hidup," katanya.

Menurut Guterres, kesan kehadiran lebih 860,000 pelarian berdaftar di Lubnan serupa dengan apa yang berlaku apabila 66 juta pelarian tiba mendadak di Amerika Syarikat, 17 juta di Jerman dan lebih 280 juta di China.

"Akibat daripada kebanjiran orang pelarian, jumlah penduduk Lubnan kini mencapai paras yang dijangka hanya berlaku pada 2050.

"Menjelang akhir tahun ini, Bank Dunia menganggarkan pengangguran di Lubnan akan meningkat dua kali ganda, dan seramai 170,000 lagi rakyat Lubnan berdepan risiko dihimpit kemiskinan," beliau menjelaskan.

Satu kajian bersama Bank Dunia dan PBB menganggarkan konflik itu telah mengurangkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Lubnan hampir tiga peratus setahun, mengakibatkan kerugian sehingga AS$7.5 bilion (kira-kira RM25.1 billion).

Untuk Jordan pula, negara yang miskin sumber, Guterres berkata kerajaan negara itu membayar beratus-ratus juta dolar tambahan subsidi bagi memastikan orang pelarian mendapat bekalan air, roti, gas serta elektrik pada harga yang sama dibayar rakyat Jordan.

Dianggarkan kerajaan Jordan membelanjakan kira-kira AS$1.7 bilion (kira-kira RM5.7 billion) setakat ini untuk menanggung orang pelarian itu.

Beliau menambah Turki membelanjakan AS$2.5 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) untuk membantu orang pelarian Syria sejak krisis itu meletus, kebanyakannya diambil daripada belanjawannya sendiri.

Sementara itu, di utara Iraq, jumlah penduduk Dohuk meningkat sebanyak 10 peratus kerana kebanjiran orang pelarian.

Menurut laporan awal Pelan 5 Tindak Balas Serantau UNHCR (RRP5) untuk tempoh Januari hingga Disember 2013, jumlah orang pelarian Syria yang berdaftar di Mesir mengatasi jangkaan awal 100,000.

Sehingga November 2013, jumlah orang pelarian Syria di Mesir berjumlah 130,000 orang.

Dengan ketiadaan khemah pelarian, orang pelarian Syria pada masa kini tinggal di tiga buah kawasan bandar di Mesir termasuk Greater Kaherah, Iskandariah dan Damietta juga kawasan pekan di seluruh negara, tambah laporan itu.


Masa hadapan

Menurut Guterres, berdasarkan jumlah ketibaan tahun lepas, UNHCR menjangkakan jumlah orang pelarian di rantau sekeliling Syria akan meningkat sehingga 4.1 juta menjelang akhir 2014.

"Keperluan mereka dan rakyat tempatan yang memberi perlindungan kepada mereka di negara-negara jiran adalah besar.

"Dalam ketika konflik berterusan dan negara-negara jiran semakin menanggung beban berat, saya berharap lebih banyak negara tampil menyediakan perlindungan tambahan kepada orang pelarian Syria," tambahnya.

Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua untuk Syria diadakan di sini pada 15 Januari lepas bertujuan mengumpul AS$6.5 bilion (kira-kira RM21.7 bilion) untuk kira-kira 11.6 juta rakyat Syria yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berdepan dengan kesengsaraan hidup baik di tanah air mahupun di negara jiran.

Persidangan sehari itu yang dirasmikan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah dan dipengerusikan oleh Ban Ki-moon bagaimanapun hanya dapat mengumpul AS$2.4 bilion (kira-kira RM8.03 bilion). - Bernama

Al-Sisi dilantik Fil Marsyal

AL-SISI29 Januari 2014 KAHERAH - MESIR. Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa menggulingkan bekas Presiden Mohammed Mursi  dinaikkan pangkat tertinggi dalam angkatan tentera.

Dipetik laporan AFP, jurucakap pejabat presiden memaklumkan Presiden sementara Adly Mansour telah mengeluarkan perintah untuk menaikkan pangkat al-Sisi yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan kepada Fil Marsyal.

Difahamkan, tentera jarang memberi pangkat tertinggi seperti itu kepada pegawai kanan mereka walaupun ketika era pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Dalam perkembangan lain, tentera dilaporkan turut memberi lampu hijau kepada al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Pegawai ditembak, Mursi dibicara

Kaherah: Dua lelaki bermotosikal menembak mati pegawai kanan Kementerian Dalam Negara Mesir di luar
rumahnya di Kaherah semalam.
Jurucakap keselamatan berkata, Jen Mohamed Saeed yang dibunuh itu ialah ketua bahagian teknikal kementerian berkenaan. 
Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum Mohamed Mursi Isa al-Ayyat muncul di mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan melarikan diri dari penjara pada 2011.

Sebelum ini beliau dikenakan tiga tuduhan, termasuk membunuh.
Foto
TELEVISYEN Mesir menyiarkan gambar Mohamed Mursi di bangunan akademi polis di Kaherah yang dijadikan mahkamah, semalam.

Rejim Mesir meletakkan beliau dalam bilik kaca khas bagi menghalang beliau melaungkan sebarang slogan di mahkamah seperti terjadi sebelum ini.

Sistem bunyi bilik itu dikawal sepenuhnya pihak mahkamah.

Jurucakap keselamatan berkata, Saeed bertugas untuk Menteri Dalam Negara, Mohamed Ibrahim, yang tahun lalu terselamat dalam cubaan membunuhnya.

Saeed dalam perjalanan meninggalkan rumahnya apabila dia ditembak di kepala dan dada.

Dia mati di hospital tidak lama kemudian. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Berhenti sokong kerajaan boneka

Doha: Dr Yusuf al-Qaradawi semalam menggesa ulama Arab Saudi supaya berhenti menyokong kerajaan boneka tentera di Mesir dan menganggap mereka menggunakan wang negara untuk membunuh rakyat Mesir yang menolak rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.
Menurut ulama dihormati dunia itu, sokongan Arab Saudi memberikan kuasa kepada kerajaan sementara Mesir menekan penyokong gerakan Islam sejak Mohamed Mursi Isa al-Ayyat digulingkan menterinya sendiri. 
“Sangat mengejutkan apabila kerajaan Arab Saudi menyalurkan berbilion dolar kepada Mesir untuk menyokong kumpulan perampas kuasa dan ketua mereka.

“Tindakan itu jauh menyimpang dari perintah Tuhan dan Islam,” katanya dalam temu bual semalam.
Foto
DR Yusuf al-Qaradawi

Kebanyakan negara Arab - yang ditadbir secara monarki - bergembira apabila Mohamed Mursi disingkirkan Jen Abdel Fattah al-Sisi dan segera memberikan bantuan kepada pegawai tentera itu untuk mengekang pembangkang Mesir.

Kata Yusuf, tentera Mesir diketuai Abdel Fattah menggunakan dana Arab Saudi untuk membunuh rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Sepatutnya, kata Yusuf, wang berkenaan dimanfaatkan untuk membela golongan terpinggir.

“Saya menyeru kepada penduduk Arab Saudi dan rejim negara itu untuk bersama menyokong rakyat Mesir mendepani pembunuh, mempertahankan kebenaran dan membantu mangsa kezaliman.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Perompak lari ke dalam hutan


Slim River: Polis Perak memburu tiga suspek dipercayai terbabit dengan kes samun menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Audi Q7 di Taman Sentosa dan Rawang pagi semalam, yang lari ke kawasan hutan di Behrang.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim pada sidang media di sini berkata, pihaknya yang menerima maklumat daripada Polis Selangor sebelum melakukan operasi mengesan suspek.

"Tiga suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan samun di Taman Sentosa dan Rawang bertindak melarikan diri menerusi lebuhraya Utara Selatan ke arah utara menaiki kenderaan Audi Q7.


"Polis berjaya mengesan kenderaan yang dinaiki suspek berhampiran kilometer 379 berhampiran plaza tol Behrang dekat sini menyebabkan suspek melepaskan tembakan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran," katanya.


Beliau berkata pemeriksaan lanjut diatas kenderaan suspek turut menemui topeng muka, parang dan sarung tangan.

"Kami masih melakukan ops mengesan suspek terbabit sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat di minta menghubungi IPD Tanjung Malim di talian 054526999.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/28

Mesir: Pegawai kerajaan antara yang terbunuh dalam insiden tembakan


KAHERAH 29 Jan. - Beberapa lelaki bersenjata menembak mati seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri Mesir di luar rumahnya di sini, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Ketua Pejabat Teknikal kementerian, Jeneral Mohamed Saeed.
Tidak lama selepas itu, beberapa lelaki bersenjata menembak mati seorang anggota polis yang sedang mengadakan rondaan di sebuah gereja di sini hari ini, serta mencederakan dua yang lain.
Sumber keselamatan melaporkan, penjenayah berkenaan menggunakan sebuah kereta dalam kejadian tembakan itu dan seorang daripada tiga suspek berjaya ditangkap. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140129/lu_01/Mesir-Pegawai-kerajaan-antara-yang-terbunuh-dalam-insiden-tembakan#ixzz2rjkRZqxE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Morsi berbalah dengan hakim


MORSI berada di dalam kandang pesalah di sebuah mahkamah di pinggir Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dibicarakan di sebuah mahkamah semalam atas tuduhan melarikan diri dari penjara semasa kebangkitan rakyat menentang pentadbiran Hosni Mubarak pada tahun 2011.
Kesnya dibicarakan sehari selepas pihak tentera negara itu mengesahkan, Ketua Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bakal bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi.
Ketika ketegangan semakin memuncak ekoran perbicaraan itu, seorang lelaki menembak mati seorang ketua polis ketika mangsa keluar dari rumahnya di barat Kaherah.
Pada perbicaraan itu, imej televisyen memaparkan Morsi yang memakai baju penjara berwarna hitam putih berada dalam keadaan marah dengan me- ngangkat kedua-dua belah tangan di mahkamah.
"Siapa kamu? Adakah kamu tahu siapa saya?'' kata Morsi kepada hakim tersebut.
Seorang hakim menjawab: "Saya ialah Presiden di Mahka- mah Jenayah Kaherah."
Seramai 21 lagi individu turut berada di dalam kandang pesalah termasuk Mursyidul Am pergera- kan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie.
Secara keseluruhannya, seramai 131 individu didakwa dalam perbicaraan tersebut termasuk berpuluh-puluh anggota Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pergerakan Hezbollah.
Perbicaraan tersebut dijalankan dengan kawalan keselamatan yang ketat di sebuah mahkamah di dalam sebuah akademi polis di luar Kaherah.
Morsi juga berdepan dengan tuduhan pengintipan membabitkan Hamas.
Namun, perbicaraan melarikan diri dari penjara itu akan disambung pada 22 Februari depan bagi membolehkan para peguam mengkaji kes tersebut.
Satu lagi perbicaraan Morsi berhubung tuduhan menghina badan kehakiman masih belum ditetapkan.
Beliau yang merupakan presi- den pertama dipilih secara demo- krasi di negara itu, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai tahun lalu selepas bantahan rakyat terhadap dasar-dasar Morsi.
Antara dasar yang mencetuskan kemarahan penduduk ialah keputusan yang dibuat Morsi tidak boleh dicabar di mahkamah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2rjYHC0Vl 
Hakcipta terpelihara 

28 January 2014

HIDUP MORSI! HANCUR asSISI!!!




Lihatlah nasib tentera Mesir yang berhati mulia. Mereka akan dipenjarakan, sedangkan yang batil bebas menurut perintah tuannya persis Firaun.

Penjara yang sempit adalah luas bagi mereka yang beriman.

Militan Mesir letup saluran gas ke Sinai


2014/01/28

KAHERAH: Kumpulan militan Mesir meletupkan saluran paip gas di Sinai yang membawa gas ke Jordan lewat semalam dalam serangan ketiga seumpama itu dalam tempoh kurang sebulan, kata pegawai keselamatan.

Mereka berkata, tiada laporan segera berhubung kecederaan tetapi saksi menyatakan api besar menjulang ke udara di tempat di mana saluran paip itu diletupkan.


Saksi juga menyatakan beberapa ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, saluran paip gas itu diletupkan di kawasan yang dikenali sebagai Muqtadiba, selatan Al-Arish. - AFP

Abdel Fattah naik pangkat

Kaherah: Presiden sementara Mesir Adly Mansour menaikkan pangkat ketua tentera Jen Abdel Fattah al-Sisi kepada Panglima Medan - satu lagi bayangan menunjukkan Menteri Pertahanan itu akan bertanding dalam pilihan raya presiden tidak lama lagi.
Abdel Fattah mengetuai bahagian risikan tentera sehinggalah dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Presiden Mohamed Mursi Isa al-Ayyat pada Ogos 2012. 
Dia semakin ‘popular’ setahun kemudian dan menggulingkan Mohamed Mursi - tokoh yang melantiknya ke jawatan menteri.

Berikutan itu, beberapa ‘kempen’ terdengar menggesa Abdel Fattah bertanding jawatan presiden pada pilihan raya akan datang.
Foto
ORANG ramai membawa jenazah anggota Pergerakan 6 April, Sayed Abdallah yang maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Mesir Sabtu lalu. Pergerakan itu disertai aktivis yang tidak condong kepada mana-mana parti politik.

Abdel Fattah yang sebelum ini kononnya mendakwa tidak mahukan jawatan berkenaan, mengakui mungkin menerima tanggungjawab berkenaan baru-baru ini.

Kelmarin, Adly mengumumkan pelan peralihan politik Mesir diubah - secara mengejut - dengan mengadakan pilihan raya presiden lebih awal sebelum pilihan raya parlimen.

Ia berbeza daripada apa dipersetujui sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden perlu memulakan prosedur mengadakan pemilihan tidak kurang daripada 30 hari dan tidak lebih 90 hari daripada tarikh perlembagaan baru diterima pakai.

Perlembagaan itu berkuat kuasa pada 18 Januari lalu selepas referendum dua hari pada 14 dan 15 Januari menunjukkan sokongan 98.1 peratus terhadapnya.

Sehubungan itu, pilihan raya presiden dijangka diadakan antara 17 Februari dan 18 April ini.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/28

27 January 2014

Mesir berdarah lagi


Seorang anggota pergerakan 6 April (terlindung) dipukul sekumpulan penyokong Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi di hadapan Dataran Talaat Harb, berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. - AFP
KAHERAH 26 Jan. - Ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat di Mesir bertukar ganas selepas polis dan penyokong kerajaan sementara Mesir bertempur dengan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam.
Menurut Kementerian Kesihatan Mesir hari ini, hampir 1,500 orang cedera dengan 250 daripadanya dilaporkan parah dalam tunjuk perasaan yang berlaku di beberapa wilayah di negara ini.
Kementerian Dalam Negeri pula memaklumkan, sebanyak 1,079 penunjuk perasaan ditahan dalam demonstrasi tersebut kerana memiliki raifal, bom petrol, mercun, dan pelbagai jenis senjata lain.
Menurut kementerian itu lagi, beberapa orang anggota polis turut dilaporkan cedera dalam pertempuran.
Kejadian semalam bermula dengan letupan kecil di pekarangan sebuah pusat latihan polis di utara Kaherah yang menyebabkan seorang cedera, sementara 16 yang lain cedera apabila sebutir bom kereta meletup berhampiran sebuah balai polis di bandar Suez.
Di Dataran Tahrir, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara bagi menghalang penyokong Mursi daripada memasuki dataran itu yang menjadi simbolik kepada penggulingan Hosni Mubarak pada 2011.
Mereka bagaimanapun memberi laluan kepada penyokong kerajaan sementara bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di dataran tersebut.
Pertempuran paling sengit antara penyokong Mursi dan pasukan keselamatan berlaku di Alf Maskan, pinggir bandar timur Kaherah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertempur untuk tempoh beberapa jam.
Menurut saksi, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang membalas serangan itu dengan bom petrol.
Pihak keselamatan menganggarkan dua terbunuh dalam kejadian itu, namun sumber meletakkan angka korban jauh lebih tinggi iaitu 66 orang.
Di daerah Muhandiseen, barat Kaherah, polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke udara bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di pekarangan masjid.
Pertempuran turut berlaku di Iskandariah, Minya dan Ismailiya.
Sementara itu, empat tentera Mesir maut dan sembilan lagi cedera dalam satu serang hendap oleh kumpulan militan di Semenanjung Sinai hari ini, lapor sumber keselamatan.
Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan penyerang melepaskan tembakan ke arah sebuah bas dinaiki tentera berhampiran pos tentera di Sinai Utara. - AFP/AP/REUTERS/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140127/lu_03/Mesir-berdarah-lagi#ixzz2rXnCf5AF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

26 January 2014

Diplomat Mesir diculik di Libya


26 Januari 2014


TRIPOLI - LIBYA . Kementerian Luar Libya mengesahkan seorang diplomat Mesir diculik lelaki bersenjata di sini, semalam.

Jurucakap Kementerian Said Lassoued berkata, diplomat yang bekerja sebagai atase pentadbiran di Kedutaan Mesir di Libya, diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara.

“Satu unit siasatan khas ditubuhkan untuk mencari diplomat terbabit. Kami yakin beliau dapat ditemui dalam masa terdekat,” katanya, dipetik dari laporan Reuters.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Mesir Badr Abdelatty berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat untuk membebaskan diplomat terbabit.

“Kami masih menunggu laporan lengkap dari kerajaan Libya berhubung kes tersebut,” katanya.

Mesir kembali berdarah


26 Januari 2014

Mesir kembali berdarah
Mesir kembali berdarah Puluhan penyokong anti kerajaan cedera selepas bertempur dengan orang awam dan anggota keselamatan, semalam. - Foto: EPA



KAHERAH - MESIR . Empat serangan berasingan dilancarkan di seluruh ibu negara Mesir ketika ambang Ulang Tahun Revolusi 25 Januari yang membawa kepada kejatuhan rejim Husni Mubarak tiga tahun lalu.

Kesemua serangan itu meragut enam nyawa manakala puluhan lagi cedera.

Selepas empat maut dalam serangan pertama melibatkan bom kereta yang menyasarkan ibu pejabat polis di Kaherah kelmarin, satu lagi serangan berlaku berhampiran stesen kereta api bawah tanah dan meragut satu nyawa.

Di Giza, anggota Ikhwanul Muslimin dilaporkan bertempur dengan orang awam prokerajaan dan pasukan keselamatan susulan insiden letupan bom yang mengorbankan seorang nyawa di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian itu, penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dibaling batu dan mercun oleh penduduk setempat.

Kekecohan sama turut berlaku di Dataran Tahrir apabila anggota keselamatan menutup kawasan yang merupakan lokasi popular ketika penggulingan Husni.

Difahamkan, perhimpunan ulang tahun revolusi itu bermula di Iskandariah dan kemuncaknya diadakan di Dataran Tahrir, dipetik dari laporan Al Arabiya.

29 maut pertempuran terbaru di Mesir


2014/01/26
Foto
PANDANGAN dari atas yang diambil daripada helikopter tentera Mesir menunjukkan ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di tengah Kaherah, hari ini. - Foto Reuters
Foto
SEORANG penunjuk perasaan memegang poster gambar bagi menyatakan sokongan kepada Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah, hari ini. - Foto AFP
Foto
SEORANG anggota polis rusuhan duduk di dalam kenderaan polis ketika pertempuran dengan penunjuk perasaan berhampiran Dataran Tahrir di pusat bandar Kaherah. - Foto Reuters
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 29 terbunuh dalam pertempuran terbaru di Mesir hari ini ketika satu perhimpunan diadakan bagi memperingati revolusi 2011 yang menggulingkan Hosni Mubarak.

Selepas tiga tahun kebangkitan rakyat Mesir bagi menggulingkan Mubarak, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di tengah Kaherah bagi menyatakan sokongan kepada Jeneral Abdel Fattah al-Sisi. 

25 January 2014

mesir

Kata-kata Dr Jamal Abd Sattar, seorang pensyarah di Universiti Al Azhar juga salah seorang anggota Tahaluf Wathani (Perikatan Nasional) yang menyokong legitimasi :

Telah menjelma hari ini dengan cerianya, seandainya semua jalan telah disempitkan, dan semua pintu telah ditutup maka ketahuilah bahawa Allah sedang membimbingmu ke pintuNYA maka berlarilah ke sisiNYA dan bergantunglah dengan sepenuh pergantungan kepada perlindunganNYA, dengan itu kamu akan merasakan bahawa DIA akan melimpahkan ke atas atasmu seluruh cahaya dan keberkatan yang membuatkan kamu yakin bahawa semua anak kunci berada di dalam genggamanmu, dan semua halangan telah hancur dan berkurangan.

Dan kamu akan merasakan bahawa kamu berada di hadapan pintu kemenangan maka yakinlah dengan tuhanmu yang tidak sesekali redha dengan sebarang bentuk kezaliman, yakinlah dengan tuhanmu bahawa Dia sesekali tidak suka orang yang berbuat zalim, dan yakinlah dengan tuhanmu yang pasti akan memberi kemenangan buat hamba-hambanya yang dizalimi,

Dengan hanya kamu bersegeralah berlari kepadaNYA dan khusyukkan hatimu dan angkatlah kedua tanganmu dan serahkanlah urusanmu kepadanya dan rasailah kemanisan menjadi hamba kepadaNYA dan tuturkanlah dengan lidahmu : "Wahai tuhanku aku tidak suka pada apa-apa pun kecuali terhadap apa yang telah kau tentukan dan aku tidak berkehendak pada apa-apa pun kecuali terhadap apa yang telah kau taqdirkan, ketentuanMU lah yang terbaik dan taqdirMu terselit hikmah"

#mesirkini
#R4BIA
 

mesir

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Iskandariah untuk membantah terhadap rampasan kuasa pada Ulang Tahun ketiga Revolusi 25 Januari (kejatuhan rejim Mubarak).

Sumber : RNN
#mesirkini
#R4BIA

3 letupan bom gegar Kaherah

Foto
Letupan pertama di Bangunan Direktorat Keselamatan, Kaherah. 4 maut, 70 cedera.


Foto
Letupan kedua, berhampiran Stesen Metro, Kaherah. 1 maut.
Foto
Letupan ketiga, berhampiran Piramid Giza.

25/1/2014
Sekurang-kurangnya lima maut, 70 cedera dalam keganasan terbaharu di Mesir

KAHERAH: Tiga letupan bom menggegarkan ibu negara Mesir, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh semalam, ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011.

Dalam serangan pertama, penyerang memandu kereta dipenuhi bom merempuh pagar besi yang mengelilingi bangunan direktorat keselamatan di Kaherah kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan, mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 70 lagi, kata pegawai polis dan kementerian kesihatan.


Beberapa jam kemudian, peranti kecil, dihidupkan berhampiran kenderaan polis berdekatan stesen metro, meragut satu nyawa, menurut kementerian kesihatan.Ia diikuti dengan letupan ketiga di luar balai polis di jalan raya menuju ke piramid Giza.


Serangan berlaku sehari sebelum polis ditempatkan di seluruh Kaherah menjelang ulang tahun ketiga kebangkitan menumbangkan bekas diktator Hosni Mubarak, dengan pergerakan Islam menggesa bantahan besar-besaran menentang rejim baharu.

“Mereka tidak mahu rakyat meraikan ulang tahun 25 Januari,” kata Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim mengenai penyerang, sambil menambah beliau menjangkakan ramai yang akan turun ke jalan raya semalam.

Saksi pengeboman di ibu pejabat polis berkata, kereta dipenuhi jerangkap samar merempuh pagar besi di sekeliling bangunan.
“Saya berada di tingkat tiga, dengan ketua keselamatan. Kereta merempuh pagar dan letupan kedengaran,” kata anggota polis, Mahmud Mushref.

Letupan menyebabkan kawah besar di tanah dan asap memenuhi bandar raya itu, kata wartawan AFP.

“Kenderaan itu cuba hampir dengan bangunan tetapi dihentikan di pintu pagar. Angka korban kecil berbanding saiz letupan,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif.

Tidak ramai berada di jalan raya kerana penduduk lelaki menunaikan solat Jumaat. Televisyen melaporkan penyiasat menemui mayat suspek pengebom bunuh diri.

Saksi yang tinggal di pangsapuri kira-kira 200 meter dari bangunan polis berkata beliau terbangun akibat letupan itu.

“Bangunan kediaman saya bergegar,” kata Yahya Attiya.

Beberapa jam kemudian, bom meletup berhampiran stesen metro di tengah Kaherah, mengorbankan seorang mangsa.

Ibrahim berkata bom menyasarkan kenderaan yang membawa anggota polis ke tempat mereka.

Bom kecil ketiga diletakkan di belakang papan tanda berhampiran balai polis di jalan raya menuju ke piramid Giza, kata kementerian dalam negeri, sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Polis pencegah rusuhan menghalang beratus orang, sebahagian daripadanya melaungkan slogan mengecam Ikhwanul Muslimin. Penyerang meningkatkan serangan sejak tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi Julai lalu. – AFP

3 serangan bom gegar Kaherah


KAHERAH 24 Jan. - Tiga serangan bom menggegarkan ibu negara Mesir hari ini, mengakibatkan lima terbunuh dan berpuluh lagi cedera.
Dalam kejadian pertama, sebuah bom kereta meletup di hadapan ibu pejabat polis di Kaherah, meragut empat nyawa dan 57 orang lagi cedera.
Serangan itu berlaku hanya sehari sebelum anggota polis dikerah ke seluruh bandar ini sebagai langkah berjaga-jaga sempena sambutan ulang tahun penggulingan Presiden Hosni Mubarak.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif mengesahkan letupan itu sebagai serangan bom kereta.
Selang sejam, satu letupan kawalan jauh berlaku di sebuah stesen kereta api di bandar ini mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh dan 15 lagi cedera.
Dalam kejadian ketiga, sebutir bom meletup berhampiran sebuah balai polis di Kaherah, namun tiada kecederaan dilaporkan. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140125/lu_07/3-serangan-bom-gegar-Kaherah#ixzz2rMCINFYP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

24 January 2014

Lima polis maut ditembak

Kaherah: Lima anggota polis terbunuh selepas sekumpulan lelaki bertopeng yang menunggang motosikal melepaskan tembakan di satu sekatan jalan raya di tengah bandar raya ini, semalam.
Dua lagi anggota polis cedera dalam serangan berkenaan.

Sehingga ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Mesir menyaksikan peningkatan serangan yang menyasarkan anggota polis dan tentera sejak rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi Julai tahun lalu.

Serangan paling buruk ialah cubaan membunuh menteri dalam negeri di Kaherah September lalu dan pengeboman berani mati pada Disember yang menyasarkan ibu pejabat keselamatan di Mansoura di Delta Nil yang meragut 16 nyawa, kebanyakan anggota polis.

Dalam serangan semalam, penyerang bertopeng yang menunggang dua motosikal dan dilengkapi senjata automatik melepaskan tembakan ke arah sekatan polis di daerah el-Wassta di wilayah Bani Suief, selatan Kaherah, menurut kenyataan pihak berkuasa. Kumpulan lelaki bersenjata itu kemudian melarikan diri, kata dua pegawai keselamatan.
Foto
PENDUDUK Mesir, seorang memakai topeng Guy Fawkes membakar bendera Amerika Syarikat ketika penyokong Ikhwanul Muslimin menunjuk perasaan di Kaherah semalam.
Serangan itu berlaku beberapa hari sebelum rakyat Mesir meraikan ulang tahun ketiga kebangkitan 25 Januari yang menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak. Mesir me yaksikan beberapa siri keganasan politik sejak penyingkiran Hosni pada 2011 tetapi serangan yang menyasarkan anggota polis dan tentera kian meningkat selepas rampasan kuasa menggulingkan Mursi.

Kerajaan disokong tentera menyalahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dicopnya pengganas bertanggungjawab terhadap kebanyakan serangan itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

Pelajar bertempur, seorang terbunuh


Kaherah: Seorang penuntut di sebuah universiti di Iskandariah terbunuh apabila dua kumpulan pelajar yang berbeza fahaman politik bertempur.

Polis berkata, mereka tidak campur tangan dalam pergaduhan itu, sebaliknya hanya mengepung kawasan di luar universiti itu.


Pergaduhan itu membabitkan penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dengan kumpulan pelajar yang menyokong kerajaan sementara Mesir.



Penyokong Mursi menggunakan kampus sebagai tempat selamat untuk menunjuk perasaan selepas polis bertindak ganas ke atas pergerakan Ikhwanul Muslmin hingga menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh selepas beliau digulingkan Julai lalu.


Polis berulang kali menafikan pembabitan mereka dalam beberapa kematian di kawasan kampus. Bagaimanapun penyokong Mursi menuduh mereka menggunakan kekerasan melampau. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/24

23 January 2014

Demonstrasi 18 hari


Kaherah: Sebuah pakatan Islam yang menyokong bekas presiden Muhammad Mursi semalam menggesa penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan selama 18 hari bermula esok bagi memperingati tiga tahun penggulingan seorang lagi mantan pemimpin, Hosni Mubarak pada 25 Januari ini.

Menurutnya, objektif mengadakan tunjuk perasaan adalah untuk ‘menamatkan pemerintahan tentera yang sebenarnya bertanggungjawab melakukan kebanyakan, malah mungkin juga semua jenayah teruk lagi memalukan di negara itu sejak 25 Januari 2011 yang kemuncaknya berakhir dengan rampasan kuasa tentera’ yang menggulingkan Mursi.


Kumpulan itu menegaskan demonstrasi dirancang bersifat aman dan tanpa sebarang keganasan.



Bagaimanapun, banyak kejadian sebelum ini melihat protes aman bertukar ganas apabila berakhir dengan pertempuran antara mereka dan penentang Mursi atau pihak keselamatan.


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri sementara Mohamed Ibrahim turut mengajak rakyat melakukan demonstrasi pada hari sama bagi melawan perancangan pakatan Islam itu yang didakwa sekadar ‘mahu menimbulkan kekacauan’ - pendirian yang amat pelik memandangkan jawatannya lazimnya lebih berperanan menghalang penunjuk perasaan.


Berikutan itu, Sabtu dijangka menjadi hari yang tegang di ibu negara Mesir.

Penyokong Mursi berulang kali mengadakan demonstrasi menuntut dia dikembalikan sebagai presiden tanpa menghiraukan tindakan tegas kerajaan terhadap mereka yang setakat ini mengakibatkan lebih 1,000 maut sejak penggulingannya Julai tahun lalu.


Hosni meletak jawatan pada awal 2011 selepas demonstrasi selama 18 hari, menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun sebelum Mursi dilantik presiden melalui proses pilihan raya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

25 JANUARI:TENTERA MULA BIMBANG



Kudeta mula menunjukkan kebimbangan mereka dengan kebangkitan rakyat mempertahankan Revolusi 25 Januari. Timbalan Menteri Dalam Negeri kudeta, Jeneral Madahat El-Mensyawi yang juga Pengarah Jabatan Operasi Khas KDN ketika dihubungi oleh televisyen swasta "Al-Tahrir" mengugut untuk menggunakan peluru hidup kepada mereka yang 'merosakkan' sambutan 25 Januari. 

"Polis dan tentera yang menjaga keselamatan pungutan suara yang lalu, maka kami juga mampu untuk menjaga keselamatan pada sepanjang perayaan tersebut."

Mensyawi turut memfitnah Ikhwan Muslimin dengan berkata, "Di sana terdapat laporan percubaan anggota Ikhwan Muslimin untuk mengeluarkan (Presiden) Muhammad Mursi dari penjara dan ini amat mustahil."

Berdasarkan rekod, Jeneral Madahat ini yang mengetuai operasi pembunuhan besar-besaran di Dataran Raba'ah pada 14 Ogos tahun lalu dan pencetus idea supaya mayat-mayat mangsa dibakar di Raba'ah.

Sumber dari: Akhukum Abdul Malik

22 January 2014

Mursi berhadapan pertuduhan terbaharu


KAHERAH 22 Jan. - Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi bersama 35 yang lain akan dibicarakan pada 16 Februari depan atas kesalahan mengadakan kerjasama dengan pergerakan Hamas untuk mengintip, pertuduhan terbaharu yang dikenakan keatasnya selepas sebelum ini didapati bersalah kerana menghina badan kehakiman negara.
Menurut sumber, Mursi termasuk beberapa orang bekas pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin dituduh melakukan kerjasama dengan Hamas dan pergerakan Islam melancarkan kempen `keganasan’ di dalam Mesir.
Agensi berita MENA melaporkan, mereka dituduh melakukan pengintipan bersama pergerakan Hamas dan sayap tentera untuk menentang kerajaan, Perlembagaan dan cuba menghasut para pekerja bagi menimbulkan huru-hara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_03/Mursi-berhadapan-pertuduhan-terbaharu#ixzz2r4fRRKJE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

21 January 2014

Presiden baharu Mesir mesti orang awam

Presiden baharu Mesir mesti orang awam
21 Januari 2014

Presiden baharu Mesir mesti orang awam Sebahagian rakyat menolak keputusan referendum diumumkan kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Rakyat Mesir dinasihati supaya memilih presiden di kalangan rakyat bagi menuntut demokrasi di negara itu.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton berkata, dari kelulusan Perlembagaan baharu dicapai selepas referendum kelmarin, rakyat perlu diberikan kuasa penuh sekiranya kerajaan sementara Mesir mahu memulihkan ketenteraman awam.

“Secara kasarnya, referendum dicapai dengan teratur sungguhpun berlaku kekecohan tetapi keputusan itu hanya dicapai 40 peratus secara rasmi,” katanya.

Kelmarin, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Nabil Salib, mengumumkan sebanyak 98.1 peratus pengundi mengundi ‘ya’ bagi mewujudkan Perlembagaan baharu sebelum pilihan raya presiden Mac ini.

Sementara itu, Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi dan 24 yang lain terdiri daripada pengikut Ikhwanul Muslimin menghadapi perbicaraan atas tuduhan menghina badan kehakiman.

Agensi media Mena melaporkan kepada Press TV, tuduhan itu dibuat selepas kesemua ditahan cuba mempengaruhi rakyat membenci badan kehakiman.

Mohammed Mursi dituduh hina badan kehakiman Mesir


KAHERAH 20 Jan. - Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi akan dibicarakan atas pertuduhan baharu atas kesalahan menghina badan kehakiman negara ini.
Menurut sumber kehakiman Mesir semalam, Mursi akan dibicarakan bersama 24 orang lagi termasuk aktivis yang menentang beliau kerana didakwa memberi komen dalam media dan internet yang menunjukkan rasa‘ tidak hormat dan kebencian ke atas mahkamah dan badan kehakiman.'
Bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas sama ada kesemua defendan akan dibicarakan serentak. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140120/lu_07/Mohammed-Mursi-dituduh-hina-badan-kehakiman-Mesir#ixzz2qya1mfYY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 January 2014

Perlembagaan ulang kesilapan

Perlembagaan ulang kesilapan
20 Januari 2014


Perlembagaan ulang kesilapan Pungutan suara rakyat tentukan demokrasi di Mesir.

KAHERAH - MESIR. Keputusan referendum menyaksikan 98.1 peratus daripada 20 juta rakyat Mesir menyokong draf piagam nyata menunjukkan, rakyat negara itu mahukan perubahan politik sekali gus menolak pemerintahan presiden yang digulingkan Mohammad Mursi dan pengaruh Ikhwanul Muslimin (IM).

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Nabil Salim mengumumkan, keputusan dicapai selepas 38.6 peratus daripada 53 juta rakyat layak mengundi menyokong draf terbabit.

“Tiada kumpulan politik menolak draf itu. Jumlah keluar mengundi lebih tinggi berbanding 2012 ketika era Mursi," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Samer Atallah dari Universiti Amerika, Kaherah berpendapat, Perlembagaan baharu itu tidak membawa perubahan ketara kepada politik Mesir.

Menurutnya, draf dibuat 50 panel itu masih mengekalkan artikel sama seperti menyatakan dengan jelas hak pendidikan, penjagaan kesihatan, kesaksamaan jantina  dalam hak berpolitik dan lain-lain.

“Tiada banyak beza artikel versi 2012 dan 2013. Kesilapan berlaku apabila masing-masing menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara. Pada 2012, IM dan sekutunya menyekat peluang bersuara dan pada tahun ini parti liberal, sekular dan institusi agama rasmi dan Parti Salafi Al Nour mengulangi kesilapan itu," katanya menurut laporan agensi.

Menurutnya, kecacatan terbesar tercatat dalam artikel ialah memberi kuasa penuh kepada Presiden dan tentera.

“Artikel membenarkan mahkamah tentera mengadakan perbicaraan ke atas orang awam yang dituduh melakukan ‘jenayah langsung’ dan tentera mempunyai kuasa veto berhubung pelantikan menteri pertahanan bagi tempoh peralihan lapan tahun adalah kesilapan besar,” katanya.

Kini tiada siapa boleh mengubah piagam itu kerana disokong rakyat dan langkah seterusnya menghadapi pilihan raya presiden, Mac ini.

Pengundi lulus perlembagaan baharu Mesir

Pengundi lulus  perlembagaan baharu MesirPenyokong Abdel Fattah meraikan kelulusan perlembagaan baharu Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. - Foto REUTERS Kaherah: Pengundi Mesir meluluskan perlembagaan baharu dengan 98.1 peratus menyokong, kata ketua pilihan raya dalam apa yang disifatkan kerajaan sebagai satu perisytiharan sokongan popular penggulingan presiden Islam, Mohamed Morsi.

Keputusan dalam undian Selasa dan Rabu itu sudah dijangka berikutan pemulauan oleh parti Morsi, Ikhwanul Muslimin dan parti Islam lain tetapi pihak berkuasa mahukan bilangan keluar mengundi yang ramai dalam ujian demokratik pertama sejak penggulingan Julai lalu. 

19 January 2014

Empat maut dalam pertempuran


Kaherah: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh akibat pertempuran antara penyokong Ikhwanul Muslimin dengan polis di seluruh Mesir, kelmarin.

Keganasan meletus sehari sebelum pihak berkuasa negara itu mengumumkan keputusan rasmi pungutan suara mengenai perlembagaan baru, sebahagian daripada rancangan peralihan yang disokong tentera.

Sementara itu, sumber kementerian kesihatan berkata, seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di leher di bandar Fayoum, selatan Kaherah.

Tiga lagi maut dalam pertempuran di sekitar ibu negara Mesir itu.

Dua daripada mereka ditembak sementara punca kematian seorang lagi tidak jelas.

Penyokong Ikhwan juga bertempur dengan polis di bandar Suez, Ismailia dan beberapa lokasi lain di sekitar Kaherah.

Media kerajaan yang memetik anggaran awal melaporkan, 95 peratus pengundi menyokong perlembagaan baru itu yang akan menggantikan perlembagaan yang diluluskan kerajaan bekas Presiden Mohamed Mursi.

Pungutan suara itu dipulaukan oleh penyokong Ikhwan- AFP

18 January 2014

Mesir dakwa empat wartawan al-Jazeera


17 Januari 2014


KAHERAH - MESIR. Mesir mendakwa empat wartawan al-Jazeera yang ditahan bulan lalu ekoran laporan palsu yang disiarkan hingga mengganggu ketenteraman awam.

Selain itu, wartawan tersebut juga didakwa menggunakan peralatan penyiaran tanpa lesen untuk merosakkan keselamatan negara itu dan memiliki gambar palsu yang bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara serta melemahkan amanah kewangan mereka.

Memetik laporan Al-Akhbar, dakwaan itu diumumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan pendakwa raya Mesir, semalam.

“Pendakwaan merujuk kepada Undang-undang 96/1996 yang mengawal media dan menyebut bahawa ...amalan kebebasan itu dengan tanggungjawa berkhidmat terhadap komuniti dengan menyatakan perbezaan pendapat dan membentuk pendapat umum.

“Pihak pendakwaan sedar bahawa meletakkan sekatan ke atas kebebasan bercakap menyalahi undang-undang sehingga kebebasan itu menjejaskan keselamatan serta kepentingan negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, pihak defendan telah mengaku ketika siasatan bahawa mereka telah menyertai Ikhwanul Muslimin (IM).

“Defendan telah mengaku ketika siasatan bahawa mereka menyertai kumpulan pengganas...ia terbukti defendan telah berkumpul dan edit video untuk mencipta laporan palsu situasi di Mesir untuk merosakkan reputasi negara.

“Serta menipu pendapat umum antarabangsa dengan mengatakan bahawa perang saudara berlaku di Mesir,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara al-Jazeera menafikan tuduhan itu dengan menegaskan bahawa wartawannya hanya menjalankan tugas mereka.

Ketua Biro Kaherah, Mohammed Fahmy; wartawan Australia, Peter Greste dan Produser, Baher Mohammed serta jurukamera Mohammed Fawzy ditahan pada 29 Disember lalu sehingga kini.

Rakyat nyata sokongan, peluang Al-Sisi cerah


17 Januari 2014
Rakyat nyata sokongan, peluang Al-Sisi cerah

Rakyat nyata sokongan, peluang Al-Sisi cerah Ratusan pro Mursi berhimpun di luar Istana Presiden Ittihadia untuk memboikot hari terakhir pengundian pungutan suara di Kaherah, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Peluang Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding pada pilihan raya Presiden Julai nanti semakin cerah selepas keputusan awal menunjukkan 95 peratus  penduduk menyokong draf piagam untuk membentuk Perlembagaan baru.

Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Dalam Negeri berkata, walaupun pengundian pungutan suara itu dicemari insiden keganasan dan diboikot namun majoriti penduduk tetap menyokong draf yang digubal kerajaan sementara di bawah pimpinan tentera.

“Jumlah mereka yang keluar mengundi melebihi 55 peratus dan kelulusan pembentukan Perlembagaan melalui pungutan suara yakin dapat dicapai melebihi 95 peratus,” katanya dipetik Al Arabiya

Sementara itu, dalam reaksi hari terakhir pengundian kelmarin, ratusan penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi berarak ke Istana Presiden Ittihadia di sini untuk membuang undi dan meneruskan kempen ‘tidak’ sebagai menolak draf tersebut.

Pada masa sama, tentera menuduh puluhan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin membakar balai polis di Heliopolis berhampiran istana itu dan merosakkan beberapa kedai.

Sejurus kejadian itu, ratusan pasukan polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata di kawasan terbabit.

Presiden Mesir mesti orang awam


17 Januari 2014
Abdel Fattah Al Sisi
Abdel Fattah Al Sisi Pelbagai spekulasi dicetuskan media terhadap Al Sisi.

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir seterusnya mesti orang awam, kata Pengerusi Jawatankuasa Perangka Perlembagaan, Amr Moussa lapor Al-Sharq al-Awsat, semalam.

Menurutnya, jika Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi mahu bertanding untuk jawatan Presiden, dia mesti melepaskan jawatannya.

“Apa yang kita perlu adalah jaminan oleh seorang lelaki yang patriotik yang mereka mahukan dan yang membawa negara ini kepada yang lebih baik.

“Apa yang kita mulakan hari ini adalah sistem demokratik. Jika Sisi menjadi calon, kami mahu memilih dia untuk tempoh empat tahun itu berasaskan demokrasi untuk dia berkhidmat satu penggal lagi, dia mesti bertanding lagi,” kata Moussa yang juga bekas calon Presiden serta bekas Ketua Liga Arab.

Tambahnya, berdasarkan Perlembagaan, hanya dua penggal dibenarkan.

Protes keputusan pungutan suara


Kaherah: Penyokong gerakan Islam Mesir semalam mengadakan protes menjelang pengumuman rasmi keputusan pungutan suara mengenai draf pindaan perlembagaan yang dianggap membawa kembali negara itu kepada sistem kuku besi.

Tentera menganggap pengundian selama dua hari itu sebagai peluang kepada orang ramai menyokong tindakan mereka menggulingkan Mohamed Mursi daripada jawatan presiden walaupun dia sebenarnya dilantik ke jawatan itu secara demokratik.


Namun pembangkang - yang menggesa pengundian dipulaukan - menganggap referendum berkenaan tidak sah dan membabitkan penipuan seperti pernah dilakukan Hosni Mubarak sebelum ini.

Akhbar harian kerajaan al-Ahram melaporkan 98 peratus pengundi menyokong pindaan berkenaan yang digubal kerajaan disokong tentera bagi menggantikan perlembagaan diilhamkan kumpulan Islam di bawah Mohamed Mursi.


Penyokong gerakan Islam memperlekeh laporan media itu dan menggesa orang ramai turun ke jalan raya Sabtu minggu depan - sempena ulang tahun ketiga kejatuhan diktator Hosni.


Kenyataan dikeluar pembangkang menyatakan, seluruh dunia mentertawakan kerajaan tentera Mesir kerana mereka menghidupkan semula amalan rasuah yang pernah terjadi di negara itu selama enam dekad.

“Memang biasa kerajaan memperoleh sokongan 99.99 peratus dalam setiap pilihan raya,” katanya.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/18

Rakyat nyata sokongan, peluang Al-Sisi cerah

Rakyat nyata sokongan, peluang Al-Sisi cerah

17 Januari 2014

 Ratusan pro Mursi berhimpun di luar Istana Presiden Ittihadia untuk memboikot hari terakhir pengundian pungutan suara di Kaherah, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Peluang Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding pada pilihan raya Presiden Julai nanti semakin cerah selepas keputusan awal menunjukkan 95 peratus  penduduk menyokong draf piagam untuk membentuk Perlembagaan baru.
Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Dalam Negeri berkata, walaupun pengundian pungutan suara itu dicemari insiden keganasan dan diboikot namun majoriti penduduk tetap menyokong draf yang digubal kerajaan sementara di bawah pimpinan tentera.

“Jumlah mereka yang keluar mengundi melebihi 55 peratus dan kelulusan pembentukan Perlembagaan melalui pungutan suara yakin dapat dicapai melebihi 95 peratus,” katanya dipetik Al Arabiya

Sementara itu, dalam reaksi hari terakhir pengundian kelmarin, ratusan penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi berarak ke Istana Presiden Ittihadia di sini untuk membuang undi dan meneruskan kempen ‘tidak’ sebagai menolak draf tersebut.

Pada masa sama, tentera menuduh puluhan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin membakar balai polis di Heliopolis berhampiran istana itu dan merosakkan beberapa kedai.

Sejurus kejadian itu, ratusan pasukan polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata di kawasan terbabit.

17 January 2014

Keputusan rasmi Perlembagaan Mesir diumum esok


17 Januari 2014

Mesir
Mesir

KAHERAH - MESIR. Jawatankuasa Agung Pilihan Raya Mesir (SEC) mengumumkan bahawa keputusan akhir dan rasmi referendum negara itu akan diumumkan petang esok, lapor Ahram Online.

Menurut SEC, keputusan termasuk jumlah pengundi yang hadir akan diumumkan di ibu pejabat Perkhidmatan Maklumat Mesir.

Keputusan awal menunjukkan bahawa kira-kira 97.7 peratus daripada pengundi menyokong Perlembagaan baru.

Sebelum ini undian dua hari dibuat bagi membuat keputusan referendum Mesir dan jika ia diterima, Perlembagaan 2012 ketika pemerintahan Presiden, Mohamed Mursi bakal dimansuhkan.

Al-Sisi diramal ‘menang besar’

Kaherah: Mesir kini berada dalam penantian sementara menunggu keputusan rasmi pungutan suara mengenai perlembagaan baru - yang bakal membuka ruang kepada Jen Abdel Fattah al-Sisi menjadi presiden - dengan kiraan awal menunjukkan majoriti pengundi memberi sokongan terhadap perubahan dicadangkan.
Kemenangan kumpulan Abdel Fattah memang langsung tidak mengejutkan kerana referendum berkenaan diboikot kumpulan gerakan Islami Mesir. 
Dalam keadaan begitu kerajaan tentera berharap imej mereka dipulihkan melalui “sokongan kuat rakyat” Mesir selepas Abdel Fattah mengetuai gerakan menggulingkan Presiden Mohamed Mursi Isa al-Ayyat pada Julai tahun lalu.

Pengundi Randa Ismail berkata dia memberikan sokongan kepada referendum itu.
Foto
SEORANG penyokong rejim tentera Mesir menunjukkan tanda kemenangan di depan patung bekas Ketua Turus Tentera Abdel Moneim Riad berhampiran Dataran Tahrir di Kaherah, semalam.

“Saya tidak percaya lagi pada Ikhwanul Muslimin. Baguslah kerana mereka tidak lagi berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, pelajar Amr Desoki memilih memboikot referendum itu walaupun dia bukan anggota Ikhwanul Muslimin.

“Semua ini satu penipuan. Saya menganggap perlembagaan itu tidak sah dan tidak akan mengiktirafnya,” katanya, semalam.

Media kerajaan menganggarkan sekurang-kurangnya 90 peratus pengundi menyokong usul itu yang dilihat mampu memberi lebih kebebasan untuk bersuara dan perlindungan hak wanita.

“Rakyat kata ‘Ya’,” lapor muka depan akhbar Al-Akhbar.

Pengundian berakhir lewat malam Rabu selepas dua hari pengundian yang turut melihat pertempuran kecil membabitkan penyokong Mursi dengan polis.

Sekurang-kurangnya 444 ditahan kerana melakukan demonstrasi dan mengganggu proses pengundian.

Keputusan dijangka diumumkan 72 jam selepas itu.

Jurucakap tentera mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil bahagian dalam ‘perang referendum’ itu.

Menurut penganalisis, jumlah pengundi tinggi mengatasi referendum pada 2012 akan menjadi penentu masa depan Ikhwanul Muslimin.

Profesor sains politik Hassan Nafea berkata: “Jika lebih ramai pengundi kali ini ia membuktikan Mursi dan Ikhwanul Muslimin berjaya disingkirkan daripada arena politik Mesir.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/17

16 January 2014

Polis, tentera kempen senyap

Polis, tentera kempen senyapJumlah penduduk keluar mengundi berkurangan berbanding tahun lalu.

KAHERAH - MESIR. Hari kedua dan terakhir untuk mengundi menentukan Perlembagaan baru di Mesir terus sengit, sehari selepas lebih 10 orang terbunuh semalam.

Jurucakap kerajaan sementara berkata, kawalan keselamatan terus dipertingkatkan bagi mencari pungutan suara sekali gus membuka ruang kepada ketua angkatan tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk memegang jawatan Presiden.

Dilaporkan oleh wartawan Al Arabiya yang berada di lokasi pengundian, jumlah mereka yang keluar mengundi amat kecil di pinggir Kaherah seperti di daerah Zamalik dan Suez.

“Keadaan ini disebabkan ramai penduduk di pinggir Kaherah merupakan menyokong kuat bekas Presiden Mohamed Mursi sekali gus menyaksikan mereka memboikot pungutan suara tersebut,” katanya.

Menurutnya, terdapat segelintir tentera dan polis yang berkawal di pusat mengundi berkempen secara senyap mahukan penduduk mengundi ‘ya’ untuk memberi kemenangan di pihak mereka.

“Ramai yang memberi undi percaya buat Al-Sisi selepas mereka 'termakan' tawaran daripada bakal presiden itu,” katanya.

PM UAE tolak hasrat Al-Sisi

PM UAE tolak hasrat Al-Sisi
SHEIKH MOHAMMED
14 Januari 2014

DUBAI - EMIRIYAH ARAB BERSATU. Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed berpendapat Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sepatutnya melupakan hasrat beliau untuk bertanding jawatan Presiden dalam pilihan raya pada tahun ini.

"Saya berharap al-Sisi terus kekal berada dalam tentera dan memberi peluang kepada individu lain untuk merebut jawatan tersebut," katanya tanpa memberi butiran lanjut ketika diwawancara BBC, semalam.

Difahamkan, UAE merupakan penyumbang kewangan utama kepada Mesir selepas bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa, 3 Julai lalu.

Sabtu lalu, al-Sisi menyatakan hasratnya untuk bertanding jika mendapat sokongan rakyat dan tentera negara itu.

Media tempatan melaporkan kepada Reuters, jeneral tersebut mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang politik selepas menggesa penduduk Mesir supaya mengundi dalam referendum Perlembagaan baru yang didakwa kononnya sebagai laluan memulihkan demokrasi di negara terbabit.

Rakyat Mesir undi hari kedua

Rakyat Mesir  undi  hari keduaWarga Mesir mengibarkan bendera dan melaungkan slogan ketika menunggu giliran untuk membuang undi di daerah Giza di selatan Kaherah, semalam. - Foto AFP]

 Kaherah: Rakyat Mesir semalam berbaris untuk membuang undi pada hari kedua dan terakhir pungutan suara mengenai Perlembagaan baru negara itu dan tidak terganggu dengan keganasan yang melanda negara itu.

Proses itu menjadi peristiwa penting dalam pelan politik disokong tentera ke arah pilihan baru memilih presiden dan ujian mengenai pandangan awam berhubung rampasan yang menyingkirkan Presiden Mohammed Morsi Julai lalu.

Pengundian menunjukkan perpecahan serius di negara itu antara Ikhwanul Muslimin yang menyokong Morsi dan tentera serta pasukan keselamatan di pihak satu lagi, disokong penduduk yang mahukan kestabilan selepas tiga tahun mengharungi huru-hara dan kelembapan ekonomi sejak kebangkitan 2011, yang menumbangkan pemerintah kuku besi, Hosni Mubarak.

Orang ramai berbaris

Orang ramai berbaris di luar pusat pengundian ketika dibuka jam 9.00 pagi waktu tempatan semalam dengan dikawal ketat seperti undian hari pertama, apabila penunjuk perasaan pro-Morsi membakar tayar dan membaling polis dengan batu dan bom api, mencetuskan ketegangan yang cukup memastikan pengundi tidak keluar rumah.

Kementerian Kesihatan berkata kelmarin, angka kematian mencecah 11 orang.

Secara keseluruhan, 294 orang kebanyakannya penyokong Ikhwanul Muslimin ditahan kelmarin berhubung cubaan mengganggu undian mengenai Perlembagaan dan bertempur dengan polis, kata pegawai tinggi Kementerian Dalam Negeri. - AP